Friday, February 24, 2006

Kembali Lagi

Sudah agak lama penulis menyepikan diri... Bukan menyepikan diri sebenarnya,cuma kakak tempat penulis kerja pinjam komputer penulis, jadi lama jugaklah penulis tak update blog ni...

Banyak jugaklah yang berlaku dalam minggu ni dan minggu lepas... penulis pergi interview di UIA PJ...Quite a good experience... Apa pun ada rezeki insyaAllah... tapi kalau bukan rezeki di situ...insyaAllah ada di tempat lain...

Kerja masih macam biasa... cuma ada berlaku sedikit perkara yang bagi penulis mematangkan penulis untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.... untuk menghadapi 1001 kerenah manusia..... Walaupun kadang-kadang pahit untuk ditelan tapi untuk kebaikan kadang-kadang kita perlu menghadapinya....agar kita menjadi insan yang lebih kuat dari semalam.... supaya jangan mudah putus harapan andai badai menghempas di tengah perjalanan.....

Hidup ini bukan sekadar gurauan, gelak ketawa tapi ia lebih dari itu. Kadang-kadang penulis terfikir jugak yang kita tak boleh terlalu serius dalam dunia ni... kena terima jugak senda gurau orang lain. Ada benarnya tapi bergurau dan berjenaka ada batasnya.... Jika ianya melampaui batas maka, penulis rasa meminggirkan diri itu adalah lebih baik.... diam itu lebih baik andai tiada apa yang bermanfaat hendak dinyatakan....

Itulah serba sedikit gambaran keadaan penulis di tempat kerja sekarang.... Apapun penulis anggap ini semua sebagai ujian untuk penulis menjadi seorang yang lebih kuat.... dan alhamdulillah Allah kurniakan kepada penulis seorang sahabat yang dapat penulis meluah rasa, berkongsi pendapat dan sebagai penghibur penulis di kala penulis dilanda dugaan... Thanks kak Ya...Terima kasih kerana memahami luahan hati penulis...

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang dah dapat kerja... semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat... ameen ya Rabb...

Last but not least, penulis ada terjumpa satu laman web yang penulis amat tertarik Search Truth... selain menyediakan tafsir quran dan hadis, laman web ini juga menyediakan email reminder kepada sesiapa yang berminat untuk hafaz Quran.... 2/3 ayat seminggu bergantung kepada panjang ayat tersebut... Sahabat-sahabat yang berminat boleh mencuba...(cuma diingatkan supaya telah khatam Quran secara talaqqi dengan guru tajwid... supaya kita menghafaz dengan tajwid yang betul insyaAllah...)

Segala yang baik adalah dari Allah...segala kelemahan dari diri penulis...andai tersalah anggaplah ianya kelemahan penulis sebagai insan dhaif... perbetulkanlah penulis.... segala penulisan/artikel yang disiarkan adalah untuk memngingati diri penulis yang sering lupa dan juga sahabat-sahabat....wallahua'lam

wasalam

Sunday, February 12, 2006

Rasulullah...Kami MerinduiMu....

Ikuti kisah syahdu ini, walaupun penulis rasa sahabat-sahabat sekalian telah seringkali membaca kisah ini, namun penulis sengaja menyiarkannya kembali.... Sedih dengan keadaan semasa yang amat menekan... Islam dipermain-mainkan, Rasulullah, kekasih kita dihina dan umat Islam seluruh dunia dibunuh sewenang-wenangnya...

Semoga dengan kisah ini dapat mencas semula semangat juang yang kadang-kadang lemah dan malap oleh cabaran dunia ini...Mengenang kembali kasihnya Rasulullah S.A.W. kepada kita umatnya... tetapi bagaimanakah dengan kasih kita terhadap bagainda?Hanya kita sendiri yang mampu menjawabnya.....

Ya Rasulullah...Kami amat merinduimu....
____________________________________________________________________

Pagi itu, meski langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberi petua,”Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya.Kuwariskan dua hal kepada kalian, sunnah dan Al-Quran.Barangsiapa mencintai sunnahku bererti mencintaiku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan bersama-samaku masuk ke syurga”.

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh meratap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar meratap mata itu dengan berkaca-kaca,Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.”Rasulullah akan meninggalkan kita semua”, desak hati semua sahabat kala itu.Manusia tercinta itu hampir usai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan pantas menangkap Rasulullah yang lemah saat turun dari mimbar.Saat itu, seluruh sahabat yang berada di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau mampu.

Matahari kian meninggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba di luar pintu terdengar seorang berseru mengucapkan salam.”Bolehkah saya masuk?”tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.”Maafkanlah, ayahku sedang demam,”kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membukakan mata lalu bertanya kepada Fatimah,”Siapakah itu wahai anakku?”.”Tak tahulah ayah, seperti baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut.Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Satu persatu bahagian wajahnya seolah-olah hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah.Fatimah menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah bertanyakan mengapa Jibril tidak ikut menyertai?Kemudian dipanggilnya Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia bagi menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan kepadaku apakah hakku nanti di hadapan Allah”, Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.”Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu”, kata Jibril.Tetapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega.Matanya masih penuh kecemasan.”Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”Tanya Jibril lagi.”Khabarkan kepadaku, bagaimana nasib umatku kelak?””Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:”Kuharamkan syurga bagi sesiapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya”, kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat.Saatnya izrail melakukan tugas.Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik.Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang .”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini”, Rasulullah mengaduh.Fatimah terpejam.Ali yang duduk di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril membuang muka.”Jijikkah kau melihatku hingga kau palingkan wajahmu?” Tanya Rasulullah kepada malaikat pengantar wahyu itu.”Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal” kata Jibril.Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah mengeluh, kerana sakit yang tak tertahan lagi.”Ya Allah, dasyat rasa maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan kepada umatku”.Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu.Ali segera mendekatkan telinga,”Uushiikum bis solati wa maa malakat manuuku, peliharalah solat dan santunilah orang-orang yang lemah di antara kamu”.

Di luar tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutup tangan di wajahnya dan Ali mendekatkan telinga ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummati, ummati, ummati”.Dan pupuslah kembang hidup manusia mulia itu.Kini, mampukah kita mencintanya sebagaimana dia mencintai kita…..umatnya???

Saturday, February 11, 2006

Muslims Offended by Danish Cartoons

Pakistan

Australia

Morocco

Venezuela

Malaysia

Bangladesh

Indonesia



Iraq

Iran


...and lots of other photos of the Muslim protestors of Prophet Muhammad Caricature at http://news.yahoo.com/photos/ss/events/wl/020106danishcartoons

-------------------------------------------------------------------------------
P.S: Kami Muslim tidak akan menggangu hak beragama kamu tapi kami akan bertindak jika hak agama kami dipermain-mainkan.... Dunia menggelar kami pengganas tetapi tahukan kamu bahawa punca kami bertindak sebegitu? Kerana hak dan agama kami dicabuli.Setiap apa yang berlaku di dunia sekarang seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan, kesemuanya kerana hak kami diganggu... Kami takkan ganggu kamu jika kamu tidak memulakannya.... Slogan "Perang Global Ke Atas Pengganas" sebenarnya adalah "Perang Ke Atas Islam"

Segera boikot barangan Denmark



Oleh : ROSLAN SMS
Sedang Negara-negara Islam di dunia mengenakan pemboikotan atau pemulauan barang-barang dan produk Denmark bagi memkasa kerajaan Denmark memohon maaf secara terbuka terhadap kebiadapan akhbar dalam negaranya yang telah menghina Nabi Muhammad saw, Malaysia memilih untuk tidak memboikot.

Kerajaan Malaysia yang bertulang-belakangkan Umno (yang didakwa parti Islam terbesar dalam Negara) enggan boikot barangan Denmark, enggan mengajak rakyat berdemonstrasi ataupun menyerahkan memorandum bantahan secara terbuka kepada Kedutaan Denmark.



Menurut BERNAMA PM Dollah Badawi berkata:

Malaysia has no plans for now to boycott Danish products arising from the publication of controversial caricatures of Prophet Muhammad in a Danish newspaper which has stirred up scenes of protests around the world.

Malaysia tidak merancang setakat ini untuk memulaukan produk-produk kelauran Denmark ekoran terbitnya karikatur Nabi Muhammad saw di dalam akhbar Denmark yang telah mencetuskan bantahan (umat Islam) seluruh dunia.

Nyatalah sikap kerajaan Malaysia bawah pimpinan Dollah Badawi walaupun kononnya marah pada Denmark tetapi taklah sampai keperingkat mahu menjentik atau mencubit pehanya kerana barangkali seribu-satu kebimbangan yang hanya Dollah Badawi dan mereka yang dikeliling-kelalangnya sahaja yang tahu.

Barangkali Dollah mahu memelihara hubungan baik dengan Denmark. Saudi, Oman, Qatar, Iraq, Negara-negara Teluk yang lain bolehlah marah sakan kerana mereka tidak melindungi kepentingan Denmark di bumi mereka sebagaimana kerajaan Malaysia melindungi dan mengutip hasil keuntungan dari kepentingan Denmark. Saban hari kilang Carlsberg, kilang kebangaan Malaysia-Denmark membuak-buakkan hasil arak di kilangnya di Shah Alam yang dibekalkan ke pasaran tempatan dan rantau sebelah sini.


Logo Carlsberg dengan
lambang mahkota Raja Denmark

Oleh itu tak perlulah kita sibuk-sibuk boikot. Nanti marah pula Carlsberg (The long cool Dane). Kalau Carlsberg pindahkan kilangnya ke Negara lain nanti Malaysia akan kerugian hasil. Susah nak melaksanakan projek nanti!

Dalam pada itu cuba kita fikirkan apakah mesej yang boleh dicapai dari tindakan kita jika kita memulaukan barangan Denmark itu sebenarnya?


Dr Ahmad Abdul Aziz al Haddad

Seorang ulamak dari Timur Tengah Dr Ahmad Abdul Aziz al Haddad berkata tindakan memboikot oleh umat Islam ini membuktikan kuasa besar yang berada ditangan mereka (yang boleh digunakan dalam suasana konflik seumpama ini). Pihak pengguna boleh menyatakan terus bantahan mereka tanpa menunggu tindakan dari pihak kerajaan atau badan-badan yang menjaga kepentingan Islam.

Sebenanrya setakat ini kesan pemboikotan saudara-saudara se Islam kita di Timur Tengah dan dibeberapa Negara Islam lain telah mula menunjukkan kesannya. Terjejasnya kepentingan ekonomi Denmark akan memaksa kerajaannya menilai kembali pendiriannya dan mudah-mudahan memohon maaf secara terbuka dan memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Di Dubai dilaporkan pasaraya Perancis Carrefour juga terpaksa turut menurunkan produk buatan Denmark dari kaunter mereka sedangkan Perancis adalah sekutu Denmark dalam Kesatuan Eropah.

Pengilang produk tenusu ARLA dari Denmark yang beroperasi di Arab Saudi khabarnya menanggung kerugian 1.5juta USD sehari dan kini terpaksa menutup operasi kilangnya di Riyadh hasil dari pemulauan rakyat Saudi terhadap produk mereka.

Kita telah cuba saluran diplomasi namun PM Denmark dan kerajaannya tetap bongkak dan tidak ambil peduli. Kita tidak mahu mencetuskan keganasan lalu pilihan yang ada bagi kita adalah memulau barangan Denmark sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara kita ini.

Oleh itu tunggu apa lagi, say no to Dannish product, mulai hari ini dan sama-sama kita lihat reaksi Denmark nanti.
SILA KE BLOG ROSLAN SMS

Cartoon About Our Hero




Interesting cartoon about our hero... Salahuddin al-Ayyubi.Coming soon...
For more information,do browse through this link Salahuddin Al-Ayyubi

Allah Dekat Dengan Kita.. Maka Pohonlah PadaNya...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Di ambil dari Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Kathir Jilid 1.Diterjemahkan oleh : H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy
_______________________________________________________

Ayat 186 Surah al-Baqarah

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(S.Baqarah:186)

Abu Musa al-Asari r.a. berkata, " Ketika kami bersama Nabi S.A.W. dalam perjalanan untuk berperang maka tiap kami mendaki di atas bukit atau turun ke lembah kami bertakbir dengan suara yang lantang, maka Nabi S.A.W. mendekati kami dan bersabda ,"Hai semua manusia, sayangilah dirimu, kalian tidak memanggil kepada yang pekak atau jauh, kalian hanya memanggil Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, bahkan Tuhan yang kalian panggil itu lebih dekat kepadamu dari leher untamu(kenderaanmu). Hai Abdullah bin Qais sukakah saya ajarkan kepadamu sesuatu kalimat dari perbendaharaan syurga iaitu " Laa haula walla quwwata illa billahi". (HR Bukhari, Muslim, Ahmad)

Anas r.a. mengatakan bahawa Nabi S.A.W. bersabda bahawa Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud :

"Aku selalu mengikuti sangka hambaKu terhadap diriKu dan Aku bersamanya jika ia berdoa kepadaKu" (HR Ahmad)

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Nabi S.A.W. bersabda bahawa Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud :

"Aku selalu bersama hambaKu selama ia ingat(berzikir) kepadaKu dan bergerak bibirnya menyebut namaKu"(HR Ahmad)

Kedua-dua hadis qudsi ini sama dengan ayat 128 Surah an-Nahl yang bermaksud

"Sesungguhnya Allah selalu membantu orang yang bertaqwa dan mereka yang berbuat baik".

Begitu juga firman Allah kepada kedua Nabi, Harun dan Musa yang bermaksud :

"Sesungguhnya Aku selalu bersamamu mendengar dan melihat"(S.Thaha:46)

Abu Said al-Khudri r.a. mengatakan bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :

" Tiada seorang Muslim yang berdoa kepada Allah, yang tiada berdosa dan memutuskan hubungan kekeluargaan, melainkan pasti diberi oleh Allah salah satu dari 3 perkara ini : 1) disegerakan permintaannya atau 2) disimpan untuknya di akhirat atau 3) dihindarkan daripadanya kejahatan yang sebesar itu. Sahabat berkata "Jika demikian kami akan memperbanyakkan doa". Jawab Nabi S.A.W., "Pemberian Allah lebih banyak ". (HR Ahmad)

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :

" Selalu diterima doa seorang hamba, selama ia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutuskan hubungan kerabat (kekeluargaan) dan tidak terburu-buru. Ditanya, "Ya Rasulullah bagaimanakah terburu-buru itu?". Jawab Nabi S.A.W., "Aku telah berdoa dan sudah berdoa, tetapi tidak diterima doaku lalu ia menyesal dan tidak berdoa". (HR Muslim)

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

" Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: 1) Imam(raja/pemerintah) yang adil 2)Orang yang berpuasa ketika berbuka 3) Doa orang yang dianiaya, Allah mengangkatnya di atas awan pada hari kiamat dan dibuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman "Demi kemuliaanKu pasti Aku bantu kamu walaupun hanya menunggu masa sahaja". (HR Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasai, Ibnu Majah)

____________________________________________________________

P.S: - Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa kerana ini sahajalah kekuatan dan kelebihan yang kita ada berbanding kaum kuffar....

-Maaf di atas kelemahan penulis yang tidak dapat menyediakan ayat al-Quran di dalam bahasa Arab kerana buat masa ini penulis masih tidak mempunyai perisian yang sesuai...InsyaAllah penulis akan cuba mempertingkatkannya lagi di masa hadapan.

wallahua'lam

Wednesday, February 08, 2006

Jemputan Menghadiri Forum Perdana Bicara Ad-Deen

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput menghadiri Forum Bicara Ad-Deen Radio IKIM anjuran Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Berikut dinyatakan butiran mengenai program tersebut.

Tajuk : Tsunami Jariah , Bersediakah anda ?
Tarikh : 10 Februari 2006 (Jumaat)
Masa : 8 Malam
Tempat : Balai Islam Maahad Tahfiz Anak
Yatim Darul Fuqaha (berhadapan MPI dan
bersebelahan Restoran Nelayan)

Ahli Panel
: Ust. Ahmad Syukri Yusof–Pusat Zakat Wilayah
Ust. Wan Shohor Bani Leman – UIA
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin - USM
Ust. Zamri Zainal Abidin – DJ IKIM

MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
LOT 3283, JALAN MAKTAB PERGURUAN ISLAM
SG. MERAB LUAR, 43000 KAJANG
SELANGOR.

BAGI SESIAPA YG TIDAK DAPAT HADIR, TETAPI INGIN MEMBUAT SUMBANGAN WANG TUNAI / CEK MONEY ORDER, HENDAKLAH DIBUAT ATAS NAMA :

Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha di akaun
Bank Islam :12029010045695

Tahniah!

Tadi penulis baru sahaja menerima SMS dari seorang kakak senior semasa penulis di USM dulu.=) Tahniah kepada Ukhti Normadiah di atas kelahiran seorang putera.Penulis tumpang gembira...Putera tersebut diberi nama Mus'ab.Semoga bertambah lagi pejuang agama Allah di muka bumi ini...

Ukhti Nor tanya penulis bila penulis nak khawin... He he ... nak jawab apa yer... Penulis cuma jawab "kalau ada jodoh insyaAllah penulis akan jemput...." Hanya padaNya penulis berserah....

Penulis tumpang gembira dengar sahabat-sahabat banyak jugak yang dah walimah dan dapat anak... seronok dengar sabahat-sahabat semuanya bahagia.... doakan penulis jugak yer...

Hari ni hectic jgk....tapi alhamdulillah semua berjalan lancar...

Monday, February 06, 2006

Alhamdulillah

Alhamdulillah... Syukur pada Allah...Penulis gembira hari ni =) Memang benar kata seorang sahabat " Ada kemanisan di sebalik kesabaran "

Sunday, February 05, 2006

Hari Asyura

Disunatkan kita berpuasa pada 9 dan 10 muharam seperti yang telah disebut di dalam hadis Rasulullah yang bermaksud :

Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., dia menceritakan bahawa ketika Rasulullah S.A.W. puasa pada Hari Asyura(10 Muharram) dan memerintakan kaum muslimin supaya puasa, para sahabat berkata "Hari ini adalah hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani". Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda" Apabila menyaksikan tahun yang akan datang, insyaAllah kita puasa pada tanggal 9 Muharram". Kata 'Abdullah selanjutnya " Ternyata tahun depan itu, baginda sudah wafat ."(H/R Muslim)

wallahua'lam

Wednesday, February 01, 2006

Umat Islam Akhir Zaman

Penulis ingin berkongsi sepotong hadis berkenaan keadaan umat Islam di akhir zaman yang bermaksud :

"Umat² yang lain akan beramai² berhimpun mengelilingi kamu laksana mereka mengelilingi hidangan (memakan / meratah)." Dan bertanyalah seorang yang ada: "Adakah kerana jumlah kita (umat Islam) pada masa itu sedikit?" Sabda Rasulullah saw: "Tidak! Sebenarnya kamu (umat Islam) ramai, tetapi laksana banyaknya buih dalam air banjir (sehingga dihanyutkan). Allah mencabut kehebatan kamu yang dirasa di dalam diri musuh kamu, dan Allah melontarkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahan." Dan bertanya pula seorang yang ada: "Apakah dia al-wahan itu wahai Rasulullah?" Sabda Rasulullah saw: "Kasihkan dunia dan bencikan mati". (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Sama-sama kita memuhasabah diri sendiri...