Dari Hati Seorang Isteri...
Tadi
penulis dapat panggilan telefon dari seorang sahabat. Sahabat semasa sekolah
rendah…yang telah agak lama tak berjumpa. Cuma sekali sekala berhubung melalui
SMS dan panggilan… Sebelum itu, 4-5 bulan sebelum itu sahabat ini ada SMS penulis…
SMS yang mulanya biasa bertanya khabar namun akhirnya bertukar ‘luar biasa’.
Rupa-rupanya dia ingin meluahkan tentang suaminya ada meminta izin untuk
berkahwin satu lagi…
Hmmm…
Terdiam sejenak penulis…. Cuba menyelami hati yang sedang terluka…. Allahuakbar.
Ujian besar buatmu sahabatku… Apa yang penulis boleh katakan padanya hanya…
bersabar… berdoa… dekatkan diri pada Dia… Sebetulnya penulis sendiri takut
untuk berkata lebih…. Takut tak sekuat mana apabila diuji…. Nauzubillah…
Selepas SMS
itu, agak lama sahabat penulis mendiamkan diri. Cuma kadang-kadang sahaja kami
bertanya kabar dan dia ada juga sesekali menyatakan perkembangan diri dan
perkahwinannya. Dia mengambil keputusan membenarkan suaminya berkahwin lagi….
Dalam telefon dan SMS dia masih sahabat yang penulis kenal… ceria, jarang
menangis…
Namun
panggilan telefon baru-baru ini mengubah persepsi itu…. Sahabat ini menghubungi
penulis. Pada mulanya nada suaranya ceria… Tapi apabila penulis tanya dia ada
di mana… suaranya mula sugul…. Dengan menyatakan dia di rumah mertuanya… hendak
menunggu kedatangan sang suami bersama isteri baru… Dia cakap ketiga-tiga
kenduri dia dah hadiri… tugas dia dah selesai… Dia nak balik tapi suami dia
suruh tunggu di rumah mertua sampai suami dia pulang dari bulan madu… “Sue…
aisya(bukan nama sebenar) sedihlah… aisya nak balik… tapi dia taknak hantar…
dia suruh tunggu sampai dia habis honeymoon baru balik sekali…”
Penulis
menahan sebak… Cuba menjadi kuat untuknya… “Aisya, bincang baik-baik dengan
suami, cakaplah Aisya nak balik… hati Aisya pun kena jaga jugak… InsyaAllah
suami faham…” Hanya itu yang penulis mampu ucapkan… Sabar wahai sahabat… Allah
sedang dekat denganMu….
Beberapa
jam selepas itu penulis mendapat panggilan telefon darinya mengatakan suaminya
bersetuju untuk menghantarnya pulang keesokan harinya.. Ceria kembali suaranya…
Payah benar penulis nak jumpa insan sepertimu… Walaupun sesehari itu dia
melihat suaminya ‘berkepit’ dengan perempuan lain dan tiada bersamanya di malam
hari…Tatkala wanita moden sekarang hanya meminta diceraikan apabila diberitakan
hal ini, engkau masih tabah dan redha diatas ujian ini… Penulis kagum…
Keesokannya
seperti dijanjikan suami Aisya bersama isteri barunya menghantarnya pulang ke
rumah… Setelah sampai di rumah… tak lama selepas itu mereka berdua pergi
meninggalkan Aisya dan anaknya untuk berbulan madu… Macamana yer rasa duduk
dalam kereta sepanjang perjalanan itu? Bagaimana yer menghantar suami dan
isteri barunya pergi berbulan madu… Subhanallah… Kuatnya engkau wahai sahabatku….
Lepas habis
bulan madu, isteri kedua suaminya telah ikut sekali balik ke rumah mereka.
Selama seminggu mereka hidup bersama di bawah satu bumbung. Melihat suami
berkepit siang malam dengan isteri kedua. Aisya cakap suami dia sekarang mudah
melenting apabila besama dengannya. Hatinya hancur… Pengorbananya sedikit tidak
membawa makna pada si suami… Allahuakbar…. Sabar sahabatku… Sabar… Penulis
kelu… tiada kata untuk menenangkannya… Cuma mampu menjadi pendengar… sekali
sekala menenangkan Aisya yang lebih kerap menangis sekarang ini…
“Mak jangan
sedih yer, Izam akan jaga mak “ Itu kata-kata yang diluahkan anak Aisya tatkala
melihat ibunya cuba menyembunyikan air mata dari dilihat anaknya yang seorang
itu…
Mengenangkan
pengalaman Aisya ini, penulis teringat satu ceramah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad.
Dia pernah menyentuh tentang poligami. Dia tak menyuruh mahupun melawan. Cuma
dinukilkannya lebih kurang begini isinya… “ Para jemaah yang dirahmati Allah
Subhanahu wa Taala… Cuba kita kenangkan masa kita mula-mula kawin dulu… Masa tu
gaji kita masih kecil… Baru keluar universiti… Masa mula-mula nak hidup bersama
isteri… masa tu agak susah… Tak seperti sekarang. Masa tu rumah sewa kecik
sahaja… Perabot pun takda… Cuma tidur di atas tilam berkongsi dengan isteri
kita… Dia pun masak guna dapur biasa… Kereta pun takda, hanya naik motor
bersama…
Masa zaman
kita susah tu, dialah isteri kita…. Masa tidur atas tilam tu dialah isteri
kita… Masa naik motor tu… dialah isteri kita yang setia di sisi… Dia tak pernah
merungut… Maka sanggupkah kita, bila dah berjawatan besar… Maklumlah lama
kelamaan kita naik pangkat… naik gaji… rumah besar… kereta besar… Sanggupkah
masa dah senang kita lupa kenangan indah itu bersama isteri kita… Itu aje yang
saya nak sebut… Fikir banyak kali… Tapi kalau nak jugak dan mampu silakan….
Tiada siapa boleh halang… Hukum tetap hukum…”
Teringat juga
penulis tentang kekasih hati Rasulullah SAW. Cara baginda berhadapan dengan
kesemua isteri-isteri baginda. Baginda begitu menjaga hati dan sifat cemburu
para isteri serta berlaku adil dalam giliran dan juga nafkah… Bahkan baginda
tidak meletakkan kesemua isteri baginda di dalam satu rumah sedangkan Nabi
bukan seorang yang kaya raya… Namun itulah Nabi… Suri tauladan terbaik…
Teringat
penulis suatu kisah sewaktu Rasulullah SAW bersama isteri-isterinya. Salah
seorang isteri baginda telah bertanya siapakah di kalangan mereka ini paling disayangi
oleh baginda…. Baginda cuma tersenyum dan menjawab “Isteri yang paling aku
sayang adalah isteri yang akan aku hadiahkan kepadanya sebentuk cincin apabila
tiba giliran bermalam di rumahnya nanti”. Maka para isteri baginda amat
berdebar-debar menantikan siapakah yang akan mendapatkan cincin tersebut.
Akhirnya apabila tiba giliran bermalam setiap isteri baginda, baginda telah
menghadiahkan setiap seorang daripada mereka sebentuk cincin tanpa diketahui
oleh isteri-isteri yang lain. Kesemua isteri baginda tersenyum lebar kerana
menyangkakan dialah yang paling disayangi Rasulullah…
Tak
terjangkau oleh kita keadilan dan cara baginda menjaga hati para isteri
baginda… Subhanallah cantik benar Islam ini…
Tulisan
kali ini hanya cebisan pedoman buat para suami… Ianya datang dari hati seorang
yang bergelar isteri… Luahan rasa seorang isteri yang mungkin tak mampu diluahkan
kepada suami dek kerana tak mahu meragut kebahagiaan yang sedang dikecapi sang
suami… Kadang-kadang bila kita diselubungi kegembiraan, kita lupa pada mereka
yang banyak berkorban untuk kita selama ini…
Buat
sahabat yang amat penulis sayang… Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama
penulis… Didiklah anakmu baik-baik… InsyaAllah ganjaran besar atas kesabaranmu
ini… menantimu di syurga nanti… Ameen…
--------------------------------------------------------------------------------------
Buat yang
bergelar suami…
Mungkin dia
tak secantik yang baru… Tapi mungkin jiwanya lebih cantik…
Mungkin dia
tak sekaya yang baru… Tapi mungkin dia kaya dengan budi…
Mungkin dia
tak seramping yang baru… Tapi dari rahimnya anakmu dilahirkan…
Mungkin dia
tak sebijak yang baru… Tapi dia korbankan hatinya untuk membahagiakanmu…
Manusia
boleh berkata tentang hukum…
Tapi mereka
tidak boleh menafikan runtunan perasaan di dalam hati...
Bukan
perasaan yang perlu didahulukan sehingga mengorbankan hukum…
Cuma… keperitan
hati itu jangan diremehkan…
Cukuplah
sedikit penghargaan di atas kelukaan hatinya…
Hati yang
redha khas untuk membahagiakan insan yang bergelar suami….
Wasalam…