Tuesday, December 08, 2009

Ikhlas...

"Ikhlas itu ibarat seekor semut hitam... Berada di atas sebiji batu yang hitam... Pada malam yang gelap gelita... "

Amat mudah untuk di ungkapkan... "Saya ikhlas ni...". Tapi amat sukar untuk dizahirkan dalam maksud yang sebenar...Wallahua'lam...

Thursday, November 12, 2009

Program Menarik di TV9 Minggu ni!!

Dalam post yang lepas penulis ada mengsyorkan sebuah buku bertajuk "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman" karangan Prof. Mohd Kamil Ibrahim.

Kelmarin penulis berpeluang melihat sendiri Prof ini dalam rancangan Mukaddimah di tv9 jam 7.30 pagi. Sebenarnya dah dua hari berturut-turut Prof ini menjadi tetamu Mukaddimah sejak hari Rabu dan hari ini (Khamis, 12/11/2009). Penulis tak pasti hari Isnin dan Selasa juga Prof menjadi tetamu rancangan tersebut atau tidak. Prof. mengulas sendiri pengalamannya di tanah suci secara langsung. Amat menyentuh hati sekali. Penulis tak pasti samada sampai hari apa Prof akan bersiaran di dalam rancangan tersebut tapi kita semua boleh cuba tengok kot-kot ada.

Jumaat, Sabtu dan Ahad ni pulak (13-15/11/2009) ada Ustaz Zahazan dalam rancangan Tanyalah Ustaz pukul 7.00 pagi dan juga Halaqah, 9.30 malam Ahad ni di TV9. Ustaz Zahazan merupakan di antara ustaz kegemaran penulis kerana penerangannya cukup jelas. Beliau mampu menjawab soalan-soalan secara spontan dengan disertakan nas-nas dari al-Quran/Hadis serta dinukilkan dari buku-buku muktabar yang jelas menampakkan beliau seorang yang amat banyak membaca dan mencari ilmu.

Jadi moh kite nengok same-same ;) (Alamak terkeluor bahasa Perak :P)

Chow Chin Chow...Wasalam

Thursday, October 29, 2009

Ketenangan Dalam Kesederhanaan...

Sudah agak lama tajuk post ini bermain dalam fikiran penulis. Namun ianya tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Penulisan santai yang datangnya dari hati. Hati seorang manusia biasa... yang ada kalanya gembira, ada kalanya sedih, ada masanya gelisah dan takut... dan pada ketika lainnya tenang...

Ketenangan....

Satu perkataan yang amat besar maknanya. Mungkin bukan bagi orang lain, tapi bagi penulis... Sukar diungkap dengan kata-kata apakah erti ketenangan... Tenang bukan bermakna kita sentiasa gembira dan ketawa. Tapi tenang dalam setiap keadaan... gembira mahupun duka... Tenang biar tak semewah mana... Tenang walau jarang dipuji manusia... Tenang walau tak dipandang tinggi... Tenang walau ada masalah dihadapi... tenang yang penulis simpulkan dalam tajuk post kali ini... Tenang dalam kesederhanaan...

Penulis tak pandai untuk menaksir atau mengulas sehebat penulis-penulis blog yang ada. Cuma secara ringkasnya, ketenangan itu suatu kenikmatan... yang bukan semua orang dapat...Ia tidak mampu dibeli dengan wang ringgit...

Berapa ramai jutawan yang hidupnya tak pernah tenang... Kita sering kali stress dengan kerja, stress untuk mendapat tender, stress kehilangan harta benda, stress jika tak dipandang mulia, stress kerana penyakit yang dihidapi... Stress untuk jadi lebih kaya... Stress untuk dapat segalanya... Stress untuk memenuhi kehendak semua orang.... stress...stress dan stress...

Kadang-kadang penulis terfikir. Kita selalu stress dengan benda-benda yang bakal kita tinggalkan... untuk hidup yang sementara ini...

Di barat sendiri berapa ramai mereka yang kaya raya dan punya segalanya namun akhirnya dijumpai mati membunuh diri...Apa yang kita kejar sebenarnya? Apa yang kita mahukan dalam hidup ini?

Dalam kehidupan ini penulis dapat saksikan betapa hinanya seseorang itu bila tiada wang. Wang adalah segalanya di dunia ini.. Segalanya....

Contoh banyak sekali di depan mata. Bila seseorang tu tak punya wang, bila kita bercakap dengan dia pun acuh tak acuh sahaja. Layanan pun ala kadar. Sebab apa? Sebab dia tak punya pengaruh, dia takda duit yang banyak untuk hulur dekat kita. Kalau dia terasa hati sekalipun tiada apa yang akan menjejaskan kita... Dia tak punya kuasa untuk "contact" kawan-kawan di jabatan lain untuk tukar kita 24jam. Dia tak akan memudaratkan kita. Jadi buat apa layan dengan baik? Ini bukan disengajakan. Tapi memang dari dulu lagi persekitaran kita begitu. Kita membesar dengan cara itu.

Tapi bila penulis duduk seorang diri merenung kembali orang-orang miskin ini. Hati mudah tersentuh. Kadang-kadang mereka yang kita rasa amat hina inilah calon-calon ahli syurga... Hina di sisi kita tapi mulia di sisiNya... Allahuakbar... Mungkin mereka tak punya harta berjuta namun kita tengok hidupnya tenang... Rezekinya berkat...Kita sendiri kadang-kadang hairan macamana tok nenek kita di kampung bukan mewah pun. Buat sawah bendang sahaja. Tapi pergi haji dan umrah dah 3-4 kali. Bandingkan dengan kita yang makan gaji ni. Gaji dalam 3-4 ribu sebulan atau lebih, tapi haji tak pernah walau sekali. Sukar benar untuk ditafsir...

Semalam pak long penulis telah kembali ke rahmatullah... Al-fatihah buatnya...

Penulis pernah berbincang dengan suami tentang mereka yang telah dijemput Allah pasti semuanya akan menyesal... Mengapa? mereka yang baik pasti menyesal kerana tak jadi lebih baik untuk mendapat darjat yang lebih tinggi di sisi Allah. Manakala mereka yang 'kufur' juga sudah pastinya menyesal kerana tak mampu untuk menghuni syurga Allah dan terpaksa menempuh azab yang maha hebat... nauzubillah... Suami mengiakan dan mengatakan sememangnya di dalam Quran sendiri Allah dah nyatakan semua tu...

Hm... Tapi walau pun kita dah tau... namun kenapa yer kita masih lalai? Seolah-olah kita akan hidup selamanya... tiada kematian menunggu... Tiada azab dan seksa kubur. Tiada ganjaran syurga. Hm... persoalan yang penulis sendiri tak mampu menjawab kerana terlalu banyaknya kelemahan diri...

Apa sebenarnya yang kita cari di dunia ini? Satu persoalan yang hanya " sendiri boleh jawab".

P.S: Mungkin ramai yang tak dapat nak kaitkan ketenangan, keberkatan dan kesederhanaan yang cuma penulis sampaikan dalam penulisan ini. Tidak mengapa... hanya sekadar mengingatkan diri yang lemah dah hina...

Buku Menarik...

Aduh... lama benar penulis tak mengemaskini blog ni... Agak sibuk sikit... ( yeke??)Syawal pun dah berlalu... Sekarang dah masuk musim Haji... Ish seronok betul bila tengok dalam TV. Jemaah haji berpusu-pusu datang ke Mekah dengan satu niat iaitu untuk menghambakan diri kepada Yang Maha Gagah... Yang Maha Pencipta... Yang Maha Pengasih... Yang Maha Bijaksana... Yang Maha Agung... Allah Tuhan Rabbol'aalamiin...

Tahniah dan penulis tumpang gembira kepada semua jemaah haji kerana dalam billion rakyat dunia, tahun ni anda di jemput Raja segala Raja untuk datang ke rumahnya... untuk menjadi tetamunya... jadi peluang terbuka untuk anda menjadi tetamu yang paling istimewa di sisinya...

Penulis teringat buku yang penulis baca beberapa bulan lalu. Buku bertajuk "Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman" karangan Prof. Mohd Kamil Ibrahim, seorang professor di Fakulti Perakaunan, UiTM Shah Alam.


Buku yang penulis amat-amat syorkan semua untuk membacanya . Ia mengisahkan pengalaman seorang professor yang pada awalnya buta al-Quran tetapi apabila nur hidayah datang, dia berubah dari zaman kegelapan kepada cahaya yang penuh sinar...

Hidayah boleh datang dalam banyak cara. Cuma kadang-kadang kita perlu sedikit usaha untuk merebutnya. Itulah Allah yang Maha Penyayang. Dia boleh menaikkan darjat seseorang dalam sekelip mata. Dia boleh menjadikan seseorang rindu sekali padanya dalam sekelip mata... Dia juga mampu membuat sepasang mata menangis teresak-esak hanya kerana teringat padaNya... Agung benar kuasaMu ya Allah...

Keseluruhan buku ini digarap dengan baik sekali. Di antara bab yang amat menyentuh hati penulis adalah bab yang menceritakan bahawa kita semua mempunyai peluang untuk menjadi "malaikat" di Masjidil Haram. Nak tahu bagaimana caranya? Kenalah baca :)Penulis pun kadang-kadang tak terfikir....

Buku ini akan membuatkan anda tersentuh jika benar-benar didalami. Dengan menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas, ia sesuai dibaca oleh segenap lapisan usia. Bagus juga jika dijadikan hadiah buat yang tersayang...

LabaikAllahummalabaik....Kami datang kepadaMu Ya Allah...Wasalam

Sunday, September 13, 2009

Nasyeed Pilihan Minggu Ini

Penulis tertarik dengan lagu tema Jejak Rasul 2009. Jadi apa lagi, nak menempek la videonya di sini. Sekadar berkongsi. Nasyid yang sangat menenangkan. Tentang asma ul husna... Semoga ada manfaat...

Asma Allah
By: Sami Yusuf


Thursday, September 03, 2009

Tamparan Buat Si Muda

Semalam penulis berkesempatan bersolat terawikh di salah sebuah masjid di Sungai Dua. Masa penulis tiba, masih tidak begitu ramai jemaah tapi alhamdulillah nak dekat Isyak masjid semakin penuh (walaupun tak sepenuh pada hari pertama Ramadhan).

Penulis terus ke tempat solat wanita sambil mencari-cari ruang untuk menunaikan solat. Mata penulis menangkap ruang lapang di sebelah seorang nenek (penulis agak dalam lingkungan umur 70-85 tahun) yang duduk di saf pertama namun masih kosong. Penulis bersalam dengan nenek itu dan seterusnya mengikut imam bersolat.

Tiada apa yang istimewa atau ganjil berlaku sebenarnya malam itu. Segalanya berjalan lancar seperti malam-malam lain. Namun hati penulis seolah-olah disentuh oleh kehadiran nenek di sebelah penulis ini.

Tamparan buat penulis (yang baru pertengahan 20an ini). Tamparan dan teguran halus yang terus ke hati ini. Ada beberapa perkara yang telah membuatkan penulis malu sekali dengannya... yang telah uzur... yang telah sakit lutut... yang telah kurang ingatannya...

Pertamanya, nenek ini tiba awal ke masjid. Semasa penulis sampai, dia telah duduk di saf pertama. Mukanya kedut seribu begitu juga dengan tangannya. Namun, terawikh masih mampu habis 20 rakaat. Walhal masa rakaat ke-8 ramai anak muda sudah keluar (kadang-kadang termasuklah penulis ni jugak :( ). Nenek ni tanya penulis, "Eh awat ghamai sangat orang pakat balik?". Penulis cakap "Dah 8 rakaat dah tok ". Dia hanya senyum..

Di rakaat ke-10, nenek itu menguit paha penulis. Dia tanya"Bukan tadi tok imam buat 3 rakaat ka?" Penulis jawab" Tak tok, dua rakaat... ".

Di rakaat ke 14 ku lihat nenek ni baru hendak membetulkan kakinya (mungkin lenguh) tapi imam telah mengangkat takbir... Dia dengan nada seloroh berkata kepadaku.." Tok imam dah angkat takbir dah..." Aku hanya tersenyum...

Pada rakaat ke 20 dia bertanya lagi " Dah berapa rakaat ni?" lalu ku balas dengan mengatakan telah habis terawikh cuma tinggal witir 3 rakaat. Dia kata" Tok bukan ingat sangat dah..." " Tak pa..." jawabku ringkas. Dalam hatiku sayu benar dengan jawapannya. Walau telah kurang ingatan namun semangat dan cerminan imannya.... Allahuakbar....

Sebelum rakaat akhir witir nenek tadi bertanya lagi " Ni satu rakaat ni niat witir na?". " Haah tok, 1 rakaat lagi witir". Sebelum keluar masjid, penulis bersalam dengan nenek itu dan dia memperkenalkan anak saudaranya. Rupanya nenek ini datang bersama anak saudaranya malam itu.

Itulah dia. Nenek di masjid al-Falah. Bukan cerita menarik bagi sesetengah orang. Tapi ia merentap jiwa penulis untuk kembali memuhasabah diri ini. Diri yang masih kuat, kudrat yang masih bertenaga, ingatan yang masih segar, lutut yang tidak lenguh, kereta yang boleh membawa ke masjid, suami yang boleh meneman ke masjid. Namun kadang-kadang tewas juga. Tewas dengan tipu daya nafsu... Tewas dengan kemalasan dan keletihan yang hanya alasan yang dibuat-buat untuk menutup kelemahan diri....

Lemahnya diri ini di sisiMu ya Allah...



Monday, August 31, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak



"Jika hamba-hamba Allah itu mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, sudah pasti mereka mengharapkan sepanjang tahun itu adalah Ramadhan"
(Hadis riwayat Ibnu Abbas)
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua dilimpahi cahaya ma'firahNya sentiasa... Ameen..
Marhaban ya Ramadhan...

Tuesday, August 18, 2009

Nasik Daging ku


Semalam penulis buat Nasik Daging. Ni kegemaran suami. Alhamdulillah suami cakap sedap... Penulis dapat resipi ni dari MyResipi. Cumanya penulis tak bubuh tomato sup tapi gantikan dengan tomato biji (potong 6). Memang senang dan penulis bagi 4 bintang untuk resipi ni. Credits to Salwahcm ;). Kalau sahabat-sahabat ada masa terluang, boleh cuba masuk web ni. Banyak resipi yang best-best. Kebanyakan resipi pun memang menjadi. Nilah dia hasil Nasik Daging nyer... Penulis makan dengan dalca campur, rendang besar dan juga air asam... Aduh lapar la pulak... :P


Nasi Daging



Nasi Daging bersama lauk



P.S: Selamat mencuba..

Thursday, August 13, 2009

Amalan Semasa Wabak

Penulis baru dapat panggilan telefon dari mak. Mak penulis telah berkongsi ayat Quran untuk dijadikan amalan terutamanya semasa wabak Selsema Babi sedang menular sekarang. Mak penulis dapat dari ustaz yang mengajar di madrasah berhampiran.


Hanya Allah sahaja yang dapat melindungi kita...

Amalkan membaca surah al-Mukminun:115-118. Boleh dibaca begitu sahaja atau dibaca pada air...

Sahabat-sahabat juga boleh niat supaya dijauhkan dari segala penyakit semasa memasukkan air ke dalam hidung semasa berwudhuk. Wallahua'lam..

Semoga ada manfaat.

Saat Ajal Mengintai di Jendela...




Pergi Tak Kembali (Rabbani)


Kelmarin (11 Ogos 2009) penulis dikejutkan dengan pemergian salah seorang sahabat penulis ke rahmatullah. Kak Noorhasmah Nordin merupakan salah seorang daripada sahabat kumpulan belajar penulis semasa di USM dulu. Beliau disahkan meninggal dunia lebih kurang pukul 8.00 pagi. Lama penulis tak dengar khabar dari kak Has... Dengar-dengar dah meninggal... Tulah kematian... Kak Has cuma tua setahun dari penulis. Dulu dia selalu layan penulis dan dua orang sahabat rapat lain macam adik sendiri. Kami pun memang manja dengan dia... Maklumla dalam 4 orang tu dia yang senior. Kalau ada masalah apa-apa dialah yang akan kami rujuk... Namun kini semuanya hanya kenangan...


Tahun 2008, 2009 ni banyak orang yang rapat dan penulis kenal pergi... Mula sekali ayah, lepas tu Asmady (sahabat di UIA), Mohd Fuad (Sahabat suami), Kak Has (sahabat USM) dan terbaru hari ini Asri Rabbani... Satu per satu pergi tanpa dapat kembali lagi...

Di bawah ni penulis ambil petikan dari tulisan Ahmad Lutfi Othman yang amat menyentuh hati :

Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.

Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.

Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.

Tuhan....terimakasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini

Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.

Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.”(maksud al-Baqarah: 197)

Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ” Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”

Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.

Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerana nyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.

Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?

Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.

Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.

Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.

Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.

Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.

Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.

Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

Saturday, August 08, 2009

Sebuah Pertemuan

Khas buat suami tersayang...

Wednesday, August 05, 2009

Ayah...

Minggu ni alhamdulillah penulis dapat pulang ke kampung sementelah suami pergi khursus. Kesempatan ini penulis ambil untuk bersama mak tersayang. Mak masih seperti dulu. Cuma kadang-kadang wajahnya menyimpan 1001 kesedihan yang Allah sahaja Maha Mengetahuinya. Namun bagi aku, mak sangat kuat... Jikalau aku di tempat mak belum tentu aku sekuat dan setabahnya... Semenjak pemergian ayah, hidup keluarga kami berubah... Masih bahagia, cuma ada sesuatu yang hilang... sesuatu yang amat berharga hilang....


Walau telah hampir setahun ayah pergi meninggalkan kami. Namun aku kadang-kadang masih menganggap ayah ada bersama mak di kampung. Ianya ku rasakan bagai mimpi. Mimpi ngeri yang telah mengubah persepsi aku tentang kehidupan. Betapa dunia ni terlalu sekejap... Betapa perhentian sementara ini amatlah tidak bermakna tanpa disulami amalan untuk ke daerah abadi... betapa ruginya mereka yang tidak mengejar akhirat... dan betapa janji Allah itu amat benar... Pemergian ayah memberi iktibar besar buat ku.... Sekelip mata pergi... dan terus menjauh dan menghilang tanpa kabar berita....

Di saat ku mengelap muka ayah yang demam lewat waktu itu, aku seolah-olah tersedar sendiri bahawa ayahku sudah semakin tua... Ku lihat kulit di tengkuk dan tangannya telah kendur seperti arwah atuk dulu... Ku usap lembut kepala ayah dan ku renung uban yang telah hampir menutupi keseluruhan rambut ayah... Waktu itu ayah hanya terbaring lesu tanpa kata... Ku renung wajah ayah... Wajah penyayang itu yang aku rindu sekali saat ini....

Bukan aku tak redha dengan pemergiannya, cuma kadang-kadang ku rasakan seperti dia ada. Aku rasa masih perlukannya walaupun sudah berumah tangga. Masih perlukan nasihatnya, pendapatnya, masih ingin mencium dahi tuanya itu... Dan saat itu juga aku akan tersentak ke alam nyata bahawa realitinya ayah sudah tiada.... Dia takkan kembali... Walau hanya berada beberapa kaki di bawah sana, namun ia seolah-olah dinding kebal yang menghalangku dari dekat dengannya...

Ayah, kami iringi pemergianmu dengan doa... Agar suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi di alam yang abadi... Alam yang tidak akan memisahkan kita lagi selamanya... Semoga ayah tenang di sana... dan di tempatkan di kalangan para anbiya' dan solehin... Ameen...

Sebenarnya tak mampu untuk aku meluahkan segalanya di ruang sempit ini... Masih terlalu banyak yang terbuku di hati.... Masih terlalu banyak kenangan manis hidup bersama ayah... Kita mungkin mempunyai ramai anak, kawan, saudara, kekasih, isteri, mahupun suami... Namun kita hanya akan mempunyai seorang ibu dan seorang ayah.... Mereka tiada gantinya hingga mati... Dialah ibu kita yang satu... Dialah ayah kita yang satu.... Hargailah mereka... Pengorbanan mereka tiada akhirnya hingga syurga...

Maaf emosional kejap... Ntahlah beberapa minggu lepas ingatan penulis begitu kuat dekat arwah ayah... Selalu mimpikan dia... Selalu terkenangkan dia terutama sekali bila pergi ke taman ayah... Taman yang dijaga ayah... tempat dia mengeluarkan peluh setiap hari.... dan setiap kali cuba membersihkan taman itu, selalu terlintas di hati " letih juga yer membersihkan taman ni... tapi dulu ayah tak pernah mengeluh... tak pernah mintak dibantu...."

Rindu benar pada ayah.... AlFatihah...



Saturday, August 01, 2009

Serius...

Dah berapa post yang lepas penulis agak menyantaikan diri... hari ni serius sikit... Bukan apa ni bab isu penularan penyakit selsema babi yang semakin berleluasa di Malaysia dan amat membimbangkan semua pihak. Bila semalam dah masuk kes kematian ke5 maka kita dah mula tak senang duduk...

Mohon Allah lindungi kita semua dari segala bahaya termasuk penyakit berjangkit yang membawa maut ini.. Ameen...

Cuma penulis nak berkongsi pangalaman sikit. Ini adalah juga berkaitan dengan wabak ini dan sikap segelintir doktor-doktor di Malaysia ni. Tak kiralah swasta atau kerajaan. Tapi bukan semua yerk. Penulis terpanggil untuk berkongsi apabila mangsa kes kematian yang ke-4 telah pergi ke klinik swasta namun beliau hanya diberikan ubat biasa dan dibenarkan pulang tanpa sebarang tindakan atau nasihat supaya pemeriksaan selanjutnya dijalankan...

Sebulan yang lepas, penulis juga telah diserang demam panas (alhamdulillah bukan H1N1). Terasa lemah satu badan. Semasa itu, penulis berada di Perak. Mulanya penulis nak makan panadol je. Tapi mak risau dan dia ajak penulis pergi jugak hospital berdekatan (Hospital Permaisuri Bainun a.k.a Hospital Besar Ipoh). Perjalanan ke hospital mengambil masa lebih kurang 25 minit. Sebelum tu penulis telah menelefon MA (Medical Assisstant) di klinik kerajaan berdekataan dan beliau berada di luar kawasan waktu itu. Jadi, nak tak nak penulis pergilah ke hospital... Jeng jeng jeng :P

Kes 1
Di hospital, penulis mendaftar dan masuk lebih kurang pukul 9 lebih malam. Ok lagilah memandangkan demam penulis pun dah macam nak kebah. Tapi bila masuk je bilik doktor, bukan rasa nak elok lagi nak demam balik adalah tengok sikap doktor.

Mula-mula masuk penulis nampak seorang doktor lelaki. Penulis agak dia Melayu dan Islam (melalui raut wajah Melayunya) terusla penulis bagi salam... Tapi doktor tu buat pekak je. Diam... Membisu..... Dalam hati penulis "Allah Dia bukan Islam ke?. Tak pun Sabah Sarawak kot". Jadi tak pa lah.. Diam lagi...


Lama sikit doktor tu pun tanya dengan pelat kelantannya " Sakit apa?" Penulis pun cakapla demam, selsema dan sakit tekak( masa tupun dah heboh tentang H1N1). Nak tau apa balas si doktor ni? Dia marah penulis. Dia cakap " La dok kat Gopeng naper datang sini? Pergilah klinik dekat sana." Lepas tu penulis cakapla MA takda. Dia kata "mesti ada orang ganti la tu..." Dalam hati penulis "takpalah sabor..."

Lepas cek ala kadar.. dia terus bagi slip ubat (a polite way to say get out :P). Bayangkan tanpa sebarang penjelasan terus bagi ubatja... Penulis pun tanyala. Yerla risau bab H1N1 ni..." tak bahaya ke doktor, apa sakit saya?" Dia cakap "sakit tekak biasa je.." Pastu penulis tengok dekat slip ubat tu, doktor tu punya cop. "Ooooooooooo Islam rupanya dia ni... ". Nama penulis tak ingat... tapi memang nama Islam.... Heran jugak tak jawab salam tadi.... Takpalah mungkin terlalu sibuk kot.... :S Thats it... Hm.... Apa lagi kuarlah kiter....

Kes 2
Kes ke 2 pulak masa tu penulis pergi ke hospital yang sama sebab demam macam campak tapi nak pastikan sebab masa tu tengah heboh cikungunya dan denggi... sebelum tu abang penulis pun kena campak juga...

Alkisahnya pergilah penulis ke hospital ni... Lepas urusan pendaftaran selesai masuklah dalam bilik doktor setelah agak lama menunggu. Penulis masuk ke dalam bersama ibu penulis. Masuk-masuk tengok si doktor perempuan Melayu ni tengah baca novel omputih... Dalam hati penulis "rajinnyer doktor ni yerk..."

Pastu dia tanya penulis sakit apa? (as usual). Penulis cakaplah campak dan ceritakan kepadanya yang abang pun baru kena campak. Dia tengok tangan penulis terus dia dengan nada macam nak menjerit(tapi tak sampai menjerit lagilah cuma dengan nada tinggi) . " Eh ni denggi ni! tak pun rubella!". Bayangkan... penulis yang mula tadi dah set dalam otak campak terus pucat lesi muka... Mana taknya.... Denggi ngan Rubella tu.... :O . Tapi dalam hati penulis "setahu aku(yang bukan Dr ni la) kalau denggi bengkak dalam kulit ni aku bengkak luar kulit..." Pelik.. panik.. macam-macam rasa waktu tu..

Pastu dia suruh jururawat amik darah (dalam bilik yang sama). Pada mulanya penulis duduk berdekatan doktor terus berpindah ke kerusi di belakang doktor tu untuk mengambil darah. Mak penulis hanya berdiri. Sepanjang penulis amik darah tu mak penulis berdirilah tepi pintu tu dan si doktor ni dengan '"terlebih rajinnyer" menyambung bacaan novel dia... tanpa menghiraukan mak penulis yang dah lebih 60tahun tu berdiri tercongok depan dia... Hm.... Mungkin dah berjayalah kot kempen kerajaan menggalakkan orang suke membaca yerk ... :S Sampai tak tau nak beradab atau cakap manis sikit dengan orang tua...

Lepastu penulis disuruh bawa sampel darah ke makmal dan berjumpa doktor tu kembali selepas itu. Lebih kurang 15 minit kemudian dapat keputusan. Alhamdulillah tinggi platlet penulis... Syukur... Apa lagi penulis dengan hati lega bawaklah keputusan makmal tu jumpa dr. tu balik.

Lepas tengok keputusan dia kata " Ha kamu bukan denggi ni... tapi sekarang samada campak atau rubella kot". Hm tak abis-abis dengan andaian dia... penulis malas nak peningkan kepala terus amik ubat dan balik... Ubat hospital penulis makan disamping mengamalkan petua-petua untuk meredaan campak... (Air kelapa muda, daun Mambu). Alhamdulillah penulis sihat... Syukur padaMu Ya Allah...

Tu sume bukan kes terpencil. Malah semasa penulis ke hospital yang sama waktu ayah sedang nazak sekali pun. Di dalam wad HDU, semasa kami mengelilingi ayah sambil membaca quran.. jururawat di kaunter masih mampu bersembang dengan gelak ketawa.. seolah-olah banyak benar cerita lawak yang ingin disampaikan dalam bilik kecil itu... Hm... bukan penulis nak suruh baca yasiin sama.... cuma hormatlah sikit.... ayah saya tengah nazak ni... Penulis dan beberapa ahli keluarga yang lain hanya membaca quran di atas lantai kerana semasa kami keluar sebentar tadi semua kerusi telah 'disorok' jururawat....

Tak mengapalah... Mungkin ada yang berpendapat ala tu sumer bukan di bawah skop tugas jururawat. Kadang-kadang kita sebagai manusia kena ketepikan sebentar prosedur dan birokrasi yang menyesakkan ini dan selami hati kita untuk mencari sekelumit rasa kemanusiaan dan empati...

Takpa.. bila terkena batang hidung sendiri, kita akan rasa.... Dunia ni bulat... Tak selalu kita bahagia... Dulu penulis selalu rasakan seolah-olah kematian itu hanya akan berlaku pada keluarga orang lain. Tapi, sejak ayah pergi... Penulis dapat jawapan hakiki bahawa ia PASTI berlaku pada setiap dari kita....

Terdapat juga 3 lagi pesakit yang tidak mempunyai ahli keluarga yang menunggu di dalam bilik tersebut. Mereka hanya dibiarkan terpanggil-panggil jururawat bertugas tanpa sebarang tindakan atau sahutan... Ada seorang pesakit di depan katil ayah kena 'tarik' tapi tiada seorang jururawat pun yang tolong ... Hanya dibiarkan elok sendiri....( I wonder if he is one of the nurses father, would they going to threat him like that? No answer....)

Hm... takpalah mungkin diorang dah lali dengan kematian dan semua itu... dan mungkin juga kerana itu bukan ayah, ibu, suami atau anak mereka.... Takpa.... Bagi penulis kerja sebagai jururawat atau doktor ni senang dapat pahala kalau kita benar-benar menjalankan amanah besar ini.... begitu jugalah sebaliknya...

Takpa... Ayah pun dah selamat kembali... Apapun penulis tetap ucapkan terima kasih kepada semua jururawat dan doktor dalam wad tersebut sebelum jenazah ayah di bawa keluar... Terima kasih di atas segalanya...

Hm... Jadi bila keluar dalam berita tentang sikap doktor adalah salah satu penyumbang penularan wabak ni... penulis no komen... Kita sama-sama nilai dan fikir la sendiri yer... Chow chin cau... Wassalam


P.s: Bukan ingin menghentam doktor atau jururawat... Cuma sekadar meluahkan apa di hati... Penulis tau mereka penat... Cuma tu semua bukan percuma, dan kalau rasa tak boleh pikul, banyak lagi mereka di luar sana mahu menawarkan diri...

Penulis muda lagi, mungkin tak berapa terasa dengan layanan begini... Tapi bagaimana jika terkena kepada mak, ayah, tok atau opah kita?. Bukan layanan istimewa yang kami harapkan. Cukuplah sedikit rasa hormat... walau siapa pun mereka... walau dari kampung dan ceruk mana pun mereka... walau tanpa pangkat atau harta... (kerana kalau berpangkat pasti tidak akan dilayan sebegitu rupa... cth:menteri masuk hospital... pasti ahli keluarganya dilayan bak rajakan)

Kepada doktor-doktor yang telah menjalankan amanah dengan baik, tahniah penulis ucapkan dan insyaAllah ganjaran besar menunggu anda bukan sahaja di sini malah di 'sana' juga... Ameen..


Thursday, July 30, 2009

Lunch... Lunch...

Hari ni penulis masak Nasi Beriyani dan ayam beriyani... sedap jugak sekali sekala ubah selera... dekat bawah ni penulis sertakan bersama resipinya... sesiapa yang ada masa boleh cuba ... penulis guna resipi dari belakang pek rempah beriyani tu dan ubah sikit ikut kesesuaian dan bahan yang ada... Tapi nasik penulis lembik sikit sebab sepatutnya guna beras basmathi tapi penulis guna beras biasa jer...

P.S:
**Gambo tak jelas sangat sebab guna hp je
**Alamak blog penulis mcm dah nak bertukar ke blog resipi :O... Hehe taklah.. Blog ni adalah blog santai :P

Ayam Beriyani

Nasi Beriyani


Nasi Beriyani

Bahan-bahan (2 orang)


1 1/2 cawan beras Basmathi
1 1/2 cawan air
1-2 sdb rempah beriyani Adabi (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji bawang besar (dimayang kasar)
1 inci halia (tumbuk/ hiris)
1 kulit kayu manis
1 buah pelaga
1 bunga cengkih
minyak (untuk menumis)
1 sudu makan minyak sapi (untuk menumis)
daun pandan (disimpul)
2 sdb susu cair
sedikit garam
gajus (hiasan)
daun bawang/sup/pudina (hiasan)

Cara-cara

1) Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan bawang, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih hingga naik bau. (penulis tumis dalam rice cooker je)
2) Masukkan rempah beriyani. Biarkan hingga naik bau.
3) Masukkan 1 1/2 gelas air dan daun pandan dan garam. Tutup periuk supaya cepat mendidih.
4) Basuh beras dan toskan.
5) Masukkan susu cair dan kemudian beras. Kacau rata.
6) Alihkan periuk ke dalam rice cooker.
7) Sekali sekala serihkan nasi.
8) Masukkan gajus dan kismis. Biarkan sehingga nasik benar-benar masak.
9) Hias dengan daun sup/bawang/pudina. Sedia untuk dihidangkan.

Ayam Beriyani

Bahan-bahan

Rempah beriyani (agak-agak mengikut banyak ayam)
5-6 potong ayam
1 cawan santan pekat (perahan kali pertama)
3 cawan santan cair (perahan kali ke-2 dan boleh ditambah hingga kentang empuk)
minyak jagung (untuk menumis & menggoreng ayam)
1-2 sdb minyak sapi (untuk menumis)
2 sdb tomato puree
1 biji bawang besar (mayang)
2 biji ubi kentang (potong 4)
gula/madu
garam

Bahan kisar

2 biji bawang besar
1-2 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
3 biji cili hijau

Bahan Hiasan

Gajus
Bawang goreng
Daun bawang/sup/ketumbar/pudina
Cara-cara

1) Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toslan.
2) Bancuh rempah beriyani bersama bahan kisar dengan sedikit air.
3) Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bancuhan rempah beriyani sehingga naik bau.
4) Masukkan santan cair dan ubi kentang. Biarkan sehingga kentang empuk dan kuah sedikit pekat.
5) Masukkan santan pekat, tomato puree, sedikit minyak bekas menggoreng ayam dan juga madu / gula. Perlahankan api. Biarkan kuah menjadi lebih pekat ( elok ditutup periuk sementara).
6) Masukkan bawang besar yang telah dimayang dan perasakan dengan garam.
7) Bila kuah cukup pekat, masukkan ayam yang telah digoreng. Balikkan supaya rata dan sebati dengan kuah.
8) Akhir sekali masukkan kismis dan gajus. Apabila cukup pekat dan sebati padamkan api.
9) Hiaskan dengan segala jenis daun yang ada... Siap untuk dihidangkan...

Selamat mencuba :D

Monday, July 27, 2009

Surah Al-Waqiah

Oleh : Sheikh Masyari Rashid al-Afaasi

Friday, July 17, 2009

Andai Ku Tahu...



Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Oleh : Ungu

Thursday, July 16, 2009

Resipi Spageti Ringkas


Hari ni penulis nak santai sikit.... petang tadi tengok dalam peti sejuk.... Terkeluar pulak idea nak makan spageti. Tel suami alhamdulillah dia pun ok... Jadi ape lagi... dinner malam ni adalah ... Spagetti Bolognese dan Spageti Chicken Olio ;)

Penulis buat dua perasa sebab suami teringin nak makan Bolognese penulis pulak lagi suka yang takde kuah... ok kat bawah ni penulis bagi sekali resipinya...resipi paling ringkas :D


Spageti Bologense (Sory gambar comot sikit sebab hubby dan gaul dulu sebelum posing :P)


Spageti Chicken Olio


Bahan-bahan Spageti Bolognese
1 tin sos spageti prego 300ml (Penulis guna jenis Tomato, basil n garlic)
Cendawan butang (dihiris nipis)
Ayam (potong kecil)
Sedikit cili benggala hijau (dipotong dadu)
Sedikit carrot( dicincang halus)

Bahan-bahan Spageti Chicken Olio
Minyak (untuk menumis)
3 biji bawang putih (dicincang halus)
Ayam (potong kecil)
Cili benggala (potong dadu)
Carrot (cincang halus)
Cendwan butang( hiris nipis)
Kobis (hiris halus) optional
Cili flakes

Cara-cara

Mula-mula sekali jerang air dalam periuk. Bila dah menggelegak, masukkan spageti dan sedikit minyak masak... masak sehingga spageti lembut. Angkat dan toskan....

Spageti Bolognese

1) Tumis ayam sehingga masak sedikit.
2) Masukkan cendawan.
3) Masukkan Sos spageti Prego.
4) Masukkan carrot dan cili benggala.
5) Biar sehingga menggelegak. Boleh tutup api dan tuang atas spageti yang telah direbus.
6) Boleh sagat sedikit keju di atasnya.

** Ayam boleh diganti dengan daging kisar dan juga boleh tambah kacang peas...
** Kalau guna sos spageti Prego biasanya tak perlu masuk garam sebab rasanya dah ok. Tapi kalau nak guna tomato puree perlu diperasakan dengan garam dan gula.

Spageti Chicken Olio

1) Tumis bawang putih sehingga layu.
2) Masukkan ayam. Masak sehingga sedikit masak.
3) Masukkan cendawan.
4) Masukkan carrot, cili benggala, sedikit kobis.
5) Perasakan dengan garam dan serbuk cabai (yang kasar, chilli flakes).
6) Siap untuk dihidang.

** Jangan masak terlalu lama. Jangan biar sayur terlalu lembik.
** Boleh juga nak ganti ayam dengan lala, sotong, udang atau seafood lain.

Selamat mencuba...

Thursday, June 18, 2009

Rasa Kehambaan

Pagi ini penulis berkesempatan untuk menonton program Mukaddimah yang disiarkan setiap 7.30 pagi di TV9. Tajuk Mukaddimah pada hari ini adalah "Rasa Kehambaan" yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Abdullah (biasa menjadi panel di Al-Kulliyyah). Penulis amat tersentuh dan tertarik dengan kupasan Mukaddimmah pagi ini.

Di antara 'point' penting yang Ustaz Mohd tekankan, janganlah kita putus merayu dan berdoa kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan. Jangan kita sekali-kali menyalahkan Allah di atas takdir yang berlaku kerana mungkin tersimpan 1000 hikmah di dalamnya. Beliau mengambil contoh pada suatu hari, seorang bapa telah melihat anaknya yang berumur 2 tahun bermain dengan pisau cukur. Si ayah dengan berhikmah meminta pisau cukur itu. "Meh bagi kat kat abah meh". Lantas mengambil pisau itu dan meletakkannya di atas almari yang tinggi sehingga tak tercapai oleh gapaian tangan si anak.

Si anak lalu menangis dan terus menangis lantaran tidak dapat apa yang dihajati. Namun adakah si bapa mengambil pisau itu kerana tidak kasih pada si anak? Sudah tentu TIDAK. Si ayah bakal memberikan pisau itu apabila tiba masanya nanti apabila si anak sudah cukup matang untuk menggunakannya kerana dia tahu jika diberikan terlalu awal, ia bakal merosakkan/ menyakiti si anak yang amat disayanginya. Lantas si ayah memujuk si anak dengan memberikannya makanan/ susu atau kadangkala di tunjukkannya dengan rotan supaya anak ini berhenti menangis.

Begitulah jika kita ingin mengaitkan kisah ini dengan kita di dunia ini. Kadang kala kita telah berasa Ya Allah aku telah banyak kali berdoa, merayu, menangis dan memohon kepadamu supaya dikurniakan isteri/ suami yang baik, anak yang soleh, keluarga yang bahagia, kesenangan hidup, kemurahan rezeki dan sebagainya lagi namun mengapa yang sebaliknya yang aku dapat!!

Nauzubillah... jangan kita sekali kali mengucapkan kalimah seperti itu kerana Allah Maha Mengetahui. Dia tahu jika Dia memberikan sesuatu itu, walaupun pada kita ia baik, namun bagi Allah Dia tahu itu bukan yang baik untuk kita atau mungkin belum masa yang sesuai untuk kita memilikinya... Mungkin dengannya kita akan lupa pada Sang Pencipta atau mungkin dengannya kita ditimpa fitnah atau musibah yang lebih besar atau mungkin ada pahala besar sebagai ganjaran di atas kesabaran kita menanti dan terus merayu padaNya atau mungkin Allah ingin kita sentiasa dekat dengannya.... sentiasa berdoa dan terus memohon padanya.... Wallahua'lam Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Ustaz itu menyeru supaya kita terus berdoa kepada Allah tanpa jemu. Allahlah Tuhan yang sama yang telah menyelamatkan Nabi Muhammad dari buruan kafir Quraisy semasa penghijrahan baginda ke Madinah, di saat tiada siapa dapat membantu... Tuhan yang sama jugalah yang membantu Nabi Musa dengan membenarkan laut terbelah dua untuk mereka selamat dari kekejaman Firaun dan Allah jualah yang telah menolong menjadikan api yang membakar Nabi Ibrahim menjadi sejuk tanpa sedikitpun mencederakan Rasulnya...

Penulis mengingatkan diri dan sahabat... teruskan berdoa.... teruskan berdoa.... dan teruskan berdoa.... Dia pasti memakbulkannya.... kerana Dia Maha Mendengar isi hati kita... Dia Maha Kasih .... Dia Maha Penyayang.... Dia adalah tujuan kita hidup.... Dia adalah tujuan kita mati.... kerana Dia adalah segalanya.... wallahua'lam

Friday, June 12, 2009

Kematian itu benar...

Pada bulan April lepas penulis menerima berita pemergian dua orang sahabat. Sahabat yang penulis maksudkan adalah Head of Department penulis di Pusat Asasi UIA dan seorang lagi adalah sahabat suami penulis semasa sama-sama belajar di Darul Quran dan Mesir dulu. Kedua-duanya terlibat dalam kemalangan dan kedua-duanya juga muda, lingkungan umur 28-32 tahun.


Tersentak dengan berita ini Allah sahaja yang mengetahui. Tak percaya sangat-sangat. Tapi itulah kematian. Ia datang saat kita tak menduganya...Sahabat penulis tu baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat di Pusat Asasi UIA kampus Nilai. Selepas itu dia pergi menunaikan solat di masjid berhampiran dan dalam perjalanan pulang dari masjid itulah dia ditimpa kemalangan. Arwahyarham telah meninggalkan seorang balu, seorang guru di Nilai. Sahabat penulis memang baik, jarang sekali mendengarnya mengata orang, mudah diajak berbincang dan dia sering menjadi orang yang menceriakan department kami... Arwahyarham selalu mengadu pada penulis yang dia teringin sangat nak anak kerana dia telah berkahwin dalam 5-6 tahun namun masih belum dikurniakan zuriat. Ternyata impiannya tidak tercapai sehingga ajalnya. Tapi penulis pasti Allah Maha Mengetahui segalanya. Mungkin ada ganjaran besar untuknya di atas kesabarannya menghadapi ujian tersebut... InsyaAllah...

2/3 hari selepas berita kematian sahabat penulis diterima, penulis dan suami mendapat satu lagi berita pemergian sahabat suami penulis. Apa yang lebih menyayat hati lagi adalah sahabat suami ini baru sahaja pulang dari menyambut kelahiran anak pertamanya di hospital. Beliau sempat mengazankan anaknya itu sebelum kejadian. Penulis tergamam mendengar berita ini kerana yang paling perit untuk menelan berita ini pastilah isterinya... Allahuakbar.... Ujian besar untuknya... Berat mata memandang, lebih berat lagi bahu yang memikul.... Kehilangan suami yang disayangi dalam keadaan masih sakit melahirkan anak, dalam keadaan masih perlukan sokongan dan dakapan erat seorang yang bernama suami....

Penulis tak tahu apa yang ingin diulas. Tak tahu dan tak mampu untuk menyelami perasaan dua isteri yang baru kematian sang suami yang dicintai. Cuma doa penulis agar Allah berikan mereka ketabahan dan kekuatan untuk menempuh dugaan berat ini. Lemahnya kami di sisiMu ya Rabb... Lemahnya kami.... Kami hanya mampu untuk meminjam secebis kasih sayang yang telah kau campakkan ke dalam hati insan-insan yang kami sayangi... Namun kami tak mampu untuk menghalangMu dari mengambil kembali barang yang telah Engkau pinjamkan kepada kami ini... Apa pun semoga dipertemukan semula di sana nanti dalam keadaan yang lebih bahagia selamanya.... Ameeen...

Kesimpulan ringkas dari dua kejadian ini adalah.... Kematian itu adalah benar... Cuma mungkin hari ini bukan masa kita... Namun esok lusa ia pasti tiba jua.... Wallahua'lam...


Tuesday, March 31, 2009

Ayat Al-Quran Sebagai Amalan Harian

Di sini penulis ingin berkongsi sedikit makumat berkenaan dengan beberapa ayat-ayat Quran pendek yang boleh dijadikan amalan harian... Semoga ada manfaat...


Penulis dapat ni dari ceramah yang penulis dengar dari Kuliah Ust Shamsuri Hj Ahmad dan Ust Siti Nor Ba'yah... 

1) Baca ayat Kursi sekali sebelum tidur. Allah akan lindungi dari jin dan syaitan sehingga pagi.

2) Baca ayat Kursi dan 3 ayat pertama Surah Ghofir selepas Subuh dan Maghrib. InsyaAllah Allah lindungi kita dari pagi hingga malam, dan malam hingga pagi keesokannya.

3) Baca ayat akhir Surah At-Taubah (7 kali). InsyaAllah Allah mencukupkan segala kekurangan yang ada di antara suami dan isteri.

4) Baca ayat akhir Surah Al-Imran. Untuk menjadi seorang yang lebih sabar....

Wallahua'lam...

p/s: Bagi no 1 dan 2 memang di sabitkan dengan hadis sahih (di sampaikan oleh Ust. Shamsuri) Maaf kerana penulis tak ingat riwayat dari siapa. Maaf atas kelemahan fikiran penulis. Namun bagi no 3 dan 4 Ust. Siti Ba'yah tidak mensabitkannya dari mana-mana hadis. Namun membaca al-quran itu sendiri adalah pahala... wallahua'alam...

Thursday, March 26, 2009

Urutan Kasih Sayang Buat Pasangan :D

:D Hari ni penulis nak berkongsi tips sikit... Sebenarnya bukan tips apa pun... Cuma beberapa hari yang lalu, penulis temankan mak penulis ke klinik. Penulis tertarik dengan satu tips kesihatan yang dilekatkan di dinding klinik tu. Tips untuk membuat urutan kepada pasangan untuk menghilangkan stress/tekanan. Tak kisahlah tekanan kerja atau apa sahaja. Pada pasangan suami isteri di luar sana, bolehlah mempraktikkan urutan ini samada setiap hari selepas suami pulang bekerja atau seminggu sekali sudah memadai... InsyaAllah bukan sahaja suami/isteri rasa lega tapi ia juga dapat merapatkan lagi kasih sayang.... Ameen... 


Langkah 1:
Minta pasangan anda duduk dengan selesa. Pejamkan mata dan tenangkan fikiran. Fikirkan sesuatu yang menenangkan dan indah seperti berada di tepi pandai dll.

Langkah 2:
Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di bahunya. (Lebih baik jika diurut-urut bahu pasangan sedikit)

Langkah 3
Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk. Ulang 3 x.

Langkah 4
Guna kedua tangan anda dan urut bahu hingga ke atas lengan. Buat untuk kedua-dua lengan pasangan anda. Ulang 3 x.

Langkah 5
Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulang 3 x.

Langkah 6
Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk dengan teknik memutar.

Langkah 7
Letak sebelah tangan anda di dahi pasangan dan sebelah lagi tangan anda di tengkuk pasangan. Dengan perlahan, putar kepalanya ke kanan dan kemudian ke kiri. (Tak perlu sampai berbunyi :P)

Langkah 8
Guna jari untuk urut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulang 3 x.

Langkah 9
Letak kembali tangan di bahu pasangan anda.

Tips: Semasa mengurut elok menggunakan minyak aromaterapi.... Heheh jadi sekarang tak perlu ke Spa Q lagi untuk mengurut :P. Selamat mencuba....

Thursday, March 05, 2009

Ada Apa Dengan Hari Lahirku??


Hari ini (05 Mac 2009) telah genap usia penulis 26 tahun.... Bagi penulis usia bukan perkara rahsia yang perlu disembunyikan.... Mengapa takut kepada bayang-bayang sendiri? Takut tua? Ya memang penulis dah semakin tua... Jadi? Tiada apa-apa masalah bagi penulis.... Ada apa dengan hari lahir ku????

Ada apa dengan hari lahirku?
Ianya mendekatkan ku lagi dengan kematian...

Ada apa dengan hari lahirku?
Ia peringatan bahawa hari ku di dunia ini makin singkat...

Ada apa dengan hari lahirku?
Ia hari untuk bersyukur kerana telah diberi peluang genap setahun lagi untuk hidup...

Ada apa dengan hari lahirku?
Ia hari peringatan belum tentu aku dapat menemui 5 mac tahun hadapan...

Oleh itu, hargailah hidup ini dan mereka yang berada di sekelililing kita.... Kerana hidup ini terlalu pendek untuk dikejar... Terlalu singkat untuk bermusuhan...

Saat ajal menjenguk, ku terpaksa melepaskan mereka yang amat aku sayangi... untuk memulakan kembara ke satu daerah yang amat jauh dan asing... Kerana tiada apa yang kekal di dunia ini melain Dia...

Selamat Hari Lahir Buat Ku....
___________________________________________

Terima Kasih buat suami tersayang... Su sayang abang...





Thursday, February 05, 2009

Perancangan Allah Itu Yang Terbaik...

Jangan bersedih... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, hambaNya... Kita diuji mengikut tahap keimanan seseorang... Walaupun perit... Namun kadang-kadang yang perit itulah penawar yang terbaik... 


Buat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin ini ujian besar dari Allah... Kuatkan semangat... Tiada apa yang perlu digusarkan... kerana perancangan Allah itulah yang terbaik... Yakin dengan janji Allah bahawa Dia akan bantu sesiapa sahaja yang membantu agamaNya... Biar kita turun dengan bermaruah... Bukan kemenangan matlamatnya... Namun redha Allah yang kita cari....


Jangan bersedih... Sesungguhnya Allah bersama-sama kita...

cahayasufi @rakyat Perak

Wednesday, February 04, 2009

Ong... Ong...

Penulis tak sangka pulak dekat Perak ni banyak betul katak-katak gergasi yang berperut bonyot kekenyangan...  Erm... mungkin sebab musim tengkujuh ni kot... Semua pakat keluar untuk berbunyi..... mencari serangga-serangga untuk dijadikan habuan mengisi tembolok...wink* cu...

Tuesday, February 03, 2009

You are Not Alone...

Taken from IKIM.fm. If anybody knows who is the writer of this story please inform me ASAP so that I can write his/her name as the source for this article.TQ


cahayasufi
__________________________________________________

This is the story of an average human…. from his story that is so much to learn…

 

I work through life…. working day and night. Let me tell you of my miserable plight…before that let me thank Allah most wiseful to that’s why I’m sharing my story with you…

 

From young I was told I had to be the best. I must learn to score for my exams and tests. I studied hard to be the top in class so that my friends will respect me with all the fuss. In my youth days, I was actually in secured…. so much temptation and many are impure. I prayed sparingly but it didn’t help me…why couldn’t I felt that Allah was watching me? I wanted to be the cream of the cake…I didn’t allow myself to make a single mistake.

 

 I wanted more friends and also be praised…when I didn’t get complimented…. I felt so daze. I began to doubt myself again and again…was I not good enough or was I insane? I was feeling inadequate for my lack of looks…was I too fat, short or did my spell give the spook? I learn to dress up in trendy clothes bought from stores. I wanted people to look at me and say “wow” in awe…

 

I wanted to be adored…praised and be popular. Success to me is to be the top scorer. I wanted to shower myself in fame. I also hope to earn a big name. I studied hard and topped my school. I believe that to make friends…success is a tool. Whenever my friends were just beside…. I felt the pressure to display my weaker side. I’m afraid my friends would leave me if I’m not nice enough…so I bought them gifts and other good stuffs. Branded clothe, car, intelligence and friends…indeed you may think that I have all that I need. But I’m still unhappy inside and I don’t even know why. Was I not good enough, too ugly or too shy?

 

 At work I pleased my boss to show him I was the best. I treated my colleague lunch and sacrifice all my rest. I was afraid that my boss dislikes me if I laze about. In front of him I did my best and try to stand out…then I climbed the corporate ladder and be my own boss. Finally I was successful but I was still in a loss. I was cheerful outside but scared inside. I was not even sure what I’m doing is right. I look around to see all my best friends…. I wondered…. if they still like me if my wealth ends. I cannot bear to face rejection or even fail. If I become poor and old, will my friendship be still? I work hard but whom am I trying to impress. The fear of losing my reputation is causing me stress. I want friends to respect me forever and ever. I could imagine my friendship to savor…but at last my business failed me terribly. I was down with illness and suffered painfully. All the people whom I thought were faithful friends left me because my status has no stands. I am left alone and wondered weather it is true…to make good friends wealth matters too?

 

One day I met a man who is unfortunately blind. He then advises me with word so kind. He said, “Love yourself and be grateful for what you are. You owe it to Allah for coming this far. Allah loves us and makes us Muslim. But many people don’t appreciate it…. It seems. It doesn’t matter if you’re poor or earn less, Allah loves who we are and He cares. Don’t do good deeds if you do it for shows or else your spiritual status will sink below. If you are humble, do good deeds and pray to Allah most wise…. You can earn yourself a place in paradise.

 

Good Muslims overcome worries and insecurity…. They are unfazed even if they are treated with hostility. Why be a slave to affluence and glamour…why worry if you’re not witty with humour. Always be yourself dear brother…have no pretends…Allah will still loves you even if you don’t have any fans. Why be afraid dear brother when friends shun away…when Allah is there for you…it’s always that way.

 

After the blind man left, my mind started working. I was still surprised and proof starts coming. It seems that I maybe a boss or lying here poor but good Muslims greets me with salaam, a smile and no fear. I kept wondering what is success to me…is it about having friends or earning a good degree? I had all these and yet I was not satisfied. Could it be because Allah was not on my side? Then I realize that I have been foolish…my insecurity is the one that was my hitch. Why was I ungrateful to Allah most great? Allah is helping us all the way as faith. Oh I’m ashamed for being so proud…when my success was actually a passing cloud. Now I realize my great, big mistake …so I do more good deeds now with sincerity and no fake.

 

When I’m back home…. I look at the side of my bed and saw the Quran. Guilt envelope me because the Quran I have read none. Since I was alone and feeling so bored…I explored the Quran to know about Allah the Lord. True Muslim friends starts to be friendly, it doesn’t matter who ever I’ll be. They except me and love me despite my flaws. I don’t have to make them like me by using force. I don’t have to impress Allah with my witty charm…I already know Allah loves me and protects us from harm. With Allah’s help we can attain peace in self. So let put doubt back in syaitans’ shelf. If there are problems with work and with men…please remember that it is part of Allah’s plan. Ask from Allah because He listens to us always. Allah will help us with His kindness and grace.

 

Let us learn from this life and trek the virtual roam…. remember that this world is only a temporary abode. Now I live through my life devoted to the Islamic course and repent…so Allah will love me despite my flaws. Remember true success is not about having lots of friends’ infact it is about passing Allah’s test. Happiness is not about showing of your generous part infact it’s about the attitude of your heart. Say, “ I like who I am and I’m glad to be me… I love being a Muslim and Allah set my heart free….”I can feel it in my mind and in my little heart bone. I confess with Allah around…I know I’ll never alone…

Allah Is Great

I asked God to take away my pride. ALLAH said "No". It's not for me to take away, but for you to give it up. 

I asked ALLAH to make my handicapped child whole. ALLAH said "No". Her spirit was whole, her body was only temporary.
I asked ALLAH to grant me patience. ALLAH said "No". Patience is a by product of tribulations; it isn't granted, it is earned.
I asked ALLAH to give me happiness. ALLAH said "No". I give you blessings, happiness is up to you.
I asked ALLAH to spare me pain. ALLAH said "No". Suffering draws you apart from worldly cares and brings you closer to me.
I asked ALLAH to make my spirit grow. ALLAH said "No". You must grow on your own, but I will prune you to make you fruitful.
I asked for all things that I might enjoy life. ALLAH said "No". I will give you life so that you may enjoy all things.
I ask ALLAH to help me LOVE others, as much as he loves me. ALLAH said... Ahhhh, finally you have the idea!


What if ALLAH couldn't take the time to bless us today because we couldn't take the time to thank HIM yesterday?
What if ALLAH decided to stop leading us tomorrow because we didn't follow HIM today?
 What if we never saw another flower bloom because we grumbled when ALLAH sent the rain?
What if ALLAH didn't walk with us today because we failed to recognize it as His day?
What if ALLAH took away His message because we failed to listen to the messenger?
What if ALLAH stopped loving and caring for us because we failed to love and care for others?
What if ALLAH would not hear us today because we would not listen to Him yesterday?
What if ALLAH answered our prayers the way we answer His call to service?

What if ALLAH met our needs the way we give Him our lives???

 

Saturday, January 31, 2009

Kembang Ku Sayang....


:D Penulis mulakan penulisan kali ini dengan senyuman lebar... Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk ditulis. Cuma nak berkongsi keletah kucing penulis yang yang penulis namakan "Si Kembang" sempena ekornya yang kembang macam kucing Parsi.

Satu hari, cewah macam bercerita hikayat sang kancil pulak.... takla ada satu haritu, penulis menjenguk keluar melalui tingkap bilik atas penulis, dan ini yang penulis nampak....jeng jeng jeng...



Mula-mula terlintas di hati penulis "eh apa benda pulak yang menempek atas cadar aku ni??". Masa penulis jemur pagi tadi memang penulis pastikan cadar tu tak menyapu lantai. Konpius kejap. Maka dengan muka tak puas hatinya penulis pun pergilah ke tingkat bawah untuk melihat dengan lebih dekat lagi 'benda hitam' tu.

Rupa-rupanya.... 


Ish Kembang kuncup rupanyer.... Cik kembang ku sayang.... Dalam hati mula nakla jugak halau si kembang ni takpun buat kucing panggang untuk lunch aritu :P. Tapi bila dia buat muka tak bersalah... cair pulak penulis... lepas tengok penulis siap sambung tidur balik tu.... ish-ish...

Sebenarnyer kembang ni memang 'beradun' sikit. Kalau nak tidur, nak tempat yang baik, elok, selesa, redup. Kalau nak makan pun macamtu, kalau penulis bagi tempat yang panas terik jangan harap dia nak makan. Dia akan angkat(gonggong) makanan tu ke tempat redup baru makan. ish memang beradun betul la dia ni... Tengokla nak tidur siap tarik cadar penulis lagi... Bagus.... Satu perkembangan yang positif :P

P.s: Just untuk rehatkan kepala otak kejap... wink*. cu

Sokonglah Produk Keluaran Muslim


Beberapa minggu yang lalu penulis telah berkesempatan ke Negeri Jelapang Padi, Kedah. Jalan-jalan cari ketenangan... Walaupun hanya di dalam negara tapi sedikit kelainan dari segi adat, budaya, makanan dan persekitaran yang dapat penulis lihat dan alami... Alhamdulillah... Cuma bukan itu yang ingin penulis kongsikan di sini. 

Penulis sebenarnya tertarik dengan sebuah restoran makanan segera keluaran HPA, RFC yang terletak di Sg. Petani, Kedah. Pertama kali masuk ke restoran ini, timbul rasa bangga dalam diri. Biarpun restoran itu bukan milik penulis, namun penulis tumpang gembira dengan saudara seagama yang mampu membuka restoran makanan segera alternatif. Di sebalik kegelutan muslim ingin memboikot barangan Yahudi laknatullah dan sekutunya, ternyata kita punya banyak pillihan yang kadang-kadang kita hanya membutakan mata dan mentulikan telinga dari mengambil tahu tentangnya. Hanya dengan alasan "aku dah biasa membeli di KFC/ McD, anak-anak aku pun dari kecik dah ke situ", kita terus menerus memaksa diri kita dijajah....

Dari segi menu pula jangan risau kerana bukan sahaja halal, malah ayam yang digunakan adalah ayam organik. Makan pun takda rasa was-was insyaAllah.. dan sedap ;)

Berikut penulis paparkan sedikit gambar yang sempat penulis ambil semasa mengunjungi RFC baru-baru ini :

Outlet RFC di Sungai Petani, Kedah


Antara menu yang disediakan


Rfc ;)

Bukan itu sahaja, terdapat juga satu lagi outlet donut muslim yang bagi penulis setanding dengan nama-nama outlet donut terkenal seperti Dunkin Donut, Big Apple dan lain-lain lagi. Mungkin ramai yang telah mengetahuinya kerana outlet ini pernah dipaparkan di dalam Buletin 130. Ia tidak lain adalah Nash Donut.  Bagi penulis Nash Donut lebih sedap jika dibandingkan dengan Dunkin Donut yang cepat keras apabila lama disimpan. Kalau tak percaya kena rasa ;) Nash Donut telah membuka beberapa outlet termasuk di Sg. Petani, Kedah, Bukit Mertajam, Penang dan Johor. Berikut adalah alamat Nash Donut di Bukit Mertajam, Penang.

No. G-18 & G-19, De Rendezvous , 
Jalan Perda Selatan,
Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam,
Penang
Toll Free: 1 800 88 2434

 Atau boleh layari www.nashdonuts.com.my tapi semasa penulisan ini dibuat, website sedang diselenggara. Namun pengunjung masih boleh melihat gambar-gambar berkaitan outlet dan beberapa jenis donuts yang disediakan...

OK chow chin chaw.... :P

 

 

Khusyuk

Semalam 30/01/2009 (Jumaat) penulis berkesempatan menonton rancangan Al-Kulliyyah terbitan TV3. Pada kali ini Al-Kulliyyah membawa tajuk "Kusyuk". "thumbs up" untuk kesemua krew rancangan ini yang telah mengelelola rancangan ini dengan begitu baik sekali.Setiap tajuk dikupas dengan panjang lebar di mana mereka lebih menekankan sesi soal-jawab dari para penonton berbeza dengan rancangan forum agama yang lain yang lebih menjurus kepada penjelasan sebelah pihak sahaja dan jika ada sekalipun sesi soal jawab, ia hanya melibatkan 1/2 orang sahaja.


Semalam pihak Al-Kulliyyah telah menjemput Kiyai Abdullah dari Indonesia. Pada mulanya penulis berpendapat agak sukar untuk memahami pelat beliau dan sudah tentu ini menjadikan rancangan kegemaran penulis kali ini agak sedikit 'sukar untuk didalami/diselami' tajuknya. Namun ternyata pendapat penulis silap sama sekali. Malah penulis rasa kupasan tajuk semalam adalah antara kupasan yang paling 'masuk ke jiwa'. Mungkin itu bagi penulis sahaja. Wallahua'lam.

Tapi cara kiyai ini menjawab setiap persoalan yang diajukan menampakkan tawaduk, penyerahan bulat kepada Allah dalam apa keadaan sekali pun. 

Di antara point yang masih penulis ingati:

1) untuk khusyuk dalam solat, kita bukan sahaja mesti bersedia semasa hendak solat tetapi kita juga mesti membuat persediaan sebelum solat itu sendiri. Dari segi wudhuknya, kebersihan diri, kebersihan hati, dan mohon kepada Allah supaya diberikan kusyuk ketika solat.

2) Solat yang terbaik adalah solat Rasulullah. Kerana ada di kalangan penonton yang bertanya adakah boleh menunaikan solat di dalam gelap/ memejamkan mata / membaca dengan bacaan yang kuat. Maka jawab kiyai contohilah solat Rasulullah kerana tiada dalam riwayat yang menyebut Nabi menunaikan solat di dalam gelap dan sebagainya hanya untuk kusyuk. Mohon pada Allah. Allah tahu apa isi hati kita. Dia Maha Tahu kita ingin dekat dengan Dia. Maka insyaAllah Dia akan bantu.

3) Kita sering memberi sisa kepada Allah dalam berikbadat. Contoh sisa ini seperti kita sering solat.... tetapi solatnya di akhir waktu. Kita sering baca Quran tetapi ianya dibaca selepas kita membaca suratkhabar, kita sering memberi barang sebagai hadiah kepada orang tetapi selalunya barang tersebut tidak kita perlukan lagi/ telah berlebihan. Kiyai tersebut lantas melontarkan persoalan kepada penonton "adakah kita sanggup memberikan sisa-sisa makanan yang telah kita makan kepada orang yang paling kita sayang?".

4) Tanda-tanda orang yang mendapat kusyuk dalam solat biasanya ditunjukkan melalui perbuatannya selepas solat. Dia akan sentiasa tenang, tertib, tidak cepat marah, tidak mengadu domba, lisannya sentiasa dijaga....

5) Kita bayangkan bahawa solat yang sedang kita dirikan ini merupakan solat yang terakhir. Kerana hidup ini sangat rapuh, belum pasti kita akan bertemu solat yang berikutnya. Jika ini solat yang terakhir maka adakah solat yang "cincai" yang bakal kita bawakan bersama ke kubur sebagai peneman kita. Jangan biarkan solat kita dicampakkan semula ke muka kita seperti kain buruk dek kerana ketidaksempurnaan dan kelalaian kita semasa menunaikannya.

6) Fahami makna bacaan di dalam solat.

7) Solat seperi Allah melihat kita. Contohnya kita seorang cikgu. Ada masanya kita perlu di "observe" sebelum dapat disahkan jawatan. Maka kadang-kadang pabila tiada yang melihat kita mengajar kita akan mengajar juga cuma tidak begitu bersungguh-sungguh. Tetapi bila ada yang memerhatikan kita, maka pengajaran pada kali itu pasti menjadi pengajaran yang menarik dengan disulami alat-alat bantuan mengajar. Kenapa? kerana kita tahu ada yang melihat. Begitu juga dengan solat. Siapalah 'boss' kita kalau nak dibandingkan dengan Allah Robbul'alamin.... Raja segala raja tengah memerhatikan kita. Pasti kita ingin mempersembahkan hadiah yang terbaik untukNya bukan? hadiah buat Allah... yang Maha Menyayangi kita.... yang Maha Mengasihi kita....

Itu sahaja point yang masih penulis ingati. Kerdil rasanya diri ini di sisiNya. Kita selalu fikir kita ni dah ok sebab solat 5 waktu, puasa cukup dan sebagainya. Tapi sebenarnya soal sah ibadah dengan diterima ibadah adalah 2 persoalan yang berbeza.... . Semoga Allah ampunkan kita semua di atas kelalaian kita selama ini.... wallahua'lam...

P.S: Kepada sesiapa yang berkelapangan ada beberapa program yang amat baik untuk diikuti di TV dan radio. Penulis senaraikan dibawah ini...

1) Setiap Jumaat, 8.10 a.m, Perak FM (95.6FM) - Soal Jawab Agama bersama Mufti Negeri Perak/Timbalan Mufti. ( Boleh didengar di Perak,dan beberapa kawasan di Penang, Kedah dan Cameron Highland)

2) Setiap Jumaat, 12p.m, TV9- Huraian Tafsir Al-Quran bersama Ustazah Fatma Zahra.

3) Setiap Jumaat, 5pm, TV3-Al-Kulliyyah

Semoga ada manfaat...