Kemampuan, keperluan dan kemahuan
Kemampuan, keperluan dan kemahuan.... 3 perkataan yang membawa maksud yang berbeza. Kadang-kadang penulis terfikir yang mana satu perlu didahulukan.
Kadang-kadang penulis rasa suatu benda tu adalah satu keperluan dan kita amat memerlukannya. Tapi kita perlu tanya diri kita kembali adakah kita mampu dan layak untuk memilikinya?
Dan ada masanya pula kita rasa kita mampu untuk memilikinya tapi adakah kita betul2 perlukannya?
Dan pada ketika lainnya, kita rasakan kita mahukan sesuatu tapi adakah ianya kita benar2 perlu dan layak untuk memilikinya?
3 persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran penulis dalam beberapa minggu yang lalu.Persoalan yang masih tak terjawab. Persoalan yang penulis rasakan cukuplah Allah sahaja yang memilih yang terbaik untuk penulis sebab kadang-kadang kita rasa kita betul2 perlukannya dan mahukannya tapi Allah tahu bahawa dia/perkara itu bukan yang terbaik untuk kita...
Kita hanya mampu berusaha dan berdoa. Kesudahannya kita serahkan kepada Yang Maha Esa. Cukuplah Dia sebagai penguat kita...Cukuplah Dia sahaja yang memahami kita...
Sebelum terlupa, penulis nak kongsi dengan para pembaca. Kalau terasa sedih atau dukacita baca " HasbiyAllah wa ni'mal wakiil".Amalkan insyaAllah tenang walaupun terasa sgt sedih...
InsyaAllah ada kemanisan di sebalik kesabaran...wallahua'lam
No comments:
Post a Comment