Harimau Membaham Sang Garuda!
Tahniah….
Tahniah…. Tahniah…. penulis ucapkan kepada kontingen Malaysia di Sukan Sea
Jakarta 2011 terutamanya Skuad Harimau Muda negara yang telah dapat mengekalkan
pingat emas bola sepak Sukan Sea buat kali kedua berturut-turut. Bagi penulis
yang bukannya peminat fanatik bola sepak ini, persembahan anak-anak buah Ong
Kim Swee ini amat membanggakan.Bayangkan bermain di hadapan hampir 100ribu
penyokong fanatik lawan.Memang memerlukan daya ketahanan mental yang cukup
kuat. 90 minit + 30 minit masa tambahan + 5 sepakan penalti… debaran perlawanan
dari awal hingga ke minit terakhir…. Memang betul aksi perlawanan akhir… ‘Caiyok-caiyok’…
Kalau dulu
penulis masih ingat lagi ketika zaman kanak-kanak, penulis dicanangkan dengan
nama-nama seperti Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Dollah Salleh ….. Tapi
sejak awal 2000 pasukan bola sepak kebangsaan seperti hilang serinya. Tiada
nama pemain yang mampu diingati gambaran betapa sugulnya arena bola sepak kita.
Namun senario ini nampaknya telah berubah sejak kebelakangan ini dengan
kehadiran pelapis-pelapis baru seperti Badrol Bakhtiar, Khairul Fahmi Che Mat, Azmi,
Mahali, Fakri Saarani, Nadzmi, Muslim, Asraruddin, Syahrul, Fandi, Izzaq( huyo
penulis boleh ingat…. :P) yang apabila dilihat corak permainan mereka sangat
membanggakan dan boleh pergi lebih jauh. Dan ini telah dibuktikan oleh mereka
apabila telah mengalah dan memalukan skuad Garuda Muda Indonesia di tempat
lawan. Bagi penulis, pasukan kita bukan sahaja telah mengalahkan pasukan
Indonesia tetapi telah meruntuhkan keegoan dan keangkuhan hampir 100 ribu
penyokong fanatik Indonesia…. Syabas Malaysia….
Masa
mula-mula perlawanan penulis harap sangat pasukan kita menang (sudah tentu)
tapi ianya lebih kepada supaya Indonesia tidak terlalu sombong. Selepas banyak
insiden yang tidak begitu menyenangkan serta layanan buruk yang kita terima; makian,
cacian, ejekan, di’booo’, diludah, dikepung selama lebih sejam sebelum ke
stadium, tidak berdiri dan membuat bising semasa lagu Negaraku dimainkan. Itu
belum lagi diambil kira layanan selepas kita menang perlawanan tiba-tiba je
penganjur hantar rombongan ‘anti-doping’ untuk ambil sampel air kencing pemain.
Bukan dia hirau Malaysia tengah nak meraikan kemenangan ke… ‘last-last’ kena halau
dengan Ong Kim Swee….’amekaw’… Sadis betul layanan… Namun segala layanan buruk
itu pemain kita jadikan pembakar semangat untuk terus mara…. Tahniah….Tahniah….Tahniah…
Penulis
pelik sebagai tuan rumah, orang datang sebagai tetamu kita layan macamtu…. Peliklah…
Patut temasya macamnilah kita nak jadikan medan untuk menarik lebih ramai
pelancong datang ke sana… Ini macam nak cari gaduh… Dahlah banyak yang datang
Malaysia cari makan… Lepastu …. (takperlah penulis malas nak membebel nanti
huduh…huhu). Bak kata pepatah ciptaan penulis “Orang sombong selalu rugi, bagai
anjing dengan bayang-bayang”hehehe…
Itulah
dinamakan takdir. Engkau kuatlah macamanapun, bawaklah jutaan penonton
sekalipun, tiuplah segala mentera yang ada tapi kalau Allah takdirkan kalah… tiada
siapa mampu menghalang. Bila penulis soroti kembali bagaimana sepakan penalti
yang membawa kemenangan Malaysia hasil jaringan Badrul Bakhtiar, memang itu
takdir. Bola telah ditepis tapi seolah-olah bola itu ‘degil’ lalu bergolek
kembali dengan ‘selamba’ ke dalam pintu gol Indonesia….
Tadi baru
penulis tengok berita. Penyokong Indonesia ada 2 orang mati sebab berebut masuk
stadium dan kaunter tiket habis dibakar penyokong Indonesia kerana berang tiket
telah habis dijual. Dalam hati penulis “senang bakar je stadium Gelora tu lagi
puas hati… “ Kesian… Sebab kerajaan diorang pun tak dapat nak kawal
‘kefanatikan’ penyokong mereka. Maka tak hairanla perangai buruk itu diterjemahkan
kepada kita… Sungguh tak professional…
Cuma satu
sahaja harapan penulis kepada pemain negara. Harapan yang selalu tersimpan
dalam hati yang masih belum kesampaian sehingga kini…. Penulis harap sangat suatu
hari nanti pasukan bola sepak kita boleh tutup sikit je lagi paha sampai lutut.
Pakailah seluar ketat ke kat dalam seluar tu… Lebih cantik, lebih molek dan
paling penting lebih berkat… Kadang-kadang nak doa supaya skuad bola sepak kita
menang pada Allah pun rasa malu, sebab memohon pada Dia dalam keadaan kita tak
jaga suruhan Dia…kerana kita bukan sahaja mahu mengecap kejayaan di dunia tapi
yang lebih penting mengecap kejayaan yang paling besar di akhirat nanti… Jika
ada di kalangan mereka yang terbaca post ini, tolong sampaikanlah kepada mereka
yang berkenaan… Sebab penulis sayang semua warga Malaysia… tambahan mereka yang
telah mengharumkan nama kita di persada dunia…
Oklah
setakat ini dulu…. Majulah Sukan Untuk Negara :D Malaysia Boleh !
Chow Chin
Chow…
P.S: Penulis
dengar dari berita tadi(25 Nov 2011)Indonesia mengatakan mereka kalah sebab
mutu pengadilan yang kurang efisien. Dalam hati penulis rasanya masa perlawanan
tu pengadil lebih berat pada Indonesia dari pasukan Malaysia. Berapa kali
pemain Indonesia membuat ‘tackle’ yang bahaya pada pemain kita tapi tak kena
Kad kuning pun…
Takpalah..
Biasalah kadang ada sesetengah orang akan menyalahkan padang, pengadil, bola,
tiang gol, penonton, stadium atau pun rumput yang tumbuh atas padang tu untuk
mengelak dari mengaku kelemahan diri. Normallah tu… hehe…CU… Muah ;)
** Apapun bukan semua rakyat Indonesia begitu. Contohnya
bila kita pergi ke Mekah/ Madinah, Malaysia dengan Indonesia ni memang
‘kamcing’(walaupun tak juga semua). Tak tau kenapa. Tapi memang mesra. Jumpa
dok sebelah bersembang macam dah kenal lama. Sedangkan kalau dekat Malaysia
‘haram’ nak bertegur sapa. Huhu.. Mungkin persekitaran yang baik membuahkan
akhlak yang baik jugakan…Wallahua’lam…