Saturday, January 31, 2009

Kembang Ku Sayang....


:D Penulis mulakan penulisan kali ini dengan senyuman lebar... Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk ditulis. Cuma nak berkongsi keletah kucing penulis yang yang penulis namakan "Si Kembang" sempena ekornya yang kembang macam kucing Parsi.

Satu hari, cewah macam bercerita hikayat sang kancil pulak.... takla ada satu haritu, penulis menjenguk keluar melalui tingkap bilik atas penulis, dan ini yang penulis nampak....jeng jeng jeng...



Mula-mula terlintas di hati penulis "eh apa benda pulak yang menempek atas cadar aku ni??". Masa penulis jemur pagi tadi memang penulis pastikan cadar tu tak menyapu lantai. Konpius kejap. Maka dengan muka tak puas hatinya penulis pun pergilah ke tingkat bawah untuk melihat dengan lebih dekat lagi 'benda hitam' tu.

Rupa-rupanya.... 


Ish Kembang kuncup rupanyer.... Cik kembang ku sayang.... Dalam hati mula nakla jugak halau si kembang ni takpun buat kucing panggang untuk lunch aritu :P. Tapi bila dia buat muka tak bersalah... cair pulak penulis... lepas tengok penulis siap sambung tidur balik tu.... ish-ish...

Sebenarnyer kembang ni memang 'beradun' sikit. Kalau nak tidur, nak tempat yang baik, elok, selesa, redup. Kalau nak makan pun macamtu, kalau penulis bagi tempat yang panas terik jangan harap dia nak makan. Dia akan angkat(gonggong) makanan tu ke tempat redup baru makan. ish memang beradun betul la dia ni... Tengokla nak tidur siap tarik cadar penulis lagi... Bagus.... Satu perkembangan yang positif :P

P.s: Just untuk rehatkan kepala otak kejap... wink*. cu

Sokonglah Produk Keluaran Muslim


Beberapa minggu yang lalu penulis telah berkesempatan ke Negeri Jelapang Padi, Kedah. Jalan-jalan cari ketenangan... Walaupun hanya di dalam negara tapi sedikit kelainan dari segi adat, budaya, makanan dan persekitaran yang dapat penulis lihat dan alami... Alhamdulillah... Cuma bukan itu yang ingin penulis kongsikan di sini. 

Penulis sebenarnya tertarik dengan sebuah restoran makanan segera keluaran HPA, RFC yang terletak di Sg. Petani, Kedah. Pertama kali masuk ke restoran ini, timbul rasa bangga dalam diri. Biarpun restoran itu bukan milik penulis, namun penulis tumpang gembira dengan saudara seagama yang mampu membuka restoran makanan segera alternatif. Di sebalik kegelutan muslim ingin memboikot barangan Yahudi laknatullah dan sekutunya, ternyata kita punya banyak pillihan yang kadang-kadang kita hanya membutakan mata dan mentulikan telinga dari mengambil tahu tentangnya. Hanya dengan alasan "aku dah biasa membeli di KFC/ McD, anak-anak aku pun dari kecik dah ke situ", kita terus menerus memaksa diri kita dijajah....

Dari segi menu pula jangan risau kerana bukan sahaja halal, malah ayam yang digunakan adalah ayam organik. Makan pun takda rasa was-was insyaAllah.. dan sedap ;)

Berikut penulis paparkan sedikit gambar yang sempat penulis ambil semasa mengunjungi RFC baru-baru ini :

Outlet RFC di Sungai Petani, Kedah


Antara menu yang disediakan


Rfc ;)

Bukan itu sahaja, terdapat juga satu lagi outlet donut muslim yang bagi penulis setanding dengan nama-nama outlet donut terkenal seperti Dunkin Donut, Big Apple dan lain-lain lagi. Mungkin ramai yang telah mengetahuinya kerana outlet ini pernah dipaparkan di dalam Buletin 130. Ia tidak lain adalah Nash Donut.  Bagi penulis Nash Donut lebih sedap jika dibandingkan dengan Dunkin Donut yang cepat keras apabila lama disimpan. Kalau tak percaya kena rasa ;) Nash Donut telah membuka beberapa outlet termasuk di Sg. Petani, Kedah, Bukit Mertajam, Penang dan Johor. Berikut adalah alamat Nash Donut di Bukit Mertajam, Penang.

No. G-18 & G-19, De Rendezvous , 
Jalan Perda Selatan,
Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam,
Penang
Toll Free: 1 800 88 2434

 Atau boleh layari www.nashdonuts.com.my tapi semasa penulisan ini dibuat, website sedang diselenggara. Namun pengunjung masih boleh melihat gambar-gambar berkaitan outlet dan beberapa jenis donuts yang disediakan...

OK chow chin chaw.... :P

 

 

Khusyuk

Semalam 30/01/2009 (Jumaat) penulis berkesempatan menonton rancangan Al-Kulliyyah terbitan TV3. Pada kali ini Al-Kulliyyah membawa tajuk "Kusyuk". "thumbs up" untuk kesemua krew rancangan ini yang telah mengelelola rancangan ini dengan begitu baik sekali.Setiap tajuk dikupas dengan panjang lebar di mana mereka lebih menekankan sesi soal-jawab dari para penonton berbeza dengan rancangan forum agama yang lain yang lebih menjurus kepada penjelasan sebelah pihak sahaja dan jika ada sekalipun sesi soal jawab, ia hanya melibatkan 1/2 orang sahaja.


Semalam pihak Al-Kulliyyah telah menjemput Kiyai Abdullah dari Indonesia. Pada mulanya penulis berpendapat agak sukar untuk memahami pelat beliau dan sudah tentu ini menjadikan rancangan kegemaran penulis kali ini agak sedikit 'sukar untuk didalami/diselami' tajuknya. Namun ternyata pendapat penulis silap sama sekali. Malah penulis rasa kupasan tajuk semalam adalah antara kupasan yang paling 'masuk ke jiwa'. Mungkin itu bagi penulis sahaja. Wallahua'lam.

Tapi cara kiyai ini menjawab setiap persoalan yang diajukan menampakkan tawaduk, penyerahan bulat kepada Allah dalam apa keadaan sekali pun. 

Di antara point yang masih penulis ingati:

1) untuk khusyuk dalam solat, kita bukan sahaja mesti bersedia semasa hendak solat tetapi kita juga mesti membuat persediaan sebelum solat itu sendiri. Dari segi wudhuknya, kebersihan diri, kebersihan hati, dan mohon kepada Allah supaya diberikan kusyuk ketika solat.

2) Solat yang terbaik adalah solat Rasulullah. Kerana ada di kalangan penonton yang bertanya adakah boleh menunaikan solat di dalam gelap/ memejamkan mata / membaca dengan bacaan yang kuat. Maka jawab kiyai contohilah solat Rasulullah kerana tiada dalam riwayat yang menyebut Nabi menunaikan solat di dalam gelap dan sebagainya hanya untuk kusyuk. Mohon pada Allah. Allah tahu apa isi hati kita. Dia Maha Tahu kita ingin dekat dengan Dia. Maka insyaAllah Dia akan bantu.

3) Kita sering memberi sisa kepada Allah dalam berikbadat. Contoh sisa ini seperti kita sering solat.... tetapi solatnya di akhir waktu. Kita sering baca Quran tetapi ianya dibaca selepas kita membaca suratkhabar, kita sering memberi barang sebagai hadiah kepada orang tetapi selalunya barang tersebut tidak kita perlukan lagi/ telah berlebihan. Kiyai tersebut lantas melontarkan persoalan kepada penonton "adakah kita sanggup memberikan sisa-sisa makanan yang telah kita makan kepada orang yang paling kita sayang?".

4) Tanda-tanda orang yang mendapat kusyuk dalam solat biasanya ditunjukkan melalui perbuatannya selepas solat. Dia akan sentiasa tenang, tertib, tidak cepat marah, tidak mengadu domba, lisannya sentiasa dijaga....

5) Kita bayangkan bahawa solat yang sedang kita dirikan ini merupakan solat yang terakhir. Kerana hidup ini sangat rapuh, belum pasti kita akan bertemu solat yang berikutnya. Jika ini solat yang terakhir maka adakah solat yang "cincai" yang bakal kita bawakan bersama ke kubur sebagai peneman kita. Jangan biarkan solat kita dicampakkan semula ke muka kita seperti kain buruk dek kerana ketidaksempurnaan dan kelalaian kita semasa menunaikannya.

6) Fahami makna bacaan di dalam solat.

7) Solat seperi Allah melihat kita. Contohnya kita seorang cikgu. Ada masanya kita perlu di "observe" sebelum dapat disahkan jawatan. Maka kadang-kadang pabila tiada yang melihat kita mengajar kita akan mengajar juga cuma tidak begitu bersungguh-sungguh. Tetapi bila ada yang memerhatikan kita, maka pengajaran pada kali itu pasti menjadi pengajaran yang menarik dengan disulami alat-alat bantuan mengajar. Kenapa? kerana kita tahu ada yang melihat. Begitu juga dengan solat. Siapalah 'boss' kita kalau nak dibandingkan dengan Allah Robbul'alamin.... Raja segala raja tengah memerhatikan kita. Pasti kita ingin mempersembahkan hadiah yang terbaik untukNya bukan? hadiah buat Allah... yang Maha Menyayangi kita.... yang Maha Mengasihi kita....

Itu sahaja point yang masih penulis ingati. Kerdil rasanya diri ini di sisiNya. Kita selalu fikir kita ni dah ok sebab solat 5 waktu, puasa cukup dan sebagainya. Tapi sebenarnya soal sah ibadah dengan diterima ibadah adalah 2 persoalan yang berbeza.... . Semoga Allah ampunkan kita semua di atas kelalaian kita selama ini.... wallahua'lam...

P.S: Kepada sesiapa yang berkelapangan ada beberapa program yang amat baik untuk diikuti di TV dan radio. Penulis senaraikan dibawah ini...

1) Setiap Jumaat, 8.10 a.m, Perak FM (95.6FM) - Soal Jawab Agama bersama Mufti Negeri Perak/Timbalan Mufti. ( Boleh didengar di Perak,dan beberapa kawasan di Penang, Kedah dan Cameron Highland)

2) Setiap Jumaat, 12p.m, TV9- Huraian Tafsir Al-Quran bersama Ustazah Fatma Zahra.

3) Setiap Jumaat, 5pm, TV3-Al-Kulliyyah

Semoga ada manfaat...

Friday, January 09, 2009

Amir Syuhada

Dengan pergolakan yang sedang berlaku di Palestin ketika ini, penulis tiba-tiba teringatkan satu email yang penulis terima dan penulis masih simpan sejak di universiti lagi. Penulis tidak mengetahui siapa penulis kisah ini. Namun, ia begitu berbekas di hati penulis biarpun telah berkali-kali membacanya. Bagi pengarang kisah ini terima kasih di atas hasil tulisan ini, semoga mendapat ganjaran yang setimpal dariNya.... Penulis paparkan kisah ini buat tatapan semua pembaca. Semoga ada manfaat...

cahayasufi

PS: Penulis mintak maaf di atas kegagalan teknikal ketika 'paste' arikel ini kerana tidak dapat menukarkan keseluruhan warna tulisan. (mungkin kerana copy paste dari email, maka setting tulisan email tersebut juga dibawa sekali tanpa dapat di ubah... jutaan kemaafan diminta...)

________________________________________________________

Untuk pertama kalinya dia tumpahkan airmata kesedihannya saat usianya belum genap sepuluh tahun. Saat itu, di depan matanya dia menyaksikan kedua orang tuanya dan ratusan ribu bangsanya dibantai dan diusir dari Deir Yasin. Itulah saat pertama dia mengenal langsung kekejaman Yahudi yang selama ini hanya didengarnya dari cerita ibunya, dan saat itu pula tergambar bayang-bayang penderitaan bangsanya Kemudian tangis kesedihan itu secara beruntun menerpanya, ketika Irgun membawa satu persatu orang-orang tercintanya tanpa pernah lagi kembali. Saat dia melepas suaminya pada perang Ramadhan (1973), saat itu Amir, putera mereka, baru saja melewati satu tahun usianya. Amir masih terlampau kecil untuk memahami, ketika suatu senja seseorang datang memberitahu tentang kesyahidan ayahnya.

Sudah terbayang masa depan hidupnya, seorang janda dan seorang bayi di tengah penindasan Yahudi. Saat itu tidak ada yang ingin dilakukannya kecuali menangis. Tapi tidak, dia tidak melakukan itu. Saat itulah dia memulai tekadnya untuk tidak ingin menambah kegembiraan orang-orang Yahudi dengan airmata kesedihannya. Lebih dari itu dia tidak ingin mengajari Amir menjadi pemuda yang lemah. Dan sejak saat itu pula, setiap kesedihan yang menerpa, digubahnya menjadi senandung-senandung jihad yang dia bisikkan ke telinga Amir, hingga memenuhi rongga dada anaknya. Dia masih mampu bertahan untuk tidak menangis saat pembantaian Taal el-Zatar ataupun Sabra Shatila yang menghabisi kerabatnya yang tersisa. Masih disisakan sedikit harapan dalam dirinya demi seorang Amir putera tercintanya. Dia tidak ingin menyia-nyiakan warisan paling berharga dari suaminya itu. Sekian tahun dia telah membendung tangis itu, tapi tidak untuk hari ini.

Kata-kata pemuda tampan di hadapannya telah mengikis kekukuhan benteng pertahanannya. Dicubanya untuk mengelak dan memujuk hatinya, bahawa yang didengarnya beberapa minit yang lalu hanyalah mimpi. Tapi susuk di depannnya teramat nyata untuk dia mengingkarinya. Amir Syuhada, pemuda tegap didepannya itu, satu-satu puteranya, kembali mengulang kata-katanya, "Bonda, izinkan anakanda pergi berjihad". Suara itu terdengar lembut dan penuh harap, seperti lima belas tahun yang lalu ketika Amir kecil meminta baju buat berhari raya. Tapi suara itu kini memendam sebuah tekad dan keberanian, dan dia tahu bahwa dia takkan mungkin sanggup menahan gelora itu. Wanita tua itu menarik nafas panjang menahan esak yang satu persatu saat keluar. Terasa masih terngiang di telinganya 23 tahun yang lalu, kalimat senada diucapkan suaminya. Dengan berat hati dilepasnya pemergian suaminya. Dia masih menyimpan sedikit harapan bahawa suaminya akan kembali, meskipun kenyataan yang terjadi tidaklah sesuai dengan apa yang diharapkannya. Tapi kali ini hatinya teramat berat, kerana dia tahu benar apa yang dimaksud dengan kata "Jihad" oleh Amir anaknya. Baru dua hari yang lalu Amir dengan bersemangat bercerita tentang kawan-kawannya yang syahid dalam aksi bom syahadah. Itu ertinya, dia harus menguburkan seluruh harapan akan kembalinya puteranya dengan selamat, bahkan sepotong tubuhnya sekalipun.

"Amir Syuhada" (pemimpin para syahid), perlahan diejanya nama puteranya. Nama yang diberikan oleh suaminya. Nama yang menyimpan sebuah cita-cita amat dalam. "Aku tidak berharap dia menjadi orang terkenal di dunia kerana memimpin sebuah angkatan perang, tapi aku ingin dia menjadi orang terkenal di akhirat kerana memimpin rombongan syuhada. Dia harus menjadi orang yang pertama menyambut setiap kali kesempatan jihad itu datang", begitulah harapan suaminya. Betapa cepat perjalanan hidup. Betapa cepat harapan-harapan berganti.

Seminggu yang lalu, Amir dengan malu-malu mengungkap keinginannya untuk mengakhiri masa bujangnya dengan membina rumahtangga. Ya, Amir ingin menikah. Sudah terbayang seorang gadis cantik menjadi menantunya, bahkan sudah terbayang pula cucu-cucu yang akan meramaikan rumah buruknya ini. Namun kehendak ternyata berkata lain. Bukan perlengkapan nikah yang dibawa pulang puteranya hari ini. Tapi sepotong baju khusus dengan kabel-kabel di sana sini dan beberapa bungkusan aneh yang baru kemudian dia tahu berisi bom. Esaknya mulai terdengar saling memburu. Begitupun cairan bening di matanya dibiarkannya mengalir, tanpa usaha lagi untuk menahan. Amir pun terdiam mematung. Baru ketika ibunya mulai tenang, diraihnya tangan tua itu dan digenggamnya penuh perasaan sambil berucap, "Bonda, anakanda lakukan ini kerana anakanda ingin merealisasikan apa yang selama ini menjadi doa bonda terhadap anakanda."

Sekilas wanita tua itu terhenyak mendengar pertuturan anaknya, tapi dia tetap diam tak menyahut. Amir melanjutkan ucapannya, "Bukankah bonda yang setiap malam berdoa agar anakanda menjadi anak yang soleh? Inilah anakanda yang berusaha mewujudkan harapan bonda. Bukankah bonda selalu menasihati anakanda untuk sentiasa istiqamah memegang panji dakwah ini, dan sentiasa memenuhi hidup dengan jihad dan pengorbanan? Menegakkan kalimat tauhid, melindungi kaum yang lemah, membela kebenaran dan keadilan? Bukankah bonda selalu mengingatkan bahawa kemanisan iman hanya dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya dalam dirinya, bahawa bahagia hanya dapat dirasakan oleh orang yang berjuang membela kebenaran dan keadilan, bahawa kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan pada pejuang yang telah berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan, bahawa ketabahan dan kesabaran berjuang hanya akan diberikan pada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah? Bukankah bonda yang berulangkali mengatakan hal itu? Inilah anakanda Amir yang berusaha menjalankan nasihat Bonda."

Amir mencuba untuk tetap tersenyum, sambil tangannya menggenggam telapak tua ibunya. Dulu ketika masih kecil dia suka merengek dan menarik-narik tangan itu jika menginginkan sesuatu. "Tapi aku tidak berdoa agar kamu mati," perlahan ibunya bereaksi. Dan masih dengan tersenyum Amir berucap, "Bonda...," dengan gaya merajuk Amir menyebut ibunya dan melanjutkan ucapannya, "Siapa yang mahu mati? Bonda tentu masih ingat, bagaimana ketika anakanda masih berusia 7 tahun. Jika anakanda menangis, Bonda selalu menghibur dengan cerita tentang kepahlawanan ayah, tentang keberanian ayah dalam setiap medan tempur, tentang kisah kesyahidan ayah, dan bonda selalu mengakhirinya dengan membaca ayat, Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang terbunuh di jalan Allah itu mati, namun sesungguhnya mereka itu hidup di sisi Rabbnya dengan mendapatkan rezeki.

Bonda, anakanda berjihad bukan untuk mati, tapi anakanda berjihad untuk syahid, untuk kehidupan yang lebih abadi." "Tapi tidak dengan bunuh diri," ibunya menukas. "Bunuh diri? Siapa yang mengatakan itu pada Bonda," terdengar nada bicara Amir meninggi, ketika sedar dengan siapa dia berbicara, kembali Amir melunakkan suaranya sambil mengulang pertanyaannya. "Siapa yang mengatakan itu pada Bonda?" tanpa menunggu jawapan, Amir melanjutkan, "Bonda.., Bonda tentu masih ingat ketika anakanda masih kecil, bonda yang selalu mengiring tidur anakanda dengan senandung jihad. Bonda yang menanam benih-benih keberanian itu dalam rongga dada anakanda, Bonda yang telah menyalakan api revolusi itu dalam jiwa anakanda. Kini hantarkanlah anakanda pergi ke medan jihad dengan senandung itu, izinkan anakanda membakar kesombongan Yahudi dengan api itu. Bonda, masih ingatkah Bonda akan senandung Khubaib bin Ady r.a. saat menjelang digantung orang-orang kafir Quraisy?

“Sekiranya Allah menghendaki keberkahan dengan menghancurkanlumatkan tubuhku aku takkan peduli, asalkan aku mati sebagai muslim untuk Allah-lah kematianku pasti”.

"Sungguh Bonda, jika tegaknya kalimat Allah di bumi ini harus dibayar dengan carikan- carikan tubuh anakanda, anakanda tidak akan pernah mundur. Bonda pula yang berkisah tentang kepahlawanan Ikramah dalam perang Yarmuk, ketika dia berseru, "Siapa yang sedia berjanji setia kepadaku untuk mati?" Kemudian 400 mujahidin serentak menyambutnya, dan mereka tidak mundur sejengkal pun sampai menemui kesyahidan. Inikah yang hendak bunda katakan bunuh diri...? Tidak Bonda, anakanda telah menjual diri ini pada Allah, biarkan anakanda menepati janji." Sejenak ruang itu hening. Esakan wanita tua itupun sudah lama reda, hanya genangan bening yang masih tersisa di sudut matanya. Meski tanpa harap, dicubanya untuk terakhir kali memujuk puteranya, seperti mengingatkan dia bertanya, "Bukankah beberapa waktu lalu kau telah berniat untuk menikah?" Masih dengan senyumnya, Amir menjawab, "Bonda, sekian lama anakanda belajar tentang erti sebuah cinta. Dan anakanda telah menemukan, bahawa cinta yang tertinggi hanyalah untuk Allah. Sekian lama anakanda memendam rindu untuk bertemu Allah, dan saat ini kesempatan itu telah datang. Sungguh Bonda, anakanda tidak ingin kehilangan kesempatan." Diucapkannnya kalimat terakhir dengan nada yang tegas.

Wanita tua itu kembali menarik nafas panjang. Ditatapnya pemuda tegap di hadapanya, seakan dia ingin memastikan bahawa pemuda di hadapannya itu benar-benar Amir anaknya. Dia sebenarnya sudah menyedari sejak lama, bahawa saat-saat seperti ini pasti akan terjadi. Dia pun tahu tak seharusnya mencegah maksud puteranya. Amir bukan lagi kanak kanak kecil yang boleh dipulas telinganya kalau nakal, atapun dipujuk dengan sepotong kuih agar tidak menangis. Amir kini telah membesar menjadi pemuda dewasa, bahkan mungkin terlalu dewasa untuk pemuda seusianya. Dia tahu bahwa kata-kata yang diucapkan Amir benar adanya. tapi dia merasa begitu berat untuk memujuk naluri keibuannya. Sejak Amir terlibat dengan berbagai aktiviti HAMAS, dia sebenarnya telah berusaha mencuba meyakinkan hatinya, bahawa Amir bukanlah miliknya.

Benar, ia telah melahirkannya, memberinya kasih sayang, tapi dia sama sekali tidak berhak mementingkan keinginannya. Benar dia telah menyerikan rumah bagi raganya, tapi tidak pada jiwanya, kerana jiwanya telah menjadi penghuni rumah masa depan yang kini sedang dirisaukannya. Amir telah menjadi milik zamannya, sejarahnya dan tentangannya.

Dia hanyalah sebatang busur, dan Amir adalah anak panah yang meluncur. Sang Pemanah Maha Tahu sasaran bidikan keabadian. Direntangkan-Nya busur itu dengan kekuasaan-Nya hingga anak panah itu meluncur jauh dan tepat. Meliuk dalam suka cita dalam rentangan tangan Sang Pemahan. Sang Pemanah mengasihi anak panah yang meluncur laksana kilat, sebagaimana pula dikasihi-Nya busur yang mantap. Dia seharusnya gembira, 24 tahun ini mendapatkan kesempatan menyertai perjalanan sejarah Amir. Dia seharusnya bangga kerana benih yang dia tanam dengan senandung-senandungnya telah tumbuh subur, dan kini saatnya berbuah. Tidak, dia tidak boleh terbawa perasaannya. Dia tidak boleh menghalangi buah yang telah ranum untuk dipetik. Di tatapnya wajah pemuda di hadapannya, sungguh tampan dan bercahaya, persis wajah as-syahid suaminya. Sorot matanya tajam, menyimpan semangat yang bergelora. Sama sekali tak ditemukan keraguan di sana.

Perlahan tangan tuanya meraba wajah itu. Wanita tua itu mencuba untuk tersenyum, ya, dia harus ikhlas. Dengan suara bergetar dia berkata, "Pergilah anakku, jangan kau risaukan bonda. Simpan kesedihan dan derita bonda jauh disudut hatimu. Jangan kau pergi jika masih ada setitik dendam, bersihkan niatmu hanya untuk meraih redha Allah. Pacakkan tinggi-tinggi panji tauhid di bumi ini. Kalau memang hanya dengan carikkan tubuhmu ia akan tertegak, bonda merelakanmu. Pergilah anakku, dan jangan kau kembali kepada bonda selama nyawamu masih tersisa..." Diciumnya dahi putera satu-satunya itu. Wanita itu tak lagi menangis.

Dilepaskannya pemergian puteranya dengan senyum keikhlasan. Matahari senja menyapu lorong-lorong Tel Aviv. Tidak ada yang memperdulikan ketika seorang pemuda tegap berjalan menghamprii sebuah pos tentera Israel. Tanpa sebarang kata-kata, Boommm..!!, tubuh pemuda itupun meledak menghantar menemui Rabbnya. Berjajar para bidadari berebut kekasih yang baru tiba, seorang pemuda tampan dengan pakaian pengantin dari syurga tampak berbahagia.

Lepas Isya' di sebuah perkampungan di jalur Gaza, seorang lelaki berjalan mengendap-hendap, mengetuk pintu sebuah pondok dengan hati-hati sambil mengucap salam. Wajah seorang wanita tua muncul menjawab salamnya. Tanpa menunggu lelaki itu mendahului berbicara, "Amir Syuhada telah syahid petang tadi. Dan hanya ini yang tersisa dari jasadnya, yang dipesankannya menjelang berangkat." Berkata demikian lelaki itu sambil memberikan sebuah mushaf mungil di tangannya. Wanita tua mendakap mushaf itu didadanya, seperti ia mendakap Amir kecil sewaktu tidurnya. Dia tidak pernah merasakan kebahagiaan sebagaimana kebahagiaan yang dirasakannya hari ini. Seakan ada yang menuntun, dia berjalan menghampiri kamar puteranya. Dengan hati-hati dikuakkannya pintu kayu yang menghalanginya. Sungguh, dia mencium bau harum di kamar itu. Bau harum yang khas keharuman kamar pengantin.

Ibunda...,

Kau ucapkan selamat tinggal,

tatkala aku berangkat berjihad,

Dan kau katakan padaku,

Jadilah singa yang mengamuk meraung,

Kemudian aku berlalu,

mencatat segala pembataian dengan darahku,

Bonda jangan kau bersedih,

Kini belengguku berat Bonda,

Namun...kemahuanku tak terkalahkan,

Penjara dan siksaan mereka tak menakutkanku,

Aliran letrik tak kuasa menyengatku,

Bonda jangan bersedih,

Goncangku kanku jadikan pintu jahim,

yang meledak menghentam para musuh,

Betapapun kuatnya belenggu,

Dengan sabar dan tekad bulat kurantas belengguku,

Bonda jangan kau bersedih,

Bersabarlah Bonda,

Jika tiada lagi pertemuan,

Dan semakin panjang malam mencengkam,

maka esok kita kan hidup mulia,

Di atas negeri kita sendiri,

Bonda...jangan kau bersedih.

"Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan menjajah kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya Allah Yan Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu. Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah."

(Asy-Syahid Hasan al-Banna)

"Saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab, keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu adalah kecantikan pemudi yang paling utama."

(Mustafa Luthfi al-Manfaluthi

Tuesday, January 06, 2009

Di Manakah Tahap Perjuangan Kita Wahai Muslim

Oleh : ABU SAIF @ www.saifulislam. com

“Anta dah siap ke? Jom la ke kelas”, saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas.

Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.

Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu berikut:

“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”

Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut.

Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.

Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan “nasyid” mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).

Sesungguhnya gambar-gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin. Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan di kawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.

Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.

Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘Ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arab dan Islam!

Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.

Anak kita bagaimana?

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!

Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) ; dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]

Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.

Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?

Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.


 

Boikot Barangan Yahudi...

Marilah kita sama-sama memboikot barangan keluaran syarikat yahudi atau yang menyokong yahudi. Selain berdoa, semoga usaha kecil ini dapat membantu kita di akhirat nanti, insyaAllah. Allah takkan tanya adakah kamu berjaya mengalahkan musuh Islam. Tetapi Allah akan tanya apa yang telah kamu lakukan untuk Islam. Walaupun dianggap remeh dan kecil oleh sesetengah pihak...


Penulis biasa berjumpa dengan mereka-mereka yang sering mempertikaikan kempen ini. Tidak mengapalah. Setiap orang dikurniakan dengan satu mulut maka mereka boleh memberikan 1001 pendapat berkenaan kempen ini. Cuma bagi penulis tidak perlu dikusutkan benda ni, contohnya ada yang cakap "habisla membazir barangan yang aku dah beli ni, kalau mcmtu telefon nokia ko tu buangla dalam sungai" (dengan nada sinis) atau " habislah ramai orang mengangur sebab kena berhent kerja dari Mc D". 

Hm.... bagi penulis mudah sahaja, barangan yang telah terlanjur dibeli, gunakanlah sehingga habis, selepas itu berhenti dari membelinya lagi. Berkenaan dengan pekerjaan pula, kalau dah terlanjur bekerja di situ, sambil2 tu carilah kerja baru. InsyaAllah Allah tahu niat kita. Allah akan bantu sesiapa yang bantu agama Diaa... Yakin pada janji Allah.... Nampak memang senang bercakap dari melakukannya, tapi Yakin pada Allah itu kuncinya....

Oklah penulis rasa takat ni dulu buat kali ini. Untuk senarai barangan yang boleh diboikot boleh layari laman web ppim di http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html 

** Syukran buat akhi Rozmal Malakan di atas link tersebut

Semoga usaha kecil ini mendapat redha Allah. Ameen ya Rabb....