Saturday, December 03, 2011
Friday, October 21, 2011
Dari Hati Seorang Isteri...
Posted by
CaHayA SuFi
at
10:25:00 PM
0
comments
Category : .: Personal :.
Monday, September 26, 2011
Merasakan Kehadiran Allah Di sisi
Fuh.... sebulan lebih dah penulis tak mengemaskini blog ini... Takde masa sangat nak melayari internet...Sebelum tu Salam Aidilfitri penulis ucapkan buat semua (lewatnya ucap)... Oklah...
Tajuk penulisan kali ini tiba-tiba berlegar dalam fikiran penulis beberapa minggu yang lalu... Terutamanya selepas mendengar ceramah dari Ustaz Muhammad (selalu keluar dalam Usrah TV9). Salah satu intisari ceramahnya beliau mengingatkan kita supaya sentiasa berdoa... Berdoa bukan semestinya selepas solat sahaja. Bukan hanya perlu menadahkan tangan bersama wudhuk, tak semestinya perlu formal mengadap kiblat.... malahan permintaan dalam bentuk lintasan hati juga boleh dianggap sebagai doa.
Penulis bagi contoh. Kalau kita berada dalam ketakutan yang amat sangat kita selalu berdoa di dalam hati " Ya Allah selamatkanlah aku dari bencana ini". Ini mungkin perkara biasa kerana dalam ketakutan yang amat sangat secara lumrahnya manusia memang perlukan pergantungan kepada sesuatu. Maka kita sandarkan pergantungan itu kepada Allah.Alhamdulillah.... Cuma kadang-kadang sewaktu terlalu takut atau susah sahaja kita ingat Allah. Waktu senang atau waktu menghadapi masalah yang agak "ringan" kita lupa pada Sang Pencipta. Sedangkan Dia adalah penyelesai kepada setiap masalah kita. Dia adalah yang paling memahami situasi dan masalah kita, Dialah Pendengar yang paling baik.... Dialah sebaik-baik pembuat keputusan dan dia sentiasa ada bersama kita 24jam sehari tanpa jemu di sisi kita... Namun sayang sekali kita sering lupa akan kehadiranNya..
Pernah tak rasa kita tersalah pilih orang untuk meluahkan masalah. Kadang kita rasa lebih tertekan setelah meluahkan masalah itu pada seseorang. Kadang respon yang diberikan seolah-olah dia cuba menilai kita dari luahan itu.... atau kadang-kadang dia hanya diam membisu.... dalam hati kita "eh dia ni dengar ke tak aku cakap ni... ke dia tak berminat... ke dia ...... ". Pelbagai persoalan lain pula timbul tentang tanggapan orang itu terhadap kita... Jadi mengapa mengadu pada manusia... Allahkan ada :)
Ingat Allah setiap masa. Walau sekecil mana masalah kita.... mengadu pada Allah.... Dia takkan menilai kita.... Dia takkan pergi jauh dari kita..... Dia takkan membenci kita kerana selalu meminta padaNya... Seronoknya mempunyai teman sesetia itukan setiap masa?
Penulis bagi contoh. Kita masuk ke dalam sebuah restoran yang sesak dengan pelanggan, maka secara spontan doa dalam hati " Ya Allah aku dan suami nak makan di restoran ini tolong kami ya Allah, adakanlah tempat duduk yang baik untuk kami makan di sini" atau pun "Ya Allah aku nak jadi baik ya Allah... tolong bantu aku untuk jadi baik.... " ataupun "Ya Allah syukur ya Allah makanan hari ini sedap sangat ya Allah" ataupun " Ya Allah aku seronok hari ini sebab suami aku tolong aku kemas rumah " ataupun "Ya Allah sejuknya hari ini.... segarnya rasa ya Allah".
Kalau ada masalah berat mengadu pada Allah...Keluarkan segala yang tersimpan dalam hati... Luahkan apa yang kita risaukan.... Luahkan apa yang kita rasa.... InsyaAllah lepas tu kita akan rasa lega sangat.... Walau tak nampak.... Walau tak dengar nasihatNya secara terus.... Tapi kita akan rasa ketenangan itu... dan pasti Dia akan menunjukkan jalan penyelesaian terbaik untuk kita..... Seronokkan sebab kita ada Allah....
Oleh itu penulis mengajak diri dan sahabat yang lain, marilah kita kembali menyedari kehadiran Allah di sisi kita..... Teman paling setia.... Teman yang akan sentiasa menyayangi kita tanpa batas.... Maafkan kami ya Allah kerana telah lama melupakan MU....Ih di nassirotol mustaqim... Pimpin kami ke jalan yang lurus.... Ameenn....
Sebelum menutup penulisan ini, penulis bawakan terjemahan sebuah hadis yang pernah penulis dengar dari kaset ceramah Ustaz Shamsuri Haji Ahmad.
Pada suatu ketika Rasulullah dan para sahabat baru selesai perang. Rasulullah dan sahabat-sahabat duduk bersama dan terlihat seorang ibu sedang mencari-cari anak kecilnya yang hilang sewaktu kekalutan perang tadi.... Rasulullah dan sahabat melihat dari kejauhan....Si ibu berlari-lari mencari anaknya ke sana ke mari dan dengan muka yang sangat gelisah di atas kehilangan tersebut. Akhirnya si ibu berjumpa dengan si anak. Dicium, dipeluknya anak itu seakan tak mahu dilepaskan... lalu diberiknnya susu badan....
Dari kejauhan Rasululllah bertanya para sahabatnya " Wahai sahabatku, kamu rasa adakah si ibu ini tergamak hendak mencampakkan anaknya ke dalam api?" Lantas jawab sahabat " Sudah tentu tidak ya Rasulullah. Kami melihat si ibu sangat sayangkan anaknya itu." Rasululllah membalas" Jikalau kamu hendak tahu, sayangnya Allah pada kita hambaNya lebih lagi dari sayangnya si ibu tadi pada anaknya..."
Wallahua'lam... Sama-sama kita fikir dan renungkan... Semoga ada manfaat... Wassalam
Posted by
CaHayA SuFi
at
1:36:00 PM
2
comments
Category : .: Tazkirah :.
Thursday, July 28, 2011
Ramadhan Tiba Lagi...
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.... :)
Posted by
CaHayA SuFi
at
12:30:00 PM
0
comments
Category : .: Personal :.
Tuesday, July 05, 2011
TV Al-Hijrah
Pada awal November 2010 yang lalu JAKIM telah melancarkan satu saluran TV Islamik; TV al-Hijrah. Saluran ini telah mula bersiaran di enam negeri di Malaysia ; Lembah Klang, Terengganu, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak termasuk Astro (ch 114). Untuk frekuensi setiap kawasan boleh layari http://www.tvalhijrah.com/
Sekalung penghargaan dan tahniah penulis kepada semua krew dan kakitangan tvalhijrah dan mereka yang telah mencadangkan penubuhan saluran Islamik ini. Kami rakyat Malaysia amat dahagakan rancangan-rancangan yang bermanfaat.
Jika kita sama-sama menyusuri setiap saluran percuma di Malaysia ini boleh dikira rancangan yang bermanfaat. Kebanyakannya dibanjiri dengan rancangan berbentuk hiburan tak kira drama, lawak bodoh, pertandingan nyanyian baik dewasa mahupun kanak-kanak, rancangan yang memperbodohkan masyarakat (cth: Bang Bang Boom). Apa manfaat semua rancangan ini? Kadang sampai dah tak tertelan dengan hiburan yang melampau ini.
Di dalam saluran tv al-Hijrah ini penulis mendapati banyak rancangan yang menarik dan pada masa yang sama menambahkan ilmu. Antara rancangan kegemaran penulis adalah Man Kana Bainana, Dr Oz Show, Menu Alam ok jugak.
Man Kana Bainana adalah sebuah rancangan berbentuk 'candid camera' di Mesir. Rancangan ini adalah berkenaan dengan apa yang akan berlaku jika Nabi masih bersama kita sekarang. Adakah perlakuan dan tingkah laku kita akan sama seperti mana yang sering kita lakukan seharian.
Minggu lepas rancangan itu menerjah mereka yang 'double parking' walaupun hanya kerana hendak solat jemaah sehinggakan kereta yang lain terpaksa menunggu mereka sebelum dapat keluar dari masjid selepas selesai solat. Adakah Nabi SAW akan berbuat demikian? Mereka bertanya kepada tuan punya kereta dan memberikan sedikit tazkirah berkenaan Nabi dan menghadiahkan buku berkenaan sifat Nabi. Subhanallah.
Rancangan yang menusuk jiwa. Kadang-kadang tanpa peringatan seperti ini kita lupakan baginda. Lupakan tentang akhlak mulia baginda...
Sebelum akhir rancangan hos telah secara rawak menemubual seorang pakcik di Mesir. Hos bertanya" Apakah yang anda ingin katakan jika Nabi sedang berada di hadapan anda sekarang?". Dengan mata yang mula berkaca pakcik itu menjawab " Wahai Kekaksihku ya Rasulullah......" namun kata-katanya kelu dan tersekat di situ... Air matanya mengalir laju... Lantas dia memeluk hos tadi....
Pernah tak kita mencerca bangsa Arab? tak bersatu lah, pentingkan diri lah. Tapi kita patut memandang mereka ini menggunakan mata hati. Pasti ada keistimewaan pada bangsa ini. Masakan tidak kerana Allah memilih sebaik-baik manusia dari kalangan mereka. Allah Maha Mengetahui. Bila penulis merenung kembali bangsa ini, banyak yang boleh kita belajar dari mereka.
1)Solat
Bangsa Arab yang beragama Islam ini kebanyakkannya sangat menjaga solat. Bukan sahaja menjaga solat malah solat berjemaah di setiap waktu dan di awal waktu. sebab tu kalau kita pergi ke negara mereka contoh Mesir dan Arab Saudi, masjid penuh setiap waktu walaupun masjid berdekatan antara satu sama lain. Dan melalui pengalaman penulis sendiri di USM bangsa Arablah yang ramai apabila solat fardhu di masjid.
2) Ukhwah dan menyebarkan salam
Ini satu lagi kelebihan bangsa Arab. Kalau bertemu sesama mereka ukhwah tu nampak rapat dan budaya menyebarkan salam ini hidup di kalangan mereka terutamanya bila kita pergi ke negara mereka. Kita terasa ukhwah itu....
3)Bangga dengan Islam
Kalau sesiapa pernah menonton rancangan "Lau kana bainana" akan faham, cara mereka menjawab soalan itu entahlah.... payah nak penulis huraikan tapi jelas menunjukkan mereka bangga menjadi Islam. Suatu ketika hos bertanya kepada pemandu yang double parking.Pemandu 1 (double parking), Pemandu 2(tuan punya kereta yang di halang oleh pemandu 1).
Hos: Adakah Nabi akan buat begini jika baginda hendak solat berjemaah?
Pemandu 1: Tidak... Mustahil...
Hos bertanya kepada pemandu 2
Hos: Apakah perasaan anda apabila kereta anda dihalang dan terpaksa menunggu lama?
Pemandu 2: (Senyum) Semoga Allah mengampunkannya...
Pemandu 1: Astarghfirullahalazim... Ampunkan aku ya Allah...
Dan semuanya berakhir dengan baik... berpelukan dan bersalaman... Subhanallah... Indahnya Islam itukan....
Di bawah ini penulis sertakan montaj bagi rancangan "Lau Kana Bainana"- Andainya Rasulullah bersama kita....
Mari sama-sama kita muhasabah diri... Adakah kita bangga menjadi seorang Islam? Atau rasa diri ni kecil sangat bila jadi Muslim? Simptom Malu menjadi Muslim.... Malu memakai tudung... Malu menutup aurat.... nanti takut orang kata tak moden. tak ikut peredaran zaman....
Dan di Malaysia ini penulis boleh rasakan ada simptom Malu kalau cakap bahasa Melayu... Siapa yang perlu dipersalahkan? Mengapa setelah kebanyakan orang Melayu sudah merojakkan bahasa Melayu dengan Inggeris baru kita nak mertabatkan bahasa Melayu?? Mengapa bila bahasa Inggeris seperti telah menjadi bahasa pengantara di Malaysia baru kita nak suruh orang menggunakan bahasa Melayu...
Cuba kita perhatikan kalau dulu cina, india atau melayu kalau bersembang mereka akan cakap bahasa Melayu tapi awal tahun 2000 penulis tengok semua cakap bahasa rojak dan bahasa Inggeris... kadang antara Melayu sendiri macamtu... Pelikkan.....
Mari kita tengok orang Jerman, Korea, Jepun, kadang bila sidang akhbar dia cakap bahasa dia. Kitalah kena ada penterjemah.Dia peduli apa kita tak faham.Ahmadinejad, Messi, pasukan bola Korea... banyak lagi negara... Tapi kita.... malukan nak cakap Bahasa Melayu... nanti orang kata tak tau cakap inggeris tak moden... orang kampung.... hehehhe
Kesian orang Melayu.... Fikir-fikirlah.... CU Muah.... :)
P.S: Rancangan "Lau Kana Bainana" bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam. Dr Oz Show jam 10.30 malam hari yang sama. chow chin chau ;)
Posted by
CaHayA SuFi
at
10:08:00 AM
0
comments
Category : .: Personal :., .: Semasa :., .: Umum :.






