Wednesday, December 13, 2006

'Kemenangan semua wanita Muslim’

Penulis berbangga dengan pencapaian Ruqaya. Dia telah membuktikan bahawa memakai hijab bukan penghalang untuk berjaya di dalam sukan. Syabas Ruqaya !!
__________________________________________________________
Ruqaya buktikan memakai tudung bukan masalah untuk berjaya dalam sukan

PADA zaman wanita Muslim kian mendapat perhatian kerana memakai tudung penutup kepala, pelari Bahrain, Ruqaya al-Ghasara membuktikan hijab bukan penghalang untuk memecut di trek.

Ruqaya yang memenangi gangsa acara 100m Sabtu lalu selepas melakukan pelepasan semula, memastikan emas Sukan Asia acara 200m kelmarin, mencipta larian hebat di 10 meter terakhir bagi menamatkan saingan dengan catatan 23.19 saat.

Penonton di Stadium Al-Khalifa bergema ketika Ruqaya bergerak ke garisan, kepala terhangguk-hangguk ketika dia memerah setiap inci kudratnya daripada berat badan 65kg untuk memenangi perlumbaan berkenaan.

Sebagai seorang Muslim yang patuh, dia segera sujud di trek selepas melepasi garisan dan menyentuh bibirnya sebelum kembali ke trek, memakai hijab putih yang menjadi tanda kehadirannya – menampakkan tanda jenama barangan sukan Amerika Syarikat – yang diikat kukuh dengan pin dibawah dagunya bagi perlumbaan itu.

Kaki dan tangannya juga ditutup sepenuhnya dengan pakaian berwarna merah dan putih Bahrain selain singlet di bahagian atas badannya.

“Syukur kepada Allah saya menang,” kata pelajar berusia 24 tahun itu, yang tidak seperti atlit import lain dalam pasukan olahraga Bahrain yang sebenarnya berasal dari Negara Teluk yang lain.

“Saya memang berhak menang emas acara 200m. Saya adalah yang terkuat dan terbaik,” kata Ruqaya sambil menambah dia tidak bermasalah memakai penutup kepala.

“Saya memiliki keinginan hebat untuk menunjukkan tiada masalah apabila memakai pakaian seperti ini,” katanya.

Saya mahu katakan saya amat bertuah kerana menjadi seorang Muslim – ia satu rahmat. Memakai pakaian konservatif memberi galakan kepada saya. Memakai hijab membuktikan wanita Muslim tidak berdepan halangan dan menggalakkan mereka untuk menyertai sukan.

Ini adalah kemenangan buat semua wanita Muslim.

“Saya menasihatkan semua wanita Muslim untuk menyertai sukan. Ia amat bagus untuk kesihatan dan negara anda."

Ruqaya yang dilatih oleh jurulatih Algeria, Nooruddin Tajin, berkata emas Sukan Asia miliknya adalah kemenangan terbesar sepanjang kariernya.

Dia memenangi tiga perak dalam acara 60m, 200m dan 400m Kejohanan Dalam Dewan Asia di Tehran pada 2004, dan berlari dalam dua acara pada Kejohanan Pan-Arab di Amman setahun sebelumnya.

“Harap-harap saya akan dapat memenangi sesuatu pada Kejohanan Dunia di Osaka, tahun depan,” katanya. – AFP

Thursday, November 30, 2006

Hari yang sedih dan sadis

Hari ni penulis sedih sangat sebab bangun2 je dari tidur, suara dah tak keluar. Memang dah 2 minggu penulis selsema, batuk n sakit tekak tapi selama ni takla sampai takde suara langsung. Tadi beli breakfast pun kena mintak tolong akak orderkan air. huhu sedihnyer...

Penulis terpaksa tunda semua kelas hari ni. Betulkan bila kita selalu diberikan nikmat bersuara, kita jarang menghargai dan mensyukurinya. Tapi bila ianya hilang dari kawalan kita barulah kita sedari bahawa suara tu adalah satu nikmat Allah yang besar. Ya, manusia sering lupa. Walaupun tak dapat bercakap hari ni tapi takpe syukur kepada Allah kerana masih diberikan kekuatan untuk terus hidup di dunia ini. Cukuplah Allah sebagai penguat kita semua...

Hari ni mak dan ayah penulis datang KL . :D Alhamdulillah. Seronok sangat. Rindu dekat makayah penulis.

Hari ni hari lahir akak penulis. Penulis doakan semoga akak penulis dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia dan akhirat.. Terima kasih di atas segala-galanya... Terima kasih kerana menjadi akak penulis yang telah banyak membantu penulis selama ini...

Jadi, di sini penulis ingin mengingatkan diri penulis yang sering lupa supaya "belajarlah untuk bersyukur... ". wasalam.

p/s : Doakan penulis cepat sembuh yer...

Tuesday, November 21, 2006

Alhamdulillah Syukurku KepadaMu Ya Allah...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar dan kekasih hati, Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ini penulis masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati kehidupan ini. Merasa nikmat iman dan Islam dan seterusnya masih mampu melihat dunia ini yang pada bila-bila masa bakal ditinggalkan. Semoga dihidup dan dimatikan di dalam iman dan Islam. Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah...

Hari ni juga penulis perlu ke BTN di Ayer Keroh, Melaka. Selepas bercuti semalam jadi hari ni liat sikit la nak pergi kerja. hehe Biasalah tu. Aperpun penulis bersyukur masih mempunyai kerja. Berapa ramai graduan di luar sana yang masih menganggur. Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah...

Semalam semua berjalan lancar. :) Bermulanya penulis melangkah ke satu tingkat yang baru. Jadi segalanya perlu dijaga. Semoga Allah permudahkan segala urusan penulis dan semoga ianya sentiasa di dalam redha Allah hendaknya.Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah...

Terima kasih kepada mak, ayah, adik beradik penulis dan juga saudara mara penulis terutamanya keluarga belah Kelantan, ayah Tih, ayah Su, ayah cik, mak ngah dan mak long yang telah banyak menyumbang tenaga. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Penulis bersyukur sangat mempunyai keluarga dan saudara mara yang sentiasa ambil berat terhadap penulis. Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah...

Sesungguhnya jika air laut itu dijadikan tinta untuk penulis menghitung nikmat yang Allah kurniakan kepada penulis. Maka sesungguhnya akan kering air laut itu sedangkan nikmat Allah masih banyak lagi tidak dapat dicoretkan kesemuanya. Nikmat iman, Islam, pancaindera, keluarga, pekerjaan, keamanan, kehidupan, huh... Begitu banyak sekali... Segalanya dikurniakan kepada kita hambaNya secara percuma tanpa meminta sedikit bayaran pun.

Kita adalah hambaNya. Nikmat yang diberikan adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya sesuai dengan sifatNya yang Rahman dan Rahiim. Jadi mari kita renung bersama. Dengan nikmat Allah yang kita perolehi selama ini. Layakkah kita untuk melanggar perintahNya? Layakkah kita untuk menyembah selain daripadaNya? Layakkah kita untuk mempersoalkan mengapa Allah tidak memakbulkan doa kita sedangkan itu adalah hakNya. Dia Tuhan, kita hamba. Kita hanya mampu memohon dan terus memohon dan jika doa itu datang dari hati yang ikhlas insyaAllah Allah akan memakbulkannya. Itu janji Allah. Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji...

Jadi penulis menyeru diri penulis dan juga sahabat-sahabat untuk sama-sama memuhasabah diri. Sesungguhnya kasih sayang Allah tak bertepi kepada kita, hambaNya cuma kita yang sering kali menjauhkan diri dariNya...

Rasanya cukup untuk kali ini. Akhir kalam, maaf di atas segala salah dan silap yang pernah penulis buat. Sesungguhnya penulis banyak kelemahan.wasalam...

Thursday, November 16, 2006

Cinta Tanpa Syarat

Diambil dari wildan98@yahoogroup.com. Tidak diketahui siapakah penulisnya. Namun penulis mohon kebenaran untuk menyiarkannya di blog ini sekadar berkongsi dan mengambil iktibar serta manfaat darinya...

cahaya_sufi
_______________________________________________________________
Marilah kita menyayangi ibu bapa kita dan jagalah anak kita sepertimana kita pernah dijaga oleh ibu bapa kita. Biar bergantang emas, walau dibalas dengan nyawa sekalipun, tidak mungkin dapat kita membalas jasa mereka.Wallahua'lam.

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "WahaiTuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telahmencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."(Al-Israa' 17: 24)

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilahmereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketikadiriku masih kecil".

Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat Zohor.Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut.Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami.Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi,seorang demi seorang.

Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca.Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya.Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, "jika sunyi dan tak buat apa-apa,kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu."

Saya memang rindukan bonda. Bonda saya juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan makam ayahanda di tepi masjid sebelah rumah. Bonda sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah nenda pernah berkata, "aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampaibesar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!" Saya juga terkenang,memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.

Mungkin semua itu kerana watak ayah. Diamenjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama ayah.Namun selepas ayahanda pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh ayah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada ayah. Kini ibu saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan bonda kerana saya terhumban di hujung benua.Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.

Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan bonda kesunyian di kampung.Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.

"Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh . Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja.Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Dan pandai mengajuk cakap", keluhan saya kepada bonda beberapa ketika yang lalu."Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur . Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah" .

Itulah suara dari hati bonda.Semasa berdoa tadi baru saya sedar, ibu saya amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah,pemaaf bonda semasa saya kecil...Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis.Semasa bonda sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampirmustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila bonda terjumpa periuk itu,dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan."Emak tak marah?", saya cuba memberanikan diri bertanya."Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet", itulah katanya.Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu bonda dan dia dengan segera memujuk.

Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Bonda tidak marah.Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga.Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Bonda tidak marah.Ayahanda juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, "nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku."Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. "Maaf ustaz, kalaubegitulah cakap ustaz, saya pun 'tak hingin' nak sekolah di sini!", jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.

Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Ayah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, "ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini". Itu cara ayah saya. Dia jarang sekali marah.Ayah dan bonda saya amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja karenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.

Ayah dan bonda menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit,mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulusp ersahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata,"bilalah orang tua ini nak mati!". Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk 'get rid' ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah....

Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji."Abah kat Mekah doa apa, abah?", saya bertanya."Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!", kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. "Abah, jangan cakap macamtu...", saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayahpergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat,sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat...

NAMUN... Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untukmeminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas.Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah.Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah...

Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia , saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT.

Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya. Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi.Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang,kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Penyayang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.

(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".Ameen...

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Termuda

Tahniah penulis ucapkan kepada pensyarah penulis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dipilih kerajaan negeri Perlis untuk memegang jawatan Mufti negeri. Beliau memang dikenali petah berdebat dan berilmu. Beliau menguasai ilmu hadis bahasa Arab dengan baik sekali dan banyak mengetahui fatwa pelbagai mazhab. Tesis karangan beliau di dalam bahasa Arab iaitu Sababul wurud al-hadis (sebab-sebab hadis terjadi) dicetak di Beirut .

Dr Mohd Asri dikenali kerana beliau banyak membuat teguran terhadap penulis kontroversi yang banyak menimbulkan kekeliruan. Kita berdoa agar Dr Mohd Asri dapat berdakwah dengan penuh amanah tanpa ada sebarang kongkongan daripada mana-mana pihak.

_______________________________________________________________

ARAU: Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilantik Mufti Perlis berkuat kuasa 1 November lalu sekali gus menjadi mufti termuda di negara ini.

Beliau yang berumur 35 tahun, ialah pensyarah Pengajian Islam di USM sejak 2003 dan dipinjamkan sebagai Mufti Perlis untuk tempoh dua tahun. Dr Mohd Asri dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin yang kini dilantik Penasihat Agama Perlis, selepas memegang jawatan mufti selama 23 tahun.

Watikah pelantikan Dr Mohd Asri disampaikan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Arau, di sini, semalam. Hadir sama, pegawai tinggi kerajaan negeri termasuk Pegawai Kewangan negeri, Musa Hassan. Mohd Asri, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang, itu adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Perlis tahun ini. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Islam Klang sebelum menyambung pelajaran peringkat Sarjana Muda di Universiti Jordan dalam bahasa Arab dan Syariah. Beliau seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di USM dalam bidang Pengajian Islam dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pengajian Hadis. Dr Mohd Asri kemudian memulakan kerjaya sebagai pensyarah di USM pada 2003 sebelum ditawarkan sebagai Mufti Perlis, tetapi pada masa sama masih terikat sebagai kakitangan USM.

Ketika ditemui selepas majlis watikah pelantikan itu, Dr Mohd Asri berkata, dalam tempoh dua tahun ini beliau mahu meningkatkan pembangunan ilmiah dan minda umat Islam di Perlis. Katanya, hanya ilmu pengetahuan dengan fakta yang jelas saja mampu menyelesaikan sesuatu isu yang timbul, sekali gus dapat mengelak timbul salah sangka di kalangan umat Islam. “Ketika ini, ramai tokoh agama yang bercakap dan menyuarakan pandangan dengan bersahaja tanpa fakta lengkap. Jika pandangan itu tidak betul, akan timbul anggapan di kalangan generasi muda bahawa agama itu hanyalah mitos,” katanya. Beliau berkata, perkara itu pernah berlaku terhadap agama Kristian satu masa dulu apabila penganutnya tidak lagi mempercayai kepada institusi gereja.

Dr Mohd Asri berkata, sebagai mufti juga, beliau akan berusaha membebaskan umat Islam daripada kongkongan konservatif yang menjadikan Islam seperti milik golongan tertentu saja. “Sebagai umat Islam, kita perlu kembali kepada fakta dan meninggalkan amalan atau perbuatan konservatif. Kita mesti berubah daripada beragama tanpa sebab kepada beragama secara sedar,” katanya.

Tuesday, November 14, 2006

Dakyah Nasrani Berterusan!!

Ini produk terbaru yang boleh merosakkan akidah anak-anak kita. Pensil yang berbentuk salib dengan ukiran manusia disalib dalam pelbagai warna yang menarik. Menarik dan bertujuan untuk digantung pada leher anak-anak kita.Jika ibu bapa terjumpa pensil ini dipasaran sila buat laporan ke Jabatan Agama Islam, polis, persatuan pengguna Islam, kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pihak media.

Kaedah penggunaan, kanak - kanak akan mengantungkan pen tersebut di leher dan ia akan tergantung di bahagian dada ..!!!!

Bersama kita menjaga akidah anak-anak kita

Sumber : http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2104

Friday, November 10, 2006

Islam Agama Indah

Oleh : Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 7 November 2006, hari Selasa jam 7.30 pagi di Mutiara FM pulau Pinang 95.7 mhz.


Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Sememangnya islam merupakan satu agama yang indah. Namun seperti permata dan berlian keindahannya seringkali tertimbus di bawah sampah sarap dan tanah selut. Demikian juga dengan islam. Amalan ,akhlak dan tindak tanduk umat islam seringkali tidak cantik seperti agamanya justeru menjadikan kecantikan islam tertimbus di bawah akhlak hodoh, perangai keji dan tindak tanduk negatif yang dilakukan oleh orang yang berkata La ila Haillallah. Muhammad Rasulullah. Tindak tanduk orang yang bernama Ahmad, Mustapha, Abdullah, Danial, Zainal dan sebagainya menimbuskan kecantikan islam.


Justeru orang menjauhkan dirinya daripada agama sedangkan agama islam merupakan agama pilihan Allah berdasarkan firman Allah yang terdapat dalam surah Al-Imran yang berbunyi “ In naddi naindallah hil islam – agama yang di terima Allah cumalah agama islam”. Agama islam adalah agama yang bukan direka oleh manusia. Tidak juga direka oleh Nabi Muhammad saw. Ia bukan agama ciptaan manusia. Ia agama anugerah Allah. Ia datang dari langit dan diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba Allah.


Justeru dalamnya terdapat ajaran yang komprehensif yang indah. Tiba-tiba yang sedang nampak kecantikan islam ini ialah golongan di barat. Ini fenomina akhir zaman yang cukup pelik. Orang sendiri seperti kita tidak nampak kecatikan islam. Sebab itu perbincangan kita tentang agama hanya berkisar kepada benda-benda cabang. Kadangkala melahirkan debat panjang tentang perkara ranting. Kita berdebat panjang tentang usalli ataupun tidaknya, tentang saidina ataupun tidaknya ketika berselawat sehingga menghodohkan agama dan melahirkan persengketaan. Di barat mereka tidak berbincang tentang islam seperti itu. Mereka cuba melihat permata dalam bentuknya yang asli.


Lantas mengikut Dalam National Catholic Reporter bertarikh 30 Jun 2006 pula, Margot Patterson melaporkan, “Walaupun pandangan negatif terhadap Islam sedang meningkat, namun jumlah mereka yang memeluk Islam sedang bertambah di kalangan rakyat Amerika pada hari ini... Apa yang menyebabkan rakyat Amerika memeluk Islam? Mengikut R. Kevin Jaques, penolong profesor dalam bidang kajian agama di Universiti Indiana, Amerika sedang melalui suatu proses perubahan, gereja pula tidak memainkan peranan yang sepatutnya dimainkan olehnya, dan mereka yang (memeluk Islam) ini mencari sesuatu yang gereja tidak mampu berikan kepada mereka....Seterusny a Margot Patterson melaporkan Dr. Ihsan Bagby seorang professor madya dalam bidang pengajian islam di Universiti Kentucky, beliau juga merupakan salah seorang yang mempunyai data-data terperinci tentang keadaan umat islam di Amerika.


Beliau mengatakan, mengikut satu kajian yang dilakukan di Detroit menunjukkan bahawa orang-orang Amerika memang sedang memilih islam. Pada tahun 1994 kata beliau ¾ ataupun 75% daripada mereka yang memeluk agama islam datang dari kalangan Amerika Latin tetapi pada tahun 2000, 1/3 daripadanya merupakan pengganut islam dari kalangan kulit putih. Dalam bahasa utara kita berkata, Mat Saleh sudah memilih islam.


Mengapa ini berlaku ?. Maka professor Ihsan Bagby mengatakan, Bagi mereka yang di barat khususnya di Amerika yang memilih islam ini, mereka melihat islam sebagai satu agama moral dan spiritual yang serius. Ini yang barat perlukan. Mereka perlukan satu agama yang berpegang teguh pada sistem moral dan spiritual. Pada ketika hari ini bangsa kita suka pada cara hidup yang tidak serius moral dan spiritualnya. Dunia sedang terbalik. Kita kena cipta lagu yang bertajuk dunia sedang terbalik. Akhirnya Dr. Ihsan Bagby berkata, “ Bila orang barat mengkaji islam dan selepas mereka menapis pandangan-pandangan peribadi golongan yang anti islam, akhirnya selepas mereka menapis semua itu, apa yang mereka nampak ?. Menggunakan bahasa Dr. Ihsan Bagby, beliau berkata, “They see a very organise, very beautiful religion ”. Akhirnya mereka melihat satu agama yang paling tersusun dan paling cantik.


Tuan-tuan & puan-puan yang di muliakan. Adakah kita juga nampak kecantikan islam itu seperti yang mereka nampak di barat khususnya di Amerika pada hari ini. Kita tak akan nampak kecantikan islam andaikata kita sekadar membaca akhbar. Kita tak akan nampak kecantikan islam jika kita sekadar mendengar ceramah-ceramah. Kita tak akan nampak kecantikan islam jika kita sekadar melihat media masa. Kita akan nampak kecantikannya jika kita mengkaji al-quran. Jangan lupa al-quran kalam Allah. Itu yang kita imani. Jangan lupa setiap huruf yang terdapat dalam al-quran yang merupakan huruf-huruf daripada Allah azza wajjal. Allah memperkenalkan dirinya dan agama yang diredhoinya melalui wahyu.


Mari sama-sama kita mengkaji quran tuan-tuan & puan-puan. Kita telah mulakannya di musim ramadhan baru-baru ini dengan baik dan cantik sekali. Jangan berhenti di situ. Teruskan membaca dan mengkaji. Dari situ insyaAllah kita nampak kecantikan agama Allah yang sedang di lihat kecantikannya itu oleh semakin ramai golongan di barat sana. Agama islam cantik tetapi umatnya yang tidak begitu cantik. Sudah sampai masanya agama islam di lihat cantik dan kita umatnya juga di lihat cantik. Semoga itulah yang berlaku kepada kita.

Tuesday, November 07, 2006

Wanita dan Kupu-kupu

Kasihan kupu-kupu, badannya cantik dan mempesonakan tetapi kalau ditambah perkataan malam, ia bermaksud lain. Hakikatnya, kupu-kupu bukan semuanya keluar malam, sebilangan sahaja yang gemar ‘berpeleseran’ pada waktu hitam pekat, itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggir jalan.

Kupu-kupu tetap indah, cantik dan menawan. Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang, hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi di tengah-tengah. Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan segar. Siapa pun pasti melirik apabila terperasankan kelibat kupu-kupu, hati siapa pun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikannya di hujung jari.

Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa akan menginginkannya lagi. Kupu-kupu pun terbiar…

Wahai wanita dan kupu-kupu, anda ada persamaan…
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda tamsilan kepada keindahan…
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda juga tamsilan
Kepada kerosakan dan kemusnahan…

Demikian wanita dijadikan Allah untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Allah untuk menghiasi bunga-bungaan. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di Syurga. Lalu baginda memohon kepada Allah agar dijadikan seorang teman, agar boleh dia berbicara, bersenda gurau dan membina sahsiahnya. Terciptalah Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. Barulah terisi jiwa Nabi Adam a.s. dan segala kenikmatan Syurga di sekelilingnya terasa wujud.

Ternyata wanita cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kepada suntingan kupu-kupu untuk merealisasikan proses pendebungaan. Tanpa permaisuri, siapalah lelaki yang bergelar raja itu, tanpa isteri siapalah lelaki yang bergelar suami itu, tanpa wanita siapalah peria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah maskulin yang konon mahu digelar ayah itu?

Tanpa Siti Khadijah, barangkali Rasulullah s.a.w. tidak mendapat ‘dorongan’ yang diperlukannya. Tanpa Aishah, barangkali banyak hadis Rasulullah s.a.w. tidak sampai kepada umat Islam seluruhya. Tanpa Fatimah az-Zahrah, barangkali Saidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah s.a.w. yang amat disayangi. Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa a.s. tidak terbela sehingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur dan mengaku Tuhan itu. Tanpa Masitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya. Dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita.

Namun, seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh a.s. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran dan dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kepada kemiskinan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.

Alangkah besar dan pentingnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu-kupu dalam menambahbiakkan bunga-bungaan dan menambahindahkan bumi ini. Tetapi alangkah besar dan hebatnya peranan wanita dalam merosakkan kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan dirinya sendiri dengan menerjah api…

Monday, November 06, 2006

Hidup Harmoni Di Bawah Naungan Islam

Oleh : infotainment_islam@yahoo.com

Sejak beberapa tahun yang lepas, hari-hari perayaan beberapa penganut agama di Malaysia telah jatuh pada tarikh yang sama atau hampir sama. Dari sinilah bermulanya idea `kongsi raya' yang sebelum ini tidak pernah muncul atau diperbincangkan. Dan tahun ini, sekali lagi, dua perayaan masyarakat Malaysia jatuh pada waktu yang hampir sama. Umat Islam menyambut Hari Raya Eidul Fitri dan masyarakat Hindu pula menyambut Perayaan Deepavali. Dua tahun lepas, persoalan `kongsi raya' ini telahpun dijelaskan kedudukannya oleh Jabatan Mufti Negeri Perak yang mengeluarkan fatwa bahawa hukum mencampuradukkan perayaan Islam dengan perayaan kafir adalah haram [http://mufti. perak.gov. my/berita/ berita041022- 2.htm]. Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di Ipoh meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik [Utusan 14/06/06]. Kenyataan Mufti Perak ini juga telah disiarkan di dalam akhbar The Star bertarikh 14 Jun 2006 . Harussani juga meluahkan kebimbangannya tentang ancaman Pluralisme yang ada hubungkait dengan sambutan `kongsi raya' ini.

Baru-baru ini timbul pula isu yang berkaitan dengan perkara yang sama. Sebuah e-mail bertarikh 3 Oktober 2006 telah dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang menyeru agar kakitangan Takaful tidak mengucapkan `Selamat Hari Deepavali' kepada individu beragama Hindu. Di dalam e-mailnya, beliau menekankan implikasi ucapan tersebut terhadap akidah seorang Muslim dan keharaman melakukannya. E-mail ini, yang asalnya hanya ditujukan kepada kakitangan Syarikat Takaful, telah tersebar luas dan menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat. Persatuan Hindu Sangam telah membuat laporan polis mengenainya dan menganggap e-mail ini sebagai satu hasutan. Dalam komennya terhadap isu yang sama, Datuk Seri Samy Vellu menganggap bahawa pandangan seperti ini adalah pandangan ekstremis yang bertujuan untuk menimbulkan kekacauan di negara ini [NST 15/10/06].

Ekoran dari ini, beberapa orang ulama' di Malaysia, termasuklah Datuk Seri Harussani telah membuat kenyataan bahawa mengucapkan selamat menyambut perayaan kepada seseorang individu bukan Islam diperbolehkan selama mana ucapan selamat tersebut tidak ditujukan kepada `tuhan' individu tersebut [NST 15/10/06]. Perdana Menteri sendiri telah campurtangan dan menyatakan aktiviti kongsi raya yang diamalkan oleh rakyat negara ini tidak mencemar kesucian agama Islam.....ia juga tidak ada langsung membabitkan perlanggaran akidah umat Islam. Beliau berkata, memandangkan kedua-dua perayaan itu disambut dalam tempoh yang hampir antara satu sama lain maka bersama-samalah rakyat Malaysia merayakannya [Utusan 19/10/06].

HUKUM MERAIKAN PERAYAAN AGAMA LAIN

Sekiranya diteliti, kenyataan dan pandangan umum terhadap isu kongsi raya ini banyak disandarkan kepada aspek perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian antara golongan etnik berbeza agama di Malaysia . Sebelum perbincangan mengenai isu ini boleh diteruskan, realiti permasalahan ini perlu difahami terlebih dahulu. Perlu dijelaskan di sini bahawa bagi seorang Muslim, setiap perbuatan kita dipandu sepenuhnya oleh hukum syara' dan adalah haram bagi kita untuk menjadikan rujukan selain Islam (termasuk pendapat yang tidak disandarkan kepada nas) dalam menentukan hukum bagi sesuatu perbuatan itu. Oleh itu, dalam membincangkan persoalan di atas, hanya pandangan dari Islam sahajalah yang wajib dijadikan sebagai rujukan dalam menentukan sikap kita terhadap isu ini.

Apa yang wajib kita fahami adalah, walau apa jua hukum yang datang dari Islam, sekiranya ia merupakan hukum yang diistinbat (diperoleh) melalui kefahaman yang benar dari Al-Quran, Sunnah, Qiyas mahupun Ijma' Sahabat, maka ia pasti akan membawa kemaslahatan dan kesejahteraan kepada umat manusia. Dari itu, sekiranya suatu perbuatan itu `diperbolehkan' atas alasan yang datang dari perspektif pemikiran manusia, tanpa disandarkan kepada nas, seperti pemahaman manusiawi terhadap konsep kemaslahatan, keharmonian dan kesejahteraan, maka ia tidak boleh diterima di dalam Islam. Keharmonian dan kesejahteraan yang hakiki hanyalah dapat diperolehi dengan melakukan sesuatu perbuatan yang selari dengan kehendak Islam, bukannya kehendak manusia.

Meraikan perayaan keagamaan kaum bukan Islam tidak kira samada perayaan tersebut disambut oleh golongan Nasrani, Yahudi atau golongan Musyrikin (seperti Hindu, Buddha, Sikh) adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. `Meraikan' di sini termasuklah mengucapkan selamat atau pun menghadiri majlis-majlis perayaan keagamaan mereka. Perbuatan ini termasuk sebagai mengiktiraf atau redha kepada agama mereka atau dengan kata lain, redha agar mereka kekal dalam agama mereka dan redha Allah disyirikkan (dijadikan gandingan) oleh mereka. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, "Sesungguhnya deen (yang diredhai) di sisi Allah adalah Islam" [TMQ Ali Imran (3):19] dan di dalam firmanNya yang lain, "Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" [TMQ Ali Imran (3):85].

Fahamilah wahai kaum Muslimin bahawa Allah tidak redha kepada mana-mana agama selain Islam. Rasulullah diutus dengan kalimah "La ilaha illallah" (tidak ada Tuhan selain Allah) yang membawa maksud "La ma'buda illallah" (tidak ada Tuhan yang boleh disembah melainkan Allah). Di dalam satu hadis, Rasulullah bersabda "Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap `La ilaha illallah Muhammad Rasulullah.. .". [HR Bukhari dan Muslim]. Semenjak Muhammad di angkat oleh Allah menjadi Rasul, maka baginda tidak pernah berhenti mengajak manusia untuk menyembah Allah semata-mata tanpa mensyirikkanNya dengan suatu apa pun. Nabi Sallallahu `alaihi wa Sallam tidak pernah redha terhadap manusia yang menyembah selain Allah dan baginda berusaha berdakwah bersungguh-sungguh agar mereka hanya menyembah Allah yang Satu, walaupun Nabi terpaksa berhadapan dengan penentangan dan penyiksaan yang keras dari golongan musyrikun.

Perlu difahami dengan sejelas-jelasnya bahawa kita umat Islam tidak boleh redha kepada agama selain Islam, kerana Allah sendiri tidak meredhainya. Kita umat Islam tidak boleh redha melihat manusia mempercayai wujudnya tuhan lain (dan menyembah) selain Allah. Allah adalah Tuhan kita, Tuhan bagi semua manusia (termasuk orang-orang kafir) dan Tuhan sekelian alam. Di dalam hal ini, apa yang tidak boleh kita lakukan ialah memaksa mereka untuk memeluk Islam. Tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam tidak bermakna kita boleh redha kepada agama mereka atau kita bermusuhan dengan mereka (kecuali kafir yang memerangi Islam). Ia juga tidak bermakna kita melarang mereka merayakan hari agama mereka. Apa yang haram kepada kita adalah memaksa mereka masuk Islam, sebaliknya apa yang wajib kepada kita adalah berdakwah kepada mereka agar masuk Islam. Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita. Kita meyakini bahawa aqidah kita (Islam) adalah satu-satunya aqidah yang benar. Maka kita wajib menerangkan kepada mereka tentang aqidah yang benar ini dan menjelaskan kepada mereka kesalahan aqidah mereka.

Wahai kaum Muslimin! Kita haruslah membezakan sambutan keagamaan dan sambutan yang bukan berlandaskan agama. Sambutan Deepavali berbeza dengan sambutan Hari Kemerdekaan atau Tahun Baru. Deepavali adalah `sambutan agama'. Jika kita kaji sejarah disebalik perayaan ini, kita akan dapati bahawa Deepavali (atau Diwali) di sambut kerana memperingati peristiwa Dewa (Tuhan) Krishna yang telah membunuh syaitan (demon) bernama Narakasura. Diriwayatkan bahawa Narakasura adalah pemerintah sebuah negeri yang bernama Pradyoshapuram. Di bawah pemerintahannya, rakyat menderita pelbagai kesusahan. Dia menzalimi rakyatnya dan menculik wanita-wanita dan memenjarakan mereka di istananya. Melihat kejahatannya, maka Dewa (Tuhan) Krishna lalu turun memusnahkannya dan hari pembunuhan/kematian Narakasura ini diraikan sebagai Deepavali, sebagai kemenangan sebuah kebaikan mengatasi kejahatan. Ada juga beberapa riwayat lain tentang asal-usul perayaan Deepavali. Ada yang berpendapat ia diraikan sempena perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu. Ada juga yang menyatakan hari restu di mana Dewa (Tuhan) Rama kembali ke Ayodhya setelah mengalahkan Ravana dan terdapat beberapa kisah lain lagi. [http://www. abcmalaysia. com/tour_ malaysia/ deepavali. htm]. Inilah kepercayaan penganut Hindu terhadap Deepavali.

Wahai kaum Muslimin, cubalah fikirkan dengan sejernih-jernihnya tentang mengucap selamat atau menghadiri majlis Deepavali. Bukankah ucapan Selamat Menyambut Deepavali bermakna, "Selamat meraikan hari di mana Dewa (Tuhan) Krishna berjaya membunuh syaitan Narakasura" atau "Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu"!!! Apakah ini tidak terkait dengan persoalan aqidah? Walaupun kita hanya mengeluarkan ucapan `selamat' kepada `individu' yang beragama Hindu, tetapi terfikirkah kita tentang maksudnya dan kepada `siapakah' ucapan itu pergi? Pernahkan Rasulullah mengucapkan selamat untuk Latta dan Uzza atau kepada penyembah-penyembah nya. Pernahkah Rasulullah mengiktiraf agama penyembah Latta dan Uzza dan meraikan perayaan mereka? Adakah Rasullullah berdiam diri (apatah lagi membenarkan) penyembah-penyembah berhala yang mensyirikkan Allah? Pernahkah Rasulullah berkompromi dengan mana-mana kaum Musyrikin dalam masalah aqidah?

Pernah Abdullah bin Salam dan beberapa sahabat yang lain meminta kepada Rasulullah agar mengizinkan mereka meraikan atau mengagungkan hari kebesaran orang Yahudi (Hari Sabtu) di samping membenci daging dan susu unta. Setelah Rasulullah mendengar permintaan tersebut, maka Rasulullah terus menegur dan memberi peringatan kepada mereka akan keharaman menyertai perayaan seperti itu. Larangan ini dinyatakan dengan jelas oleh junjungan besar kita Muhammad Sallallahu `alaihi wa Sallam dengan sabdanya, "Barangsiapa di kalangan kaum Muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan orang kafir, maka dia itu adalah di kalangan mereka (orang-orang kafir)" [HR Abu Daud, Al-Baihaqi, Ibn Majah dan Ad-Daruquthni]

Huraian di atas menjelaskan kepada kita sikap yang sewajarnya ada pada setiap Muslim dalam menangani isu menyambut perayaan keagamaan kaum kuffar. Ada pendapat yang menyatakan kita harus menerima perbezaan pendapat di dalam amalan kongsi raya ini dan semua pendapat perlu dihormati. Pendapat ini sebenarnya muncul berdasarkan `kompromi' semata-mata untuk menjaga sensitiviti umat Islam dan penganut agama lain. Pendapat sebegini adalah keliru kerana perkara yang dibincangkan di sini adalah melibatkan aqidah, bukan masalah furu' (cabang). Dan (bagi masalah aqidah) jawapan yang ringkas adalah, mesti `satu benar dan satu salah'. Tambahan lagi, hukum yang diperbincangkan di sini adalah halal dan haram, bukannya sunat dan makruh. Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam bersabda, "Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas dan antara kedua-dua itu ada perkara yang syubhat (samar), maka barangsiapa yang telah menjauhi perkara syubhat tersebut bererti dia telah menjaga agamanya" [HR Bukhari].

Maka oleh itu, janganlah kita mencampur adukkan yang haq dan batil semata-mata kerana tujuan maslahat, yang diukur berdasarkan aqal kita atau aqal manusia lain. Maslahat hanyalah apa yang dikatakan sebagai maslahat oleh Allah. Dengan kata lain, kemaslahatan ini bukanlah ditentukan oleh manusia sebaliknya ia ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Zat yang Maha Mengetahui yang manakah maslahat untuk hamba-hambaNya. Contohnya, walaupun manusia membenci peperangan kerana (pada pendapat manusia) ia tidak akan mendatangkan maslahat sedikitpun, tetapi ini adalah hukum Allah ke atas umat Islam. Allah-lah satu-satunya Zat Yang Maha Menentukan apakah maksud maslahat dan tugas manusia hanyalah mematuhi perintahNya. Insya Allah, kemaslahatan yang hakiki akan dicapai apabila perintah Allah dipatuhi.

UKURAN SEJAHTERA DAN HARMONI

Kembali kepada persoalan `kesejahteraan dan keharmonian' . Ada yang menganggap bahawa hukum Islam ke atas isu ini langsung tidak membantu dalam mengekalkan `kesejahteraan dan keharmonian' antara kaum di Malaysia dan tidak wajar diberi perhatian. Malah tidak kurang juga yang menganggap bahawa hukum Islam ke atas isu ini boleh merosakkan `kesejahteraan dan keharmonian' sedia ada. Bagi menangani persoalan ini, beberapa perkara yang harus diperhatikan:

Pertama: Keharaman menyambut perayaan orang kafir adalah suatu yang jelas. Sama jelasnya dengan keharaman arak, makan babi, riba dan murtad. Bagi seorang Muslim yang benar-benar mahu menjaga agamanya dan yang takut kepada balasan Allah ke atasnya, keharaman-keharaman ini tidak boleh dikompromi untuk maslahat apa sekalipun. Dan ini merupakan suatu yang seharusnya difahami oleh penganut agama lain. `Keharmonian dan kesejahteraan' hanya akan dapat dikecapi sekiranya umat Islam memahami isu ini dan menjelaskannya kepada penganut agama lain agar menghormati hukum Islam mengenainya. Sebagai contoh, golongan bukan Islam memahami bahawa babi adalah haram ke atas orang Islam dan mereka menghormati hukum Islam dalam hal ini dan tidak pernah timbul soal ketidakharmonian. Begitu juga isu murtad yang sepatutnya tidak akan menjadi suatu 'isu' pun sekiranya masyarakat bukan Islam memahami dan menghormati hukum Islam mengenai isu tersebut dan tidak mempertikaikannya.

Kesejahteraan dan keharmonian juga akan terealisasi sekiranya kaum bukan Islam memahami dan menghormati hakikat bahawa kaum Muslimin tidak boleh menyertai atau mengucap selamat bagi perayaan keagamaan mereka. Hal ini tidak bermakna kita ingin bermusuh dengan mereka atau ingin mewujudkan keadaan yang hura-hara. Keadaan ini sama sebagaimana mereka harus memahami dan menghormati hukum Islam bahawa kita tidak boleh berkahwin dengan mereka (kecuali ahli kitab). Apakah dengan ini Islam dikatakan ekstremis? Ini bukan soal ekstremis atau ingin memecahkan perpaduan. Ini adalah perintah Allah. Apa yang menjadi pegangan kita adalah perintah dan larangan Allah atau halal dan haram. Kita sebagai umat Islam wajib menjelaskan kepada orang kafir bahawa segala hukum Allah mestilah dihormati oleh mereka dan tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun dan atas alasan apa sekalipun!!!

Kedua: Apakah `perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan' hanya akan dapat dicapai dengan meraikan perayaan keagamaan kaum kafir? Dan apakah benar bahawa jika tidak mengucap selamat dan menyertai perayaan tersebut ini akan memecahbelahkan `kesatuan dan keharmonian' yang wujud? Apakah dengan tidak menyambut perayaan keagamaan kaum bukan Islam, bermakna umat Islam menolak `keharmonian dan kesejahteraan' hidup berbilang bangsa dan agama? Adakah belasan atau puluhan tahun yang lepas kita hidup dalam kacau bilau kerana tidak pernah berkongsi raya? Bukankah banyak lagi interaksi yang tidak berkaitan dengan perayaan agama boleh dijadikan asas kepada kehidupan penuh 'keharmonian dan kesejahteraan' ? Inilah hasilnya apabila hukum aqal dijadikan panduan, bukannya hukum Allah. Manusia terkeliru dan tersalah di dalam menafsirkan perpaduan dan keharmonian.

Ketiga: Kemaslahatan, yang termasuk di dalamnya perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan antara kaum, dalam bentuk yang hakiki, hanya akan dapat direalisasi sekiranya hukum Allah diterapkan sepenuhnya. Dan dalam aspek ini, hubungan antara kaum Muslimin dan kaum kafir telah digariskan secara menyeluruh dalam Islam. Semua hukum-hakam ini termasuk di dalam hukum bersangkutan dengan Ahlul Zhimmah.

Pemahaman terhadap perkara pertama dan kedua yang telah dibincangkan di atas akan memberikan kepada kita gambaran yang jelas mengenai kekeliruan yang wujud di sekitar hukum kongsi raya dan isu `kesejahteraan dan keharmonian' . Ia juga memberikan gambaran tindakan yang seharusnya di ambil agar penyelesaian `jangka pendek' terhadap isu ini dapat diperolehi supaya masalah ini tidak lagi berulang di masa-masa akan datang. Perkara ketiga, yang merupakan perkara yang wajib kita ambil sepenuhnya, adalah penyelesaian hakiki terhadap masalah ini melalui penerapan hukum Ahlul Zhimmah secara menyeluruh yang pasti akan membawa kesejahteraan yang sebenar-benarnya.

HUKUM MENGENAI AHLUL ZHIMMAH

Daulah Khilafah Islamiyyah secara berkesinambungan telah memerintah selama lebih 1300 tahun dan wilayah kekuasaannya meliputi hampir dua pertiga dunia. Dalam perjalanannya yang cukup lama ini, Islam telah diterima oleh pelbagai kaum dan keadilannya telah dikecapi oleh pelbagai bangsa di dunia ini. Rahsia kejayaan Islam dalam mengembangkan sayapnya ini terletak pada aqidahnya yang benar dan bertepatan dengan fitrah manusia. Kemurnian aqidah Islam mudah diterima oleh pelbagai bangsa. Setelah menganut Islam, mereka bukan setakat meyakini, malah menjadi pengembang aqidah dan Deen ini. Bagi yang kekal dalam kekafiran, mereka membayar jizyah, sebagai ketundukan mereka kepada Daulah Islam dan mereka mengecapi keadilan Islam sebagai warganegara Daulah. Mereka ini digelar sebagai Ahlul Zhimmah atau kadangkala disebut sebagai kafir zhimmi. Asal katanya adalah azh-zhimmah yang bererti al-`ahd atau perjanjian. Islam telah banyak menjelaskan tentang hukum Ahlul Zhimmah. Bahkan ada ulama yang menulis kitab khusus mengenai hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan Ahlul Zhimmah. Misalnya Ibn Qayyim al-Jawziyah yang menulis kitab Ahkam Ahlul Zhimmah. Hukum-hukum yang bersangkutan dengan Ahlul Zhimmah merupakan suatu subjek yang luas. Namun di sini kami ketengahkan beberapa hukum utama mengenainya:

(a) Ahlul Zhimmah tidak boleh dipaksa masuk Islam. Rasulullah pernah menulis surat untuk penduduk Yemen , "Siapa sahaja yang beragama Yahudi atau Nasrani, dia tidak boleh dipaksa meninggalkannya dan wajib atasnya jizyah" [HR Abu Ubaid]. Hukum ini berlaku untuk golongan kafir secara umumnya, termasuk yang beragama Hindu, Buddha mahupun Majusi. Mereka bebas menganut aqidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka.

(b) Ahlul Zhimmah wajib membayar jizyah kepada Daulah. Jizyah dipungut dari Ahlul Zhimmah lelaki, baligh dan mampu; Abu Ubaid radhiAllahu `anhu meriwayatkan bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah mengirim surat kepada Amir al-Ajnad bahawa jizyah tidak diwajibkan ke atas perempuan, anak-anak dan mereka yang belum baligh. Bagi yang tidak mampu kerana cacat atau tua, Baitul Mal akan membantu pembayaran jizyah mereka. Pada saat pembayaran jizyah, Negara wajib melakukannya secara baik dan tidak boleh disertai penyiksaan atau kekerasan.

(c) Dibolehkan bagi kaum Muslimin memakan sembelihan dan bagi seorang Muslim untuk menikahi wanita Ahlul Zhimmah jika mereka adalah ahlul-kitab iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani. Ini adalah berdasarkan firman Allah, "Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan al-Kitab halal bagimu dan makanan (sembelihan) kamu halal bagi mereka. Demikian pula wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan dari orang-orang yang diberi al-Kitab sebelum kamu" [TMQ al-Maidah(5) :5]. Namun begitu, jika Ahlul Zhimmah bukannya ahlul kitab, maka sembelihan dan wanita mereka adalah haram bagi seorang Muslim. Sebagai tambahan, adalah haram bagi seorang Muslimah untuk menikahi seorang lelaki ahlul kitab.

(d) Boleh dilakukan muamalah antara kaum Muslimin dengan Ahlul Zhimmah dalam berbagai bentuknya. Ini termasuklah jual beli, sewa menyewa, persyarikatan, pajak gadai dan sebagainya. Rasulullah pernah melakukan muamalah dengan kaum Yahudi di Khaibar di mana kaum Yahudi itu mendapatkan separuh dari hasil kurmanya. Cuma yang perlu diperhatikan di sini adalah bahawa setiap jenis muamalah ini mestilah menurut hukum Islam, bukannya hukum kufur.

(e) Ahlul Zhimmah adalah rakyat Daulah Islamiyyah. Mereka mendapatkan hak sebagaimana rakyat lainnya yang Muslim. Mereka mendapat hak perlindungan, pendidikan, keamanan, kesihatan dan diperlakukan secara baik dalam segala bentuk muamalah. Dilarang menyakiti Ahlu Zhimmah. Kedudukan mereka sama di hadapan penguasa dan hakim. Tidak boleh wujud sebarang perbezaan apa pun antara mereka dengan rakyat yang Muslim, kecuali dalam hal yang telah dijelaskan syara'. Negara Islam wajib berlaku adil kepada mereka sepertimana ia berlaku adil kepada rakyatnya yang Muslim.

Wahai kaum Muslimin! Hukum-hakam ini telah direalisasikan selama 13 abad dan selama itu, kesejahteraan dan keharmonian hakiki telah dikecapi oleh kaum Muslimin dan kafir zhimmi. Pelbagai peristiwa di dalam sejarah telah membuktikan hakikat ini. Ketika kaum Salibiyyin Nasrani ingin menghancurkan kaum Muslimin, mereka mengharapkan dua perkara yang membantu mereka. Salah satu darinya adalah harapan bahawa golongan Nasrani yang tinggal di dalam Daulah akan membantu mereka menghancurkan kaum Muslimin. Namun apa yang berlaku adalah amat memeranjatkan mereka. Golongan Nasrani (yang ada di dalam Daulah) telah bersama-sama dengan kaum Muslimin menentang kaum Salibiyyin. Bagi golongan Nasrani ini, mereka menganggap bahawa Daulah ini adalah tanah tumpah darah mereka, mereka hidup bersama-sama kaum Muslimin dengan kesejahteraan dan keadilan Islam. Mereka yakin hanya Islam sahajalah yang dapat menjamin hak-hak mereka dan mereka benar-benar hidup harmoni bersama kaum Muslimin di bawah naungan Islam. Dalam konteks ini, al-Qurafi menyebut:

`Adalah wajib bagi kaum Muslimin untuk melayan golongan zhimmi dengan kelembutan, membantu golongan fakir antara mereka, memberi makan bagi yang lapar antara mereka, memberi pakaian bagi yang tidak berpakaian antara mereka dan menyeru mereka dengan kata-kata yang baik. Kaum Muslimin juga harus sama-sama menanggung penderitaan jiran ahlul zhimmah mereka, meskipun sekiranya penderitaan itu berjaya diatasi; ini adalah sebahagian dari sifat pengasih yang perlu ada, bukan kerana mengagungkan mereka. Kaum Muslimin juga haruslah memberikan nasihat yang baik dalam setiap urusan kepada mereka, menghalang sesiapapun yang cuba mencederakan mereka serta menjaga harta benda, keluarga dan kemuliaan mereka. Pertahankan juga segala hak mereka dan layanilah mereka dengan penuh kemuliaan dan akhlak yang mulia' [Daulah Islamiyyah, Taqiyuddin An-Nabhani].

Wahai kaum Muslimin! Inilah layanan yang dijanjikan Daulah Islam kepada golongan kafir zhimmi. Banyak lagi catatan-catatan sejarah yang membuktikan kemaslahatan hakiki yang dinikmati oleh orang kafir yang hidup di dalam Daulah Khilafah, termasuklah yang ditulis oleh orang kafir itu sendiri, terutamanya para orientalis. Penerapan kaffah Islam oleh Rasulullah dan para Khalifah sesudahnya benar-benar telah membawa rahmat, keharmonian dan kesejahteraan kepada umat manusia sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Inilah rahmat yang datang dari Zat Yang Mencipta manusia, alam dan kehidupan. Pencipta yang sepatutnya dan sewajibnya disembah oleh semua manusia. Barangsiapa yang menyekutukanNya, maka nerakalah tempat kembali yang paling sesuai untuknya. Rahmat yang telah hilang sejak runtuhnya Daulah Khilafah ini Insya Allah, akan kembali diturunkan olehNya, apabila Khilafah memerintah dunia sekali lagi dan menerapkan segala hukum-hakamNya. Di ketika dan saat itu, manusia akan berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah dan meninggalkan segala kekufuran. Semoga Allah menyegerakan kembalinya hari tersebut kepada kita.

Amin ya Rabbal 'alamin.

Monday, October 30, 2006

Alhamdulillah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Lama benar rasanya penulis tidak mengemaskini blog ni. Agak sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Hari ini penulis kembali bekerja dan menunaikan rutin harian seperti biasa. Ramadhan telah berlalu. Walaupun sayu untuk meninggalkannya, namun ia tetap pergi meninggalkan kita. Entah sempat atau tidak untuk berjumpa Ramadhan yang akan datang...

Banyak perkara untuk dikongsi sebenarnya tapi mungkin tidak semua mampu penulis coretkan di ruangan yang agak terhad ini...

Aidilfitri... seperti tahun-tahun yang lepas disambut dengan sederhana cuma tahun ini lebih banyak saudara-mara dan tetamu yang datang ke ruman penulis... alhamdulillah... Seronok jugak beraya dengan sahabat-sahabat sekolah dulu... Dah lama tak jumpa... rindu waktu zaman persekolahan dulu...

Sebelum penulis balik ke KL, ada seorang sahabat penulis datang ke rumah dengan keluarganya. Syukran sudi datang rumah penulis... Adik-beradik sahabat penulis ni ramah sangat. Seronok penulis melayan diorang... Diorang ada juga ajak penulis ke rumah diorang di Penang... InsyaAllah kalau ada rezeki penulis akan sampai ke sana. Lama jugak tak jejakkan kaki ke Penang sejak grad 2 tahun lepas. Bumi yang menyimpan 1001 kenangan bagi penulis...mengajar penulis untuk menjadi insan yang lebih kuat dan yang paling penting ukhwah yang dijalin bersama sahabat-sahabat satu kumpulan yang mana matlamatnya adalah satu .....

Penulis banyak jugak dapat jemputan dari sahabat-sahabat USM dulu yang nak walimah dalam masa terdekat ni. Ada di Perak, yang paling ramai di Kelantan. Kalau penulis berkesempatan insyaAllah penulis akan datang kenduri nanti :) Seronok penulis dengar perkembangan terbaru sahabat-sahabat penulis. Doakan penulis jugak ye... :)

Di kesempatan ini rasanya belum terlewat untuk penulis ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah penulis lakukan...

Akhir kalam, syukur penulis panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang tidak terhingga... Memang benar, di sebalik kesabaran itu ada kemanisannya... Semoga diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat... ameen ya Rabb

Monday, September 11, 2006

Alhamdulillah

:) Alhamdulillah... Allah telah mudahkan urusan penulis malam tadi... Hanya Allah sahaja yang tahu betapa syukurnya penulis... Semoga ianya semakin erat dan dipermudahkan segala urusan kita nanti... Amin ya Rabb...

Ya Allah ikatkanlah hati-hati kami dengan taliMu... agar ianya terus kukuh menuju ke syurga Mu... ameen...

Laa Tahzhan

Minggu lepas, penulis pulang ke kampung. Alhamdulillah seronok dapat jumpa ayah dan mak dan menghirup udara segar di sana. Jauh dari hiruk piruk kota yang menyesakkan. Sempat juga penulis pergi mengikut ayah dan mak pergi ke sebuah kedai buku di Ipoh.

Di sana penulis terjumpa sebuah buku yang amat menarik hati penulis. Buku tersebut bertajuk “ Laa Tahzhan “ ( Jangan Bersedih ) hasil tulisan ‘Aiyidh bin ‘Abdullah Al-Qarni dan telah diterjemahkan oleh Noraine Abu. Di sini penulis nukilkan kata-kata penulis buku tersebut. Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat. Penulis amat mengesyorkan kepada sahabat-sahabat untuk mendapatkan buku ini jika berkesempatan. Harganya RM 35.00 bagi kulit nipis dan RM40.00 bagi kulit tebal. Semoga ada manfaat…wallahu’alam…

______________________________________________________


Oleh : ‘Aiydh bin ‘Abdullah Al-Qarni

… Buku Laa Tahzhan ini, setidak-tidaknya saya tulis untuk bacaan peribadi saya sendiri dan mereka yang senasib dengan saya. Sayalah orang pertama yang mengambil manfa’at dari buku ini. Setiap kali mengulangi pembacaan buku ini, seolah-olah terasa baru membacanya .

Tidakkah kau tahu setiap kali kutemui Zainab
Selalu kucium semerbak wanginya…

Setiap kali apabila saya merasa tertekan, marah atau berada dalam situasi yang sedih, saya selalu mengatakan pada diri saya ini: “Bukankah anda penulis buku Laa Tahzhan?” Dan, setelah itu, api kemarahan pun berkurangan dan hati saya kembali merasa tenang.

Demikianlah dalam buku ini, saya cuba berbicara kepada semua orang, tidak kira siapa mereka itu, tidak mengkhususkan kepada suatu kelompok tertentu, golongan tertentu, atau negara tertentu. Buku ini diperuntukkan bagi setiap orang yang ingin hidup dalam kebahagiaan.

Aku tatahkan berlian di dalamnya
Hingga aku meninggalkannya
Bersinar tanpa matahari
Berkilau tanpa rembulan
Kedua matanya memancarkan daya tarik
Keningnya melengkung bak pedang dari India
Hanya milik Allah segala kebaikan
Di setiap kedipan mata
Di setiap desah nafas yang mengalir di leher
Di setiap tatapan…

YA ALLAH…

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah Ar-Rahman, ayat 29 yang bermaksud:
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu Dia berada dalam aktivitiNya “

Apabila laut bergelombang, ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak “Ya Allah!”

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya; dan para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru “Ya Allah!”

Apabila tertimpa musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut “Ya Allah!”

Apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru “Ya Allah!”

Apabila pelbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru “Ya Allah!”

Apabila dunia terasa sempit disebabkan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyebut “Ya Allah!”

Telah ku khabarkan kepadaMu
Segala hal seperti cercaan
Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu
Lalu ku panggil jelas namaMu
Di waktu Subuh menanti
Dan setiap fajar menyingsing
Selalu terdengar namaMu terucap…

Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan, dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang Subuh, iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolonganNya, dan tatapan mata hamba yang penuh harapan, dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyeut namaNya, memohon, mengharap, dan memanggil. Dengan menyebutNya, di mana hati akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, saraf tidak lagi menegang, aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

"Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya …." (Asy-Syu’ara’: 19)

Allah : Sebaik-baik nama, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus, dan kata yang paling berninlai.

"…. Apakah kamu mengetahui ada sesuatu yang setara dengan Dia?" (Maryam : 65)

Allah : BagiNya segala kekayaan, kekuasaan dan kekuatan, keagungan, kemampuan dan kebijaksanaan.

"…. Milik siapakah kekuasaan pada hari ini? (Kekuasaan) hanyalah milik Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa" (Ghafir : 16)

Allah : BagiNya kebijaksanaan, pertolongan, keringanan, batuan, cinta dan kebaikan.

"Apapun nikmat yang kalian terima, semuanya berasal dari Allah …" (An-Nahl: 53)

Allah : Sang Pemilik segala keangungan, kebesaran, kewibawaan dan keperkasaan.

Sekalipun kulukiskan keagunganMu
Dalam goresan
Sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa
Engkau tetap Yang Teragung
Dan tempat segala yang bermakna
Ya Tuhan, hanya pada keagunganMu
Segalanya terasa lapang…

Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkanlah gelora hati dengan saji keyakinan, dan padamkan gejolak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikanlah rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.

Ya Allah, lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalm perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskanlah segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan; hilangkan kesengsaraan; jauhkah segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan, kecuali hanya takut kepadMua. Kami berlindung dan bertwakkal, hanya kepadaMu. Kami berlindung dari kepasrahan, kecuali hanya pasrah kepadaMu. Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong…

Amin ya Rabb..

Sunday, September 03, 2006

Beware of Well-Schemed Christian Movement In All Universities Nationwide


Please be aware of Christian movement which has been actively expanding their influences among the university student... It is our responsibility to spread this to all...
________________________________________________________________

The link ---> Christian movement

Campus students have been on the cutting edge of change throughout history. They are always in the vanguard of revolution. Karl Marx of Bonn University brought misery to millions of people with his communist ideology, but Count Nicholas von Zinzendorf of Wittenberg University brought hope to millions as he took Christ's message to them. Campus students have the potential to shape the world. They will be leaders in government, media, education, business, religion and the worldwide Christian movement.

Our Purpose:

To raise influencers for Christ (IfCs) in college campuses in order to help fulfill the Great Commission.

Our Mission:

To turn lost campus students into lifetime Christ-centered influencers for Christ. Using Campus Life Connection (CLC) as a platform, we seek to bless both Christian and non-Christian students by encouraging them to live a healthy (physical, mental, emotional, social and spiritual) and purposeful life. We will share the good news, build them up to become disciples of Christ and send them out to be lifetime IfCs.

Our Vision:

One faculty, one IfC movement.

National Campus Director

Mr Lee Heng Kee

Tuesday, August 15, 2006

Latest Update

Alhamdulillah... That's the first word that could describe how I feel right now. Its quite a long time since I've stopped updating this blog. So there are so many things to share.

i) Firstly, I've started working at Matriculation Centre, International Islamic University as a matriculation teacher. Its like a dream come true. Allah has shown me the path to my future. So i'll take this post as my responsibility and I'll try my best to contribute whatever I can to Islam, my generation and also my own country.

I never doubt that being a teacher, there are so many challenges that i've to face along the way but insyaAllah I'll try my best and I hope I can improve myself especially in the teaching profession.

There's nothing much to talk about my personal life. Now I just focus on my career and also my beloved family. Since I'm new in this field so there are so many things to learn. To all the staff in MCIIUM, do guide me to be a better educator...

ii) To all my friends who will graduate on the 20th of August 2006, I just want to congratulate them. May you all success in everything that you do but for those who hasn't got any job, don't worry. Keep on trying and at the same time don't give up hope on Allah. He will always answers our prayers insyaAllah... :)

iii) Please make dua to all our brothers and sisters in Lebanon and Palestine. May Allah unite us together as one. Allahummansuril Islamawal mujaahidin fii sabiilik fii kulli makaan wa fii kulli zaman...

Monday, May 29, 2006

To Know You Is To Love You

At times when I feel so lonely
no one to keep me company
You were there
At times when I feel so trouble
No one for me to turn to
You were there
You're always there

In times of pain and sorrow
When it feels like there's no tomorrow
In You I find peace and strength
To get my life back on track again

In times of joy and laughter
Happiness feels like forever after
In You I find it never ends
Cause Your love's always there to mend

I've come to realize
That You're my savior
You're the Most Forgiving
Most Merciful

A step I take towards You
Thousand steps You will see me through
You're the All-Knowing
You're the Most Gracious
Most Bountiful

Oh Allah
The more I know You
The more I love You...

Senilagu : Mie (Hijjaz Records Publishing)
Senikata : Lina (Hijjaz Records Publishing)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Suffian Amrin

Monday, May 22, 2006

Al-Fatihah

Kepada sahabat-sahabat yang melawat blog ini, sudilah kiranya menghadiahkan al-fatihah buat pensyarah penulis, Ust Mohd Rosdi Bin Mohd Yusof yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang bertakwa. Amin ya Rabb...Al-Fatihah

p.s: Jasamu tetap kami kenang...

Friday, May 19, 2006

Pesanan Buat Umat Islam Di Malaysia

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil )
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.
Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.
Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???
Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.
Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.
Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?
Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.
Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
Umat Islam di Malaysia sekelian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. KaÉi tidak akan memaafkannya.
Umat Islam di Malaysia,
Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.
Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.
Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.
Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.
Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.
Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...
Allah Akbar!!!
Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2006.

One Week Summary

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

i) Alhamdulillah penulis telah dipanggil untuk second interview di UIA PJ. Interview tersebut akan diadakan minggu hadapan. Doakan penulis ye...

ii) Kucing Comot penulis hilang :(

iii) Dua minggu lepas, penulis ke Bekor, Kuala Kangsar ambil sampling air. Memang pengalaman yang berharga buat penulis. Kalau bukan sebab kerja, memang susah penulis nak masuk kawasan hutan dan ladang macamtu. Nak masuk kawasan tu pun kena pakai 4 wheel drive. Keluar dari pejabat pukul 8.30 pagi sampai ke pejabat semula pukul 6.30 petang. Letih jangan cakapla tapi seronok.Nantilah kalau penulis ada masa penulis akan berkongsi sedikit pengalaman penulis dekat sana. InsyaAllah...

iv) Penulis ada hobi baru :D. Buat crosstige. Kakak tempat penulis kerja yang ajar. Seronok betul ada orang sudi ajar. Kepada sahabat-sahabat yang ada kelapangan bolehla cuba hobi baru ni ;)

Friday, May 12, 2006

Petua resdung

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi...Bagi sesiapa yang ada penyakit resdung.Boleh cuba petua ni. Mudah insyaAllah...

Resdung sering kali membawa kesan yang agak merunsingkan kepada pengidapnya.Pengidap resdung alah kepada pelbagai jenis makanan dan persekitaran.Jika kita tengah di'landa' resdung, petuanya mudah sangat. Kita cuma perlu berwudhuk. InsyaAllah rasa gatal tersebut akan hilang.

Satu lagi sahabat penulis ada jugak berkongsi petua resdung ni, iaitu apabila setiap kali selepas/sebelum berwudhuk, kita masukkan air sedikit ke dalam hidung. Lepas tu hempus keluar air tersebut sambil sebelah lubang hidung ditutup. Contohnya, jika kita menghembus lubang hidung kanan, maka lubang hidung kiri perlu ditutup dan begitulah sebaliknya.

Penulis harap sahabat-sahabat semua dapat faham petua ni dan cuba. Semuanya akan berlaku hanya dengan izinNya....:) Selamat mencuba.

Semoga ada manfaat

Monday, May 01, 2006

Doa untuk Menuruti Cara Hidup Rasulullah


Ya Allah, Kurniakanlah kami
kemampuan mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad S.A.W.
samada permulaan, penghabisan, zahir, batin, perkataan,
perbuatan, ibadah dan amal yang soleh... Amin Ya Rabb

Get Motivated !!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

1) Get focus !
2) Don't depend on other people!
3) Do what the best for Islam, parents, family n urself
4) Don't over caring
5) Be more realistic

- Be motivated n improve urself!!

Sunday, April 23, 2006

Akademi Al-Quran


Program Akademi Al-Quran (AQ)adalah sebuah program realiti TV yang dilihat dapat menjuruskan remaja ke arah mencintai Al-Quran. Tidak seperti program-program realiti yang lain, AQ bakal memberikan kelainan buat para penonton yang dahagakan santapan rohani di samping disiarkan dalam bentuk yang lebih santai.

AQ bakal disiarkan di TV9 mulai 27 April ini jam 8.30 malam. Penulis berharap semoga program-program seperti ini akan ditambah dari masa ke semasa.
________________________________________________________________

Penerbit rancangan ini, Encik Shukri Hj. Ibrahim memaklumkan bahawa program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 380 orang dari seluruh Malaysia telah hadir ke sesi uji bakat yang telah diadakan di seluruh Malaysia. Dari jumlah itu, seramai 88 orang peserta terpilih untuk saringan kedua yang diadakan pada 30 Mac hingga 2 April 2006 di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru.

Semasa saringan kedua dijalankan, hanya 12 orang peserta sahaja yang terpilih untuk masuk ke pusingan akhir yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV9.

Tuan Norazimah binti Tuan Nordin, Penolong Penerbit rancangan ini, berkata bahawa program ini bertujuan untuk melahirkan idola yang baik untuk para remaja masa kini. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para juri profesional yang dilantik di kalangan pensyarah Darul Quran iaitu Ustaz Nazri Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin dan Ustaz Mohd. Zaki Ibrahim. Para juri telah memberikan komitmen yang amat tinggi, katanya. Beliau juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Darul Quran dan agensi berkaitan yang telah menjayakan program ini.

Sumber : Pengarah Bahagian Darul Quran
Editor : PRO JAKIM