Sunday, April 23, 2006

Akademi Al-Quran


Program Akademi Al-Quran (AQ)adalah sebuah program realiti TV yang dilihat dapat menjuruskan remaja ke arah mencintai Al-Quran. Tidak seperti program-program realiti yang lain, AQ bakal memberikan kelainan buat para penonton yang dahagakan santapan rohani di samping disiarkan dalam bentuk yang lebih santai.

AQ bakal disiarkan di TV9 mulai 27 April ini jam 8.30 malam. Penulis berharap semoga program-program seperti ini akan ditambah dari masa ke semasa.
________________________________________________________________

Penerbit rancangan ini, Encik Shukri Hj. Ibrahim memaklumkan bahawa program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 380 orang dari seluruh Malaysia telah hadir ke sesi uji bakat yang telah diadakan di seluruh Malaysia. Dari jumlah itu, seramai 88 orang peserta terpilih untuk saringan kedua yang diadakan pada 30 Mac hingga 2 April 2006 di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru.

Semasa saringan kedua dijalankan, hanya 12 orang peserta sahaja yang terpilih untuk masuk ke pusingan akhir yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV9.

Tuan Norazimah binti Tuan Nordin, Penolong Penerbit rancangan ini, berkata bahawa program ini bertujuan untuk melahirkan idola yang baik untuk para remaja masa kini. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para juri profesional yang dilantik di kalangan pensyarah Darul Quran iaitu Ustaz Nazri Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin dan Ustaz Mohd. Zaki Ibrahim. Para juri telah memberikan komitmen yang amat tinggi, katanya. Beliau juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Darul Quran dan agensi berkaitan yang telah menjayakan program ini.

Sumber : Pengarah Bahagian Darul Quran
Editor : PRO JAKIM

Monday, April 17, 2006

Nyawa yang Amat Rapuh

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Penulis mendapat berita tentang kematian adik kepada sahabat penulis (ex-schoolmate). Penulis kenal adik tu. Dia junior penulis masa sekolah menengah. Baik budaknya. Accident dekat Slim River. Dia sedang belajar di UPSI......

Kita entah bila masanya akan tiba... wallahua'lam... ya Rahman....Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah...

Sementara kita masih di kelilingi orang-orang yang tersayang, hargailah mereka... Jangan bertangguh... kerana nyawa ini amat rapuh...

Sekadar mengingati diri yang sering lupa...

Saturday, April 08, 2006

Tambahan

Hari ni penulis dapat satu lagi link dari seorang sahabat,yang penulis rasa cukup berguna. Dar al-Ifta' of Egypt Kalau sahabat-sahabat ada masa, bolehla cuba kunjungi laman web ni.

Laman web ni tentang fatwa-fatwa dan soal jawab agama. Bagi sesiapa yang faham bahasa Arab adalah satu kelebihan sebab laman web ni lagi lengkap dalam Bahasa Arab.

Semoga ada manfaat. wasalam...

Thursday, April 06, 2006

DariNya Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

4/4/2006 - Penulis bertolak ke KL petang ni lepas kerja. Ada temuduga di UIA PJ esok. Semasa dalam perjalanan balik ke rumah, penulis dapat satu mesej dari seorang sahabat memberitahu penulis bahawa ibunya telah masuk hospital kerana demam kuning. Ya Allah... hanya Allah sahaja yang tahu perasaan penulis bila dapat mesej tu. Rasa tak sedap hati, terkejut dan lemah... Ntahlah... Penulis bagitau mak penulis...sebab memang tak sedap hati...rasa tak tenang lepas dapat mesej tu... mak penulis cakap mungkin sebab nak interview kot...Ntahlah penulis pun tak tau... Tapi apa kaitan tak sedap hati dengan interview esok... Hm...takpelah... Semoga tiada apa yang buruk berlaku...

Cuma dalam hati penulis, penulis harap sangat dapat berjumpa dengan ibu sahabat penulis suatu hari nanti...sebab sahabat penulis selalu cerita tentang ibunya kepada penulis... penulis sedih sangat dengan berita ni... Semoga dia selamat....

5/4/2006 - Hari yang agak pilu bagi penulis.....

Pada pukul 4.48pg, penulis dapat mesej dari sahabat penulis memberitahu bahawa ibunya telah kembali ke Rahmatullah... " Assalamualaikum sue, mak ana dah kembali ke rahmatullah.wassalam"

Mesej yang cukup ringkas tapi mampu menyesakkan hati penulis... tak mampu rasanya penulis menyeka air mata ini dari mengalir...lemah seluruh badan penulis... namun penulis amat kagum dengan sahabat penulis... dia begitu tenang walaupun penulis tahu, bukan mudah untuk menerima kehilangan ibu yang tercinta...Dia masih mampu mengingati penulis supaya buat elok-elok untuk interview esok... subhanallah... Semoga penulis dapat jadi setabahnya....

Namun begitu, Allah lebih sayangkan ibunya...Semoga roh ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...ameen...al-Fatihah....

Khas buat sahabat penulis,


"Tika kau lemah,sahabatmu ada untuk kau luah rasa...
Tika kau goyah, kau harus kuat kerana kau pembawa agama...
Tika kau terluka, kau harus tabah kerana kau mujahid muda...
Semoga tabah menghadapi ujianNya..."


ii) Interview penulis alhamdulillah berjalan lancar. Actually, bukan interview, tapi microteaching, kena mengajar...Apa pun penulis serahkan segalanya kepada Allah... Dia adalah sebaik-baik penentu masa depan kita....

iii) Anak kucing penulis jadi macam lumpuh. Penulis bawa ke vet, Dr. tu kata kerana demam panas/ibu dia tak bagi cukup susu maybe sebab tak cukup calcium. Tapi penulis tengok kucing penulis ni mmg takde inferiority complex langsung... bila tengok adik-adik dia main, dia pun sekali main dengan kaki belakang hanya diseret... tapi laju betul berlari... "Your're strong" Semoga dia dapat sembuh...

Monday, March 27, 2006

Pemergianmu...

(Ya Rasulullah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira’

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ‘kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu...



Senilagu : Frizdan
Senikata : Frizdan
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fizarahman Zainal
Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Thursday, March 23, 2006

Alhamdulillah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

i) Alhamdulillah penulis dapat offer kerja dekat tempat penulis praktikal sekarang... Sepatutnya hari ni penulis tamat praktikal....Sekurang-kurangnya dapat jugak penulis tambah pengalaman...Syukur tak terhingga pada Allah...

ii) Dalam minggu lepas tidur penulis agak terganggu dengan bunyi bising oleh budak-budak lumba haram. Buat port depan rumah penulis. Tensen betul... Bila ditegur makayah diorang backing anak pulak.... ish pelik betullah makbapak zaman sekarang ni.... sayang tak bertempat....Jangan jadi macam anak ku Sazali sudahlah...yer tak..

iii) Terima kasih tak terhingga penulis ucapkan pada mak dan ayah penulis.... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik kalian...

iv) Sekarang agak terhad masa yang penulis dapat luangkan untuk online. Memang benar bahawa bahawa kelapangan itu merupakan salah satu nikmat yang jarang kita hargai... bila dah sibuk barulah tercari-cari masa lapang....

v) Manusia sering ambil mudah sesuatu yang masih di dalam gengamannya sehinggalah ianya hilang.... Sekadar peringatan untuk penulis....Banyak nikmat yang Allah kurniakan yang sering kali kita abaikan dan ambil mudah... Maka dikesempatan yang ada ini marilah kita sama-sama bersyukur di atas setiap nikmat yang tidak terhingga kurniaan Allah...

vi) Tiada Lagi Kasih- Penulis suka lagu "Pemergianmu"....sedih.... rindu dekat Rasululllah... Video klip Devotees (Tika Dinihari) begitu menyentuh hati penulis... kalau sahabat-sahabat ada masa bolehla tontoni di Nasyid Minggu Ini hari Ahad,(TV1) 6.30 petang.

Sunday, March 12, 2006

Seikhlas Kelapa Tua

Petikan dari Mutiara Minda
Oleh Mejar (B) Abu Dzar


KELAPA TUA. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. GUgur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu, sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinga terkeluar baunya.

Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya!”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”
“Oh, sedap ikan bawal ni!”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama..tetapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada pandangan manusia..tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.

~..Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam..Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat..~

Tiada Lagi Kasih- In Team




REBRANDING! Album baru Tiada Lagi Kasih yang mula berada di pasaran pada awal Februari 2006 ini sekali lagi mencipta kelainan. Bahkan ada beberapa kejutan disesuaikan dengan INTEAM yang kini sedang menjalani pembaharuan, rebranding, tanpa mengabaikan kualiti dan asas nasyid dalam Islam.

Tiada Lagi Kasih, judul yang amat sesuai dengan album penuh pembaharuan ini. Tiada lagi judul dan konsep "Kasih" sebagaimana yang terpaksa ditanggung oleh Inteam selama ini. Jadi jangan salah sangka -- bunyi judulnya seperti putus cinta tetapi sebenarnya ialah Rebranding, perubahan -- meninggalkan judul dan konsep yang berkisar pada "kasih".

Bukan itu saja. Album ini adalah hasil tangan Inteam sendiri. Dengan pengalaman selama 5 tahun dalam industri nasyid, terbukti album Tiada Lagi Kasih berjaya memikat peminat-peminat nasyid dan menarik peminat baru. Buktikan sendiri!

Senarai Lagu

Album pertama sesudah Inteam di bawah pengurusan sendiri ini menggabungkan komposer terkenal dan berpengalaman, penulis lirik yang mahir dan pemuzik yang faham. Hasilnya adalah album berkualiti dan menepati citarasa peminat-peminat nasyid! Kali ini gabungan konsep muzik nasyid kontemporari, irama Malaysia, pop dan R&B.

Muka A

1. TanpaMu
2. Kehidupan (duet bersama Nazrey Raihan)
3. Narration 1
4. Segenggam Tabah
5. Senandung Budi
6. Taman Firdausi

Muka B

1. Selawat Badrul Ain (menampilkan Muadz al:Masaar)
2. Pesona Dunia
3. Stand Together
4. Cintailah Ilahi
5. Narration 2
6. Pemergianmu

Untuk maklumat lanjut/pradengar/lirik sila layari www.inteam.com.my

Friday, March 10, 2006

One Week Summary

i) New experience going for a blasting with Kak Niza... Monitoring for vibration and noise during the blasting... Hemm... it seem that this company needs employees who can travel a lot.... it needs to do a lot of out door works and travelling.... More suitable for man I guess...

ii) Almost the whole previous week I have problem with my streamyx connection... it seem that the problem was caused by the lightning....but alhamdulillah it run smoothly now....

iii) My brother and sister is coming home this weekend... :)

iv) A bit headache with work and personal life...HasbiyAllah wa ni'mal wakiil....La hawlawala quwwata illa billah....

Friday, February 24, 2006

Kembali Lagi

Sudah agak lama penulis menyepikan diri... Bukan menyepikan diri sebenarnya,cuma kakak tempat penulis kerja pinjam komputer penulis, jadi lama jugaklah penulis tak update blog ni...

Banyak jugaklah yang berlaku dalam minggu ni dan minggu lepas... penulis pergi interview di UIA PJ...Quite a good experience... Apa pun ada rezeki insyaAllah... tapi kalau bukan rezeki di situ...insyaAllah ada di tempat lain...

Kerja masih macam biasa... cuma ada berlaku sedikit perkara yang bagi penulis mematangkan penulis untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.... untuk menghadapi 1001 kerenah manusia..... Walaupun kadang-kadang pahit untuk ditelan tapi untuk kebaikan kadang-kadang kita perlu menghadapinya....agar kita menjadi insan yang lebih kuat dari semalam.... supaya jangan mudah putus harapan andai badai menghempas di tengah perjalanan.....

Hidup ini bukan sekadar gurauan, gelak ketawa tapi ia lebih dari itu. Kadang-kadang penulis terfikir jugak yang kita tak boleh terlalu serius dalam dunia ni... kena terima jugak senda gurau orang lain. Ada benarnya tapi bergurau dan berjenaka ada batasnya.... Jika ianya melampaui batas maka, penulis rasa meminggirkan diri itu adalah lebih baik.... diam itu lebih baik andai tiada apa yang bermanfaat hendak dinyatakan....

Itulah serba sedikit gambaran keadaan penulis di tempat kerja sekarang.... Apapun penulis anggap ini semua sebagai ujian untuk penulis menjadi seorang yang lebih kuat.... dan alhamdulillah Allah kurniakan kepada penulis seorang sahabat yang dapat penulis meluah rasa, berkongsi pendapat dan sebagai penghibur penulis di kala penulis dilanda dugaan... Thanks kak Ya...Terima kasih kerana memahami luahan hati penulis...

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang dah dapat kerja... semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat... ameen ya Rabb...

Last but not least, penulis ada terjumpa satu laman web yang penulis amat tertarik Search Truth... selain menyediakan tafsir quran dan hadis, laman web ini juga menyediakan email reminder kepada sesiapa yang berminat untuk hafaz Quran.... 2/3 ayat seminggu bergantung kepada panjang ayat tersebut... Sahabat-sahabat yang berminat boleh mencuba...(cuma diingatkan supaya telah khatam Quran secara talaqqi dengan guru tajwid... supaya kita menghafaz dengan tajwid yang betul insyaAllah...)

Segala yang baik adalah dari Allah...segala kelemahan dari diri penulis...andai tersalah anggaplah ianya kelemahan penulis sebagai insan dhaif... perbetulkanlah penulis.... segala penulisan/artikel yang disiarkan adalah untuk memngingati diri penulis yang sering lupa dan juga sahabat-sahabat....wallahua'lam

wasalam