Thursday, December 13, 2007

Gombak oh Gombak...

Minggu ni penulis sudah mula mengajar di IIUM, Gombak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kebanyakan anak murid penulis berasal dari Saudi Arabia dan Yemen. Terdapat juga segelintir dari Palestine, Indonesia, Thailand, Sudan dan Nigeria.

Perbezaan yang ketara penulis dapat lihat apabila mengajar pelajar Melayu dan pelajar asing, bagi penulis pelajar asing lebih aktif, berkeyakinan. Mereka jika kita bertanya, seboleh mungkin akan menjawab walaupun dengan berbahasa Inggeris pelat Arab. Kadang-kadang penulis sendiri tak faham apa yang cuba diterangkan. Tapi memang mereka akan menjawab dan sekiranya jika mereka benar-benar tidak mengetahuinya, mereka akan jawab "I've no idea".

Berbeza dengan pelajar Melayu, jika ditanya, jarang yang menjawab. Kadang-kadang penulis tanya faham atau tak pun tak jawab... pasif... Ntahlah mungkin persekitaran hidup di Malaysia menjadikan mereka sebegini atau mungkin kerana terdapat banyakan nya adat- adat yang lebih menegaskan perkataan "JANGAN" menjadikan mereka kurang yakin untuk memberikan pandangan mereka. Ya, contohnya, "jangan duduk atas bantal nanti bisul, jangan potong kuku tengah malam nanti kuku mati, jangan menjahit tengah malam, jangan.... jangan.... dan jangan.....jangan buat itu nanti ada hantu, jangan buat ini nanti polis datang.... dari kecil pelajar-pelajar Melayu ini telah disuapkan dengan ayat-ayat seperti ini sehinggakan terlalu banyak kekangan untuk mereka bersuara....Walhal penulis tahu pelajar-pelajar kita jauh lebih bijak dari pelajar-pelajar asing.

Tapi itu cuma hipotesis dari penulis sahaja... mungkin benar, mungkin tidak...

Itu satu perbezaan. Ada lagi satu perbezaan ketara. Pelajar Melayu memang lebih lembut, lebih pemalu, lebih santun walaupun tak semua begitu tetapi secara kasarnya begitu....

Namun apabila dinamakan manusia, semua ada kekurangan dan kelebihan... pelajar Melayu ada kelebihan, pelajar asing juga begitu. Yang penting, mesej/pengajaran kita sampai....

Ha hujung minggu ni. keluarga belah suami akan datang ke rumah penulis... wah mesti meriah... :) oklah penulis rasa cukup setakat ini dulu... wasalam....

Monday, October 29, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Ramadhan berlalu lagi... Mentari Syawal telah memancarkan cahayanya... Beruntunglah bagi mereka yang telah memanfaatkan Ramdhan dengan sepenuhnya...dan begitulah sebaliknya...

Syawal kali ini penulis rayakan di tiga buah negeri berasingan... :D Hari raya pertama di Perak, kedua di Pulau Pinang dan ketiga di Kelantan. Satu pengalaman yang agak berbeza bagi penulis... Alhamdulillah semuanya meriah beraya bersama keluarga... Dua keluarga yang besar...

Pada hari raya keempat adik ipar penulis 'bekwah' di Kelantan. Selamat Pengantin Baru penulis ucapkan buat Atiqah Binti Mohd Rosdi dan suami, Zal Azri... Semoga berbahagia hingga ke akhirnya...:)

Hari raya kelima penulis terpaksa pulang semula ke ibunegara kerana suami penulis telah mula bertugas keesokan harinya...

Minggu ini (27/11/2007) penulis pulang semula ke Pulau Pinang. Semenjak berumahtangga ni, selalu jugakla penulis travel setiap minggu... Yerlah komitmen dah bertambah... Bila boss outstation, secretary kenalah ikut sekali ye tak :D...

Sebelum penulis balik ke KL sempat jugak buat kenduri satey... Keluarga belah suami memang expert sikit bab-bab masak ni... Lebih kurang buat open house kecik la... kawan-kawan suami ada jugak yang datang... Ramai lagi yang nak datang tapi masa cukup terhad untuk kami di Pulau Pinang. Pukul 7malam penulis, suami dan kawan suami bertolak ke KL.

Sekarang di tempat kerja semua staf akademik tengah sibuk menyemak kertas peperiksaan akhir semester. Alhamdulillah penulis dah selesai.... Baru tadi Head of Department beritahu penulis. Dia kata penulis kena ajar foreign student dekat UIA, Gombak semester depan. Erm... mula berat jugakla... bukan apa belum biasa lagi jalan ke sana. Selalu suami aje yang drive kalau ke kawasan-kawasan sana. Tapi takpelah dah tanggungjawab kita. InsyaAllah penulis akan cuba mengajar dan buat yang terbaik...

Ha... hari raya ke-8 pulak, sahabat baik penulis datang rumah. Nad...Nadiah Salleh. Lama betul tak jumpa dia. Kali terakhir penulis jumpa nad dalam bulan 7 aritu. Nad masuk hospital masatu dijangkiti virus.... alhamdulillah nad dah kembali pulih seperti sedia kala. Seronok tengok dia kembali ceria seperti Nad yang pernah penulis kenal sebelum ini. Lepas jugaklah rindu penulis... Terima kasih nad sudi datang rumah penulis...

Cakap pasal Syawal ni jangan asyik ingat tentang Open House aje, ziarah-menziarahi itu bagus tapi ada satu lagi... Puasa enam... Sama-sama kite laksanakannya insyaAllah...Semoga diberikan Allah kekuatan...

Penulis rasa cukup untuk kali ini... Semoga berjumpa di post yang lain... Wasalam...

Wednesday, September 19, 2007

Ramadhan...

Alhamdulillah Ramadhan tiba lagi.Syukur ke hadrat Allah yang Maha Esa kerana masih diberikan peluang sekali lagi untuk bersua dan berada dalam bulan penuh barakah ini. Tanpa kita sedari hari ini telah genap seminggu kita menunaikan ibadah puasa.Namun bila dihitung kembali begitu sedikit ibadah yang kita(penulis) lakukan.

Ya manusia memang selalu begitu. Apabila Ramadhan belum tiba begitu beria2 keazamannya untuk memperbaiki diri. Tapi bila telah berada di dalamnya hanya sedikit sahaja yang benar-benar mengambil peluang tersebut dan apabila ianya telah berlalu sering kali berdoa menemuinya sekali lagi. Itulah dinamakan manusia. Seringkali menginginkan sesuatu yang bukan di dalam genggamannya... Argg.... lemahnya diri ini ya Allah...

Ramadhan kali ini penulis sambut bersama suami tercinta. Banyak juga perubahan selepas berkahwin. Perubahan yang paling ketara adalah tanggungjawab. Tanggungjawab semakin bertambah. Namun itu semua bukan beban. Tetapi tanda kasih... Ya... Kasih... Kerana kasihlah kita menunaikan tanggungjawab kita...pada Allah, suami, keluarga...

Penulis mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pengunjung blog ini. Semoga Ramadhan kali ini dapat mendekatkan diri kita lagi kepadaNya... Ameen ya Rabb..

Buat suami tersayang.. Terima kasih di atas segala.. Su sayang abang...


Thursday, August 16, 2007

Cukuplah Allah sebagai penguatku...

Macamana yer penulis nak gambarkan perasaan penulis sekarang...

Tak tergambar sebenarnya...

Orang-orang di sekeliling kita tak semuanya suka melihat kejayaan kita. Tak semua akan gembira bila kita gembira, dan tak semua juga akan senang apabila kita berada di atas. Terutamanya orang Melayu. Maaf. Walaupun penulis sendiri dari bangsa itu. Namun itulah realitinya.

Ramai yang lebih suka bila melihat kita jatuh tersungkur, dipersalahkan, dikutuk... Mereka susah hati bila melihat orang lain bahagia... Ntahla... Mungkin penyakit keturunan kot. Jadi penulis tak salahkan sesiapa dalam hal ini.

Kita semua ada kekurangan. Kita semua juga ada kelebihan. Tak perlu dicari-cari kelemahan orang lain kerana kita juga ada kekurangannya. Jika tak suka diri diaibkan, jangan mengaibkan orang lain. Jika tak selesa bila dijatuhkan tak perlu susah-susah untuk menjatuhkan orang lain. Tak perlu ditanya sudahkah dia memenuhi tanggungjawabnya tapi tanyalah pada diri kita sudahkah KITA memenuhi semua tanggungjwab kita...

Seperti yang Ust Shamsuri pernah berkata di dalam ceramahnya " Kita tanya pada diri kita, siapa dalam dunia ni takde aib? Semua orang pasti ada aib. Jadi kalau tau diri sendiri ada aib dan kita begitu jaga aib tersebut dari diketahui orang. Jadi janganlah bukak aib orang andai diri taknak diperlakukan sebegitu rupa..."

Sekadar mengingatkan diri penulis yang sering lupa. Agak tertekan sedikit dengan kerja. Namun tidak mengapa. Allah kan ada. Walaupun ramai yang suka melihat kita jatuh tapi dalam masa yang sama Allah akan sediakan penawar hati dalam bentuk ada orang yang sudi membantu...

Jangan risau... :)

Oklah penulis kena balik ni... Maaf andai terkasar bahasa. Tulisan ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Cuma luahan hati seorang hamba yang lemah...

Wednesday, May 23, 2007

Selamat bercuti :D

Hari ini lepas habis kerja penulis terus balik ke kampung insyaAllah. Banyak yang perlu dibantu dan disiapkan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum penulis ke tarikh itu. Macamana yer perasaan? Perasaan.... biarlah rahsia... hehehe... InsyaAllah penulis akan balik dengan kakak penulis. Semoga selamat sampai...

Mungkin ini post yang terakhir sebelum penulis bercuti... Hari tu penulis tengah masak pastu abang penulis cakap " Nak dekat dah adik nak kawin.... Rasa kejap aje..." Penulis cuma senyum sahaja. Memang tak percaya pun ada. Tapi itulah kehidupan... Kadang-kadang kita perlu bersama dan kadang-kadang sebaliknya...

Namun bagi penulis perkahwinan bukanlah suatu perpisahan. Tetapi ia adalah satu penyatuan. Penyatuan di antara dua hati, dua keluarga, dua insan yang berlainan latar belakang... Ia menyatukan lagi manusia... bukan pemisah...

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan... Doakan penulis yer... jemput datang ke walimah penulis... Bertemu kembali selepas penulis bercuti pertengahan bulan 6 insyaAllah...

Akhir kata selamat bercuti untuk semua staff IIUM (dapat cuti lama sem ni :)) tak lupa juga buat pelajar-pelajar. Jangan nakal2 kay... :D Wasalam...

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Guru :)

Malam tadi dalam pukul 11.22mlm, telefon bimbit penulis menerima mesej dari anak murid penulis. " Happy Teachers' Day... terima kasih cikgu :)". Baru penulis teringat bahawa hari ini (16 Mei 2007) merupakan hari guru. Itu merupakan mesej hari guru pertama yang penulis terima semenjak menjadi guru kurang setahun yang lalu.

Layakkan penulis menerima ucapan itu?Berapa banyak sangat ilmu yang penulis telah taburkan kepada mereka... ntahla... rasanya belum layak untuk menerima ucapan itu. Hatta gelaran guru itu sendiri sudah begitu berat tanggungannya buat penulis... Masih banyak kekurangan yang penulis perlu perbaiki. Masih banyak pengorbanan yang perlu dilakukan sebelum diri ini boleh digelar pendidik...

Selepas mesej pertama masuk.. masuk lagi mesej-mesej lain dari pelajar-pelajar penulis yang lain. Kadang-kadang sampai siapa pengirimnya pun penulis sendiri tidak tahu.Terima kasih penulis ucapkan kepada pelajar-pelajar penulis kerana masih mengingati... kerana ada sesetengah mesej itu datang dari bekas pelajar penulis.

Buat pelajar-pelajar penulis, cikgu doakan kalian berjaya dunia dan akhirat... Tak perlu dibalas jasa yang sekelumit itu cuma harapan cikgu kalian dapat guna dan ajarkan ilmu tersebut kepada yang lain..

Buat guru-guru penulis, terima kasih di atas segala jasa kalian sehingga penulis mampu sampai ke tahap ini. Tak mampu penulis membalas segala jasa kalian cuma ganjaran dari Allah sahaja yang penulis pohon untuk kalian... Terima kasih guruku...

Friday, May 11, 2007

Undangan Walimah

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Muhammad Abu Qatadah Bin Mohd Rosdi
&
Nurul Sufiyah Binti Abdul Ghani

Kami menjemput sahabat-sahabat dan keluarga untuk hadir ke majlis kesyukuran sempena pernikahan kami yang akan diadakan di alamat:

No 4, Kampung Lawan Kuda,
31600 Gopeng, Perak
(10 Jamadil Awal 1428H bersamaan 27 Mei 2007)

&

No 8, Lorong Bertam Indah 19,
Taman Bertam Indah,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang
(17 Jamadil Awal 1428H bersamaan 3 Jun 2007)

Semoga dengan kehadiran sahabat semua akan menambah keberkatan majlis kami. InsyaAllah...

P/S: Mohon jasa baik sahabat semua untuk menyebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain.Terima kasih.
.: Pelan ke rumah pengantin perempuan :.

Tuesday, April 03, 2007

Biar hilang kabus di wajahku...

Alhamdulillah semalam telah bermula short sem3. Para pelajar telah mula kembali semula ke CFS, IIUM setelah lebih 2 minggu bercuti. Penulis pun begitu juga... Minggu ni telah bermulanya kelas... mengajar....mengajar... mengajar.... alhamdulillah...

Alhamdulillah semakin hampir penulis ke tarikh keramat itu. Gementar di hati makin terasa... Bukan takut... cuma bimbang tidak mampu memikul amanah yang besar itu ... Apapun penulis akan cuba sebaiknya... Supaya dia sentiasa tenang... Kehadiran ku dalam hidupnya adalah untuk membantu ... bukan untuk membebankan....

Semoga Allah berikan penulis kekuatan untuk melayari hidup ini... dan dapat menggembirakan mereka-mereka yang berada di sekeliling penulis... yang hampir dengan penulis....yang amat penulis sayang...


Jika terlihat kesalahan dan kesilapan ku...
Perbetulkanlah ia...
Jika terpapar kelemahan diri ini...
Perbaikilah ia...
Jika kelebihan yang kau rasai...
Terimalah ia sebagai satu anugerah...
Jika ada yang tidak disenangi...
Tegurlah ia...
Kerana aku hanya seorang muslimah...
yang masih merangkak untuk menjadi solehah....

Thursday, March 29, 2007

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam

Diambil dari : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/kahwin.html

Firman Allah S.W.T.


"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."
(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir. Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.

Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia

Dengan memberikan sedikit perhatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkan keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:

"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... "
(An-Nisa':1)

Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan keturunan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.

Mengapa Berkahwin?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Membentuk Keluarga

Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat rumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.

Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk menerusi perkahwinan yang tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak menjadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.

Rumahtangga Sebagai Masyarakat Kecil

Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulasan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan-

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam

Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara kcluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.

Prinsip Pembentukan Keluarga Islam

Sebagai Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang syamil (lengkap) dan sempurna, yang merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempurna. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran keagamaan. Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah S.WT. dan takut kepada-Nya. Kesedaran ini merupakan kawalan berkesan untuk seseorang mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan, kerana orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya Allah S.W.T. dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang dan peraturan itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walau bagaimana sempurna pun undang-undang itu.

Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip.

1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan lain-lain)

2. Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan dan penceraian dan sebagainya.

Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami isteri pula jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan antara mereka, dan tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.

Peraturan Mencari jodoh

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud:

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.
(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

Keturunan Dan Kufu'

Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang berpenyakit tidak boleh dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketelitian di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapal peringkat yang ideal.

Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, sama ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut.

Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat hidup manusia. .

Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam perundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu. Inilah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian perundangan dan dari sinilah timbuinya masalah kahwin sekufu'.

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.

Kewajipan Dan Tanggungjawab

Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

Kewajipan Suami

1. Suami adalah ketua keluarga , pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W menyifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata Al-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak pula hendak menumpukan seluruh hidupnya kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri

Apabila suami sebagai ketua di dalam rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar prihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya urusan itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Masyarakat Islam

Untuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam hari ini terhadap perkahwinan.

Sejak kejatuhan umat Islam dari memegang teraju kepimpinan manusia, dengan kemunculan tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap sedikit demi sedikit daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia dikelirukan sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara kesamaran. Kejahilan umat Islam terhadap agamanya, bukan kerana serangan daripada barat sahaja. Keruntuhan personaliti juga turut terlibat sehingga kecintaan kepada ilmu dan kegigihan mempelajarinya menjadi bertambah malap. Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia beransur-ansur menjadi layu dengan kemaraan nilai-nilai songsang. la mudah sahaja memenuhi kekosongan dan menguasai kelemahan yang sudah merata di kalangan masyarakat.

Keadaan yang disebutkan di atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam dalam segenap kehidupan iaitu politik, ekonomi dan sosial, khususnya dalam kehidupan keluarga yang menjadi tajuk pembicaraan kita. Dengan lain perkataan, suasana pembentukan keluaiga hari ini dan kelemahan-kelemahan yang teidapat di dalamnya, bukanlah semata-mata hasil daripada serangan nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud dalam masyarakat Islam setelah berlakunya krisis personaliti Islam dan kerenggangan nilai-nilai Islam daripada kehidupan.

Walaupun pada umumnya masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu suatu ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin berkurangan dengan berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan. Lebih-lebih lagi perzinaan yang berlaku di kalangan ora ng yang sudah beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka tujuan perkahwinan untuk menjaga kesucian (Iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh banyak kalangan masyarakat kita. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan penyakit ini berjangkit kepada semua lapisan masyarakat kita. Masih banyak lagi di kalangan kita yang tetap memelihara iffah ini dan mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah sampai kepada peringkat kerosakan seperti masyarakat barat. Tetapi jika sekiranya tidak diawasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak mustahil perkembangan yang meruntuhkan itu akan turut menyerang dan melanda masyarakat kita.

Bersekedudukan adalah akibat pembahan sikap terhadap perkahwinan. Perkembangan ini jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan institusi keluarga dalam keadaan yang tidak dikawal oleh peraturan dan nilai-nilai akhlak. Perkembangan ini sebenarnya mempakan masalah yang sangat serius yang tidak boleh dihadapi oleh mahkamah semata-mata., tetapi selunih masyarakat adalah terlibat di dalam usaha mencegahnya dan kekuatan masyarakat dalam menolak perkembangan ini adalah lebih berkesan daripada hukuman mahkamah. Untuk mempertahankan kesucian perkahwinan dan keutuhan institusi keluarga yang mempunyai peraturan yang membawa kepada kesejahteraan, nilai-nilai Islam hendaklah diperkukuhkan dalam masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini masyarakat Islam perlu membina kembali personaliti Islam supaya bertambah kukuh. Pengetahuan mengenai Islam hendaklah disebarkan dengan seluas-luasnya dan gerakan dakwah hendaklah diperhebatkan.

Masyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu masyarakat berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap terhadap perkahwinan. Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab memelihara dan mengawal rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan bagaiinana cekap sesebuah kerajaanpun ia tidak berupaya menjalankan tugas-tugas keluarga seperti memelihara, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempuma dan bimbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.

Saturday, March 24, 2007

Syabas kepada Kerajaan Perpaduan Palestin

Oleh :
Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
Naib Presiden ISMA
B.Engineering, B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo)
012 - 659 0000 ust.halim@excite.com

Kita menarik nafas lega apabila akhirnya Parlimen Palestin kelmarin pada 17 Mac 2007 telah meluluskan usul percaya kepada Kerajaan Perpaduan Palestin yang baru dibentuk dibawah pimpinan Ismail Haniyeh sekali gus membuka lembaran baru dalam sejarah Palestin yang panjang dan penuh cabaran.Ismail Haniyeh & Mahmoud Abbas Kerajaan Baru terdiri dari 9 anggota dari HAMAS termasuk Perdana Menteri, Ismail Haniyeh, 6 dari FATAH termasuk Timbalan Perdana Menteri, 4 dari parti-parti lain dan 5 dari calum bebas yang menang dimana 3 darinya dicadang oleh HAMAS dan baki 2 dicadang oleh FATAH. Setiap cadangan mesti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak HAMAS dan FATAH.
“Dan bertolong-tolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa dan jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan” (Al-Ma’idah:2).

Sekiranya dilihat sekadar satu peristiwa, maka pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin 2007 adalah satu kejayaan menyatukan barisan umat Palestin, menghentikan persengketaan dalaman terutama antara gerakan HAMAS (yang baru menang Pilihanraya lalu) dan gerakan FATAH (yang memerintah sebelumnya tetapi tewas dalam Pilihanraya lalu) yang telah meragut nyawa lebih 140 orang Islam sendiri, tetapi jika dilihat peristiwa pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin ini sebagai salah satu noktah dalam sejarah Palestin, khususnya di dalam era Penjajahan Yahudi zaman ini, maka ia sebenarnya adalah satu kejayaan besar umat Islam dan satu tamparan hebat kepada rancangan dan strategi jahat Yahudi Zionis Israel yang dilaknat Allah ini terhadap umat Islam yang dilaksanakan melalui pengaruhnya ke atas Amerika, Eropah, Rusia, PBB dan banyak negara-negara yang lain.



Sebagai Penjajah ke atas bumi Islam Palestin, Yahudi Israel mesti berusaha memecahbelahkan umat Palestin yang dijajah supaya tidak dapat membina kekuatan penentangan melalui kesatuan dan persaudaraan. Oleh itu, Israel dan Amerika pada hari pertama kemenangan HAMAS dalam Pilihanraya Palestin 25 Januari 2006 setahun lalu memberi amaran kepada FATAH supaya tidak terlibat di dalam Kerajaan Palestin yang bakal diterajui oleh HAMAS. Saya sendiri melihat melalui Siaran Al-Jazeera, ucapan sulung Ketua Sayap Politik HAMAS, Khalid Masy’al mengajak semua parti-parti yang telah bertanding supaya datang bersama membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan dianggotai oleh semua parti dan calun-calun bebas yang menang. Pada HAMAS, Demokrasi bukanlah satu sistem dimana parti yang menang memijak kepala parti-parti yang kalah dan memonopoli kuasa dan berusaha mengekalkan kuasa ditangannya walau apa cara sekali pun. Akan tetapi Demokrasi adalah satu sistem yang menyusun kepimpinan umat dari masa ke
semasa melalui cabaran zaman berasaskan hujah yang jelas, perbincangan dan muafakat (syura), kebebasan diri dan memberi pandangan serta nasihat dan berkorban dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Namun atas desakan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan suasana kekalahan ketika itu, FATAH melalui kenyataan dan temuramah umum, menolak pelawaan HAMAS untuk bergabung dalam Kerajaan. Tanpa laluan perbincangan dan permuafakatan, suasana meruncing yang membawa kepada satu arus revolusi dalam FATAH di bawah Mohd Dahlan membuat huru hara bersenjata dalam negara disusuli tindakbalas oleh HAMAS dan pihak-pihak lain yang mengambil kesempatan mengakibatkan sehingga ke hari ini lebih 140 orang Islam terbunuh.

Namun, hari ini, pada 17 Mac 2007 selepas hampir setahun 2 bulan, terbukti perancanaan Israel dan Amerika tersebut gagal apabila FATAH telah datang kepangkuan HAMAS diikuti oleh parti-parti dan wakil-wakil rakyat bebas yang lain menyatukan barisan kepimpinan Palestin.

“Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya. Mereka berusaha membuat kerosakan di muka bumi. Allah tidak suka golongan perosak” (Al-Ma’idah:64).

Selepas Perjanjian Oslo pada tahun 1993, Israel dan Amerika membentuk Pihak Berkuasa (bukan Kerajaan) Palestin yang mereka namakan secara resmi “Palestinian Authority” semata-mata untuk bertindak secara diktator menekan dan menangkap rakyat Palestin sendiri ke arah menamatkan Gerakan-gerakan Penentangan terutamanya gerakan HAMAS yang sangat dihormati dan berpengaruh dikalangan rakyat Palestin kerana pendiriannya untuk membebaskan Palestin yang tegas, tetap dan tidak berubah-ubah. Hasrat Israel dan Amerika tidak lain selain wujudnya satu pihak berkuasa Palestin yang mewakili pihak Penjajah mengawal penentangan. Oleh itu fokus utama ialah isu “keselamatan” yang sebenarnya membawa maksud keselamatan Israel dalam terus menjajah Palestin dalam berdepan dengan usaha-usaha penentangan ke arah memerdekakan Palestin. HAMAS mengambil keputusan memulaukan Pilihanraya Parlimen pertama kerana tahu hasrat jahat pihak Penjajah dan sekutu-sekutunya.

Pada Israel dan Amerika, Perjanjian Oslo dan seumpamanya selepas itu merupakan pengiktirafan rakyat Palestin dan Arab kepada wujudnya sebuah negara yang dipanggil “Israel”. Apatah lagi jika pilihanraya nanti gerakan FATAH yang mengiktiraf dan memilih jalan damai yang akan memenanginya. Pada sudut yang lain pula mengadakan perlembagaan bagi rakyat Palestin, menubuhkan sistem Perundangan (Parlimen), Eksekutif (Kabinet) dan Kehakiman secara langsung adalah suatu bibit sebuah negara Palestin moden. Selepas kemenangan FATAH tanpa bertanding (HAMAS memboikot) dalam Pilihanraya Parlimen Pertama 1996, mereka persis menjalankan strategi Penjajah Israel dan Amerika dalam menekan, menangkap, berkongsi maklumat perisikan tentang kebangkitan rakyat Palestin dan sebagainya terhadap HAMAS dan rakyat Palestin. Dikatakan disetiap balai polis Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority) terdapat di sana pegawai FATAH, wakil CIA (Perisikan Amerika) dan wakil MOSSAD (Perisikan Israel). Saya
masih ingat ungkapan seorang Arab bahawa HAMAS lebih bebas dan mudah bergeral menentang Yahudi sebelum Pihak Berkuasa Palestin dibentuk berbanding dengan selepas ianya dibentuk. Memang lebih mudah berdepan dengan musuh yang berlainan bahasa, rupabentuk dan warna kulit berbanding sekiranya mereka mempunyai bahasa, bentuk dan warna kulit yang sama.

“Wahai orang-orang beriman, jangan kamu ambil orang luar (Ahlul Kitab) sebagai perujuk (teman kepercayaan). Mereka tidak henti-henti memudaratkan kamu. Mereka suka apa yang meyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka sedang apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih teruk lagi. Sungguh Kami telah terangkan ayat-ayat Kami supaya kamu faham. Kamu ni suka mereka sedang mereka tidak suka kamu. Kamu beriman dengan Kitab-kitab semuanya. Bila mereka jumpa kamu mereka kata, “Kami beriman (bersama kamu)”. Bila mereka bersendiri mereka (hingga) mengigit jari kerana benci kepada kamu ..” (Ali Imran:118-119).

Hari ini keadaan berbeza. Bahkan boleh kita simpulkan bahawa strategi jahat Israel dan Amerika dalam hal ini telah gagal. Sistem negara Palestin telah terbentuk dengan adanya sistem Perundangan (Pilihanraya), Eksekutif (Kabinet Menteri) dan Kehakiman. HAMAS telah merancang lama dan bertindak menyertai Pilihanraya Parlimen Kedua 2006 dan menang. HAMAS tidak mengiktiraf Israel yang menjajah bumi mereka dan teguh dengan prinsip Penentangan, bukan bersidang damai, dalam usaha menamatkan Penjajahan Yahudi ini. HAMAS yang menang tidak menekan FATAH dan badan-badan Islam yang lain, sebaliknya menghulurkan tangan mengajak kesemua golongan dan puak agar bersama mereka membentuk kepimpinan dalam negara atau yang dinamakan Kerajaan Perpaduan. Seruan ke arah kebebasan dan persaudaraan di sambut baik. Ancaman Kuasa-kuasa Besar berupa boikot bantuan sekiranya HAMAS atau Kerajaan Palestin mengiktiraf Israel tidak dihiraukan. Bahkan godaan dari Amerika berupa bantuan ratusan juta dollar
sekiranya Kerajaan pimpinan HAMAS mengiktiraf Israel tidak berjaya menambat hati dan menggoyangkan prinsip mereka. Di sini strategi Israel, Amerika dan Kuasa-kuasa Besar Dunia sekali lagi menemui kegagalan.

“Mereka merancang sesuatu terhadapnya, maka Allah menjadikan mereka yang rugi” (Al-Anbiyak:70). “Mereka merancang, sedang Allah (juga) merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang” (Al-Anfaal:30).

Kita menyeru FATAH supaya berusaha ke pangkuan HAMAS dan saudara seIslam yang lain di Palestin dan menjauhkan diri dari mengikut telunjuk Israel, Amerika dan Barat. Walau nampak Barat kaya dan hebat tetapi iman dan jiwa umat Islam jauh lebih kuat dan teguh. Ini ternyata dengan kemenangan mereka memilih HAMAS menentang Israel dan menolak FATAH yang mengiktiraf Israel dan berdamai. Ternyata sokongan moral dan jutaan dollar dari Barat kepada FATAH selama ini dibanding dengan Iman yang teguh adalah lemah selemah sarang labah-labah.

“Perbandingan orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai wali (perujuk) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang. Dan sungguh, rumah yang paling lemah adalah sarang labah-labah sekiranya mereka mengetahui” (Al-Ankabuut:41). Kenapa tidak mereka mengambil umat Islam sendiri sebagai perujuk dan orang tengah?

Akhirnya Raja Abdullah dari Saudi Arabia menjadi orang tengah perbincangan dan persepakatan di antara HAMAS yang diwakili Khalid Masy’al dan Ismail Haniyeh dengan FATAH yang diwakili oleh Mahmud Abbas yang akhirnya termeteri Perjanjian Mekah. Sudah sepatutnyalah Kerajaan Perpaduan yang disahkan oleh Parlimen Palestin pada 17 Mac 2007 lalu selepas ini didokong kuat oleh Raja Abdullah sendiri. Kalau begitu seharusnya pula Kerajaan Palestin yang baru ini disokong dan didokong oleh negara-negara Arab dan Islam, jika tidak negara-negara Barat keseluruhannya. Mesyuarat Menteri-menteri Luar Arab pada hujung bulan Mac ini merupakan peluang terbaik negara-negara Arab menyatakan pengiktirafan dan dokongan kepada Kerajaan Palestin. Dokongan ini nanti akan banyak merubah peta politik Arab dan antarabangsa kerana kekayaan minyak dan kedudukan geografi yang strategik akan membuat atau memaksa banyak negara mengiktiraf sama atau sekurang-kurangnya melumpuhkan Pemboikotan Antarabangsa
terhadap Palestin sejak lebih setahun lalu.

Namun, musuh-musuh Islam terus tidak berdiam diri. Amerika memanggil empat buah negara Arab berpengaruh iaitu Mesir, Saudi Arabia, Emirate dan Jordan untuk duduk berbincang berkenaan dengan perkembangan di Palestin yang menakutkan mereka sebelum Menteri-menteri Luar Arab bersidang hujung bulan Mac ini. Menteri Luar Amerika, Condolezza Rice akan datang ke Negara Arab untuk bertemu mereka pada hari Sabtu ini. Sejauh mana Amerika dapat memecahkan kesatuan dokongan Arab terhadap Kerajaan Palestin pada hari Sabtu ini akan kita saksikan nanti. Ini sangat bergantung kepada sekuat mana keimanan pimpinan Arab kepada kekuasaan Allah swr sehingga tidak takut kepada ancaman Kuasa Besar Dunia Amerika, seutuh mana persaudaraan sesama Islam dan kefahaman mereka terhadap bahaya musuh dan kepentingan membawa Risalah Islam terus menerus walau berhadapan dengan berbagai rintangan.

Kita menyatakan sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan Palestin yang baru dibentuk dan menyeru umat dan negara Islam khususnya Malaysia segera mengiktiraf, mendokong dan membantu dengan kewangan dan moral. Sesungguhnya umat yang sedang dijajah kejam sudah tentu tidak mampu membangkitkan ekonomi dengan baik sebaliknya berharap belas dan bantuan luar dari saudara seIslam terutama negara-negara yang Allah anygerah minyak dan kekayaan. Semoga dengan dokongan ini, hasrat membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat, insyaallah.

Friday, March 16, 2007

Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Hari ni insyaAllah penulis akan pulang ke kampung.... :D Penulis amik cuti sampai Selasa depan.Sementelah student cuti ni baiklah amik peluang cuti dan merehatkan otak yang serabut dek kesibukan di bandar.Ada beberapa urusan yang perlu dibereskan... Pertama sekali sudah tentu untuk lepaskan rindu penulis kepada ibuayah penulis :D lepas tu penulis juga perlu jalani ujian HIV test... then ada sahabat penulis kawin di Sitiawan.....

Mula-mula penulis rancang nak drive balik sorang-sorang... Walaupun penulis belum ada pengalaman drive sorang-sorang dalam jarak yang jauh namun penulis kena cuba... Kalau tak sampai bila pun penulis tak berani nanti...

Tapi bila penulis bagitau makayah penulis... Ayah penulis tak bagi penulis drive balik sorang-sorang.... Ayah penulis sanggup naik bas dari kampung pastu jumpa penulis di UIA, PJ pastu balik sama-sama dengan penulis ke kampung semula. Ya Allah... Sayang sungguh makayah penulis pada penulis...

Betulkan kalau sayang antara manusia... Ibu bapa pasti sayang yang tertinggi... Sayang tanpa syarat seperti kata Ust Hasrizal... Sayang ibu bapa kepada anak tak dapat dibandingkan dengan sayang seorang suami kepada isteri, sayang sahabat kepada sahabatnya yang lain hatta sayang antara kekasih yang sedang bercinta sekalipun... Kerana kita hanya punya seorang ayah dan seorang ibu di dunia ini.... Jika mereka sudah tiada maka mereka tidak akan ada gantinya... Lain halnya isteri, sahabat atau kekasih... semua itu masih boleh berganti....

Allahuakbar.... Kadang-kadang kita sering lupa jasa ibu bapa kita... Sedangkan mereka lah insan yang paling sayang kepada kita... Merekalah orang pertama yang sanggup berkorban jika kita dalam kesusahan...dan mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita sejak dari kita kecil sehinggalah sudah berumah tangga...Benar... Cinta mereka adalah cinta tanpa syarat...

Mereka tak pernah membandingkan kasih sayang mereka walaupun kita miskin, kita tidak berpelajaran tinggi, kita masih bujang atau sudah berumah tangga, kita sihat atau kita sakit... Kasih sayang mereka tetap sama seperti dulu....

Subhanallah... jika sedalam ini rasa kasih sayang ibu bapa kepada anak, ini baru sedikit sahaja dari rasa kasih sayang yang Allah campakkan kepada insan yang bergelar ibubapa...Belum lagi kita sentuh tentang kasih sayang Allah kepada hambaNya... Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Betapa Allah amat sayangkan kita sebenarnya...

Masih terngiyang di telinga penulis mengingatkan ceramah Ust Shamsuri Hj Ahmad. Beliau memetik sebuah kisah semasa di zaman Rasulullah SAW. Di mana Rasulullah dan para sahabat baru sahaja selesai bertarung di medan juang... Tiba-tiba Rasulullah dan sahabat ternampak seorang ibu yang tercari-cari anaknya yang hilang semasa dalam waktu peperangan... Begitu sedih sekali wajah ibu tersebut...Setelah sekian lama mencari akhirnya si ibu akhirnya ketemu dengan si anak yang masih kecil itu lalu terus memeluk, mencium dan memberi si anak susu badannya.

Nabi lalu bertanya kepada para sahabat. "Daripada apa yang sudah kalian lihat peristiwa si anak dan si ibu sebentar tadi...Pada fikiran kalian, sanggupkah si ibu yang begitu sayangkan si anak itu mencampakkan si anak ke dalam api?" Para sahabat lantas menjawab" Sudah tentu tidak ya Rasulullah... si ibu tadi begitu menyayangi si anaknya masakan dia sanggup berbuat demikian". Lantas Rasulullah menjawab" Jika kalian ingin tahu, Allah tuhan kita, sayang kepada kita, hambaNya lebih dari sayangnya ibu tadi kepada anaknya..."

Peristiwa ini amat berbekas di dalam hati penulis... Jika kita rasakan cinta seseorang kepada kita benar-benar mendalam... maka ingatlah Allah lebih mendalam sayangNya kepada kita...kerana Dia adalah Maha Pengasih dan Maha Penyanyang....

Cuma kita sahaja yang selalu melupakanNya....Rasanya cukup untuk kali ini. Berjumpa semula selepas penulis pulang bercuti... :) Selamat bercuti kepada penulis :P

Sunday, March 11, 2007

Penawar hati...

Hari ni penulis kena jaga periksa dari pukul 9.00 a.m. - 11.30 a.m.Tiada apa yang menarik cuma minggu lepas... minggu yang agak menduga kesabaran penulis.Kesabaran seorang pendidik... Mungkin bukan perkara yang besar... cuma penulis hilang sabar sikit...Astargfirullah...

Hari Khamis yang lepas, ada dua pelajar datang ke bilik penulis untuk membuat kuiz ke-4 bagi subjek yang penulis ajar. Sebenarnya kalau nak ikut dah tak boleh buat kuiz tu sebab penulis dah kira semua carry mark mereka... Tapi disebabkan niat nak menolong sesama Islam... dan masih ada rasa belas kepada mereka maka penulis membenarkan mereka mengambil kuiz 4 tersebut di luar bilik penulis...Lebih kurang 5 minit kemudian, penulis keluar dari bilik untuk memberikan kertas kepada seorang pelajar lain. Apa yang amat menduga kesabaran penulis, secara terang-terangan kedua-dua pelajar itu meniru di dalam kuiz tersebut dan dengan bersahaja membuka buku. Tak taulah tiba-tiba penulis jadi naik darah... penulis rampas buku tersebut dan terus masuk ke dalam bilik..... Menggigil badan penulis sebab memang marah sangat masa tu..

Penulis masuk dalam bilik dan memanggil pelajar tersebut. Apa lagi bermula syarahan perdana penulis untuk hari tu.... Penulis tak suka sebenarnya nak membebel atau nak marah-marah... cuma pada waktu tertentu perlu untuk kita nasihat...

Penulis bagitau mereka... walaupun mereka anggap meniru dalam kuiz tu suatu perkara yang kecil tapi sebenarnya ia menyumbang kepada suatu yang lebih besar untuk masa depan mereka... Cuba bayangkan markah kuiz tu akan dicampur untuk mendapatkan markah keseluruhan subjek.... markah tersebut pula akan menyumbang kepada CGPA akhir pelajar tersebut dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke level ijazah... seterusnya bekerja dan dari bekerja itu dia akan mendapat gaji... dan gaji itu pula digunakan untuk memberi makan kepada anak bini dan ibu bapa... dan betapa tak berkatnya gaji kita kalau ia adalah hasil dari markah kita meniru....

Mungkin kita tak pernah terfikir sejauh itu.... tapi itulah realitinya.... dan perkara ini adalah perkara yang selalu ditekankan oleh Cikgu Ahmat semasa penulis di sekolah menengah lagi.... dan nasihat yang sama penulis berikan kepada pelajar penulis pada hari ini...

Kemudian beria-ria pelajar tersebut meminta maaf kepada penulis... dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.... satu janji yang penulis masih tidak pasti kesahihannya... cuma penulis amat berharap dia berubah... Penulis cakap tak perlu minta maaf kepada penulis.... tapi mohon ampun kepada Allah... kerana kamu tidak amanah pada diri kamu dan amanah yang Allah dah berikan....

Penulis tak pasti samada apa yang penulis nasihatkan masuk ke dalam hati pelajar tersebut atau tidak... cuma yang pasti itu mesej yang penulis hendak dia tahu... Hidup kita ni bukan sekadar berjaya di dunia tapi akhirat juga....

Jangan fikir kepada kejayaan duniawi semata-mata tanpa mengira cara untuk mengecap kejayaan tersebut.... Apa pun semua tu berbalik kepada hubungan kita dengan Allah...

Walaupun agak tertekan dengan pelbagai perkara dan kerenah pelajar tapi kadang-kadang di sebalik kegundahan dan cabaran itu, Allah sediakan penawar hati buat kita...

Malam tadi penulis terima mesej dari salah seorang pelajar penulis... Sebelum ini penulis pernah menghantar surat amaran kepadanya kerana agak kerap tidak hadir ke kelas penulis....

Mesej ringkas itu berbunyi"Salam.. Miss, adham here. Halalkan ilmu yang diajar, doakan kejayaan saya ye.beruntung saya dapat belajar comp dengan miss :) kalo x b4 dis, nak wat power point pn kantoi, apetah lg excel. Tq 4 everything. Nak mintak maaf if saya ada buat silap. Saya akan simpan warning letter untuk kelas comp sampai sy jd lecturer maths :]Assalamualaikum..."

Tersenyum penulis menatap mesej tersebut... Benar kadang-kadang Allah sediakan penawar hati di kala kita di rundung pelbagai masalah dan cabaran.... Penulis sentias a doakan kejayaan pelajar-pelajar penulis dunia akhirat :)

Rasanya itu sahaja yang ingin dikongsi untuk kali ini.... Apapun mana ada kerja di dunia ni yang tidak mempunyai tekanan.... Cuma mungkin situasi tekanannya berbeza-beza... Semoga Allah beri kekuatan kepada penulis untuk meneruskan amanah yang hebat ini... Ameen ya Rabb...

Monday, March 05, 2007

Hakikat hidup... :(

Kadang-kadang penulis terfikir... Orang yang selalu kita rasakan rapat dengan kita... hakikatnya dialah orang yang jauh dari kita...kerana kita tiada dalam hatinya...kerana kita bukan sebahagian dari dia... dan kita bukan orang yang penting dalam hidupnya...

Kadang-kadang itulah hakikat hidup... Tapi takpe... penulis tak kisah... kerana semua itu mungkin terlalu remeh untuk difikirkan bagi sesetengah orang...

Apa yang penulis tahu... Biar orang lupakan kita... biar orang lupa tentang kita.... tapi jangan kita lupa tentang orang... terutama kebajikan yang orang pernah berikan kepada kita....

Ya Allah... ampunkan dosa hambaMu yang lemah lagi jahil ini ya Allah...

Hari ini sebenarnya telah genap usia penulis 24 tahun... Penulis teringat salah satu ceramah ustaz Shamsuri... dengan bertambahnya sehari dalam hidup kita maka sebenarnya makin dekat kita untuk menemui kematian...Allahurobbi.... takut penulis bila ingat balik...

Cuma kadang-kadang penulis ni lemah sangat...Berikanlah hambaMu ini kekuatan ya Allah...

Mungkin ramai yang tak faham penulisan penulis kali ini... tapi takpe... cuma luahan hati sahaja... Tak perlu difahami :) sebab tak masuk periksa pun hehe...

Oklah doakan penulis agar tabah ye...wasalam....

Thursday, February 15, 2007

Hina Nabi

Oleh : awae dondae <cik_awae_dondae@yahoo.com>

Sudah banyak insiden agama yang suci ini diinjak-injak, dihina dengan pelbagai cara. Saya tidak pelik andai penghinaan itu datangnya dari orang bukan Islam, kerana memang itulah sikap mereka yang tak akan senang dengan umat islam hinggalah kita mengikut jejak mereka.

Namun, apa yang sangat menyedihkan bila mana kata-kata penghinaan itu keluar dari mulut umat Islam (atau mungkin tak layak digelar umat Islam). Baik golongan politikus negara mahupun golongan artis yang jahil. Sudahlah jahil, bodoh sombong pula - tak mahu menerima nasihat.

Baru sebentar tadi saya keluar untuk makan malam. Terdengar di hujung telinga seorang artis melafazkan syukur kerana dinobatkan sebagai artis muda popular Berita Harian. Sungguh mudah melafazkan syukur, saya tak pasti apa yang difikirkan artis tersebut ketika melafazkan kalimah 'alhamdulillah'.

Segala puji bagi Allah. Kalimah ini menunjukkan bahawa apa sahaja bentuk pujian itu adalah milik Allah. Baik puji Allah kepada Allah, puji makluk kepada Allah, puji Allah kepada makhluk atau puji makhluk kepada makhluk. Semuanya kembali kepada Allah.

Bila seorang insan memuji sahabatnya yang kuat ibadah, sebenarnya puji itu kembali kepada Allah kerana Allah lah yang memberikan kudrat kepada sahabat itu untuk rajin beribadat. Itulah hakikat puji, hakikat kalimah ALHAMDULILLAH.

Lantaran itu ulama menyatakan haram untuk memuji kemaksiatan seseorang. Misalnya, kita memuji kehebatan penyanyi perempuan yang mengharumkan nama negara dengan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa. Suara perempuan apabila dilunakkan adalah haram. Bila kita memuji penyanyi tersebut, seolah-olah kita berkata " Segala puji bagi ya Allah, yang menjadikan suara perempuan ini begitu lunak dan membolehkannya menjadi penyanyi dan akhirnya menang pertandingan ini".

Maka hukumnya haram memuji kemaksiatan seseorang. Kerana puji itu kembali kepada Allah jua. "Syukur alhamdulillah, ini adalah rezeki yang tuhan kurniakan kepada saya...", kata seorang artis. Tangan ini terasa ringan untuk dihayunkan ke muka artis tersebut.

Hina Nabi

Dalam rancangan SENSASI terbitan TV3 pada hari Rabu 30/01/2007. Dalam perbualan mengenai 'tidak sedar diri' yang di bicarakan bersama AWAL dan WATIE Elite, AWAL telah bertanya mengenai 'anak-anak ikan' yang di bela oleh si Rosnah. Dengan selamba si Rosnah bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi dengan Siti Khadijah. Dailog nya begini:

Rosnah: Berapa umor Nabi masa tu?
Penonton Studio: 25
Rosnah: Berapa umor Siti Khadijah?
Penonton: 40
Rosnah: Bukanke dah tua nak mampustu!!??
Penonton: Clap..clap.. clap...

Sungguh kurang ajar. Kalau aku ada disitu, pasti aku terajang muka si rosnah. Mujur Umar al-khattab tiada, kalau tak pasti dipancungnya si rosnah. Mempersendakan isteri Nabi. Wanita dan manusia pertama yang mengikut nabi. Yang banyak berkorban untuk agama ini. Kata Khadijah, andai kata tulang belulang aku ini berharga, maka engkau juallah ia wahai Rasulullah. Betapa khadijah berkorban untuk agama Islam.

Tapi sungguh mudah seorang artis memperlekeh Khadijah.Aku tertanya-tanya, di mana Mufti Muda kita... kemungkaran berlaku secara terang-terangan di kaca TV. Apakah masih haram untuk kita mencegahnya? Sepertimana haramnya penguatkuasa menghalang maksiat yang mungkin terjadi di tempat yang tertutup?

Wednesday, February 14, 2007

Islamic Enhancement Programme

On the 9th - 11th of February 2007, I have gone to Pantai Balok, Kuantan to attend the Islamic Enhancement Programme (IEP) which is an annual programme for all of the staff of IIUM. It was such a fruitful programme and there were many useful new information that I have gained to enhance my knowledge especially in the teaching profession.The theme for IEP 2006 is "Teachers' Roles in Students' Personality Development".

It was attended by 192 academic staffs and generally, there were many slots for discussion session. We were splitted into three main groups; Orange, Blue and Green and in each of the group has another five subgroups. Each main group have to discuss three different topics regarding "Students Academic Achievement", "Students Extracurricular Activities" and " Students Dicipline".This is my first time participate with IEP and at the same time I have been appointed as one of the committe for this programme. It is such a wonderful experience and Alhamdulillah it was running smoothly.

We stayed at Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan which you can see the birds eye view of Pantai Balok from your room. The room was very cosy and comfortable but what matter most was the precious experience that I have gained along the programme; get to know other staffs from different departments and of cause sharing knowledge and experince with them.

Alhamdulillah...Thanks to Allah for giving me the opportunity to be one of the IIUM's staff.

Tuesday, January 30, 2007

A Very Beautiful Advice

By : Anonymous ( from hidayahnet@yahoogroups.com)

A simple man tells how his booking an air ticket for his father, his first flight, brought emotions and made him realize that how much we all take for granted when it comes to our parents.

My parents left for our native place on Thursday and we went to the airport to see them off. In fact, my father had never traveled by air before, so I just took this opportunity to make him experience the same. In spite of being asked to book tickets by train, I got them tickets on lufthansa.

The moment I handed over the tickets to him, he was surprised to see that I had booked them by air. The excitement was very apparent on his face, waiting for the time of travel. Just like a school boy, he waspreparing himself on that day and we all went to the airport, rightfrom using the trolley for his luggage, the baggage check-in and asking for window seat and waiting restlessly for the security check-in to happen.

He was thoroughly enjoying himself and I, too, was overcome with joy watching him experience all these things.

As they were about to go in for the security check-in, he walked up to me with tears in his eyes and thanked me. He became very emotional andit was not as if I had done something great but the fact that this meant a great deal to him.

When he said thanks, I told him there was no need to thank me.

But later, thinking about the entire incident, I looked back at my life.

As a child how many dreams our parents have made come true. Without understanding the financial situation, we ask for football, dresses, toys, outings, etc. Irrespective of their affordability, they have satisfied to all our needs. Did we ever think about the sacrifices they had to make to accommodate many of our wishes?

Did we ever say thanks for all that they have done for us?

Same way, today when it comes to our children, we always think that we should put them in a good school. Regardless of the amount of donation, we will ensure that we will have to give the child the best, theme parks, toys, etc. But we tend to forget that our parents have sacrificed a lot for our sake to see us happy, so it is our responsibility to ensure that their dreams are realized and what they failed to see when they were young, it is our responsibility to ensure that they experience all those and their life is complete.

Many times, when my parents had asked me some questions, I have actually answered back without patience. When my daughter asks me something, I have been very polite in answering. Now I realize how they would have felt at those moments.

Let us realize that old age is a second childhood and just as we take care of our children,the same attention and same care need to be given to our parents and elders.Rather than my dad saying thank you to me, I would want to say sorry for making him wait so long for this small dream. I do realize how much he has sacrificed for my sake and I will do my best to give the best possible attention to all their wishes. Just because they are old does not mean that they will have to give up everything and keep sacrificing for their grandchildren also. They have wishes, too.

Take care of your parents...apprecite their presence...

Konsert Rentaq Serantau Wajib Dibatalkan

SURAT PEMBACA 18 JANUARI 2007

Saya ingin merujuk kepada iklan penganjuran Konsert Rentaq Serantau yang akan diadakan pada hari sabtu 3 Februari 2007 di Stadium Melawati Shah Alam. Konsert tersebut yang dianjurkan oleh Syarikat Telekomunikasi Digi bakal menampilkan empat penyanyi terkemuka dari Malaysia dan Indonesia iaitu Search, Ella, Radja dan tidak ketinggalan Inul.

Bak ungkapan Pepatah Melayu “Alah bisa tegal biasa”, penganjuran konsert seperti di atas sudah biasa diadakan apatah lagi melibatkan artis-artis tempatan mahupun dari Indonesia, namun apabila sesebuah konsert itu menampilkan Inul maka pasti majoriti Masyarakat Malaysia risau dan gusar akan keterlibatan artis tersebut untuk membuat persembahan.

Kehadiran Inul pasti sekali lagi menimbulkan kontroversi, terutamanya apabila beliau menari dengan tarian yang menggairahkan sambil menyajikan goyang gerudinya. Lantas timbul satu persoalan, apakah goyang gerudi inul itu sudah dihalalkan di negara ini untuk dipertontonkan kepada umum? Umum mengetauhi Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh harus dijauhkan daripada sebarang unsur-unsur yang cuba memberikan impak negatif kepada status ke Islaman Malaysia itu sendiri.

Apakah dengan niat untuk berhibur dan memikirkan keuntungan semata-mata, maka kita agak lunak di dalam membiarkan artis yang lebih goyang punggung daripada menyanyi hadir dan melekakan malah pasti menaikkan syahwat penonton-penonton konsert berkenaan yang kebanyakkanya terdiri daripada golongan muda dan pelajar.
Apakah semata-semata untuk menunjukkan kita bersikap toleransi terhadap fenomena budaya global, maka kita sanggup melihat idealisme, spiritualisme serta intellektualisme generasi muda kita dicabut tanpa kita sedari?

Di dalam melihat perkara di atas sudah tentu, beban kesalahan tidak harus diletakan kepada Inul itu sendiri, tetapi kepada pihak berwajib yang menjemput beliau untuk membuat persembahan terbuka kepada khalayak ramai.

Masyarakat Malaysia secara umumnya masih belum boleh menerima Inul untuk membuat persembahan di negara ini, memandangkan gaya persembahan beliau yang dikira lucah malah memalukan untuk ditonton.

Apakah pihak penganjur konsert berani untuk memberikan jaminan agar beliau tidak menyajikan goyang gerudinya ketika membuat persembahan?

Dan jikalau ada jaminan pun, konsep persembahan beliau tidak sesuai malah bertentangan dengan syarak, adat dan budaya ketimuran yang masih menjadi pegangan dan jati diri Masyarakat Malaysia.
Seharusnya pihak penganjur harus peka terhadap pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan di dalam memastikan golongan muda di Malaysia membangun dengan keberdayaan akal fikiran yang sihat dan menjauhi gejala-gejala yang merosakan terutama yang menghakis akhlak dan sahsiah generasi muda.

Penganjuran konsert sedemikian pasti bertentangan dengan usaha terkini yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan untuk mempertingkatkan kualiti pelajar. Di dalam halaman 67 pelan berkenaan, pemugaran kepada usaha-usaha cintakan ilmu pasti akan tidak kesampaian apabila penganjuran konsert-konsert seperti di atas dibudayakan malah diberikan publisiti meluas kepada masyarakat dan generasi muda yang pasti dahagakan cinta gejala hiburan melampau pula.

Penganjuran sesuatu konsert itu tidak salah asalkan ianya diurus dan diisi dengan program-program yang tidak merosakkan nilai, jatidiri serta akhlak penontonya.

Justeru, memikirkan bentuk pengisian konsert Rentaq serantau tersebut serta kesan-kesan negatif yang bakal dirasai oleh generasi muda dan Masyarakat Malaysia, konsert sedemikian wajib dibatalkan.


Oleh :

MUHAMMAD BUKHORI BIN ALIAS
Setiausaha Agung
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Monday, January 29, 2007

Puasa Asyura


Petikan dari kitab Puasa Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi-jilid 4 ms.121

Berpuasa pada hari Asyura dapat melupuskan dosa tahun sebelumnya.

Rasullullah SAW bersabda, maksudnya:
"Berpuasa pada hari Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya." (Hadith diriwayatkan oleh Muslim:1162)

Inilah limpahan rahmat daripada ALLAH dimana dengan berpuasa sehari dapat melupuskan dosa sepanjang tahun. Rasullullah SAW sentiasa menunggu untuk berpuasa Asyura kerana ganjarannya sangat besar.

Ibn. Abbas r.a berkata, maksudnya:
"Aku tidak pernah melihat Rasullullah SAW begitu berusaha untuk memastikan baginda berpuasa pada mana-mana hari tertentu kecuali hari ini, iaitu hari Asyura dan bulan ini bulan Ramadhan."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1867)

Apa yang dimaksudkan dengan berusaha untuk memastikan baginda berpuasa ialah baginda ingin mendapatkan ganjaran pahala berpuasa pada hari itu. Kedua, berkaitan dengan alasan Rasullullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan menggesa orang ramai mengikuti jejaknya telah diterangkan di dalam hadith Ibn. Abbas r.a beliau berkata, maksudnya:

"Rasullullah SAW datang ke Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Baginda berkata: Apakah ini? Mereka menjawab: ini hari baik. Inilah hari di mana ALLAH menyelamatkan Bani Israil daripada musuh-musuh mereka dan Musa berpuasa pada hari ini. Baginda bersabda: Kami lebih berhak kepada Musa berbanding kamu. Jadi baginda berpuasa pada hari tersebut dan memberitahu orang ramai agar berbuat demikian."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1865)

Perkataan ini hari baik mengikut versi yang diriwayatkan oleh Muslim:
Inilah hari kebesaran di mana ALLAH menyelamatkan Musa dan pengikutnya dan menengelamkan Firaun dan pengikutnya.
Perkataan dan Musa berpuasa pada hari ini, Muslim menambahkan di dalam riwayatnya, maksudnya:
"Sebagai tanda bersyukur kepada ALLAH, kami berpuasa pada hari ini."
Mengikut satu lagi versi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, maksudnya:
"Jadi, kami berpuasa bagi membesarkan- Nya."

Perkataan dan memberitahu orang ramai agar berbuat, mengikut satu lagi versi yang di riwayatkan oleh al-Bukhari, maksudnya:
Baginda berkata kepada para sahabatnya: "Kamu lebih berhak ke atas Musa berbanding mereka, maka berpuasalah pada hari ini."

Ketiga, pelupusan dosa hanya diperoleh melalui berpuasa Asyura merujuk kepada dosa-dosa kecil. Berhubung dengan dosa-dosa besar, ia memerlukan taubat yang berlainan.

Al-Nawawi r.h berkata:
"Berpuasa pada hari Arafah melupuskan semua dosa kecuali dosa besar."
Kemudian beliau berkata:
"Berpuasa pada hari Arafah melupuskan dosa dua tahun dan berpuasa pada Asyura melupuskan dosa satu tahun dan jika ucapan "amin" seseorang itu serentak dengan ucapan "amin" para malaikat, dosanya sebelum ini dilupuskan. Setiap perkataan yang disebut mungkin membawa kepada pelupusan dosa. Jika dia melakukan sesuatu yang melupuskan dosa kecil, maka dosanya terampun. Jika dia tidak ada dosa kecil atau dosa besar, ia akan dicatatkan sebagai amalan baik dan martabatnya dinaikkan. Jika terdapat satu dosa besar atau lebih dan tiada dosa kecil, kami berharap agar puasa itu mengurangkan dosa besarnya.
(Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab)

Syeikh al-Islam Ibn. Taimiyyah r.h. berkata:
Pelupusan dan pemurnian solat, puasa, puasa Ramadhan, Arafah dan Asyura, tergolong dalam dosa-dosa kecil sahaja
(Al-Fatawa al-Kubra, jilid:5)


Wallahua'lam..

Dipetik dari: http://www.al-qayyim.net/

Tuesday, January 23, 2007

Hm....

HasbiyAllah wani'mal wakiil...

Friday, January 19, 2007

Guruku...

Sedar tak sedar esok kita bakal menjejakkan kaki ke tahun hijrah yang baru... Serasa baru sahaja tahun 1427H datang bertamu...kini ia bakal meninggalkan kita... Namun itulah lumrah alam... Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... Setiap permulaan pasti ada penghujungnya dan begitu juga setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya...

Dikesempatan yang terbatas ini, penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan " Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1428H... " Semoga dengan kedatangan tahun baru yang bakal menjelma akan membawa sinar baru kepada hidup kita untuk lebih menghayati Islam.

Tiada apa yang menarik untuk dikongsi buat kali ini.... mungkin kerana sudah agak lama tidak menulis maka idea pun sudah agak berkarat.... Semenjak penulis bekerja begitu terhad masa yang dapat penulis luangkan untuk penulisan maya. Namun insyaAllah jika diberikan Allah kesempatan dan juga masa terluang insyaAllah penulis akan cuba...

Minggu ini masih seperti biasa... Perjalanan seorang yang bernama pendidik... Berhadapan dengan kerenah para pelajar yang kadang kala menghiburkan dan tak kurang juga yang memedihkan hati. Namun itu semua tidak akan mematahkan semangat penulis untuk terus berkongsi ilmu bersama mereka. Bila sudah bergelar pendidik, baru penulis dapat merasakan perasaan seorang guru apabila pelajar-pelajar di hadapan kita tidak mengendahkan apa yang diajar, bila mereka hanya berbual-bual kosong di belakang dan tidak menghiraukan guru yang terjerit-jerit cuba untuk mengambil perhatian si pelajar.

Kadang-kadang penulis terkenang kembali salah seorang guru kesayangan penulis, Cikgu Ahmat Mahmud. Beliau merupakan bekas penolong kanan di sekolah penulis dan juga merangkap guru prep semasa penulis di tingkatan 4 dan 5. Penulis tidak menafikan bahawa Cikgu Ahmat merupakan cikgu yang garang dan tegas. Bayangkan ada seorang kawan penulis dibuang dari kelas prep hanya kerana menguap di dalam kelas semasa dia sedang mengajar... Namun di sebalik ketegasan beliau, tersimpan seribu pengajaran buat penulis...

Semenjak beliau mencadangkan untuk diadakan kelas prep di sekolah, hampir setiap malam beliau akan datang ke sekolah untuk mengajar kami subjek-subjek Sains seperti Kimia, Matematik Tambahan, Matematik Moden dan juga Fizik. Semua yang dilakukannya adalah secara percuma. Beliau telah banyak mengorbankan waktu malam yang sepatutnya dihabiskan bersama-sama keluarga untuk kami. Sehinggakan anak beliau akan menjawab "rumah ayah di sekolah" apabila ditanya oleh orang berkenaan ayahnya.

Penulis masih ingat lagi kepala penulis pernah diketuk dengan buku rujukan Kimia yang tebalnya 2 inci hanya kerana penulis gagal dalam subjek Kimia dalam satu ujian yang telah diberikan. Bergegar sekejap kepala otak penulis... hehe... Memang malu sangat masa tu... Mana taknya, diketuk di kantin sekolah... Di tengah-tengah pelajar-pelajar yang kebetulan baru tamat sesi persekolahan... Dan satu kelas penulis pernah juga didenda berlari keliling padang sekolah kerana kami gagal memberikan definisi yang tepat untuk JAR= Jisim Atom Relatif. :) Begitu banyak kenangan penulis bersama Cikgu Ahmat...Namun penulis tak pernah marah atau mengherdiknya... Malah kejadian itu penulis ambil sebagai satu titik permulaaan kepada sebuah harapan dan kejayaan. Semenjak itu penulis bertekad untuk mencuba sedaya upaya supaya tidak gagal lagi dalam mana-mana mata pelajaran dan Alhamdulillah dengan bantuan Allah segala urusan penulis telah dipermudahkan...

Pernah suatu ketika semasa penulis ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh, Cikgu Ahmat memanggil penulis ke biliknya. Dia memberikan kata-kata semangat kepada penulis dan mengingatkan penulis bahawa "Walau di mana juga kita diletakkan, orang yang hebat akan boleh berjaya... samada di asrama penuh atau di sekolah harian biasa..." Dia juga mengingatkan penulis bahawa " Hidup manusia di dunia ini seperti garisan lurus...Apabila garisan-garisan itu bertemu di antara satu sama lain maka kita akan bertemu... dan seterusnya apabila garisan-garisan itu telah melepasi titik pertemuannya... maka kita akan berpisah untuk meneruskan kehidupan..." Mengapa begitu sukar untuk penulis meninggalkan guru yang seorang ini... akhirnya penulis mengambil keputusan untuk terus bersekolah di sekolah lama penulis...Alhamdulillah keputusan yang penulis buat tidak sia-sia... :)

Raya tahun lepas penulis menghantar kad hari raya buat Cikgu Ahmat dan isteri. Hanya kad ucapan biasa sebagai tanda bahawa penulis masih mengingati jasa cikgu... dan untuk memberi tahu bahawa penulis juga telah mengikuti jejak langkah cikgu... menjadi seorang pendidik...

Namun persoalan yang masih bersarang di dalam fikiran penulis sehingga hari ini... Mampukah penulis merangkak untuk mengikuti setiap pengorbanan yang pernah cikgu berikan kepada penulis dan melaksanakannya kepada pelajar-pelajar penulis sekarang? Satu persoalan yang jawapannya masih jauh dan kelam....

Khas buat Cikgu Ahmat dan semua guru-guru yang pernah mendidik penulis... Rasanya jika jutaan terima kasih sekali pun masih tidak mampu untuk penulis membalas budi baik kalian... Hanya doa yang dapat penulis panjatkan buat kalian. Semoga Allah membalasnya...

Terima Kasih guruku... Jasa kalian tetap penulis kenang....

Wednesday, January 10, 2007

Pointers on Choosing Marriage Partners

By Rabi'ah Hakeem

We may list a few essential points to be considered by both brothers and sisters in the process of choosing a partner in life (although the masculine pronoun has been used throughout for the sake of simplicity, the following is generally equally applicable to both men and women).

1. Du'a. Unceasingly ask help and guidance from Allah, Most High, in the matter of finding and choosing a mate. As often as you feel it necessary, pray Salaah al-Istikhara, Islam's special prayer for guidance, in order to reach a suitable decision.

2. Consult your heart. Listen to what your inner voice, the 'radar' which Allah has given you to guide you, tells you about the prospective partner. It is likely to be more correct than your mind, which often plays tricks and can rationalise almost anything. For many people, first impressions are often the most accurate.

3. Enquire. Find out the reason why this man wants to marry you. Is he interested in you as an individual or will just any person do? Why is he not doing the logical thing, that is, to marry someone from his culture? If there is evidence that the primary reason for this marriage, despite claims to the contrary, is for convenience (greencard, money, property, etc.), forget it. This spells trouble.

4. Get to know your prospective partner, within the limits of what is permissible in Islam, before deciding on marriage. Just 'seeing' someone once or twice in the company of others, who may be anxious for this marriage to take place, is simply not enough under today's conditions, where two per- sons of totally dis-similar backgrounds are meeting each other without the safeguards of families. Without violating Islam's prohibition about being alone, try to understand his nature, what makes him tick, his temperament, what he might be like to live with.

5. Talk to several people who know your prospective partner, not just one, or have someone whom you can trust do this for you. Ask about him from various people, not just from his friends because they may conceal facts to do him a favour. And ask not only about his background, career, Islamicity, etc., but about such crucial matters as whether he gets angry easily; what he does when he is 'mad'; whether he is patient, polite, considerate; how he gets along with people; how he relates to the opposite sex; what sort of relationship he has with his mother and father; whether he is fond of children; what his personal habits are, etc. And find out about his plans for the future from people who know him. Do they coincide with what he has told you? Go into as much detail as possible. Check out his plans for the future - where you will live and what your lifestyle will be, his attitudes toward money and possessions and the like. If you can't get answers to such crucial questions from people who know him, ask him yourself and try to make sure he is not just saying what he knows you want to hear. Too many people will make all kinds of promises before marriages in order to secure the partner they want but afterwards forget that they ever made them, (this naturally applies equally to women as to men).

6. Find out about his family, his relations with his parents, brothers and sisters. What will his obligations be to them in the future? How will this affect where and under what conditions you will live? What are the character and temperament of each of his parents? Will they live with you or you with them? And are they pleased with his prospective marriage to you or not? Although it may not be the case in most Western marriages, among Muslims such issues are often crucial to the success or failure of a marriage, and answers to these questions need to be satisfactory to ensure a peaceful married life.

7. Understand each other's expectations. Try to get a sense of your prospective partner's under- standing of the marriage relationship, how he will behave in various situations, and what he wants of you as his spouse. These are issues which should be discussed clearly and unambiguously as the negotiations progress, not left to become sources of disharmony after the marriage because they were never brought up beforehand. If you are too shy to ask certain questions, have a person you trust do it for you. At an advanced stage of the negotiations, such a discussion should include such matters as birth control, when children are to be expected, how they are to be raised, how he feels about helping with housework and with the children's upbringing, whether or not you may go to school or work, relations with his family and yours, and other vital issues.

8. See him interacting with others in various situations. The more varied conditions under which you are able to observe your prospective partner, the more clues you will have as to his mode of dealing with people and circumstances.

9. Find out what his understanding of Islam is and whether it is compatible with your own. This is a very important matter. Is he expecting you to do many things which you have not done up to this point? If he emphasises " Haraams", especially if you are a new Muslimah, and seems unable to tolerate your viewpoint, chances are your marriage will be in trouble unless you are flexible enough to accommodate yourself to his point of view and possibly a very restrictive lifestyle. Let him spell out to you clearly how he intends to practise Islam and how he wants you to practise it as his wife so there will be no misunderstandings later.

10. Don't be in a hurry. So many marriages have broken because the partners are in such haste that they don't take time to make such vital checks as the ones outlined above and rush into things. Shocking as it may seem, marriages between Muslims which are contracted and then broken within a week or a month or a year have become common place occurrences among us. Don't add yourself to the list of marriage casualties because you couldn't take time or were too desperate for marriage to find out about or get to know the person with whom you plan to spend the rest of your life.

11. Ask yourself, Do I want this man/woman to be the father/mother of my children? If it doesn't feel just right to you, think it over again. Remember, marriage is not just for today or tomorrow but for life, and for the primary purpose of building a family. If the person in question doesn't seem like the sort who would make a good parent, you are likely to find yourself struggling to raise your children without any help from him or her - or even with negative input - in the future.

12. Never allow yourself to be pressured or talked into a marriage. Your heart must feel good about it, not someone else's. Again, allegations of "Islamicity" - he is pious, has a beard, frequents the Masjid, knows about Islam; she wears Hijab, does not talk to men - are not necessarily guarantees of a good partner for you or of a good marriage, but are only a part of a total picture. If an individual practises the Sunnah only in relation to worship or externals, chances are he/she has not really understood and is not really living Islam. Possessing the affection and Rahmah (mercy) which Islam enjoins between marriage partners is vital for a successful relationship, and these are the important traits to be looked for in a prospective partner.

13. Never consent to engaging in a marriage for a fixed period or in exchange for a sum of money. (Mut'a marriage). Such marriages are expressly forbidden in Islam and entering into them is a sinful act, as marriage must be entered into with a clear intention of it being permanent, for life, not for a limited and fixed duration.

If these guidelines are followed, Insha' Allah the chances of making a mistake which may mar the remainder of your life may be minimised.

Choosing a marriage partner is a most serious matter, perhaps the most serious decision you will ever make in your life since your partner can cause you either to be successful or to fail miserably, in the tests of this life and, consequently, in the Hereafter. This decision needs to be made with utmost care and caution, repeatedly seeking guidance from your Lord.

If everything checks out favourable, well and good, best wishes for happiness together here and in the Hereafter. If not, better drop the matter and wait. Allah, your Lord knows all about you, His servant, and has planned your destiny and your partner for you. Be sure that He will bring you together when the time is right. As the Qur'an enjoins, you must be patient until He opens a way for you, and for your part you should actively explore various marriage leads and possibilities.

Two words addressed to brothers are in order here. If you are marrying or have married a recent convert to Islam, you must be very patient and supportive with her. Remember, Islam is new to her, and chances are that she will not be able to take on the whole of the Shari'ah at once - nor does Islam require this, if you look at the history of early Islam. In your wife 's efforts to conform herself to her newfaith and culture, she needs time and a great deal of support, love, help and understanding from you, free of interference from outsiders. It is best to let her make changes at her own speed when her inner being is ready for them rather than demanding that she do this or that, even if it means that some time will elapse before she is ready to follow certain Islamic injunctions. If the changes come from within herself, they are likely to be sincere and permanent; otherwise, if she makes changes because of pressure from you or from others, she may always be unhappy with the situation and may look for ways out of it. You can help her by being consistent in your own behaviour. So many Muslims apply those parts of the Qur'an or Sunnah which suit them and abandon the rest, with resulting confusion in the minds of their wives and children. Thus, while firmly keeping the reins in your hands, you should look at your own faults, not hers, and be proud and happy with the efforts she is making. Make allowances, be considerate, and show your appreciation of the difficult task she is carrying out by every possible means. This will cause her to love and respect you, your culture, and Islam to grow infinitely faster than a harsh, dominating, forceful approach ever could.

Finally, a word of warning. Certain situations have occurred in which women, posing as Muslims (or perhaps actually having made Shahaadah), have deceived and made fools of numbers of Muslim men. Such women may be extremely cunning and devious, operating as poor, lonely individuals in need of help and/or husbands. The brothers who fall into this net may be shown false photos, given false information or promises, cheated in all sorts of ways, and finally robbed of anything the conniving lady can manage to take from them. As was said, it is wise to check out any prospective partner with local Muslims who know her.

Keep your eyes open and take your time. Since marriage is for life, for eternity, hurrying into it for any reason whatsoever is the act of a foolish or careless person who has only himself or herself to blame if things go wrong.