Monday, March 10, 2008

Alhamdulillah

Pertama sekali jutaan kesyukuran penulis panjatkan kepada Allah Subhanahuwataala...

Pelbagai peristiwa berlaku dalam bulan Mac ini..yang utamanya sudah tentulah berkenaan dengan Pilihanraya Umum ke 12. Keputusan yang amat memeranjatkan semua pihak baik kerajaan, parti pembangkang malah rakyat sendiri....

Namun apa sekali pun, itu realiti yang perlu kita semua terima.'The Tribe has spoken' bak kata program Survival :D. Rakyat telah bersuara dan memberikan tanda bahawa kami memerlukan sesuatu perubahan. Bukan bencikan kerajaan cuma kadang-kadang kita perlukan kekalahan untuk kita memuhasabah diri. Jika kita sentiasa di atas kita jarang memandang ke bawah.... Mungkin kerana terpesona dek bintang-bintang yang bergemerlapan.... maka terlupa rumput-rumput yang kekeringan di bawah sana....


Apa yang terjadi pasti tersimpan seribu satu hikmah yang Allah sahaja Maha Mengetahuinya... Bagi yang menang.. tahniah... tetapi amanah yang harus dipikul amat berat... maka jalankanlah ia dengan sebaiknya...


Walaupun pelbagai cerita di tempat bilangan undi yang penulis dengar (ada tong yang hampir pukul 11 malam baru tiba, dan tiba-tiba black out di pusat kiraan undi) tetapi semuanya telah berlalu... Jadikan pengajaran... jadikan iktibar...


SPR juga sepatutnya meningkatkan kualiti perkhidmatan kerana memandangkan ia harus menguruskan satu acara yang besar maka bagi penulis persiapannya juga harus begitu teliti kerana terdapat sedikit ketidakyakinan oleh petugas SPR semasa penulis mengundi. Bagi penulis, pegawai SPR perlu diberi taklimat yang secukupnya supaya mereka benar-benar faham apa yang akan mereka lakukan.


Jangan apabila pengundi ingin uji sedikit, terus panik. :D Contoh abang dan ayah penulis telah datang bersama penulis di tempat mengundi, tetapi mereka mengundi di tempat yang berbeza. Mereka hanya ingin memastikan dimanakah tempat mengundi mereka. Tetapi seorang petuas SPR telah memeriksa nama mereka dan terus memberikan kertas saluran tempat undi kepada ayah penulis tanpa memeriksa tempat mengundinya. Tetapi mereka telah mendapati mereka silap kerana kebetulan saluran untuk abang penulis mengundi adalah di saluran 5, tetapi tiada saluran 5 dia tempat mengundi tersebut. Dari situ baru mereka panik.


Bagi penulis perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Pegawai SPR sepatutnya yakin. Jika tempat mengundinya berbeza, maka beritahu perkara tersebut kepada pengundi bukannya panik...

Takpala... iktibar kepada yang lain....Apapun... kepada yang menang ini merupakan ujia dari Allah, kepada yang kalah juga ujian... cuma cara mereka diuji sahaja yang berbeza...


Menyentuh tentang ujian.... kadang-kadang penulis terfikir.... Allah uji setiap dari kita dalam bentuk yang berbeza. Contohnya A diuji lambat dikurniakan cahaya mata, B pula lambat bertemu jodoh, C tidak mendapat kerja yang bagus, D terlalu awal dikurniakan anak sehingga hampir bercerai berai kerana masih belum puas hidup berdua, F masalah kewangan,dll....


Penulis pernah bincang perkara ini dengan suami dan jawapannya cukup ringkas... "Kalau kita masih tak dikurniakan apa yang kita kehendaki, jangan bimbang kerana Allah Maha Mengetahui masa yang sesuai untuk kita menerimanya.... cuma kadang-kadang kita ni kurang sabar...."


Jawapan yang cukup ringkas tapi cukup untuk mengunci kata-kata penulis.... Terima kasih sayang kerana mengingatkan su...


Jadi sebagai rumusannya, jangan risau jika masih belum dikurniakan sesuatu yang sangat-sangat kita kehendaki kerana Dia pasti akan mengurniakannya samada sebagai penyejuk hati di dunia ataupun ganjaran di akhirat insyaAllah...

wallahua'lam...

2 comments:

StreetBlogger said...

Pengerusi SPR and pegawai SPR yang tidak jujur patut mandi bunga dengan dakwat yang mereke beli itu.

CaHayA SuFi said...

hehe... teruk pulak kalau kena mandi dakwat tu streetblogger...