Tuesday, January 10, 2006

Wahabi oh wahabi..

Oleh kerana telah banyak email yang diterima di dalam yahoogroup berkenaan wahabi dan Ust Asri Zainul Abidin... maka di sini penulis ingin sekadar berkongsi pengalaman bersama sahabat-sahabat berkenaan isu ini...wallahualam....
______________________________________________________

Assalamualaikum warahmatullah....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Setelah bermacam-macam tuduhan yang telah dilemparkan kepada Ust Asri oleh golongan yang kononnya dinamakan anti wahabi ni.Penulis rasa ada perlunya penulis berkongsi sedikit pengalaman penulis sebagai salah seorang pelajar di kuliah Pendidikan Islam di bawah kelolaan Ust Asri Zainul Abidin. Niat di hati hanya mahu berkongsi pengalaman supaya kita sama-sama berfikir dan membuat pertimbangan di atas neraca keimanan dan ketaqwaan sebagai hambaNya...dan tidak sama sekali untuk menuduh mahupun mempengaruhi sesiapa...

Selama 3 tahun penulis belajar di USM dan selama itu jugalah penulis mengikuti kuliah Pendidikan Islam ust Asri. Fenomena melabel ust/individu tertentu sebagai wahabi adalah perkara biasa bukan sahaja di kalangan pelajar USM malah orang luar turut sama melabel. Cuma penulis kurang faham apa manfaat yang mereka perolehi dengan melabel individu tertentu..mungkin mereka mempunyai hujah-hujah tertentu untuk berbuat demkian. Tuduhan-tuduhan seperti " dia bukan orang kita" dan " eh dia tu wahabi" rasanya sudah seringkali didengari.Malah bukan Ust Asri sahaja dilabel sebagai wahabi malah seorang lagi Ust Kuliah Pendidikan Islam di USM juga dikaitkan dengan wahabi di mana beliau merupakan salah seorang dari ahli majlis fatwa Pulau Pinang. Kalau ahli majlis fatwa pun kita boleh tuduh dan label, mungkin orang yang menuduh itu lebih hebat bukan... Alhamdulillah kalau ada yang hebat ilmunya...kerana itulah yang Islam inginkan...cuma mungkin caranya salah...kehebatan ilmu yang kita miliki bukan untuk kita membangga diri tapi adalah untuk dikongsi dan membawa manfaat kepada Islam...

Malah sahabat penulis sendiri pernah menuduh kedua-dua ust ni wahabi tapi bila penulis tanya kembali pernah ke hadiri ceramah atau kuliah mereka? Dia jawab tak pernah. Penulis diam aje...kita sama-sama faham sendiri...Kadang kita ni mudah sgt nak tuduh org....Padahal kuliah atau ceramah mereka pun kita tak pernah pergi...Kalau nak tuduh sekurang-kurangnya pergilah ceramah diorg lepas tu kalau ada masa muzakarah dengan diorg....ni tidak...setakat cakap belakang....adik penulis umur 5 tahun pun boleh buat ye tak!

Penulis ingin berkongsi pengalaman penulis dalam satu kursus di USM, di mana salah seorang yang perlu memberi ucapan/ceramah pada hari tersebut adalah ust Asri. Kebetulan kursus itu adalah kursus pra perkahwinan, dan pada permulaan majlis itu, TNC HEP USM tidak dapat hadir tetapi telah diwakilkan oleh En Zubir. En Zubir telah diminta oleh pihak pengurusan majlis untuk menabur beras kunyit kepada para peserta sebagai tanda merasmikan majlis penutup program itu.Tiada siapa yang berani untuk menegur perbuatan En Zubir yang pada ketika itu beliau merupakan orang kenamaan terpenting dalam majlis itu. Tapi hanya ust Asri sahaja yang sudi menegur tindakan En Zubir tersebut dengan perkataan yang sangat berhemah... Itukan bidaah... ditiru dari adat Hindu...kenapa perlu ikut?? Kalau kerana tindakan beliau itu beliau dilabel sebagai wahabi teruskanlah melabel cuma penulis ingin bertanya adakah ASWJ membenarkan bidaah? Apa kalau kita melarang bidaah bermaksud kita wahabi?

Penulis tidak mengharapkan sebarang balasan dari sesiapa berkenaan penulisan ini...cuma hanya ingin berkongsi pengalaman....selebihnya kita sama-sama fikir mengikut iman dan akal yang berlandaskan Quran dan Hadis...

Akhir kata ...penulis juga bukan dari kalangan wahabi...kalau wahabi buat salah juga penulis akan menolak mereka....cuma apa yaang ingin ditekankan di sini adalah... kita sekarang di akhir zaman....Cukuplah kaum kuffar menindas kita dari segenap sudut....jangan lah saudara seislam kita sendiri juga turut menindas saudara seakidah yang lain....Kita perlu bersatu atas nama Islam... kerana ikatan antara kita adalah ikatan yang sangat kuat....iaitu ikatan akidah...

Apa faedah yang kita dapat apabila melabel org ini wahabi dan org itu wahabi... sekarang bukan masanya untuk mencari jurang antara kita....wallahua'lam... Allah Maha Mengetahui apa yang penulis tidak ketahui....Maaf dipinta andai ada yang tidak bersetuju.... Cukuplah Allah sebagai Pelindung kita semua...wasalam

No comments: