Showing posts with label .: Personal :.. Show all posts
Showing posts with label .: Personal :.. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

MH370... Please Come Home Now...

 
Assalamualaikum Warahmatullah,

Lama benar penulis tak mengemaskini blog ini. Hampir setahun lebih. Mungkin tiada isu yang nak diutarakan.... Banyak sebenarnya nak tulis, cuma mungkin isunya tidak besar maka penulis biarkan sahaja blog yang lain nukilkan.

Cuma hari ini penulis terpanggil untuk memberi pandangan selepas menonton Malaysia Hari Ini siaran 13 Mac 2014. Tersentuh penulis dengan pandangan panel jemputan yang diundang membincangkan tentang integriti media/ media sosial terutamanya apabila kita berhadapan dengan krisis besar ini ( pencarian pesawat MH 370). Semoga Allah memudahkan usaha mencari dan menyelamat ini. Amen...

Tidak tahu di mana mahu dimulakan...

 **
 

Mari kita singkap kembali tragedi ini. Bermula pada 8 Mac 2014 hingga kini(9.40 am, 13 Mac 2014), ianya masih hilang... ghaib tanpa berita. Kita di sini masih menanti kepulangannya... Masih merindui kelibatnya.. masih menanti keajaiban untuk ia muncul dan semua menjadi penyudah yang baik...

Ada yang bertanya apa penulis rasa...

Erm... bagi penulis apa penulis rasa itu tidaklah sepenting mana.... Zahirnya penulis seperti majoriti rakyat Malaysia yang lain masih mengharapkan keajaiban...

Keajaiban yang mungkin ia mendarat di mana-mana tempat asing yang tidak berpenghuni, mendarat kerana kerosakan teknikal dan tidak dapat menghubungi kita disini... Atau mungkin termasuk ke dalam "terowong masa" dan ghaib sebentar sebelum nanti akan muncul kembali menceritakan pengalaman mereka. Atau mungkin dihijab oleh Allah di tempat lain dan akan kembali nanti... Itu yang kita harapkan.... Kita optimis...Kita mahu percaya bahawa mereka semua selamat...

 
**
 Kita masih tidak mahu mengikut gerak hati kita yang semakin lama semakin kuat untuk mengatakan mungkin "terhempas". Kita kalau boleh tak mahu untuk bersetuju dengan rasa jauh di sudut hati ini... Sebelum jumpa bukti kukuh.... kita masih ada harapan walaupun 0.01%. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah.. Itu kita percaya dan dengan kepercayaan itulah kita masih disini mengharap....
 **
 
Ok kita berbalik kepada reaksi dunia terhadap tragedi ini. Dunia yang penulis maksudkan termasuklah media, media sosial, penduduk  dan pemimpin dunia.

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan kerja-kerja mencari dan menyelamat ini. Ianya tugas yang bukan mudah. Lebih 12 negara perlu diselaraskan. Ratusan mungkin ribuan sukarelwan untuk diarah malah jutaan manusia untuk dipenuhi hati mereka....

Ya jutaan manusia perlu dipuaskan hati mereka.... Mereka inilah yang penulis ingin tumpukan dalam penulisan ini. Mereka yang kita panggil "keyboard warriors" / media sosial dan penduduk dunia amnya. Dan setiap seorang dari mereka ini Allah kurniakan satu akal, dua tangan dan satu mulut. Mereka bebas untuk menulis dan berkata-kata. Namun dalam Islam kebebasan ini Allah bataskan dengan syariat. Bumi ini bukan hak milik kita untuk kita bebas membuat apa sahaja. Kita tidak bebas untuk merogol anak orang, kita tidak bebas untuk mengambil hak orang, kita tidak bebas untuk mengambil nyawa orang  malahan kita juga tidak bebas untuk menilai orang... kerana nilaian kita sebagai manusia yang lemah sering kali tersasar dari realiti sebenarnya. Siapalah kita untuk menilai orang lain sedangkan kita sendiri jauh dari sifat sempurna.

Semenjak trajedi ini berlaku, setiap hari penulis akan 'on' Awani dan internet untuk mengetahui perkembangan terbaru. Penulis nak dengar dari sumber yang benar dan sahih kerana kalau di internet ni dari hari pertama lagi sudah banyak berita antarabangsa yang cakap 'confirm crash' siap cakap  dah ada jumpa kapal terhempas. Siap ada youtube lagi dengan gambar dan video.... Ish-ish... Hairan melihat manusia-manusia ini. Hati mereka sakit....

Tidak kurang juga yang menghentam, komen negatif, itu salah ini salah, dia lembab buat kerja, dia tak jujur bagi maklumat dan sebagainya. Penulis nak cakap satu ajer pada orang macam ini. "Ko hebat sangatkan, ko pergilah buat". Kita yang tak buat kerja ni, dok dalam air-cond komen itu tak betul ini tak betul, huh semua orang boleh buat. Cuba ko sendiri pergi ketuai SAR ni. Jangan hanya jadi NATO ( No action talk only) huh... kesian... Kalau tak ada benda baik nak cakap/tulis lebih baik diam...

Ko ingat benda ni senang? Jumpa benda terus bagitau media, jumpa barang terus bagitau media... bukan macamtu. Dia ada prosedur yang perlu diikut. Banyak  'stakeholder' yang perlu diberi perhatian. Banyak hati yang perlu dijaga. Dan paling kesian jika benda-benda negatif ini keluar dari seorang warganegara Malaysia sendiri. Kesian. Pada saat macam ni ko tau nak bangkang ajer... Sepatutnya bersatu, bantu dari segi moral, ini lagi buat orang sedih...

Media asing tak payah hirau la.... bukan mereka ada kepentingan. Dari awal lagi memang dah banyak berita palsu dari mereka keluar. Diorang bukan ada kepentingan apa-apa. Yang kena hentam kita, yang kena tanggapan negatif kita, tak da kaitan dengan diorang.

Siap dalam kita tengah sibuk mencari MH370 ini, hai ada pulak 2 perempuan ni bagi gambar co-pilot, Fariq tengah bergambar dalam kokpit dengan diorang. Hai kenapa sekarang baru nak keluarkan. Kenapa dulu ko tak nak keluarkan. Ko tak fikir ke keluarga dia tengah sedih ke apa? ko tak sensitive ke? kalo tu abang ko ... ko tahu sedihkan. Memang jenis " mencapab" kot (mencari publisiti). Kesian... giler glamour....

Bagi aku gambar tu sikit pun tak bawa apa-apa maksud. Memangla salah  bawa masuk orang luar dalam kokpit. Tapi bagi aku kalau pompuan tu tak gatal mintak nak tengok kokpit aku rasa tak timbul isu ni. Sadis.... . Cuba ko cek diorang  punya pilot (Amerika/ Australia/ dll yang 'konon'nya bagus). Silap-silap lebih dari itu jumpa. Dan kalau nak cari kesalahan dan aib orang, 1001 aib kita boleh jumpa. Kita sendiri pun penuh dengan aib cuma kita rasa kita ok sebab Allah tutup aib kita dari pengetahuan orang...

Penulisan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Hanya pandangan. Marilah kita bersatu. Biar orang luar pandang rendah kita... itu kerana mereka cemburu... reputasi kita bersih... CIA dok ulang terrorist. Cukup-cukuplah tu... Tumpukan pada pencarian pesawat ni.... Lepas tu nak kaji ke nak hapa silakan...Jangan jadikan tragedi ini alasan kepada agenda lain..... Sbb kalau baca CNN dll takde kisah lain sumer pasal terrorist.. Adoi... Terima kasih sebab bantu cuma janganla melebih-lebih... please...

Buat rakyat Malaysia bersatulah... berdirilah di belakang negara kita... Doalah yang terbaik untuk pesawat MH370.
 
**
Buat 'keyboard warrior"/ media beretikalah dalam menulis. Bayangkan isteri/suami/ibu/ayah kita dalam pesawat tu. Jika tiada apa yang baik untuk ditulis maka diam itu lebih baik.

Buat keluarga mangsa... Kami disini sentiasa mendoakan keselamatan semua yang berada dalam pesawat MH370. Kami juga rasa kesedihan itu... rindu itu... resah itu... walau tak sehebat kalian... Kalian sedang diuji Allah... Kalian insan terpilih... Penulis takut untuk terlalu banyak bercakap... bimbang diri sendiri tak sekuat mana...
 **
 Buat Malaysia... Kami berdiri di belakang kamu... Buatlah sehabis baik dalam usaha pencarian ini. Doa kami mengiringi kalian... InsyaAllah ada ganjaran yang menanti diatas keikhlasan, kesusahan, yang kalian rasai sepanjang proses ini...

 **

Buat pesawat MH370... Please come back... Kami semua menunggu kamu.... Di mana kamu? Semua orang di sini rindu... Its been too long to be out there ....alone... Please come back....Please.... Come..... Back...

**
**
P/S: ** Semua gambar bukan milik penulis. Credit kepada pemilik asal

Pray4MH370,
Cahaya Sufi







Monday, May 21, 2012

Harga Sebiji Bun Kaya

Petang tadi En Suami ajak pergi main badminton dekat padang berhampiran rumah. Penulis semangat jugaklah nak bersenam petang-petang ni... Kami pakat jalan je ke situ. Lebih kurang 1 km dari rumah. Padang dekat ada tapi tengah ada perlawanan bola pulak. Jalan la... Takde yang menarik pun. Cuma best jugaklah membuang peluh petang-petang ni... Penulis jadi 'dog whisperer ' En Suami. hehe (sapa tengok channel Discovery tahulah) sebab dalam perjalanan tu ada lah jugak 2/3 ekor anjing...

Yang penulis nak fokus bukan bab senaman tu. Tapi kejadian kecil yang berlaku selepas itu. Bagi sesetengah orang mungkin kejadian ini sangat kecil tapi ntahlah tersentuh hati penulis.

Masa penulis lalu depan guard (seorang India) depan rumah penulis, guard tu tengah makan bun sambil bercakap dengan seorang lelaki. Masa En Suami lalu dia cakap " Makan ... makan..." (dia jemput makan lah)... Pastu penulis lalu pun dia ulang lagi benda yang sama.... Tu jelah... heheh takde ape pun...

 Memang penulis lama dah perasan pak cik guard sorang ni memang baik. Tiap kali penulis dan En suami lalu mesti angkat tangan. Guard lain tak pun.... dan dengan sikapnya itu telah menceriakan hari penulis... Seronokkan kalau orang buat baik pada kita....Sekecil-kecil kejadian macam ni pun kadang-kadang boleh membuatkan kita memuhasabah diri ....

Penulis cakap dekat En Suami. "Baikkan pakcik tu. Kadang kita sendiri tak mampu buat macamtu dengan orang yang kita tak kenal/rapat. Siap jemput makan". Guard tu boleh aje terus bercakap dengan lelaki tu dan buat tak tau. Tu yang biasa orang buat...

Kadang dalam kita meniti kedewasaan dan dikelilingi dengan kekalutan dunia ini, kejadian begini mengingatkan kita... Buatlah kebaikan.... Buatlah baik kepada semua makhluk, tak kira dia Muslim, non Muslim, tumbuhan mahupun haiwan... Berbuat baiklah.. Ingat balik... Jika Nabi ada bersama kita pasti dia akan berbuat baik.... pasti dia orang yang sentiasa senyum.... pasti dia orang yang paling banyak membantu, pasti dia orang yang sentiasa bersangka baik pada orang lain, pasti dia diteladani kerana akhlaknya yang mulia, pasti tenang apabila bersamanya....

Ya Rasullullah kami rindukanmu.... Sukarnya mengikut akhlakmu.... tingginya peribadimu... Tak tergapai oleh kami.... jauhnya akhlak kami dibandingkan denganmu... Dalam dunia yang penuh nafsu nafsi... Orang lain salah aku je betul... orang lain biar kalah aku je menang... orang lain biar jatuh biar aku yang naik.... orang lain biar susah biar aku je senang... Dalam dunia sekelam sekarang.... bantu kami ya Allah untuk mengikut akhlak kekasihmu....

Memang sukar cuma tak mustahil.... Aja Aja Fighting! Terpengaruh :P

Thursday, April 12, 2012

Gempa Bumi Di Acheh 11/04/2012

Semalam (11 April 2012) lebih kurang pukul 4.43pm penulis tengah merehatkan diri dalam bilik, En. Suami pulak tengok TV. Tetiba penulis rasa bergetar. Dalam hati penulis"eh nape goyang pulak ni (tak teringat lagi gempa bumi). Ambik masa 4-5 saat jugak baru penulis terfikir rupanya gempa bumi. En Suami pun apalagi menjerit dari ruang tamu cakap suruh siap nak turun. Penulis rasa bergoyang macam bergetar tapi memang jelas la. Tapi En Suami cakap dia sampai rasa bangunan apartment kami bergoyang ke kiri kanan. Mungkin masa tu penulis tengah baring jadi tak perasanlah sangat..

Apalagi penulis terus melompat dari katil siap-siap, aduh nak cari baju, tudung sume bukan kejap jugak. Maklumla tak bersedia. En. Suami dah dok "cepat sayang cepat... " dekat pintu. Penulis kuar tengok sume jiran-jiran dah bergegas turun tangga. Ada yang pakai baju sambil turun tanggalah, jiran depan umah siap tak tutup pintu umah lagi. Memang panik sangat waktu tu.

Penulis bergegas turun tu pun dalam keadaan pening-pening lalat. Sumer berkumpul dekat bawah adalah dalam 15min.Lebih kurang pukul 5 pm tengok takde ape berlaku. Pakat naik pelan-pelan.

Kebetulan kami dah sewa court badminton petang tu. Sajalah nak 'meriadahkan diri' cuti-cuti ni. Mula nak batalkan aje tapi tengok ok pegi jugaklah... Lagi pun dok umah lagi gayat kalau jadi lagi. Kira alhamdulillah tepat jugaklah gerak hati kami sebab kami balik dari main badminton tu jiran cakap baru aje ade gempa susulan ke-2 sebelum kami balik ni. Sama kuat macam yang pertama. Syukur takde apa yang buruk berlaku.

Lepas main badminton petang tu kami singgah jap di Pasar Malam Kampung Kastam. Mula ok tapi tak lama lepas tu penulis tengok ramai orang dok berkumpul dekat bawah ada flat dekat situ. Gerak hati dah agak lain dah. Tapi teruskan jugaklah membeli. Pastu tetiba siren amaran tsunami dibunyikan. Sumer orang kat pasar malam tu terberhenti dan perpaling kat satu sama lain. Nak buat apa pun tak tau. Pastu En Suami cakap beli cepat-cepat kita balik la bersedia apa yang patut. Memang betullah ada gempa susulan.

Ish pengalaman betullah semalam. Tak pernah lagi penulis rasa takut macam tu sebab bencana alam. Dalam hati tu mohon perlindungan Allah aje. Takde berdaya.... Lemah di hadapan Allah... Sebelum-sebelum ni ada jugak pernah rasa. Ada sekali tu bingkai gambar di dinding sampai menghentam dinding rumah masa getaran gempa tu. nak kata kuat tak kuatnya... Tapi alhamdulillah sume ok.

Penulis dok di Penang belah daratan ni. Penulis rasa orang yang dok di pulau lagilah rasa sebab daratan ni seolah-olah dilindung oleh pulau. Pulau pinang (island) terus menghadap Acheh/ Medan tanpa halangan.

Malam tu pun kami masih berjaga-jaga. Siap pakai baju berjalan lagi sampai malam, benda penting-penting letak tengah rumah senang apa-apa jadi terus sambar jelahkan. Tapi syukur takde gempa lagi lepas tu. Amaran tsunami pun ditarik balik malam tu. Terima kasih Tuhan.... Syukur ....

Sedikit info tentang gempa semalam penulis tengok dalam TV.

4 gempa berlaku di Lautan Hindi berdekatan Acheh. 1) 8.9 skala ricter 2) 6.6 skala ricter 3) 6.1 skala ricter 4) 8.8 skala ricter... Subhanallah Maha Suci Allah...

Malam tadi penulis tengok 30 min bersama Ustaz Don. Dia ulas sikit tentang gempa ni. Menarik komenya. Ringkas tapi terkesan di hati. Dia kata " Dengan Allah dengan Rasul jangan cari pasal "

Memang betullah tu... Masa kena tsunami dulu ingat kejap. lepas tu buat balik.... Biasalah manusia ... mudah lupa... Semoga Allah ampunkan kita semua.... Dimatikan dalam husnul khatimah... Amenn...


Pinjam dari En. Google




Tersungkur lemah di hadapan mu tuhan....

Tuesday, April 03, 2012

Badminton Piala Axiata 2012

Erm.. Tetiba je teringin nak mengulas sikit tentang Badminton Piala Axiata. Semalam tengok perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Indonesia. Komen ringkas penulis "Kesian...".

Kesian penyokong, kesian pemain....

 Ihsan dari En. Google




Kesian penyokong... yerlah hampa tengok perlawanan yang seolah-olah 'kena buli' dengan Indonesia. Dahlah datang bukan main ramai lagi. Tapi aperpun syabas kerana semangat kesukanan kita tinggi biarpun memang tahu peratus nak kalah pun tinggi...

Kesian  pemain pulak.... Hm..... Tarik nafas dulu sebelum komen. Bukan apa. Ni nak ulas panjang sikit.

Bayangkan dalam 3/4 tahun kebelakangan ni.... Chong Wei ajerlah yang kita hadapkan untuk membawa sedikit kegembiraan untuk menonton badminton. Kalau yang bergu pulak Koo dan Tan Boon Heong (tu pun sekarang dah agak menurun). Kalau nak dibanggakan pun inilah orangnya. Sampai longlai kawan tu  dibuatnya. Tak banyak rehat..Tiap Super Series muka dia ja. Muka-muka baru tak diberi peluang. Bila 'pakcik' tu sampai dah nak 'tercabut' bahu baru la tercengang dan tersedar diri... "eh rupanya takde pelapis kita ni". Tak payah cakap pasal nak rampas Piala Thomas. Piala Axiata baru ni yang takde pasukan China, Korea dan Denmark pun lingkup. Maaf kalau agak kasar. Tapi penulis rasa itu perkataan yang 'agak sesuai' untuk digunakan.

Bukan apa Malaysia hantar 2 pasukan begitu juga dengan Indonesia. 1 pasukan senior (lebih 'terror' dan banyak pengalaman) dan 1 pasukan junior. Bayangkan Malaysia senior boleh kalah dengan Indonesia JUNIOR. ish3 sadis dan memalukan sungguh....

Ihsan dari En. Google
Penulis tak salahkan pemain. Malah amat kasihan tengok diorang. Tambah tengok Arif Latif main dengan Taufik. Nampak sangat kena buli. Tengok kemahiran Arif ni dah ada cuma yerlah.... baru berapa kali sangat dia didedahkan ke peringkat luar. Boleh kira. Macam perlawanan Iskandar Zulkarnain. Sumer ni ada bakat dan bersungguh-sungguh. Tapi cuba kita bayang. Selama ni dok main dekat Malaysia je. Terperam dekat Malaysia pastu bila Chong Wei dah umum nak bersara dan sakit bahu baru kalut keluarkan budak-budak yang terperap selama ni. Bayangkan kejutan yang pemain ini rasai. Patut pelan-pelan bagi pendedahan dekat Super Series dari 2/3 tahun lepas lagi. Taklah 'culture shock' bak kata orang kampung penulis.

Penulis tengok pemain muda ni banyak sangat potensi. Bayangkan bergu kita ranking 136 dunia lawan dengan bergu Indonesia ranking 18 / 12 dunia (penulis tak berapa ingat). Tak ke penyeksaan tu. Tapi dalam tu pun hampir-hampir boleh menang jugak bergu Malaysia....

Aduh... Maaflah kecewa sangat penulis... Bila banyak sangat politik dalam persatuan sukan... Sumer nak jaga ego dan maruah masing-masing. Aper jadi kat team tak per, janji orang ikut cakap aku. Kalau melawan kena letak jawatan. Sian Misbun... Tapi kitala rugi...

Penulis tengok kalau BAM meneruskan tradisi ini lagi selepas ini(memeram pemain baru, bagi pemain senior main sampai longlai, tak bagi peluang pemain kelab join perlawanan antarabangsa dll)... tak mustahil sukan badminton boleh berkubur di Malaysia. Tiada lagi kegirangan menanti/menonton/menyokong team kita (mana nak best kalau asyik kalah sebelum separuh akhir)

Tengok perlawanan semalam rasa nak tutup muka aje...Malu wei... Yang peliknya semalam BAM turunkan sumer pemain baru dengan alasan nak bagi pendedahan. Dalam hati penulis kalau nak bagi pendedahan dekat Super Series bukan dekat perlawanan akhir macam ni..

Hm... takpelah... semoga BAM belajar dari kesilapan dan berubah untuk kebaikan sukan badminton Malaysia... Peace :D

Saturday, December 03, 2011

Harimau Membaham Sang Garuda!

Tahniah…. Tahniah…. Tahniah…. penulis ucapkan kepada kontingen Malaysia di Sukan Sea Jakarta 2011 terutamanya Skuad Harimau Muda negara yang telah dapat mengekalkan pingat emas bola sepak Sukan Sea buat kali kedua berturut-turut. Bagi penulis yang bukannya peminat fanatik bola sepak ini, persembahan anak-anak buah Ong Kim Swee ini amat membanggakan.Bayangkan bermain di hadapan hampir 100ribu penyokong fanatik lawan.Memang memerlukan daya ketahanan mental yang cukup kuat. 90 minit + 30 minit masa tambahan + 5 sepakan penalti… debaran perlawanan dari awal hingga ke minit terakhir…. Memang betul aksi perlawanan akhir… ‘Caiyok-caiyok’…

Kalau dulu penulis masih ingat lagi ketika zaman kanak-kanak, penulis dicanangkan dengan nama-nama seperti Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Dollah Salleh ….. Tapi sejak awal 2000 pasukan bola sepak kebangsaan seperti hilang serinya. Tiada nama pemain yang mampu diingati gambaran betapa sugulnya arena bola sepak kita. Namun senario ini nampaknya telah berubah sejak kebelakangan ini dengan kehadiran pelapis-pelapis baru seperti Badrol Bakhtiar, Khairul Fahmi Che Mat, Azmi, Mahali, Fakri Saarani, Nadzmi, Muslim, Asraruddin, Syahrul, Fandi, Izzaq( huyo penulis boleh ingat…. :P) yang apabila dilihat corak permainan mereka sangat membanggakan dan boleh pergi lebih jauh. Dan ini telah dibuktikan oleh mereka apabila telah mengalah dan memalukan skuad Garuda Muda Indonesia di tempat lawan. Bagi penulis, pasukan kita bukan sahaja telah mengalahkan pasukan Indonesia tetapi telah meruntuhkan keegoan dan keangkuhan hampir 100 ribu penyokong fanatik Indonesia…. Syabas Malaysia….



Masa mula-mula perlawanan penulis harap sangat pasukan kita menang (sudah tentu) tapi ianya lebih kepada supaya Indonesia tidak terlalu sombong. Selepas banyak insiden yang tidak begitu menyenangkan serta layanan buruk yang kita terima; makian, cacian, ejekan, di’booo’, diludah, dikepung selama lebih sejam sebelum ke stadium, tidak berdiri dan membuat bising semasa lagu Negaraku dimainkan. Itu belum lagi diambil kira layanan selepas kita menang perlawanan tiba-tiba je penganjur hantar rombongan ‘anti-doping’ untuk ambil sampel air kencing pemain. Bukan dia hirau Malaysia tengah nak meraikan kemenangan ke… ‘last-last’ kena halau dengan Ong Kim Swee….’amekaw’… Sadis betul layanan… Namun segala layanan buruk itu pemain kita jadikan pembakar semangat untuk terus mara…. Tahniah….Tahniah….Tahniah…

Penulis pelik sebagai tuan rumah, orang datang sebagai tetamu kita layan macamtu…. Peliklah… Patut temasya macamnilah kita nak jadikan medan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke sana… Ini macam nak cari gaduh… Dahlah banyak yang datang Malaysia cari makan… Lepastu …. (takperlah penulis malas nak membebel nanti huduh…huhu). Bak kata pepatah ciptaan penulis “Orang sombong selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang”hehehe…

Itulah dinamakan takdir. Engkau kuatlah macamanapun, bawaklah jutaan penonton sekalipun, tiuplah segala mentera yang ada tapi kalau Allah takdirkan kalah… tiada siapa mampu menghalang. Bila penulis soroti kembali bagaimana sepakan penalti yang membawa kemenangan Malaysia hasil jaringan Badrul Bakhtiar, memang itu takdir. Bola telah ditepis tapi seolah-olah bola itu ‘degil’ lalu bergolek kembali dengan ‘selamba’ ke dalam pintu gol Indonesia….

Tadi baru penulis tengok berita. Penyokong Indonesia ada 2 orang mati sebab berebut masuk stadium dan kaunter tiket habis dibakar penyokong Indonesia kerana berang tiket telah habis dijual. Dalam hati penulis “senang bakar je stadium Gelora tu lagi puas hati… “ Kesian… Sebab kerajaan diorang pun tak dapat nak kawal ‘kefanatikan’ penyokong mereka. Maka tak hairanla perangai buruk itu diterjemahkan kepada kita… Sungguh tak professional… 

Cuma satu sahaja harapan penulis kepada pemain negara. Harapan yang selalu tersimpan dalam hati yang masih belum kesampaian sehingga kini…. Penulis harap sangat suatu hari nanti pasukan bola sepak kita boleh tutup sikit je lagi paha sampai lutut. Pakailah seluar ketat ke kat dalam seluar tu… Lebih cantik, lebih molek dan paling penting lebih berkat… Kadang-kadang nak doa supaya skuad bola sepak kita menang pada Allah pun rasa malu, sebab memohon pada Dia dalam keadaan kita tak jaga suruhan Dia…kerana kita bukan sahaja mahu mengecap kejayaan di dunia tapi yang lebih penting mengecap kejayaan yang paling besar di akhirat nanti… Jika ada di kalangan mereka yang terbaca post ini, tolong sampaikanlah kepada mereka yang berkenaan… Sebab penulis sayang semua warga Malaysia… tambahan mereka yang telah mengharumkan nama kita di persada dunia…

Oklah setakat ini dulu…. Majulah Sukan Untuk Negara :D Malaysia Boleh !
Chow Chin Chow…

P.S: Penulis dengar dari berita tadi(25 Nov 2011)Indonesia mengatakan mereka kalah sebab mutu pengadilan yang kurang efisien. Dalam hati penulis rasanya masa perlawanan tu pengadil lebih berat pada Indonesia dari pasukan Malaysia. Berapa kali pemain Indonesia membuat ‘tackle’ yang bahaya pada pemain kita tapi tak kena Kad kuning pun…

Takpalah.. Biasalah kadang ada sesetengah orang akan menyalahkan padang, pengadil, bola, tiang gol, penonton, stadium atau pun rumput yang tumbuh atas padang tu untuk mengelak dari mengaku kelemahan diri. Normallah tu… hehe…CU… Muah ;)

** Apapun bukan semua rakyat Indonesia begitu. Contohnya bila kita pergi ke Mekah/ Madinah, Malaysia dengan Indonesia ni memang ‘kamcing’(walaupun tak juga semua). Tak tau kenapa. Tapi memang mesra. Jumpa dok sebelah bersembang macam dah kenal lama. Sedangkan kalau dekat Malaysia ‘haram’ nak bertegur sapa. Huhu.. Mungkin persekitaran yang baik membuahkan akhlak yang baik jugakan…Wallahua’lam…

Friday, October 21, 2011

Dari Hati Seorang Isteri...

Tadi penulis dapat panggilan telefon dari seorang sahabat. Sahabat semasa sekolah rendah…yang telah agak lama tak berjumpa. Cuma sekali sekala berhubung melalui SMS dan panggilan… Sebelum itu, 4-5 bulan sebelum itu sahabat ini ada SMS penulis… SMS yang mulanya biasa bertanya khabar namun akhirnya bertukar ‘luar biasa’. Rupa-rupanya dia ingin meluahkan tentang suaminya ada meminta izin untuk berkahwin satu lagi…

Hmmm… Terdiam sejenak penulis…. Cuba menyelami hati yang sedang terluka…. Allahuakbar. Ujian besar buatmu sahabatku… Apa yang penulis boleh katakan padanya hanya… bersabar… berdoa… dekatkan diri pada Dia… Sebetulnya penulis sendiri takut untuk berkata lebih…. Takut tak sekuat mana apabila diuji…. Nauzubillah…

Selepas SMS itu, agak lama sahabat penulis mendiamkan diri. Cuma kadang-kadang sahaja kami bertanya kabar dan dia ada juga sesekali menyatakan perkembangan diri dan perkahwinannya. Dia mengambil keputusan membenarkan suaminya berkahwin lagi…. Dalam telefon dan SMS dia masih sahabat yang penulis kenal… ceria, jarang menangis…

Namun panggilan telefon baru-baru ini mengubah persepsi itu…. Sahabat ini menghubungi penulis. Pada mulanya nada suaranya ceria… Tapi apabila penulis tanya dia ada di mana… suaranya mula sugul…. Dengan menyatakan dia di rumah mertuanya… hendak menunggu kedatangan sang suami bersama isteri baru… Dia cakap ketiga-tiga kenduri dia dah hadiri… tugas dia dah selesai… Dia nak balik tapi suami dia suruh tunggu di rumah mertua sampai suami dia pulang dari bulan madu… “Sue… aisya(bukan nama sebenar) sedihlah… aisya nak balik… tapi dia taknak hantar… dia suruh tunggu sampai dia habis honeymoon baru balik sekali…”

Penulis menahan sebak… Cuba menjadi kuat untuknya… “Aisya, bincang baik-baik dengan suami, cakaplah Aisya nak balik… hati Aisya pun kena jaga jugak… InsyaAllah suami faham…” Hanya itu yang penulis mampu ucapkan… Sabar wahai sahabat… Allah sedang dekat denganMu….

Beberapa jam selepas itu penulis mendapat panggilan telefon darinya mengatakan suaminya bersetuju untuk menghantarnya pulang keesokan harinya.. Ceria kembali suaranya… Payah benar penulis nak jumpa insan sepertimu… Walaupun sesehari itu dia melihat suaminya ‘berkepit’ dengan perempuan lain dan tiada bersamanya di malam hari…Tatkala wanita moden sekarang hanya meminta diceraikan apabila diberitakan hal ini, engkau masih tabah dan redha diatas ujian ini… Penulis kagum… 

Keesokannya seperti dijanjikan suami Aisya bersama isteri barunya menghantarnya pulang ke rumah… Setelah sampai di rumah… tak lama selepas itu mereka berdua pergi meninggalkan Aisya dan anaknya untuk berbulan madu… Macamana yer rasa duduk dalam kereta sepanjang perjalanan itu? Bagaimana yer menghantar suami dan isteri barunya pergi berbulan madu… Subhanallah… Kuatnya engkau wahai sahabatku….

Lepas habis bulan madu, isteri kedua suaminya telah ikut sekali balik ke rumah mereka. Selama seminggu mereka hidup bersama di bawah satu bumbung. Melihat suami berkepit siang malam dengan isteri kedua. Aisya cakap suami dia sekarang mudah melenting apabila besama dengannya. Hatinya hancur… Pengorbananya sedikit tidak membawa makna pada si suami… Allahuakbar…. Sabar sahabatku… Sabar… Penulis kelu… tiada kata untuk menenangkannya… Cuma mampu menjadi pendengar… sekali sekala menenangkan Aisya yang lebih kerap menangis sekarang ini… 

“Mak jangan sedih yer, Izam akan jaga mak “ Itu kata-kata yang diluahkan anak Aisya tatkala melihat ibunya cuba menyembunyikan air mata dari dilihat anaknya yang seorang itu…

Mengenangkan pengalaman Aisya ini, penulis teringat satu ceramah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad. Dia pernah menyentuh tentang poligami. Dia tak menyuruh mahupun melawan. Cuma dinukilkannya lebih kurang begini isinya… “ Para jemaah yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala… Cuba kita kenangkan masa kita mula-mula kawin dulu… Masa tu gaji kita masih kecil… Baru keluar universiti… Masa mula-mula nak hidup bersama isteri… masa tu agak susah… Tak seperti sekarang. Masa tu rumah sewa kecik sahaja… Perabot pun takda… Cuma tidur di atas tilam berkongsi dengan isteri kita… Dia pun masak guna dapur biasa… Kereta pun takda, hanya naik motor bersama…

Masa zaman kita susah tu, dialah isteri kita…. Masa tidur atas tilam tu dialah isteri kita… Masa naik motor tu… dialah isteri kita yang setia di sisi… Dia tak pernah merungut… Maka sanggupkah kita, bila dah berjawatan besar… Maklumlah lama kelamaan kita naik pangkat… naik gaji… rumah besar… kereta besar… Sanggupkah masa dah senang kita lupa kenangan indah itu bersama isteri kita… Itu aje yang saya nak sebut… Fikir banyak kali… Tapi kalau nak jugak dan mampu silakan…. Tiada siapa boleh halang… Hukum tetap hukum…”

Teringat juga penulis tentang kekasih hati Rasulullah SAW. Cara baginda berhadapan dengan kesemua isteri-isteri baginda. Baginda begitu menjaga hati dan sifat cemburu para isteri serta berlaku adil dalam giliran dan juga nafkah… Bahkan baginda tidak meletakkan kesemua isteri baginda di dalam satu rumah sedangkan Nabi bukan seorang yang kaya raya… Namun itulah Nabi… Suri tauladan terbaik…

Teringat penulis suatu kisah sewaktu Rasulullah SAW bersama isteri-isterinya. Salah seorang isteri baginda telah bertanya siapakah di kalangan mereka ini paling disayangi oleh baginda…. Baginda cuma tersenyum dan menjawab “Isteri yang paling aku sayang adalah isteri yang akan aku hadiahkan kepadanya sebentuk cincin apabila tiba giliran bermalam di rumahnya nanti”. Maka para isteri baginda amat berdebar-debar menantikan siapakah yang akan mendapatkan cincin tersebut. Akhirnya apabila tiba giliran bermalam setiap isteri baginda, baginda telah menghadiahkan setiap seorang daripada mereka sebentuk cincin tanpa diketahui oleh isteri-isteri yang lain. Kesemua isteri baginda tersenyum lebar kerana menyangkakan dialah yang paling disayangi Rasulullah… 

Tak terjangkau oleh kita keadilan dan cara baginda menjaga hati para isteri baginda… Subhanallah cantik benar Islam ini… 

Tulisan kali ini hanya cebisan pedoman buat para suami… Ianya datang dari hati seorang yang bergelar isteri… Luahan rasa seorang isteri yang mungkin tak mampu diluahkan kepada suami dek kerana tak mahu meragut kebahagiaan yang sedang dikecapi sang suami… Kadang-kadang bila kita diselubungi kegembiraan, kita lupa pada mereka yang banyak berkorban untuk kita selama ini… 

Buat sahabat yang amat penulis sayang… Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama penulis… Didiklah anakmu baik-baik… InsyaAllah ganjaran besar atas kesabaranmu ini… menantimu di syurga nanti… Ameen…
--------------------------------------------------------------------------------------
Buat yang bergelar suami…
Mungkin dia tak secantik yang baru… Tapi mungkin jiwanya lebih cantik…
Mungkin dia tak sekaya yang baru… Tapi mungkin dia kaya dengan budi…
Mungkin dia tak seramping yang baru… Tapi dari rahimnya anakmu dilahirkan…
Mungkin dia tak sebijak yang baru… Tapi dia korbankan hatinya untuk membahagiakanmu…
Manusia boleh berkata tentang hukum…
Tapi mereka tidak boleh menafikan runtunan perasaan di dalam hati...
Bukan perasaan yang perlu didahulukan sehingga mengorbankan hukum…
Cuma… keperitan hati itu jangan diremehkan…
Cukuplah sedikit penghargaan di atas kelukaan hatinya…
Hati yang redha khas untuk membahagiakan insan yang bergelar suami….
Wasalam…

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Tiba Lagi...

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.... :)

Tuesday, July 05, 2011

TV Al-Hijrah

Pada awal November 2010 yang lalu JAKIM telah melancarkan satu saluran TV Islamik; TV al-Hijrah. Saluran ini telah mula bersiaran di enam negeri di Malaysia ; Lembah Klang, Terengganu, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak termasuk Astro (ch 114). Untuk frekuensi setiap kawasan boleh layari http://www.tvalhijrah.com/




Sekalung penghargaan dan tahniah penulis kepada semua krew dan kakitangan tvalhijrah dan mereka yang telah mencadangkan penubuhan saluran Islamik ini. Kami rakyat Malaysia amat dahagakan rancangan-rancangan yang bermanfaat.





Jika kita sama-sama menyusuri setiap saluran percuma di Malaysia ini boleh dikira rancangan yang bermanfaat. Kebanyakannya dibanjiri dengan rancangan berbentuk hiburan tak kira drama, lawak bodoh, pertandingan nyanyian baik dewasa mahupun kanak-kanak, rancangan yang memperbodohkan masyarakat (cth: Bang Bang Boom). Apa manfaat semua rancangan ini? Kadang sampai dah tak tertelan dengan hiburan yang melampau ini.





Di dalam saluran tv al-Hijrah ini penulis mendapati banyak rancangan yang menarik dan pada masa yang sama menambahkan ilmu. Antara rancangan kegemaran penulis adalah Man Kana Bainana, Dr Oz Show, Menu Alam ok jugak.





Man Kana Bainana adalah sebuah rancangan berbentuk 'candid camera' di Mesir. Rancangan ini adalah berkenaan dengan apa yang akan berlaku jika Nabi masih bersama kita sekarang. Adakah perlakuan dan tingkah laku kita akan sama seperti mana yang sering kita lakukan seharian.





Minggu lepas rancangan itu menerjah mereka yang 'double parking' walaupun hanya kerana hendak solat jemaah sehinggakan kereta yang lain terpaksa menunggu mereka sebelum dapat keluar dari masjid selepas selesai solat. Adakah Nabi SAW akan berbuat demikian? Mereka bertanya kepada tuan punya kereta dan memberikan sedikit tazkirah berkenaan Nabi dan menghadiahkan buku berkenaan sifat Nabi. Subhanallah.





Rancangan yang menusuk jiwa. Kadang-kadang tanpa peringatan seperti ini kita lupakan baginda. Lupakan tentang akhlak mulia baginda...





Sebelum akhir rancangan hos telah secara rawak menemubual seorang pakcik di Mesir. Hos bertanya" Apakah yang anda ingin katakan jika Nabi sedang berada di hadapan anda sekarang?". Dengan mata yang mula berkaca pakcik itu menjawab " Wahai Kekaksihku ya Rasulullah......" namun kata-katanya kelu dan tersekat di situ... Air matanya mengalir laju... Lantas dia memeluk hos tadi....





Pernah tak kita mencerca bangsa Arab? tak bersatu lah, pentingkan diri lah. Tapi kita patut memandang mereka ini menggunakan mata hati. Pasti ada keistimewaan pada bangsa ini. Masakan tidak kerana Allah memilih sebaik-baik manusia dari kalangan mereka. Allah Maha Mengetahui. Bila penulis merenung kembali bangsa ini, banyak yang boleh kita belajar dari mereka.





1)Solat


Bangsa Arab yang beragama Islam ini kebanyakkannya sangat menjaga solat. Bukan sahaja menjaga solat malah solat berjemaah di setiap waktu dan di awal waktu. sebab tu kalau kita pergi ke negara mereka contoh Mesir dan Arab Saudi, masjid penuh setiap waktu walaupun masjid berdekatan antara satu sama lain. Dan melalui pengalaman penulis sendiri di USM bangsa Arablah yang ramai apabila solat fardhu di masjid.





2) Ukhwah dan menyebarkan salam


Ini satu lagi kelebihan bangsa Arab. Kalau bertemu sesama mereka ukhwah tu nampak rapat dan budaya menyebarkan salam ini hidup di kalangan mereka terutamanya bila kita pergi ke negara mereka. Kita terasa ukhwah itu....





3)Bangga dengan Islam


Kalau sesiapa pernah menonton rancangan "Lau kana bainana" akan faham, cara mereka menjawab soalan itu entahlah.... payah nak penulis huraikan tapi jelas menunjukkan mereka bangga menjadi Islam. Suatu ketika hos bertanya kepada pemandu yang double parking.Pemandu 1 (double parking), Pemandu 2(tuan punya kereta yang di halang oleh pemandu 1).





Hos: Adakah Nabi akan buat begini jika baginda hendak solat berjemaah?


Pemandu 1: Tidak... Mustahil...


Hos bertanya kepada pemandu 2



Hos: Apakah perasaan anda apabila kereta anda dihalang dan terpaksa menunggu lama?


Pemandu 2: (Senyum) Semoga Allah mengampunkannya...


Pemandu 1: Astarghfirullahalazim... Ampunkan aku ya Allah...





Dan semuanya berakhir dengan baik... berpelukan dan bersalaman... Subhanallah... Indahnya Islam itukan....


Di bawah ini penulis sertakan montaj bagi rancangan "Lau Kana Bainana"- Andainya Rasulullah bersama kita....









Mari sama-sama kita muhasabah diri... Adakah kita bangga menjadi seorang Islam? Atau rasa diri ni kecil sangat bila jadi Muslim? Simptom Malu menjadi Muslim.... Malu memakai tudung... Malu menutup aurat.... nanti takut orang kata tak moden. tak ikut peredaran zaman....



Dan di Malaysia ini penulis boleh rasakan ada simptom Malu kalau cakap bahasa Melayu... Siapa yang perlu dipersalahkan? Mengapa setelah kebanyakan orang Melayu sudah merojakkan bahasa Melayu dengan Inggeris baru kita nak mertabatkan bahasa Melayu?? Mengapa bila bahasa Inggeris seperti telah menjadi bahasa pengantara di Malaysia baru kita nak suruh orang menggunakan bahasa Melayu...



Cuba kita perhatikan kalau dulu cina, india atau melayu kalau bersembang mereka akan cakap bahasa Melayu tapi awal tahun 2000 penulis tengok semua cakap bahasa rojak dan bahasa Inggeris... kadang antara Melayu sendiri macamtu... Pelikkan.....





Mari kita tengok orang Jerman, Korea, Jepun, kadang bila sidang akhbar dia cakap bahasa dia. Kitalah kena ada penterjemah.Dia peduli apa kita tak faham.Ahmadinejad, Messi, pasukan bola Korea... banyak lagi negara... Tapi kita.... malukan nak cakap Bahasa Melayu... nanti orang kata tak tau cakap inggeris tak moden... orang kampung.... hehehhe





Kesian orang Melayu.... Fikir-fikirlah.... CU Muah.... :)

P.S: Rancangan "Lau Kana Bainana" bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam. Dr Oz Show jam 10.30 malam hari yang sama. chow chin chau ;)

Saturday, March 05, 2011

Hmm....

Tiada apa yang kekal di dunia ini selain Dia.....

Tadi tiba-tiba penulis rasa penuh dada ni... senak... sesak... sedih... kucing penulis, Mei(Comei) dah mati... Mak penulis telefon mengabarkan berita tersebut. Cuba menahan tangis... Tambahan pula Mei pergi bersama anak-anak yang belum sempat melihat dunia... Penulis cuba jadi kuat...tapi akhirnya keluar juga air mata.... Tak mampu... Terutama apabila mengabarkan berita ini kepada suami.... Lemah sungguh...

Mei adalah kucing yang sangat baik, cantik. Ibu kepada semua kucing penulis yang lain. Tatkala kelaparan, anaknya yang akan dibiar makan dulu. Kalau dia masuk rumah dia hanya akan duduk di satu tempat tanpa buat bising, tanpa merayau. Tak pernah meminta makanan. Hanya diam dan bergesel di kaki... Penulis sayang Mei...

Kadang-kadang penulis rasa, hidup ini sekejap aje kan. Penulis sekarang dah nak akhir 20an. Pejam celik dah 30an...........40an...........malah abang penulis pun dah nak masuk akhir 30an.... Begitu pantas masa berlalu....... Diam tak diam ayah dah meninggalkan kami hampir 3 tahun...... Kehilangan yang masih dirasai.... Masih dirindui.... Masih diingati....

Bukan bermakna tidak menagis, tidak bercerita tentang ayah bermakna melupakannya... Tapi penulis sering kali teringatkan ayah terutama bila sesuatu peristiwa itu mirip apa yang pernah berlaku antara penulis dan ayah.... Kadang-kadang makan budu... Teringat ayah... Dia berselera sangat makan kalau ada budu.... Walau hanya berlaukkan ikan bakar tawar...

Bila menyapu daun di halaman teringat ayah... Dia selalu melakukanya sewaktu hidup... Melihat sahabat-sahabat ayah.... Masuk ke bilik ayah.... Semasa solat berjemaah... Banyak benar rasanya...

"Rahmatilah kedua ibu bapa ku seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecil ya Allah...." Ameen ya Rabb...

Semoga ayah bahagia sekarang... Semoga dapat bertemu lagi suatu hari nanti....di alam yang tiada kesedihan... Ameen ya Rabb....... Yu sayang ayah dan mak....

Sunday, July 18, 2010

Maaf...

HasbiyAllah wa ni'mal wakiil.....

Kita tak boleh nak puaskan hati semua pihakkan...

Jangan risau... itulah kehidupan... Apa sahaja yang kita lakukan akan mendapat respons manusia... normallah tu...

Tenang wahai diri... Tenang... HasbiyAllah wa ni'mal wakiil....

Maafkan diri ini andai ada yang tak puas hati... Aku hanya manusia... buat silap, salah dan tak mampu untuk menggembirakan semua.... Maaf... Maaf... Maaf...

Belajar dari kesilapan wahai diri... Mungkin ada petunjuk dari Allah... Pelajaran dalam bentuk sindiran... Walau sakit, namun tabahlah diri... Allah tengah mengajar kita...

Be strong.... Always...

Friday, January 08, 2010

Wall In My Heart

Sudah agak lama penulis tak menulis tentang saudara-saudara kita di Palestin. Bukan melupakan cuma kadang-kadang terlalai... Lalai dengan kehidupan dan kesibukan yang menyesakkan...

Pagi tadi penulis menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Salah satu tetamu jemputan pada pagi tadi adalah wakil dari Aman Palestin dan juga dua orang saudara dari Palestin yang telah putus kedua kaki mereka kerana dibom oleh Rejim Israel Laknatullah. Kedua warga Palestin ini dulunya adalah seorang mahasiswa jurusan Sains Sukan dan seorang lagi adalah seorang petani.

Penulis begitu terkesan apabila wakil Aman Palestin ini menceritakan bagaimana keadaan saudara-saudara kita ini. Di mana mereka mengatakan "Ana Dhoif"- Saya dah takde apa-apa dan wakil Aman menjawab " Bersabar sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar. InsyaAllah kaki mu sedang menunggumu di syurga".

Tersentuh penulis dengan kata-kata itu... Tersentak sebentar... betapa lama sungguh penulis tak berbicara dan menyebut perihal saudara kita di sana...Saudara seakidah kita....Hina rasa diri ini kerana melupakan mereka...

Sekiranya sesiapa mempunyai sebarang sumbangan bolehlah dihulurkan ke :

1)Dana Sumbangan & DermaBank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2) Maybank (M) Berhad: 562263010787

Di bawah ini penulis sertakan preview kartun berkenaan Palestin yang akan muncul tak lama lagi.




Allahummansuril islamawalmujaahidiin fii sabiilik fii kulli makaan wa fiikulli zamaan... Ameen...

Thursday, November 12, 2009

Program Menarik di TV9 Minggu ni!!

Dalam post yang lepas penulis ada mengsyorkan sebuah buku bertajuk "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman" karangan Prof. Mohd Kamil Ibrahim.

Kelmarin penulis berpeluang melihat sendiri Prof ini dalam rancangan Mukaddimah di tv9 jam 7.30 pagi. Sebenarnya dah dua hari berturut-turut Prof ini menjadi tetamu Mukaddimah sejak hari Rabu dan hari ini (Khamis, 12/11/2009). Penulis tak pasti hari Isnin dan Selasa juga Prof menjadi tetamu rancangan tersebut atau tidak. Prof. mengulas sendiri pengalamannya di tanah suci secara langsung. Amat menyentuh hati sekali. Penulis tak pasti samada sampai hari apa Prof akan bersiaran di dalam rancangan tersebut tapi kita semua boleh cuba tengok kot-kot ada.

Jumaat, Sabtu dan Ahad ni pulak (13-15/11/2009) ada Ustaz Zahazan dalam rancangan Tanyalah Ustaz pukul 7.00 pagi dan juga Halaqah, 9.30 malam Ahad ni di TV9. Ustaz Zahazan merupakan di antara ustaz kegemaran penulis kerana penerangannya cukup jelas. Beliau mampu menjawab soalan-soalan secara spontan dengan disertakan nas-nas dari al-Quran/Hadis serta dinukilkan dari buku-buku muktabar yang jelas menampakkan beliau seorang yang amat banyak membaca dan mencari ilmu.

Jadi moh kite nengok same-same ;) (Alamak terkeluor bahasa Perak :P)

Chow Chin Chow...Wasalam

Thursday, October 29, 2009

Ketenangan Dalam Kesederhanaan...

Sudah agak lama tajuk post ini bermain dalam fikiran penulis. Namun ianya tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Penulisan santai yang datangnya dari hati. Hati seorang manusia biasa... yang ada kalanya gembira, ada kalanya sedih, ada masanya gelisah dan takut... dan pada ketika lainnya tenang...

Ketenangan....

Satu perkataan yang amat besar maknanya. Mungkin bukan bagi orang lain, tapi bagi penulis... Sukar diungkap dengan kata-kata apakah erti ketenangan... Tenang bukan bermakna kita sentiasa gembira dan ketawa. Tapi tenang dalam setiap keadaan... gembira mahupun duka... Tenang biar tak semewah mana... Tenang walau jarang dipuji manusia... Tenang walau tak dipandang tinggi... Tenang walau ada masalah dihadapi... tenang yang penulis simpulkan dalam tajuk post kali ini... Tenang dalam kesederhanaan...

Penulis tak pandai untuk menaksir atau mengulas sehebat penulis-penulis blog yang ada. Cuma secara ringkasnya, ketenangan itu suatu kenikmatan... yang bukan semua orang dapat...Ia tidak mampu dibeli dengan wang ringgit...

Berapa ramai jutawan yang hidupnya tak pernah tenang... Kita sering kali stress dengan kerja, stress untuk mendapat tender, stress kehilangan harta benda, stress jika tak dipandang mulia, stress kerana penyakit yang dihidapi... Stress untuk jadi lebih kaya... Stress untuk dapat segalanya... Stress untuk memenuhi kehendak semua orang.... stress...stress dan stress...

Kadang-kadang penulis terfikir. Kita selalu stress dengan benda-benda yang bakal kita tinggalkan... untuk hidup yang sementara ini...

Di barat sendiri berapa ramai mereka yang kaya raya dan punya segalanya namun akhirnya dijumpai mati membunuh diri...Apa yang kita kejar sebenarnya? Apa yang kita mahukan dalam hidup ini?

Dalam kehidupan ini penulis dapat saksikan betapa hinanya seseorang itu bila tiada wang. Wang adalah segalanya di dunia ini.. Segalanya....

Contoh banyak sekali di depan mata. Bila seseorang tu tak punya wang, bila kita bercakap dengan dia pun acuh tak acuh sahaja. Layanan pun ala kadar. Sebab apa? Sebab dia tak punya pengaruh, dia takda duit yang banyak untuk hulur dekat kita. Kalau dia terasa hati sekalipun tiada apa yang akan menjejaskan kita... Dia tak punya kuasa untuk "contact" kawan-kawan di jabatan lain untuk tukar kita 24jam. Dia tak akan memudaratkan kita. Jadi buat apa layan dengan baik? Ini bukan disengajakan. Tapi memang dari dulu lagi persekitaran kita begitu. Kita membesar dengan cara itu.

Tapi bila penulis duduk seorang diri merenung kembali orang-orang miskin ini. Hati mudah tersentuh. Kadang-kadang mereka yang kita rasa amat hina inilah calon-calon ahli syurga... Hina di sisi kita tapi mulia di sisiNya... Allahuakbar... Mungkin mereka tak punya harta berjuta namun kita tengok hidupnya tenang... Rezekinya berkat...Kita sendiri kadang-kadang hairan macamana tok nenek kita di kampung bukan mewah pun. Buat sawah bendang sahaja. Tapi pergi haji dan umrah dah 3-4 kali. Bandingkan dengan kita yang makan gaji ni. Gaji dalam 3-4 ribu sebulan atau lebih, tapi haji tak pernah walau sekali. Sukar benar untuk ditafsir...

Semalam pak long penulis telah kembali ke rahmatullah... Al-fatihah buatnya...

Penulis pernah berbincang dengan suami tentang mereka yang telah dijemput Allah pasti semuanya akan menyesal... Mengapa? mereka yang baik pasti menyesal kerana tak jadi lebih baik untuk mendapat darjat yang lebih tinggi di sisi Allah. Manakala mereka yang 'kufur' juga sudah pastinya menyesal kerana tak mampu untuk menghuni syurga Allah dan terpaksa menempuh azab yang maha hebat... nauzubillah... Suami mengiakan dan mengatakan sememangnya di dalam Quran sendiri Allah dah nyatakan semua tu...

Hm... Tapi walau pun kita dah tau... namun kenapa yer kita masih lalai? Seolah-olah kita akan hidup selamanya... tiada kematian menunggu... Tiada azab dan seksa kubur. Tiada ganjaran syurga. Hm... persoalan yang penulis sendiri tak mampu menjawab kerana terlalu banyaknya kelemahan diri...

Apa sebenarnya yang kita cari di dunia ini? Satu persoalan yang hanya " sendiri boleh jawab".

P.S: Mungkin ramai yang tak dapat nak kaitkan ketenangan, keberkatan dan kesederhanaan yang cuma penulis sampaikan dalam penulisan ini. Tidak mengapa... hanya sekadar mengingatkan diri yang lemah dah hina...

Buku Menarik...

Aduh... lama benar penulis tak mengemaskini blog ni... Agak sibuk sikit... ( yeke??)Syawal pun dah berlalu... Sekarang dah masuk musim Haji... Ish seronok betul bila tengok dalam TV. Jemaah haji berpusu-pusu datang ke Mekah dengan satu niat iaitu untuk menghambakan diri kepada Yang Maha Gagah... Yang Maha Pencipta... Yang Maha Pengasih... Yang Maha Bijaksana... Yang Maha Agung... Allah Tuhan Rabbol'aalamiin...

Tahniah dan penulis tumpang gembira kepada semua jemaah haji kerana dalam billion rakyat dunia, tahun ni anda di jemput Raja segala Raja untuk datang ke rumahnya... untuk menjadi tetamunya... jadi peluang terbuka untuk anda menjadi tetamu yang paling istimewa di sisinya...

Penulis teringat buku yang penulis baca beberapa bulan lalu. Buku bertajuk "Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman" karangan Prof. Mohd Kamil Ibrahim, seorang professor di Fakulti Perakaunan, UiTM Shah Alam.


Buku yang penulis amat-amat syorkan semua untuk membacanya . Ia mengisahkan pengalaman seorang professor yang pada awalnya buta al-Quran tetapi apabila nur hidayah datang, dia berubah dari zaman kegelapan kepada cahaya yang penuh sinar...

Hidayah boleh datang dalam banyak cara. Cuma kadang-kadang kita perlu sedikit usaha untuk merebutnya. Itulah Allah yang Maha Penyayang. Dia boleh menaikkan darjat seseorang dalam sekelip mata. Dia boleh menjadikan seseorang rindu sekali padanya dalam sekelip mata... Dia juga mampu membuat sepasang mata menangis teresak-esak hanya kerana teringat padaNya... Agung benar kuasaMu ya Allah...

Keseluruhan buku ini digarap dengan baik sekali. Di antara bab yang amat menyentuh hati penulis adalah bab yang menceritakan bahawa kita semua mempunyai peluang untuk menjadi "malaikat" di Masjidil Haram. Nak tahu bagaimana caranya? Kenalah baca :)Penulis pun kadang-kadang tak terfikir....

Buku ini akan membuatkan anda tersentuh jika benar-benar didalami. Dengan menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas, ia sesuai dibaca oleh segenap lapisan usia. Bagus juga jika dijadikan hadiah buat yang tersayang...

LabaikAllahummalabaik....Kami datang kepadaMu Ya Allah...Wasalam

Thursday, September 03, 2009

Tamparan Buat Si Muda

Semalam penulis berkesempatan bersolat terawikh di salah sebuah masjid di Sungai Dua. Masa penulis tiba, masih tidak begitu ramai jemaah tapi alhamdulillah nak dekat Isyak masjid semakin penuh (walaupun tak sepenuh pada hari pertama Ramadhan).

Penulis terus ke tempat solat wanita sambil mencari-cari ruang untuk menunaikan solat. Mata penulis menangkap ruang lapang di sebelah seorang nenek (penulis agak dalam lingkungan umur 70-85 tahun) yang duduk di saf pertama namun masih kosong. Penulis bersalam dengan nenek itu dan seterusnya mengikut imam bersolat.

Tiada apa yang istimewa atau ganjil berlaku sebenarnya malam itu. Segalanya berjalan lancar seperti malam-malam lain. Namun hati penulis seolah-olah disentuh oleh kehadiran nenek di sebelah penulis ini.

Tamparan buat penulis (yang baru pertengahan 20an ini). Tamparan dan teguran halus yang terus ke hati ini. Ada beberapa perkara yang telah membuatkan penulis malu sekali dengannya... yang telah uzur... yang telah sakit lutut... yang telah kurang ingatannya...

Pertamanya, nenek ini tiba awal ke masjid. Semasa penulis sampai, dia telah duduk di saf pertama. Mukanya kedut seribu begitu juga dengan tangannya. Namun, terawikh masih mampu habis 20 rakaat. Walhal masa rakaat ke-8 ramai anak muda sudah keluar (kadang-kadang termasuklah penulis ni jugak :( ). Nenek ni tanya penulis, "Eh awat ghamai sangat orang pakat balik?". Penulis cakap "Dah 8 rakaat dah tok ". Dia hanya senyum..

Di rakaat ke-10, nenek itu menguit paha penulis. Dia tanya"Bukan tadi tok imam buat 3 rakaat ka?" Penulis jawab" Tak tok, dua rakaat... ".

Di rakaat ke 14 ku lihat nenek ni baru hendak membetulkan kakinya (mungkin lenguh) tapi imam telah mengangkat takbir... Dia dengan nada seloroh berkata kepadaku.." Tok imam dah angkat takbir dah..." Aku hanya tersenyum...

Pada rakaat ke 20 dia bertanya lagi " Dah berapa rakaat ni?" lalu ku balas dengan mengatakan telah habis terawikh cuma tinggal witir 3 rakaat. Dia kata" Tok bukan ingat sangat dah..." " Tak pa..." jawabku ringkas. Dalam hatiku sayu benar dengan jawapannya. Walau telah kurang ingatan namun semangat dan cerminan imannya.... Allahuakbar....

Sebelum rakaat akhir witir nenek tadi bertanya lagi " Ni satu rakaat ni niat witir na?". " Haah tok, 1 rakaat lagi witir". Sebelum keluar masjid, penulis bersalam dengan nenek itu dan dia memperkenalkan anak saudaranya. Rupanya nenek ini datang bersama anak saudaranya malam itu.

Itulah dia. Nenek di masjid al-Falah. Bukan cerita menarik bagi sesetengah orang. Tapi ia merentap jiwa penulis untuk kembali memuhasabah diri ini. Diri yang masih kuat, kudrat yang masih bertenaga, ingatan yang masih segar, lutut yang tidak lenguh, kereta yang boleh membawa ke masjid, suami yang boleh meneman ke masjid. Namun kadang-kadang tewas juga. Tewas dengan tipu daya nafsu... Tewas dengan kemalasan dan keletihan yang hanya alasan yang dibuat-buat untuk menutup kelemahan diri....

Lemahnya diri ini di sisiMu ya Allah...



Monday, August 31, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak



"Jika hamba-hamba Allah itu mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, sudah pasti mereka mengharapkan sepanjang tahun itu adalah Ramadhan"
(Hadis riwayat Ibnu Abbas)
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua dilimpahi cahaya ma'firahNya sentiasa... Ameen..
Marhaban ya Ramadhan...

Tuesday, August 18, 2009

Nasik Daging ku


Semalam penulis buat Nasik Daging. Ni kegemaran suami. Alhamdulillah suami cakap sedap... Penulis dapat resipi ni dari MyResipi. Cumanya penulis tak bubuh tomato sup tapi gantikan dengan tomato biji (potong 6). Memang senang dan penulis bagi 4 bintang untuk resipi ni. Credits to Salwahcm ;). Kalau sahabat-sahabat ada masa terluang, boleh cuba masuk web ni. Banyak resipi yang best-best. Kebanyakan resipi pun memang menjadi. Nilah dia hasil Nasik Daging nyer... Penulis makan dengan dalca campur, rendang besar dan juga air asam... Aduh lapar la pulak... :P


Nasi Daging



Nasi Daging bersama lauk



P.S: Selamat mencuba..

Thursday, August 13, 2009

Amalan Semasa Wabak

Penulis baru dapat panggilan telefon dari mak. Mak penulis telah berkongsi ayat Quran untuk dijadikan amalan terutamanya semasa wabak Selsema Babi sedang menular sekarang. Mak penulis dapat dari ustaz yang mengajar di madrasah berhampiran.


Hanya Allah sahaja yang dapat melindungi kita...

Amalkan membaca surah al-Mukminun:115-118. Boleh dibaca begitu sahaja atau dibaca pada air...

Sahabat-sahabat juga boleh niat supaya dijauhkan dari segala penyakit semasa memasukkan air ke dalam hidung semasa berwudhuk. Wallahua'lam..

Semoga ada manfaat.

Saturday, August 08, 2009

Sebuah Pertemuan

Khas buat suami tersayang...