MH370... Please Come Home Now...
Lama benar penulis tak mengemaskini blog ini. Hampir setahun lebih. Mungkin tiada isu yang nak diutarakan.... Banyak sebenarnya nak tulis, cuma mungkin isunya tidak besar maka penulis biarkan sahaja blog yang lain nukilkan.
Cuma hari ini penulis terpanggil untuk memberi pandangan selepas menonton Malaysia Hari Ini siaran 13 Mac 2014. Tersentuh penulis dengan pandangan panel jemputan yang diundang membincangkan tentang integriti media/ media sosial terutamanya apabila kita berhadapan dengan krisis besar ini ( pencarian pesawat MH 370). Semoga Allah memudahkan usaha mencari dan menyelamat ini. Amen...
Tidak tahu di mana mahu dimulakan...
**
Mari kita singkap kembali tragedi ini. Bermula pada 8 Mac 2014 hingga kini(9.40 am, 13 Mac 2014), ianya masih hilang... ghaib tanpa berita. Kita di sini masih menanti kepulangannya... Masih merindui kelibatnya.. masih menanti keajaiban untuk ia muncul dan semua menjadi penyudah yang baik... Ada yang bertanya apa penulis rasa...
Erm... bagi penulis apa penulis rasa itu tidaklah sepenting mana.... Zahirnya penulis seperti majoriti rakyat Malaysia yang lain masih mengharapkan keajaiban...
Keajaiban yang mungkin ia mendarat di mana-mana tempat asing yang tidak berpenghuni, mendarat kerana kerosakan teknikal dan tidak dapat menghubungi kita disini... Atau mungkin termasuk ke dalam "terowong masa" dan ghaib sebentar sebelum nanti akan muncul kembali menceritakan pengalaman mereka. Atau mungkin dihijab oleh Allah di tempat lain dan akan kembali nanti... Itu yang kita harapkan.... Kita optimis...Kita mahu percaya bahawa mereka semua selamat...
**
Kita masih tidak mahu mengikut gerak hati kita yang semakin lama semakin kuat untuk mengatakan mungkin "terhempas". Kita kalau boleh tak mahu untuk bersetuju dengan rasa jauh di sudut hati ini... Sebelum jumpa bukti kukuh.... kita masih ada harapan walaupun 0.01%. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah.. Itu kita percaya dan dengan kepercayaan itulah kita masih disini mengharap....
**
Pertama sekali penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan kerja-kerja mencari dan menyelamat ini. Ianya tugas yang bukan mudah. Lebih 12 negara perlu diselaraskan. Ratusan mungkin ribuan sukarelwan untuk diarah malah jutaan manusia untuk dipenuhi hati mereka....
Ya jutaan manusia perlu dipuaskan hati mereka.... Mereka inilah yang penulis ingin tumpukan dalam penulisan ini. Mereka yang kita panggil "keyboard warriors" / media sosial dan penduduk dunia amnya. Dan setiap seorang dari mereka ini Allah kurniakan satu akal, dua tangan dan satu mulut. Mereka bebas untuk menulis dan berkata-kata. Namun dalam Islam kebebasan ini Allah bataskan dengan syariat. Bumi ini bukan hak milik kita untuk kita bebas membuat apa sahaja. Kita tidak bebas untuk merogol anak orang, kita tidak bebas untuk mengambil hak orang, kita tidak bebas untuk mengambil nyawa orang malahan kita juga tidak bebas untuk menilai orang... kerana nilaian kita sebagai manusia yang lemah sering kali tersasar dari realiti sebenarnya. Siapalah kita untuk menilai orang lain sedangkan kita sendiri jauh dari sifat sempurna.
Semenjak trajedi ini berlaku, setiap hari penulis akan 'on' Awani dan internet untuk mengetahui perkembangan terbaru. Penulis nak dengar dari sumber yang benar dan sahih kerana kalau di internet ni dari hari pertama lagi sudah banyak berita antarabangsa yang cakap 'confirm crash' siap cakap dah ada jumpa kapal terhempas. Siap ada youtube lagi dengan gambar dan video.... Ish-ish... Hairan melihat manusia-manusia ini. Hati mereka sakit....
Tidak kurang juga yang menghentam, komen negatif, itu salah ini salah, dia lembab buat kerja, dia tak jujur bagi maklumat dan sebagainya. Penulis nak cakap satu ajer pada orang macam ini. "Ko hebat sangatkan, ko pergilah buat". Kita yang tak buat kerja ni, dok dalam air-cond komen itu tak betul ini tak betul, huh semua orang boleh buat. Cuba ko sendiri pergi ketuai SAR ni. Jangan hanya jadi NATO ( No action talk only) huh... kesian... Kalau tak ada benda baik nak cakap/tulis lebih baik diam...
Ko ingat benda ni senang? Jumpa benda terus bagitau media, jumpa barang terus bagitau media... bukan macamtu. Dia ada prosedur yang perlu diikut. Banyak 'stakeholder' yang perlu diberi perhatian. Banyak hati yang perlu dijaga. Dan paling kesian jika benda-benda negatif ini keluar dari seorang warganegara Malaysia sendiri. Kesian. Pada saat macam ni ko tau nak bangkang ajer... Sepatutnya bersatu, bantu dari segi moral, ini lagi buat orang sedih...
Media asing tak payah hirau la.... bukan mereka ada kepentingan. Dari awal lagi memang dah banyak berita palsu dari mereka keluar. Diorang bukan ada kepentingan apa-apa. Yang kena hentam kita, yang kena tanggapan negatif kita, tak da kaitan dengan diorang.
Siap dalam kita tengah sibuk mencari MH370 ini, hai ada pulak 2 perempuan ni bagi gambar co-pilot, Fariq tengah bergambar dalam kokpit dengan diorang. Hai kenapa sekarang baru nak keluarkan. Kenapa dulu ko tak nak keluarkan. Ko tak fikir ke keluarga dia tengah sedih ke apa? ko tak sensitive ke? kalo tu abang ko ... ko tahu sedihkan. Memang jenis " mencapab" kot (mencari publisiti). Kesian... giler glamour....
Bagi aku gambar tu sikit pun tak bawa apa-apa maksud. Memangla salah bawa masuk orang luar dalam kokpit. Tapi bagi aku kalau pompuan tu tak gatal mintak nak tengok kokpit aku rasa tak timbul isu ni. Sadis.... . Cuba ko cek diorang punya pilot (Amerika/ Australia/ dll yang 'konon'nya bagus). Silap-silap lebih dari itu jumpa. Dan kalau nak cari kesalahan dan aib orang, 1001 aib kita boleh jumpa. Kita sendiri pun penuh dengan aib cuma kita rasa kita ok sebab Allah tutup aib kita dari pengetahuan orang...
Penulisan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Hanya pandangan. Marilah kita bersatu. Biar orang luar pandang rendah kita... itu kerana mereka cemburu... reputasi kita bersih... CIA dok ulang terrorist. Cukup-cukuplah tu... Tumpukan pada pencarian pesawat ni.... Lepas tu nak kaji ke nak hapa silakan...Jangan jadikan tragedi ini alasan kepada agenda lain..... Sbb kalau baca CNN dll takde kisah lain sumer pasal terrorist.. Adoi... Terima kasih sebab bantu cuma janganla melebih-lebih... please...
Buat rakyat Malaysia bersatulah... berdirilah di belakang negara kita... Doalah yang terbaik untuk pesawat MH370.
**
Buat 'keyboard warrior"/ media beretikalah dalam menulis. Bayangkan isteri/suami/ibu/ayah kita dalam pesawat tu. Jika tiada apa yang baik untuk ditulis maka diam itu lebih baik.Buat keluarga mangsa... Kami disini sentiasa mendoakan keselamatan semua yang berada dalam pesawat MH370. Kami juga rasa kesedihan itu... rindu itu... resah itu... walau tak sehebat kalian... Kalian sedang diuji Allah... Kalian insan terpilih... Penulis takut untuk terlalu banyak bercakap... bimbang diri sendiri tak sekuat mana...
**
Buat Malaysia... Kami berdiri di belakang kamu... Buatlah sehabis baik dalam usaha pencarian ini. Doa kami mengiringi kalian... InsyaAllah ada ganjaran yang menanti diatas keikhlasan, kesusahan, yang kalian rasai sepanjang proses ini...
**
Buat pesawat MH370... Please come back... Kami semua menunggu kamu.... Di mana kamu? Semua orang di sini rindu... Its been too long to be out there ....alone... Please come back....Please.... Come..... Back...
**
**
P/S: ** Semua gambar bukan milik penulis. Credit kepada pemilik asal
Pray4MH370,
Cahaya Sufi