Monday, January 09, 2006

Labbaikallaahumma Labaik ( HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah)

Assalamualaikum warahmatullah...
Bulan zulhijjah adalah sinonim dengan bulan haji di mana ianya merupakan bulan umat islam dari seluruh dunia berkumpul di Tanah Haram Makkatul Mukarramah untuk menunaikan rukun islam yang terakhir iaitu menunaikan Haji.

Esok maka bermulalah seluruh para jemaah untuk berkumpul di Arafah untuk berwukuf, ibadah yang sinonim menggambarkan gambaran kita berkumpul di Padang Mahsyar nanti. Namun ianya bukanlah gambaran sebenar kerana di Padang Mahsyar nanti keadaannya adalah lebih dahsyat lagi.

Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga mangsa kejadian hotel runtuh di Jalan Jundaria kawasan Al Ghazzah dekat Masjidilharam Khamis lepas. Semoga roh mereka di tempatkan di kalang orang-orang yang beriman. Amin ya Rabb...

Bagi mereka-mereka yang tidak menunaikan haji pada tahun ini, adalah digalakkan untuk berpuasa pada esok hari ( 9 Zulhijjah). Akhir kata saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam seluruhnya...

- Allahumman suril Islamal mujahidin fii sabiilik fii kulli makaan wa fii kulli zamaan...-

No comments: