Saturday, December 03, 2011
Friday, October 21, 2011
Dari Hati Seorang Isteri...
Posted by CaHayA SuFi at 10:25:00 PM 0 comments
Category : .: Personal :.
Monday, September 26, 2011
Merasakan Kehadiran Allah Di sisi
Fuh.... sebulan lebih dah penulis tak mengemaskini blog ini... Takde masa sangat nak melayari internet...Sebelum tu Salam Aidilfitri penulis ucapkan buat semua (lewatnya ucap)... Oklah...
Tajuk penulisan kali ini tiba-tiba berlegar dalam fikiran penulis beberapa minggu yang lalu... Terutamanya selepas mendengar ceramah dari Ustaz Muhammad (selalu keluar dalam Usrah TV9). Salah satu intisari ceramahnya beliau mengingatkan kita supaya sentiasa berdoa... Berdoa bukan semestinya selepas solat sahaja. Bukan hanya perlu menadahkan tangan bersama wudhuk, tak semestinya perlu formal mengadap kiblat.... malahan permintaan dalam bentuk lintasan hati juga boleh dianggap sebagai doa.
Penulis bagi contoh. Kalau kita berada dalam ketakutan yang amat sangat kita selalu berdoa di dalam hati " Ya Allah selamatkanlah aku dari bencana ini". Ini mungkin perkara biasa kerana dalam ketakutan yang amat sangat secara lumrahnya manusia memang perlukan pergantungan kepada sesuatu. Maka kita sandarkan pergantungan itu kepada Allah.Alhamdulillah.... Cuma kadang-kadang sewaktu terlalu takut atau susah sahaja kita ingat Allah. Waktu senang atau waktu menghadapi masalah yang agak "ringan" kita lupa pada Sang Pencipta. Sedangkan Dia adalah penyelesai kepada setiap masalah kita. Dia adalah yang paling memahami situasi dan masalah kita, Dialah Pendengar yang paling baik.... Dialah sebaik-baik pembuat keputusan dan dia sentiasa ada bersama kita 24jam sehari tanpa jemu di sisi kita... Namun sayang sekali kita sering lupa akan kehadiranNya..
Pernah tak rasa kita tersalah pilih orang untuk meluahkan masalah. Kadang kita rasa lebih tertekan setelah meluahkan masalah itu pada seseorang. Kadang respon yang diberikan seolah-olah dia cuba menilai kita dari luahan itu.... atau kadang-kadang dia hanya diam membisu.... dalam hati kita "eh dia ni dengar ke tak aku cakap ni... ke dia tak berminat... ke dia ...... ". Pelbagai persoalan lain pula timbul tentang tanggapan orang itu terhadap kita... Jadi mengapa mengadu pada manusia... Allahkan ada :)
Ingat Allah setiap masa. Walau sekecil mana masalah kita.... mengadu pada Allah.... Dia takkan menilai kita.... Dia takkan pergi jauh dari kita..... Dia takkan membenci kita kerana selalu meminta padaNya... Seronoknya mempunyai teman sesetia itukan setiap masa?
Penulis bagi contoh. Kita masuk ke dalam sebuah restoran yang sesak dengan pelanggan, maka secara spontan doa dalam hati " Ya Allah aku dan suami nak makan di restoran ini tolong kami ya Allah, adakanlah tempat duduk yang baik untuk kami makan di sini" atau pun "Ya Allah aku nak jadi baik ya Allah... tolong bantu aku untuk jadi baik.... " ataupun "Ya Allah syukur ya Allah makanan hari ini sedap sangat ya Allah" ataupun " Ya Allah aku seronok hari ini sebab suami aku tolong aku kemas rumah " ataupun "Ya Allah sejuknya hari ini.... segarnya rasa ya Allah".
Kalau ada masalah berat mengadu pada Allah...Keluarkan segala yang tersimpan dalam hati... Luahkan apa yang kita risaukan.... Luahkan apa yang kita rasa.... InsyaAllah lepas tu kita akan rasa lega sangat.... Walau tak nampak.... Walau tak dengar nasihatNya secara terus.... Tapi kita akan rasa ketenangan itu... dan pasti Dia akan menunjukkan jalan penyelesaian terbaik untuk kita..... Seronokkan sebab kita ada Allah....
Oleh itu penulis mengajak diri dan sahabat yang lain, marilah kita kembali menyedari kehadiran Allah di sisi kita..... Teman paling setia.... Teman yang akan sentiasa menyayangi kita tanpa batas.... Maafkan kami ya Allah kerana telah lama melupakan MU....Ih di nassirotol mustaqim... Pimpin kami ke jalan yang lurus.... Ameenn....
Sebelum menutup penulisan ini, penulis bawakan terjemahan sebuah hadis yang pernah penulis dengar dari kaset ceramah Ustaz Shamsuri Haji Ahmad.
Pada suatu ketika Rasulullah dan para sahabat baru selesai perang. Rasulullah dan sahabat-sahabat duduk bersama dan terlihat seorang ibu sedang mencari-cari anak kecilnya yang hilang sewaktu kekalutan perang tadi.... Rasulullah dan sahabat melihat dari kejauhan....Si ibu berlari-lari mencari anaknya ke sana ke mari dan dengan muka yang sangat gelisah di atas kehilangan tersebut. Akhirnya si ibu berjumpa dengan si anak. Dicium, dipeluknya anak itu seakan tak mahu dilepaskan... lalu diberiknnya susu badan....
Dari kejauhan Rasululllah bertanya para sahabatnya " Wahai sahabatku, kamu rasa adakah si ibu ini tergamak hendak mencampakkan anaknya ke dalam api?" Lantas jawab sahabat " Sudah tentu tidak ya Rasulullah. Kami melihat si ibu sangat sayangkan anaknya itu." Rasululllah membalas" Jikalau kamu hendak tahu, sayangnya Allah pada kita hambaNya lebih lagi dari sayangnya si ibu tadi pada anaknya..."
Wallahua'lam... Sama-sama kita fikir dan renungkan... Semoga ada manfaat... Wassalam
Posted by CaHayA SuFi at 1:36:00 PM 2 comments
Category : .: Tazkirah :.
Thursday, July 28, 2011
Ramadhan Tiba Lagi...
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.... :)
Posted by CaHayA SuFi at 12:30:00 PM 0 comments
Category : .: Personal :.
Tuesday, July 05, 2011
TV Al-Hijrah
Pada awal November 2010 yang lalu JAKIM telah melancarkan satu saluran TV Islamik; TV al-Hijrah. Saluran ini telah mula bersiaran di enam negeri di Malaysia ; Lembah Klang, Terengganu, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak termasuk Astro (ch 114). Untuk frekuensi setiap kawasan boleh layari http://www.tvalhijrah.com/
Sekalung penghargaan dan tahniah penulis kepada semua krew dan kakitangan tvalhijrah dan mereka yang telah mencadangkan penubuhan saluran Islamik ini. Kami rakyat Malaysia amat dahagakan rancangan-rancangan yang bermanfaat.
Jika kita sama-sama menyusuri setiap saluran percuma di Malaysia ini boleh dikira rancangan yang bermanfaat. Kebanyakannya dibanjiri dengan rancangan berbentuk hiburan tak kira drama, lawak bodoh, pertandingan nyanyian baik dewasa mahupun kanak-kanak, rancangan yang memperbodohkan masyarakat (cth: Bang Bang Boom). Apa manfaat semua rancangan ini? Kadang sampai dah tak tertelan dengan hiburan yang melampau ini.
Di dalam saluran tv al-Hijrah ini penulis mendapati banyak rancangan yang menarik dan pada masa yang sama menambahkan ilmu. Antara rancangan kegemaran penulis adalah Man Kana Bainana, Dr Oz Show, Menu Alam ok jugak.
Man Kana Bainana adalah sebuah rancangan berbentuk 'candid camera' di Mesir. Rancangan ini adalah berkenaan dengan apa yang akan berlaku jika Nabi masih bersama kita sekarang. Adakah perlakuan dan tingkah laku kita akan sama seperti mana yang sering kita lakukan seharian.
Minggu lepas rancangan itu menerjah mereka yang 'double parking' walaupun hanya kerana hendak solat jemaah sehinggakan kereta yang lain terpaksa menunggu mereka sebelum dapat keluar dari masjid selepas selesai solat. Adakah Nabi SAW akan berbuat demikian? Mereka bertanya kepada tuan punya kereta dan memberikan sedikit tazkirah berkenaan Nabi dan menghadiahkan buku berkenaan sifat Nabi. Subhanallah.
Rancangan yang menusuk jiwa. Kadang-kadang tanpa peringatan seperti ini kita lupakan baginda. Lupakan tentang akhlak mulia baginda...
Sebelum akhir rancangan hos telah secara rawak menemubual seorang pakcik di Mesir. Hos bertanya" Apakah yang anda ingin katakan jika Nabi sedang berada di hadapan anda sekarang?". Dengan mata yang mula berkaca pakcik itu menjawab " Wahai Kekaksihku ya Rasulullah......" namun kata-katanya kelu dan tersekat di situ... Air matanya mengalir laju... Lantas dia memeluk hos tadi....
Pernah tak kita mencerca bangsa Arab? tak bersatu lah, pentingkan diri lah. Tapi kita patut memandang mereka ini menggunakan mata hati. Pasti ada keistimewaan pada bangsa ini. Masakan tidak kerana Allah memilih sebaik-baik manusia dari kalangan mereka. Allah Maha Mengetahui. Bila penulis merenung kembali bangsa ini, banyak yang boleh kita belajar dari mereka.
1)Solat
Bangsa Arab yang beragama Islam ini kebanyakkannya sangat menjaga solat. Bukan sahaja menjaga solat malah solat berjemaah di setiap waktu dan di awal waktu. sebab tu kalau kita pergi ke negara mereka contoh Mesir dan Arab Saudi, masjid penuh setiap waktu walaupun masjid berdekatan antara satu sama lain. Dan melalui pengalaman penulis sendiri di USM bangsa Arablah yang ramai apabila solat fardhu di masjid.
2) Ukhwah dan menyebarkan salam
Ini satu lagi kelebihan bangsa Arab. Kalau bertemu sesama mereka ukhwah tu nampak rapat dan budaya menyebarkan salam ini hidup di kalangan mereka terutamanya bila kita pergi ke negara mereka. Kita terasa ukhwah itu....
3)Bangga dengan Islam
Kalau sesiapa pernah menonton rancangan "Lau kana bainana" akan faham, cara mereka menjawab soalan itu entahlah.... payah nak penulis huraikan tapi jelas menunjukkan mereka bangga menjadi Islam. Suatu ketika hos bertanya kepada pemandu yang double parking.Pemandu 1 (double parking), Pemandu 2(tuan punya kereta yang di halang oleh pemandu 1).
Hos: Adakah Nabi akan buat begini jika baginda hendak solat berjemaah?
Pemandu 1: Tidak... Mustahil...
Hos bertanya kepada pemandu 2
Hos: Apakah perasaan anda apabila kereta anda dihalang dan terpaksa menunggu lama?
Pemandu 2: (Senyum) Semoga Allah mengampunkannya...
Pemandu 1: Astarghfirullahalazim... Ampunkan aku ya Allah...
Dan semuanya berakhir dengan baik... berpelukan dan bersalaman... Subhanallah... Indahnya Islam itukan....
Di bawah ini penulis sertakan montaj bagi rancangan "Lau Kana Bainana"- Andainya Rasulullah bersama kita....
Mari sama-sama kita muhasabah diri... Adakah kita bangga menjadi seorang Islam? Atau rasa diri ni kecil sangat bila jadi Muslim? Simptom Malu menjadi Muslim.... Malu memakai tudung... Malu menutup aurat.... nanti takut orang kata tak moden. tak ikut peredaran zaman....
Dan di Malaysia ini penulis boleh rasakan ada simptom Malu kalau cakap bahasa Melayu... Siapa yang perlu dipersalahkan? Mengapa setelah kebanyakan orang Melayu sudah merojakkan bahasa Melayu dengan Inggeris baru kita nak mertabatkan bahasa Melayu?? Mengapa bila bahasa Inggeris seperti telah menjadi bahasa pengantara di Malaysia baru kita nak suruh orang menggunakan bahasa Melayu...
Cuba kita perhatikan kalau dulu cina, india atau melayu kalau bersembang mereka akan cakap bahasa Melayu tapi awal tahun 2000 penulis tengok semua cakap bahasa rojak dan bahasa Inggeris... kadang antara Melayu sendiri macamtu... Pelikkan.....
Mari kita tengok orang Jerman, Korea, Jepun, kadang bila sidang akhbar dia cakap bahasa dia. Kitalah kena ada penterjemah.Dia peduli apa kita tak faham.Ahmadinejad, Messi, pasukan bola Korea... banyak lagi negara... Tapi kita.... malukan nak cakap Bahasa Melayu... nanti orang kata tak tau cakap inggeris tak moden... orang kampung.... hehehhe
Kesian orang Melayu.... Fikir-fikirlah.... CU Muah.... :)
P.S: Rancangan "Lau Kana Bainana" bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam. Dr Oz Show jam 10.30 malam hari yang sama. chow chin chau ;)
Posted by CaHayA SuFi at 10:08:00 AM 0 comments
Category : .: Personal :., .: Semasa :., .: Umum :.
Thursday, May 05, 2011
Perginya Seorang Mujahid
Sebelum sesiapa membaca artikel ini, penulis harap para pembaca dapat melapangkan hati dan minda. Ini hanya pandangan dari penulis… tidak ada kena mengena dengan sesiapa… Jika tak suka tidak perlu membacanya. Jika rasa boleh membawa sekelumit manfaat silakan… Telah terlalu lama perkara ini terbuku dan masih terbuku lagi sehingga kini. Penulis hanya mampu mengeluarkan sedikit dari apa yang telah lama tersimpan di hati… Bacalah dengan mata hati… Semoga ada manfaat.
1 Mei 2011 dunia digemparkan dengan berita perginya seorang Muslim. Muslim yang amat dikenali di serata dunia. Muslim yang berdekad lamanya telah berjaya menggentarkan musuh-musuh Islam. Muslim yang bangun menentang kerana telah terlalu jelik melihat ketidakadilan yang dilakukan oleh para kafirun kepada umat Islam seluruh dunia. Muslim yang membuak-buak marahnya kerana Islam dihina di segenap pelusuk…. Namun Muslim yang seorang inilah yang digelar “The No 1 Terrorist”.
Seluruh dunia Amerika, Perancis, Australia, Britain berpesta menyambut perginya seorang Muslim kental ini. Malah pemimpin dari negara yang mengaku Islam sendiri menyambut gembira kesyahidannya(amen) kerana di anggap membawa huru hara kepada dunia. Malaysia sendiri begitu. Pak Jib kita pun begitu. Penulis tertanya-tanya seorang diri adakah jika George Bush atau Si Obama mati nanti adakah Pak Jib berani untuk mengatakan ha baguslah semoga dengan kematian Bush dunia akan lebih aman???? Penulis kuat mengatakan dia pasti akan mengucapkan takziah kepada Amerika di atas kematian ketua negara yang disegani… Itulah dunia… Pelik bukan tapi benar…. Pengecut…. Itu yang dapat penulis katakan… dan bagi penulis ini merupakan sebab utama untuk menolak Pak Jib.
Tak perlu hairan dengan pesta para kafirun tapi tanya pemimpin negara Islam sendiri mengapa bergembira di atas kematian seorang Muslim yang lain. Jika kita katakan dia berdosa, apa aku dan kamu maksum ka??? Siapa kamu untuk menilai dia? Kita yang pengecut ini tak layak menilai dia. Seorang anak billionaire yang kalau dia nak hidup mewah, selesa dan meninggalkan perjuangan ini dia boleh saja. Tapi bukan dunia yang dia kejarkan. Malah kalau kita pergi ke Masjidil haram pekerja-pekerja di Masjidil haram itu adalah dibiayai oleh syarikat Bin Laden. Kita boleh tengok kadang-kadang mereka memakai baju syarikat Bin Laden. Apa sumbangan kita pada Islam untuk layak menggelarnya pengganas? Kalau dia pengganas kita apa?Pengecut mungkin sesuai.
Siapa pengganas yang sebenar? Tanya pada mata hati kita. Tanya pada sang iman yang ada jauh di sudut hati kita. Adakah Osama menyerang apabila musuh tidak menyerang? Setelah berabad pembantaian umat Islam di Palestin, Afghanistan, Bosnia, Lebanon, Iraq, Iran dan yang terbaru serangan Nato di Libya. Kadang-kadang tahap untuk bersabar itu ada hadnya.Amerika masuk negara orang dan serang guna pesawat. Mereka peduli apa sapa yang kena, yang penting orang Islam yang mati. Murahnya nyawa umat Islam di akhir zaman. Bila rakyat Amerika mati semasa serangan di WTC, seluruh dunia berkabung. Tapi sejak dari dulu hingga kini ribuan malahan mungkin jutaan umat Islam meninggal dunia di Palestin, Iraq, Afghanistan, Libya, siapa yang peduli? Siapa ambil tindakan pada Israel pada Amerika laknatullah??? Siapa??
Wahai saudara seagamaku yang amat aku sayang….Berhentilah untuk memuaskan hati kafir mushrik kerana kamu TAKKAN mampu. Mereka takkan berpuas hati pada kita sehingga kita mengikut mereka ke neraka. Kamu takkan mampu untuk memuaskan hati mereka sampai bila-bila. Itu amaran Allah. Selama ini pun Saddam Hussein bukan serang Amerika pun tapi kena jugak, ribuan umat Islam Iraq mati begitu saja. Al-Quran dipijak dan dibakar oleh orang ‘gila’ di Eropah hanya dihukum sejam penjara, Nabi Muhammad yang amat kita sayang dihina dalam bentuk lukisan, malah surat khabar Amerika sampai tulis muka depan Rot In Hell pada Osama. Membuak rasa marah penulis kerana seorang Muslim dihina begitu. Dalam hati kecil penulis “ Engkaulah rot in hell… tunggu masa ja”… Sampai begitu ketidak adilan terhadap umat Islam kita masih nak menjaga hati mereka? Cukup-cukupla… Dah lama sangat kita ni dihina… Tiada siapa peduli? No body cares… Jadi berhentilah untuk memuaskan hati musuh Islam…. Kamu TAKKAN mampu…STOP IT.
Tak taulah. Masih banyak yang terbuku di hati penulis. Terlalu banyak hingga tak terhuraikan melalui penulisan pendek ini. Penuh rasa hati ini… sebak melihat ketidak adilan dunia…
Jika benar Osama telah pergi meninggalkan kita, penulis doakan semoga rohnya di tempatkan di kalangan para mujahid di syurga… Ameen… Kerana sekurang-kurangnya beliau berjaya menggentarkan pihak musuh Islam… Sekurang-kurangnya beliau marah dan bertindak kerana maruah Islam diinjak-injak…. Terima kasih di atas segalanya… Maafkan kami yang pengecut disini…
P.S: Penulis naik heranlah dengan Amerika dungu ni. Masalah dalaman depa pun tak selesai dok nak kacau negara orang. Dalam Astro siap ada satu saluran “Crime and Investigation Channel” yang mengisahkan jenayah-jenayah yang kebanyakannya berlaku dekat Amerika. Bayangkan boleh buat channel pasal jenayah sahaja, nak kata banyak tak banyaknya masalah di Amerika. Bukan kecik punya jenayah. Kejam dan tak berhati perut. Setiap hari kes bunuh saja. Bunuh dalam keadaan kejam… rogol, bunuh, rogol, bunuh. Nak cara macamana suma ada tembak dengan pistol, tikam dengan pisau, cekik, jerut, masuk dalam air semasa masih hidup sampai lemas, ketuk dengan penukul, tusuk kepala dengan kaca, pukul dengan kayu baseball…you named it… sume ada…jenayah ni macam bahan mainan mereka…nyawa sudah tak berharga bagi mereka… Hati mereka telah sakit…
Sehinggakan pernah keluar dalam Oprah yang membincangkan tentang betapa tak selamatnya tentera wanita Amerika dalam skuad mereka. Kebanyakannya pernah kena rogol. Ini Oprah sendiri dedahkan. Rosaknya rakyat mereka.Sebab tu tak heran tengok tentera Amerika bunuh orang Islam…Memang jiwa penduduk Amerika ni banyak yang sakit dah. Mungkin kerana nak menutup masalah dalaman maka dicarinya masalah luaran untuk melupakan hal domestik yang tak berpenghujung…. Mungkin inilah bala kerana tiadanya panduan hidup… Glad to be a Muslim…. CU… Muah…
Posted by CaHayA SuFi at 12:35:00 PM 0 comments
Category : .: Semasa :.
Friday, April 15, 2011
Sebening Kasih Si Merpati....
Sebenarnya sudah lama tajuk artikel ini bermain difikiran namun tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Tajuk ini adalah tentang burung merpati. Pada mulanya hanya tentang sepasang burung merpati tetapi baru-baru ini (sekarang sebenarnya) sepasang merpati lagi telah menarik perhatian penulis....
Mungkin tak ramai yang menyedari kewujudan binatang ini. Apalah sangat untuk diperhatikan tentangnya. Tapi kadang-kadang binatang yang kita anggap tidak membawa sebarang makna ini boleh menjadi contoh teladan terbaik buat kita dalam beberapa aspek. Bukan sahaja itu, kadang-kadang penulis jadi malu pada diri kerana sebagai manusia yang darjatnya lebih mulia dari makhluk lain tapi ada kalanya tingkah laku kita lebih teruk dari haiwan.
Maaf artikel ini tiada kena mengena dengan sesiapa cuma sekadar apa yang berlegar difikiran penulis beberapa hari lalu berdasarkan pengalaman dengan dua pasang merpati.... Semoga ada manfaat....
----------------------------------------------------------------------------
Sebening Kasih Si Merpati
Pada bulan Julai tahun 2010 yang lepas, ibu penulis telah pergi menunaikan umrah. Kebetulan kucing penulis di kampung baru sahaja melahirkan anak. Tiga ekor anak kucing yang comel (Mot(Comot),Pok(Tompok),Unin(Kuning)). Jadi penulis membuat keputusan untuk menbawa ibu kucing bersama anak-anaknya ke rumah penulis. Penulis telah berada di kampung lebih kurang dua minggu kerana suami berkursus. Jadi agak lama meninggalkan rumah....
Mot, Pok dan Unin :)
Mei(Ibu Kucing) dan Pok, Mot
Sesampainya penulis di rumah, penulis dapati balkoni agak kotor dan ternampak sepasang merpati di situ. Seekor sedang duduk di atas pasu dan seekor lagi seakan menemaninya di atas pagar balkoni.Seekor jantan (warna lebih banyak kelabu , besar dan lebih kemas dan cantik) dan seekor lagi pasangannya betina(lebih kecil, hitam dan tidak sekemas si jantan). Walaupun agak teruja tapi kerana agak letih (sampai dah lewat malam) maka penulis pun tak berapa kisahkan merpati ini... Penulis simpan kucing dalam bilik air ke2, bagi makanana dan air, kemas apa yang patut dan terus masuk tidur.Ahhh.....Segarnya.....hehehe
Keesokan harinya, penulis seperti biasa rutin penulis selepas solat Subuh, membuka pintu, dan tingkap di setiap sudut rumah.... Ahhhh...... Segarnya :)(lagi sekali). Penulis membuka pintu bilik air tempat kucing penulis diletakkan semalam tapi mereka masih tidak keluar. Takpalah penulis biarkan sahaja pintu itu terbuka dengan matlamat mereka akan keluar sendiri apabila telah berasa selesa di sini. Sementara penulis di dapur menyediakan makanan untuk mereka.
Ha lupa nak bagitau, merpati di balkoni telah tiada(mungkin pergi mencari makanan/balik sarang sekejap) dan penulis nampak ada sebiji telur comel di atas pasu penulis. :) Wah teruja betul penulis....
Sedang asyik penulis di dapur tiba-tiba terdengar bunyi bising di balkoni dan terus diam.... Hanya beberapa saat sahaja. Penulis terus berlari ke balkoni tetapi tidak nampak apa-apa yang mencurigakan. Cuma di situ ada si bapak merpati dan telur.... Ibu merpati tidak kelihatan... Takpalah... teruskan di dapur....
Setelah menyiapkan makanan kucing penulis terus masuk ke dalam bilik air untuk memberi makan kepada mereka. Penulis amat terperanjat apabila mendapati ibu kucing sedang makan si ibu merpati yang pada ketika itu sudah mati.... Allahuakbar....
Penulis terus halau ibu kucing, buang bangkai dan bersihkan 'crime scene'.....Perasaan penulis bercampur ketika itu, marah, kesian, bersalah, luluh hati tambahan apabila melihat telur yang entah bagaimana nasibnya.... Penulis hanya mampu membiarkan telur itu.
Apa yang penulis terharu adalah sikap si bapa merpati.... walaupun si ibu telah tiada, si bapa masih setia menanti telur di balkoni itu. Sentiasa ada di situ.... penulis perhatikan selepas ketiadaan si ibu, si bapa merpati sentiasa berada di balkoni berdekatan telurnya. Mulanya di atas balkoni, kemudia duduk di pasu bersebelahan dan akhirnya si bapa itu sendiri telah mengeramkan telur tersebut. penulis tengok si bapa dari pagi sampai hampir maghrib ada di situ... Setia menanti kepulangan pasangannya dan setia di samping telurnya..... Subhanallah...
Begitulah kehidupan si bapa sehingga hari ke 3.Pada hari keempat dan seterusnya si bapa masih ada tapi penulis nampak ia berada agak jauh. Kadang-kadang di tepi tingkap, kadang-kadang di balkoni rumah jiran.... dan akhirnya selapas lebih kurang seminggu lebih si bapa tidak lagi kelihatan....Mungkin kerana si bapa telah pasti si ibu sudah tiada lagi.... Pergi membawa diri....
Si bapa merpati yang setia
Penulis sedaya upaya cuba menyelamatkan telur merpati ini. Membalutnya dengan dengan tuala namun gagal.... maafkan penulis....
Itu kisah pasangan merpati yang pertama. Beberapa hari yang lalu, penulis ternampak sepasang lagi merpati singgah di balkoni rumah penulis. Singgah sambil berlegar di tepi pasu penulis, sambil memijak pokok oregano yang baru penulis semai(rasa macam nak buat merpati goreng pun ada... grrrr)Oklah.... tiada perasaan...Takpelah dah binatang biarkan aje....
Hari kedua. Aik si ibu dah duduk atas pasu penulis. Nak halau tak gamak. Si bapa masih setia menunggu di atas pagar balkoni.... Biarkan aje.... Tengok-tengok lepas penulis balik dari Tesco malam tadi si ibu dan si bapa merpati dah takde yang ada cuma sebiji telur yang comel..(sekarang dah jadi dua biji telur ;)) Teruja balik penulis....heehehe(penulis perasan pasangan merpati hanya akan mengeramkan telur pada waktu siang. Bermula dari maghrib mereka akan hilang)
Keesokan harinya lepas subuh penulis perhatikan pasangan merpati ini masih tak kelihatan. Penulis pun brekfast dengan suami sambil berseloroh"Merpati tak datang keje lagi". Lepastu tak sampai beberapa minit lepas tu penulis nampak si bapa dah bertenggek di balkoni penulis dan si ibu tengah mengeram....Hehehe suami penulis menambah "Ha sebut lagi sebut lagi". HEHE
Yang menarik tentang pasangan merpati ini adalah si bapa dan si ibu akan bergilir mengeramkan telur mereka. Selalunya dari pemerhatian penulis dari lepas subuh hingga dalam pukul 11 am/12 pm si ibu akan mengeram. Selepas itu sampai 1/2 pm si bapa akan mengambil alih... dan kadang-kadang dalam 1jam setengah akan bergilir antara satu sama lain begitulah sehingga maghrib...Heheheh romantik betullah pasangan merpati ni.... Sekarang ni(1.12pm) si bapa tengah kusyuk mengeram telur. Kadang sampai tertido-tido.... Hehehheh....
Apa pengajaran yang boleh kita ambil dari dua kisah pasangan merpati ini. Pengajaran yang begitu menyentuh hati penulis.... :
1) Selepas kematian pasangannya si bapa merpati sanggup mengambil alih tugas pasangannya untuk mengeramkan telur mereka (sedangkan itu bukan kerjanya) walaupun cubaannya gagal.
Kadang kala manusia sendiri tak mampu untuk berbuat begitu, kadang bukan nak ambil alih siap tolong buangkan anak tu lagi ada. Di mana hilangnya nilai kasih sayang kita manusia di zaman serba moden ini.....
2)Si bapa merpati sanggup menunggu si ibu mengeramkan telur mereka tanpa jemu... Setia menanti dalam panas terik.... :) Good job man ;)
3) Si bapa akan mencari dulu tempat mengeram sebelum si ibu datang
4) Pasangan merpati berkongsi tugas mengeramkan telur bersama.
Romantikkan merpati ini.... Kadang-kadang sekecil-kecil makhluk boleh menjadi sebaik-baik contoh buat kita.... Walaupun kita sering menganggap kita lebih mulia tetapi ada masanya kita bukan yang terbaik... Masih banyak yang boleh diambil sebagai pengajaran dan teladan hidup hatta dari sepasang merpati yang bagi kita tidak membawa apa-apa manfaat... Terima kasih merpati... Syukur kepada Allah di atas pengajaran ini.... Marilah kita sama-sama bertanya kepada diri "Mampukah kasih dan sayang kita menjadi sebening kasih si merpati..."
Wallahua'lam...
Posted by CaHayA SuFi at 11:40:00 AM 0 comments
Category : .: Motivation :., .: Semasa :.
Saturday, March 05, 2011
Hmm....
Tiada apa yang kekal di dunia ini selain Dia.....
Tadi tiba-tiba penulis rasa penuh dada ni... senak... sesak... sedih... kucing penulis, Mei(Comei) dah mati... Mak penulis telefon mengabarkan berita tersebut. Cuba menahan tangis... Tambahan pula Mei pergi bersama anak-anak yang belum sempat melihat dunia... Penulis cuba jadi kuat...tapi akhirnya keluar juga air mata.... Tak mampu... Terutama apabila mengabarkan berita ini kepada suami.... Lemah sungguh...
Mei adalah kucing yang sangat baik, cantik. Ibu kepada semua kucing penulis yang lain. Tatkala kelaparan, anaknya yang akan dibiar makan dulu. Kalau dia masuk rumah dia hanya akan duduk di satu tempat tanpa buat bising, tanpa merayau. Tak pernah meminta makanan. Hanya diam dan bergesel di kaki... Penulis sayang Mei...
Kadang-kadang penulis rasa, hidup ini sekejap aje kan. Penulis sekarang dah nak akhir 20an. Pejam celik dah 30an...........40an...........malah abang penulis pun dah nak masuk akhir 30an.... Begitu pantas masa berlalu....... Diam tak diam ayah dah meninggalkan kami hampir 3 tahun...... Kehilangan yang masih dirasai.... Masih dirindui.... Masih diingati....
Bukan bermakna tidak menagis, tidak bercerita tentang ayah bermakna melupakannya... Tapi penulis sering kali teringatkan ayah terutama bila sesuatu peristiwa itu mirip apa yang pernah berlaku antara penulis dan ayah.... Kadang-kadang makan budu... Teringat ayah... Dia berselera sangat makan kalau ada budu.... Walau hanya berlaukkan ikan bakar tawar...
Bila menyapu daun di halaman teringat ayah... Dia selalu melakukanya sewaktu hidup... Melihat sahabat-sahabat ayah.... Masuk ke bilik ayah.... Semasa solat berjemaah... Banyak benar rasanya...
"Rahmatilah kedua ibu bapa ku seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecil ya Allah...." Ameen ya Rabb...
Semoga ayah bahagia sekarang... Semoga dapat bertemu lagi suatu hari nanti....di alam yang tiada kesedihan... Ameen ya Rabb....... Yu sayang ayah dan mak....
Posted by CaHayA SuFi at 3:50:00 PM 0 comments
Category : .: Personal :.