Tersungkur Lemah Di HadapanMu....
Kami tersungkur lemah di hadapanMu ya Allah...
Lemahnya kami di akhir zaman ini ya Allah...
Bilangan kami sangat ramai...
Tapi hakikat kami sangat lemah... Terlalu lemah...
Lemah kerana meninggalkanMu...
Lemah kerana diulit keseronokan dunia...
Lemah kerana meringankan suruhanMu...
Lemah kerana terlalu cintakan dunia...
Lemah kerana terlalu takutkan kematian...
Lemah kerana tidak bersatu di bawah akidah yang sama...
Lemah kerana faktor geografi telah memisahkan kami...
KAMI TERLALU LEMAH YA ALLAH...
Di saat seluruh dunia melihat kezaliman regim maha zalim ini....
Di saat satu dunia mengutuk, menyelar, memanggil pulang wakil negara masing-masing...
Di saat itu juga regim kecil ini masih berkuasa dan angkuh dengan tindakan zalim mereka...
Apa kita mampu buat?
Negara Arab - mesyuarat entah kali ke berapa.... tanpa sebarang penyelesaian.
Negara Islam OIC - ? Wallahualam.Diam seribu bahasa.
Negara Islam sekitar Palestin - Demonstrasi, hantar memorandum, kutuk, keji, hina.
Israel - Gelak terbahak-bahak. Dia peduli apa kena kutuk.
Amerika - Pura-pura kesian dan kutuk.
Lemahnya KAMI Umat Islam akhir zaman ini ya Allah...
Punca utama adalah kerana kami tak bersatu di atas nama Islam. Penulis yakin jika Mesir, Jordan, Lubnan, Iran, dan negara-negara Arab/Islam lain serang Israel, dah lama Israel berkubur atau setidak-tidaknya kecut perut sikit...
Ini mengapa Mesir sendiri menutup sempadan kepada saudara seislam mereka??????????? Mengapa semasa Lubnan berperang dengan Israel suatu ketika dulu, tiada bantuan dari kita??? Mengapa Palestin dan Iran perlu jalani sekatan bekalan makanan yang dikenakan kepada mereka selama ini bersendirian. Di Mana kita , saudara-saudara mereka???
Jawapannya mudah..... Kerana kita penakut, takut mati dan cinta dunia.... "Kalau aku serang nanti negara aku kena serang pulak nanti".
Mengapa jadi begitu?? Kerana hanya satu negara sahaja menyerang. Negara Islam lain tak bantu..... Kalau semua negara Islam bersatu sudah tentu sukar untuk di balas.... Allah....Benarlah kata nabi. Umat Islam di akhir zaman lemah seperti buih di lautan. Banyak.... Tapi tiada kekuatan.... kerana ada sifat al-wahan, iaitu takutkan mati dan cintakan dunia.... Wallahua'lam.....
Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan menjajah kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya Allah Yang Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu. Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah."
(Asy-Syahid Hasan al-Banna)

No comments:
Post a Comment