Showing posts with label .: Nukilan :.. Show all posts
Showing posts with label .: Nukilan :.. Show all posts

Tuesday, February 05, 2008

Merenung Kembali Diri...

Penulis tertarik dengan nukilan seorang sahabat yang agak lama tak jumpa... Sahabat yang penulis rindu sekali... sahabat yang sangat tabah... sahabat baik penulis ketika di Universiti dulu... Nadiyah Salleh... Semoga dia sentiasa di bawah lindungan Allah...



"Dalam kita melangkah terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis. Peritnya terasa... Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar dari keikhlasan. Semoga kita tabah & ditetapkan iman..."

Monday, January 09, 2006

Salam Ukhwah Pembuka Bicara...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah syukur kepada Allah pencipta alam ini kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya dapat kita terus merasai nikmat Islam dan iman... selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah Sallallahu'alaihi wasalam dan seluruh ahli bait...

Salam ukhwah untuk semua... segala teguran dan nasihat dari sahabat semua adalah amat dialu-alukan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sentuhan ma'rifatMu....Meyentuh di kalbu.....
Menenangkan jiwa... Yang sering merindu....
Memohon ketenangan dari Mu Ya Allah...
Semoga diberikan kekuatan...
untuk terus teguh di landasanMu...
Walau ku tahu... jalanNya bukan mudah...
namun ku yakin akan janjiMu...
Untuk bersama mereka-mereka yang sabar...
dan yang memegang erat syariatMu...
Birapun semua orang membenciku....
Cukuplah sayangMu buat ku....
Kerana hidup dan matiku adalah untukMu....